tau tak,benda yang paling buat aku sedih sekarang adalah bile tengok mak dan ayah aku ade masalah dan tak banyak yang aku mampu buat untuk tolong diorang.selama ni hidup kami tenang,tak senang sangat dan tak susah sangat.ayah aku akan sedaya upaya mengkabulkan permintaan anak-anak dia dan anak2 die sendiri tak de la demand sangat mintak yang bukan-bukan.so far aku bersyukur dengan hidup aku,walaupun memang jauh sangat dari perkataan 'perfect',tapi banyak sangat dah ayah dan mak aku kasi kat aku.

sedih,risau dan macam2 lagi perasaan dalam hati aku sekarang memikirkan apa yang akan terjadi.tapi ak tau,ni semua dugaan daripada-NYA.dan mungkin juga dia nak aku dekatkan diri kepada-NYA.sebab aku ni selalu lalai,selalu sangat buat salah.

aku berharap segalanya akan kembali normal.=(

day five : 10 wishes

ni wishes aku.harap2 tercapai lah =)

  • pegi bercuti kat mana-mana sebelum akhir taun nih
  • beli smart phone
  • beli camera sony TX10 or TX9
  • bukak bisnes felt craft secara serius
  • hidup lebih tenang
  • jadi 46 kg balik.
  • kawen before 26 taun
  • dapat bunga dari someone.hakhak
  • pegi umrah
  • last sekali-tukar status kat fb 'singe' to 'in a relationship' =P

day four : 10 things you want to say to one person

yang ni ak nak skip dulu =)

day three : 10 things you hate

  • bile xde duit
  • orang yang suka membesar2kan diri dan orang yang selalu rase die je yg betul,orang lain sume x penah betul
  • tunggu orang.hehe.padahal ade je buat orang lain kena menunggu
  • rasa bersalah.kalau buat salah,mesti rasa x sedap hati sampai asyik terpikir-pikir.
  • suasana yang terlalu bising.
  • binatang berbulu
  • lelaki yg manja,x mo berdikari
  • backstabber
  • ditipu-oh sangat pedih rasenye!
  • berat naik.wuuuuu!!

day two : 10 things you love

day two : 10 things you love

-Parents aku & Kawan2(eh ni people kn?)
-KFC
-Kereta
-Benda2 comel
-shopping
-Novel
-Beach
-Fb + Blog + YM
-Cuti
-Chocolate


day one : 10 things about you

day one : 10 things about you

1.nama nurulfzz ni aku guna kt semua social network dan kat mane2 yang memerlukan username dari lepas abes spm lg.maksud fzz tuh?biarla rahsia =P
2.Nama sebenar aku,Norulhuda Binti Baharudin.ade yang panggil nurul,huda,along,uda,odah dan sayang.haha
3.Anak sulung dari 3 org adik beradik.Beza umur aku dengan adik kedua aku adalah 10 taun.
5.seorang yg agak berahsia.
6.mak aku cakap aku degil.tapi makin dewasa ni,aku rase prangai degil aku dah kurang.
7.suke benda2 comel.
8.bile tension sangat,akan buat keje gile.
9.sayang sangatt kat mak aku.tapi aku slalu bangkang cakap die.
10.SINGLE.haha

Pemenang Contest Kisah Chentaku



hye readers yg tersayang =D

Sorry sebab lama x update blog.Aduyai sedikit bz dengan keje nye pun.ngehehe.Nurul nak umumkan pemenang untuk contest Kisah Chentaku.Before that,thanks utk sume yang sudi join contest ni.Sweet betul kisah cinta yang nurul baca.Dan susah jugak untuk nurul dan pojan untuk decide pemenang2 nye.Dan ini keputusan akhir kami.

Jeng Jeng Jeng!!




1st prize

" Aku dari form 1 lagi suka kau,sebab tu la aku jadi orang tengah kau dengan tuuuttt sebab aku nak rapat dengan kau. Aku selalu kalau jumpa budak SMKT (sekolah lama aku), aku tanya pasal kau dan kirim salam"









2nd prize

sue : abg... thn depan syg xmau kwn abg dh
isk : knp???? dh xsyg abg ker
sue : syg xmau jd gf abg dh... nak jd lain plak...
isk : senyum :D







Kan Nurul cakap hari tu,1st prize akan dapat satu sesi photoshoot video percuma kan,tapi disebabkan ada masalah teknikal,so kiteorang tukar kepada satu sesi photoshoot photo percuma.Maknanya kedua-dua pemenang akan dapat satu sesi photoshoot photo percuma dari Fauzan Lazi Photographer.Kepada pemenang,tahniah dan sila tunggu emel dari kami berkaitan details untuk photoshoot tu okey.Dan kepada yang join,thanks sesangat.InsyaAllah lain kali kiteorang buat lagi contest2 yang menarik untuk korang =D



siapa nak kisah cintanya divideokan secara percuma?


Ini adalah sticky post.Sila scroll ke bawah untuk membaca entry terbaru.Tq =)


Wah,dengan penuh semangat aku mengupdate entry ini di tengah2 malam selepas habis menonton sinetron indonesia =P

Tujuan entry kali ini adalah untuk menganjurkan sebuah contest.idea asal adalah datang dari kawan aku sendiri iaitu Fauzan.Dia ni sebenarnya member+jiran aku dari kecik lagi.Dan dia adalah seorang photographer yg very talented dan kreatif.

Kalau korang nak tengok hasil kerja dia,korang boleh click kat fanpage fb die, kat sini ataupun blog die, kat sini.

So berbalik kepada tujuan asal, contest
Kisah Chentaku ini akan dibuka sehingga 20 May 2011.Cara2 untuk menyertainya pula adalah:


Contest Kisah Chentaku

1.Bukak fanpage Fauzan Lazi Photographer, kat sini,then korang like

2.Buat satu entri kat blog korang,dengan tajuk “Contest Kisah Chentaku” dan cerita la mcmmana korang bleh jumpa dan jatuh cinta dengan pasangan korang tu(ha,bab ni aku suke bace,hehe).Kisah cinta paling sweet dan ikhlas akan dipilih sebagai pemenang.Kemudian letakkan link dekat bahagian komen entri ni.If korang takde blog,korang boleh paste kan cerita tu kat fanpage fb then dekat bahagian discussion.Jangan lupa letak gambar korang dan pasangan korang sekali k.


3.Pastu follow blog nurulfzz ni(hehe,promote blog jgk cket)
4.Then suka hati la nak tag orang lain ataupun tak.

Okey,thats all.Oh ya,mesti korang nak tau hadiah yang ditawarkan bukan?

Baiklah,

Jeng Jeng Jeng!!




1st prize: Satu sesi photoshoot video percuma

2nd prize:Satu sesi photoshoot photo percuma



Ha,bestkan hadiah tu?Nanti bolehlah disimpan sebagai kenangan untuk korang dan pasangan korang tu.kan kan kan?=)

So,ape lagi.Cepat-cepat join okeh!Tarikh tutup 20 May 2011.Selamat mencuba!



10 things..

lega.hati ini berasa sangat lega.perasaan lega yang hadir sama macam bile seseorang itu selamat diijabkabulkan,atau selamat melahirkan.haha over!

baiklah kita cerita satu-satu.

actually xde la besar sangat kisahnya.tadi aku bukak maybank2u then aku tengok duwet aku dah dipotong sebanyak ***.**.aik,duwet kena potong pon boleh happy ke?haha..aku lega sebab ini adalah final payment.so dah kurang lah hutang aku lepas ni.or bolehlah tambah hutang yang lain?=P

sebenarnya aku susah hati bile berhutang ni.klau ada duwet banyak,memang aku nak beli cash..tapi nak buat macammana..aku memang betul2 nak belikan benda tu untuk mak aku but aku tak cukup duwet.so jalan penyelesaiannya?hee

tapi alhamdulillah la aku mampu bayar.dan lepas ni aku ade fikir nak beli satu benda lain tapi kena lah tambah tolak darab bahagi dulu.haih,kadang2 aku sedar aku punya kemahuan selalu melebihi kemampuan.haihh..dan untuk memujuk hati untuk melupakan kemahuan tu amat susah oke?=(

thiz week aku keje part time.dan maybe pasni aku akan lebih kerap bekerja part time utk mencari sesuap nasik makan kfc dengan lebih selalu?huhu

but i luv to work.seriously~~dan aku tak menyesal jadi anak orang yang tak kaya sebab bila kite bekerja sendiri untuk mendapatkan sesuatu,it worth.Kepuasan,pengalaman,kepenatan bekerja..sesuatu yang amat bernilai bukan?=P

okeylah,sedang berblogwalking tadi,aku jumpe benda ni kat blog hudaluna , die buat pasal ni



day one : 10 things about you
day two : 10 things you love
day three : 10 things you hate
day four : 10 things you want to say to one person
day five : 10 wishes
day six : 10 items you can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of your favourite songs
day nine : 10 ways to win your heart
day ten : 10 final words

macam nak buat je.at least ade jugak idea nak update blog kan kawan2?ehehe.nanti bile free aku buat..

lastly,nak kongsi satu quote.

If you are looking for perfect, you’ll get disappointed because where can a person go after being ‘perfect’. Instead, look for potential.

yea..aku tau kita semua pon tau kan xde manusia yang perfect kat dalam dunia ni.tapi lepas melalui beberapa experience yang aku lalui,juga experience dari kawan2..cinta je memang tak cukup untuk menjamin kebahagiaan.kepada yang tengah bercouple,tengok2 lah jugak si 'dia' tu macammane..x terlambat nak buat decision sebelum ada apa-apa ikatan.Dan tak salah nak memilih yang terbaik untuk diri sendiri =)


k,gud nite and thnks for reading this entry.







awak suka benda2 comel x?


tahun nie umur aku masuk 20++..tapi perangai xbrape nak matang je.sebenarnya bukan lah x matang sangat,banyak benda2 serius aku dah mula fikir.cuma malas nak tunjuk sangat ..=P

aku suka tengok benda2 comel.Macam..err..hiasan yg comel,teddy bear yg comel,mainan yg c0mel,dan lelaki2 kanak2 yg comel.selain makan kfc dan kek coklat,melihat benda2 yang comel membuat aku gembira.




ni collection teddy bear aku.tak la banyak sangat tapi semuanya ade sentimental value.kebanyakannya adalah pemberian dari orang tersayang-sayang.xkesah la korang nak tau ke tak,tapi aku rase macam nak tunjuk jugak gamba ni.hehehe

tapi sekarang aku dah serahkan kuasa menjaga bear2 tu dekat adik aku.aku dah tak nak tido peluk bear lagi.T__T.Ha,nampak tak cat bilik aku tu kaler pink?dulu2 aku memang suka sangat warna tu.adik aku pun sama.

gedik btol muka budak nie

ni adik aku.anak kedua dalam keluarga pak cik baharudin dan puan Awaliah.Eh apasal ayah aku pak cik mak aku puan pulak.Ni la satu-satunya adik perempuan yang aku ada.Beza umur aku aku dengan dia-10 taun.

cita-cita die-nak jadi model.adoi,x paham aku.die ni degil,macam kakak die jugak.hehe.kalau kiteorang ade kat rumah,memang rumah jadi huru hara.kalau nak dengar suara aku yang paling high pitch sekali,masa die ade la.

die ni jugak suka menyibuk hal aku.boleh cakap sume benda tentang aku ade dalam poket die =P.dengan sape aku mesej,sape nama kawan2 aku,even orang2 yang aku selalu stalk bile bukak facebook pon die tau.cisss.





aku cuma harap walau ape pun cita2 dia,dia akan bersungguh-sungguh utk mencapainya.Eh dahlah,citer banyak2 pasal die dalam blog ni buat ape kan?

ni lak adik bongsu aku..

hi.nama saya rain amir.panggil je ap.


ni adik aku yg comel + nakal.dengan dia ni aku x slalu gaduh.sebab die ni pandai amik hati aku.Lelaki la katakan,memang bermulut manis.abes madu sepah dibuang haha.Sebut pasal amir teringat lak kat sorang kawan nama Amir tu.ehehe

Ni la adik-adik yang aku ada kat dunia ni.Abang xde,kakak pon xde.yer,aku anak sulung.Buat masa sekarang,mereka ni priority aku.Mak ayah juga.

k lah,aku rase dah mengantok ni.Thanks kpd readers blog nie.aku sayang korang!(^_^)

kad kawen zed zaidi macam facebook?sweet!!

ni die kad kawen gaya macam facebook untuk majlis prkahwinan zed zaidi dengan gadis pilihan yang die kenal melalui facebook.Nama gurl tu Natalia.Gambar ni aku amek dari Oh Bulan.


Unik,style dan ader sentimental value kan?

Dorang ni start kenal melalui facebook then lepas jadi friend dalam fb tu,Zed selalu tolong Natalia ni mengusahakan bisnes online milik gurl tu.Mula-mula dorang ni berkawan la macam biasa.Time si Zed Zaidi ni pegi Umrah taun lepas,dia dapat petunjuk yang Natalia ni adalah wanita yang paling sesuai untuk die.

Dorang ni akan bersanding di Dewan Perdana Felda pada 7 Mei & sebelum itu melangsungkan majlis pernikahan di Restoran Felda Villa pada 29 April ni.

See..??

Sebenarnya jodoh kite kan dah ditetapkan oleh Allah.Dan Allah memang dah rancang yang terbaik untuk kite.Lambat atau cepat je.

Kadang2,bercinta bagai nak rak,at last kawen dengan orang laen.Kadang2 pulak,orang laen yang kite suka macam nak mati,dengan orang laen yang kite rase menyampah sangat2 plak yang kite sangkut.Sebab hati manusia kan boleh berubah.

Cuma sebagai manusia,berdoalah yang terbaik.Dan nak dapat jodoh yang baik lak,kite pon mestila berusaha jadi yang terbaik kan.

k lah,aku harap zed zaidi dgn natalia ni bahagia sampai ke akhir hayat.ak ni xde la minat sangat dengan zed zaidi ni.c0z aku rase ade citer yang die berlakon okey la.Ade citer yang hampeh gile.Macam citer sembilu tu.ehehe

at last,tolong doakan Allah permudahkan urusan aku untuk sesuatu yang akan aku beli dalam waktu terdekat ni.Salah satu benda yang aku impikan selama ni.Thanks korang =)

salt n pepper (part 1 n part 2)

ini entry pasal makanan =P

time dapat gaji haritu,aku dan kak niza pegi menternak lemak(tiru ayat cik epal)ehehe kat sini.

ini adalah kak niza bersama makanan kami.cute kn die nih?tp kpd sesape yg tertarik tu lupekan saje sbb die adalah sudah berpunya =P




xsmpat nk take pic sblm makan =P



then sebulan selepas itu..

Kat sini pula









salt n pepper =)





dan ni muka tuan punye blog yang tengah melantak


p/s:papep0n,KFC tetap di hati.hehe



impian aku.=)


Dalam hidup ni,aku ada beberapa impian.impian yang aku dah tanamkan dari kecil,tapi susah giler aku nak capai.Dan masih tak tercapai sampai sekarang.Mungkin aku tak bersungguh-sungguh dalam mengejar impian aku.Dan mungkin juga Allah nak uji aku sebelum aku dapat memiliki ape yang aku nak tu.

1st sekali,impian aku adalah utk menjadi waiter.eh bukan,writer =) aku suke menulis.dulu2 sebelum ade laptop / pc..aku menulis pakai tangan je.tulis dalam kertas A4,then kulit depan die aku letak kertas warna warni,pastu aku stapler kan.dari form 1 lagi kot aku buat.walaupun aku amek science stream time skolah,tapi minat aku lebih sikit pada sastera sebenarnye.bile aku dapat peluang nk publishkan citer aku yang aku ade letak kat blog ni,aku pulak sampai skarang still x dapat siapkan cerita tu.uhuk2

2nd,nak bukak kedai.yg ni tak pe,sebab ni impian jangka panjang.hehe.kedai ape,tak tau lagi.tapi mase kecik2 aku plan nak bukak restoran kfc kat sebelah umah aku.SERIUS ni memang angan2 masa kecik.tapi sekarang macam risau nak teruskan sebab takut aku tak dapat control nafsu.haha.tapi kalau nak bukak kedai nanti,aku nak decorate kedai tu jadi sebuah kedai yang comel.macam ni



eh,ayik kluar gamba ni je =P



kalau butik,macam ni lah impian aku.


yang ni angan-angan je kot

tapi aku rase nak bukak bakery lah.sebab aku tak suka sangat masak lauk2 ni.tapi aku suka sangat buat kek/kuih yang comel2.nanti kalau aku kawen,hari2 aku kasi husband aku makan kek.haha


dan impian terakhir


|






















menjadi wife kepada someone yg


sweet macam potato bun
baik
berwawasan

macam ni



















hehe,sorry..blom ade gamba lagi =D


k,bye.






no title 2

post ni utk kawan aku
kenapa ko da berubah eh
aku rase macam x kenal kau lagi
dah makin jauh
aku rindu saat2 kite smua bersama dulu
itu sebenarnye yang menguatkan hati aku utk bkerja kt sini
kau aku anggap mcm abg aku.
walaupun kadang-kadang aku anggap ko annoying
tapi aku sayang kau

ni post luahan hati paling jujur aku rase aku buat.cuma x sebut name je.skrg aku rase tak tenteram.then aku terfikir pasal kau.aku tau kau tak baca blog ni.

korang,sori sebab post merepek ni.dua tiga hari ni aku rase aku emo sikit.senyum,gelak aku.smua pura-pura.huhu

no title

kat luar tengah hujan.
kepala aku rase berat.
mata berair.
tekak sakit.

aku tak tau bleh siapkan design aku malam ni ke tak.
xde mood.
hati rase kosong.serius aku tak suka bile perasaan ni datang.nanti aku fikir macam-macam.pastu aku rase down.pastu aku nanges.

Mak!
Aku nak mak aku.tapi dia dah tido skarang ni=(

felt craft


Biase nye bila weekend,aku buat kerja-kerja perempuan,macam masak ke,menjahit ke(sebenarnya ikut mood jugak.bile rajin dan dah kurang duwet nak pegi jalan so kene duduk rumah kan. hehe)Kadang-kadang aku blaja masak.Kadang-kadang aku blaja menjahit. Kalau yang susah macam jahit baju kurung tu memang aku tak reti lagi.Tapi yang aku suke buat adalah jahit cross titch,dan sekarang aku suke buat felt craft. kat bawah ni aku letak hasil yang penah aku buat.=)


ni mase baru blaja buat felt craft.jahitan pun tak brape nak kemas..



yang warna kuning tu klakar cket.aku pon tak tau motif aku buat bentuk bantal peluk tu =P


hp pouch utk adek aku







k,pasni tak tau bile nak buat felt craft lagi.sebab macam dah addicted berblog.hehe

Berblog best kan??

hari yang penuh semangat,dan penuh energy.aku pon tak tau kenapa laa..hari ni bangun seawal pagi yang mungkin,dan tiada langsung kedengaran dialog seperti ini di rumah En Baharudin.

Pn.Hawa:Udaaaa,bangunnnn smayang!dah pukul brape ni!bla bla bla
aku:ye la ye laaa...5 minit mak (mata ke atas tangan disilangkan ke dada)haha..xdela.dengan mata terpejam je aku cakap.

tapi pagi ni serius senang gile je aku bangun.pas dah anta adik aku pegi skolah agama,aku terus bukak internet.benda first skali aku check adalah blog.bukan facebook seperti slalu.

dengan semangatnya lepas tu aku pegi carik baju dalam almari untuk aku pakai pergi ofis.carik carik dan carik,pastu aku menung depan almari tu.sebab tak tau nak pakai baju ape dah.

tapi tu tak melunturkan semangat aku.Aku siap cepat2,ambik je t-shirt,jeans..sebab hari ni jumaat so that pegi ofis boleh pakai baju bebas.pastu aku makan,salam2 ngan mak,pastu pegi keje.

naik train dengan semangat,turun pun semangat.Jalan cepat-cepat,laju-laju.Aku potong mak cik yang jalan kat depan aku tu.Aku nampak pastu dia pun jalan laju jugak.Nak potong aku balik mungkin.Aku pandang jam,ade dua minit je lagi sebelum pukul 10.

nampak orang gila..pun aku senyum jugak.Apa salahnye kan.At least orang gile tu lagi bagus dari mamat2 yang tegur-tegur phewit phewit kat aku bila aku tengah jalan.Serius lagi annoying.

Sampai ofis dengan mood yang baik,bukak laptop.terus bukak blog jugak dulu.kan aku dah cakap,berblog ni best..hehe


petang ni nak pegi tengok konsert twin tower.ade hoobastank,yuna,wondergirls.tapi mak aku pesan,jangan jakun sangat.haihh..mak jelez ea..=P


To my dear future husband

To my dear future husband

I'm waiting for u..

much love
nurul


hahah..tajuk post nak gempak je kan?
anyway,aku ade tempekkan ayat nie dalam status fb seorang close friend.topik pulak-bercinta selepas kahwin.

Dan topik post kali ini-makanan kegemaran.


jadi nampak tak persamaannya di situ?zzzzz

korang tau tak,aku paling suke bukak blog tentang makanan.aku suke tengok gamba makanan yang sedap2.kalau aku boring tahap cipan tak tau nak buat ape,aku suke search kat google gamba makanan.ayah aku pulak,adalah seorang yang sangat tidak berkira tentang soal makanan.Sebab tu la anak die jadi macam ni.isk isk T____T.

nak tau makanan kegemaran aku dari kecik?yang berada dalam ranking paling atas sekali?

Jeng Jeng Jeng




Yerrr itu diee...ayam!atau lebih specific lagi,kfc la yang paling aku suka.Ayah aku kan time kecik2 setiap bulan die msti bawak aku makan kfc nie bile die dapat gaji.Muka at0k ni adalah muka kesayangan aku tau.

Tgk nie,sedap kan??

Makan dari kecik sampai sekarang pun,aku tetap tak bosan.Cuma sekarang ni,aku dah bahagikan kasih sayang aku antara ayam kfc dengan ayam mcD.kadang2 aku makan kfc,kadang2 aku makan mcD.Selalu aku berangan mase kecik,kalaulah aku kaya,aku nak buat restoran kfc kat sebelah rumah aku..aishhh..



ni kek coklat aku buat taw =D

kek coklat,coklat pun trmasuk dalam list favourite food aku.kalau aku tension,aku suke carik coklat.kalau aku rajin,aku suke buat kek coklat.dan kalau aku marah,aku nak pakwe aku pujuk aku dengan belikan aku coklat nanti =P



nasik ayam pun!!



ni name die rojak mamak.bapak aku yang ajar makan nih


ini semua adalah makanan2 yang aku suke makan dari kecik lagi.Sampaila sekarang.Mungkin sampai aku tua.Tapi nanti,bila dah makin dewasa,tahap metabolisme pun dah turun,aku mesti control kan semua makanan yang aku makan.

ahhh..sedih..sedih!!

Azam baru??

Dah lama aku tak update blog ni,dah lebih dari setaun mungkin.Ade sebab kenapa aku tak update blog ni.Tapi hobi bace blog orang lain dan jadi silent readers ni aku tetap tak stop buat.Dalam sehari tu paling kurang pun 10 blog wajib aku terjah.Baca blog orang ni dah jadi macam darah daging aku..ececeh.ahaha

dan semangat aku untuk berblog dah datang balik.Aku nak sambung balik minat aku dalam bidang penulisan ni.Nak buat balik cerpen,nak buat cerita bersiri..dan nak update blog ni selalu.Biar blog nurulfzz ni berseri balik.biar ade orang yang datang kat blog ni.

tapi kalau nak update hari2 blog ni dengan cerpen..atau novel ke..mcm impossible la kan.yela..menulis perlukan mood.perlukan idea yang banyak.Dan aku pernah cakap dulu,aku banyak idea untuk menulis bile aku bercinta je.haha

jadi aku bercadang nak letak jugak entry2 selain dari novel dan cerpen .Contoh entry lain tu...macam gosip-gosip ke kn...petua-petua ke..resepi2 ke..haa tgklah ape yang aku tau nanti,aku kongsi kn kat sini.
okey,nak sambung buat keje kat ofis ni plak.Nanti jumpe lagi okey?=)

eh eh,tapi sebelum tu..ni ade satu video yg ak tgk semalam.mak aihh,tak tau la nak cakap ape bile tengok ni.macam-macam..siap ade noraniza idris lak tuh.ish2




p/s:haih..rase dah lain tulis kat blog ni.ayat pun cam skema semacam je..*sighhh

Lucky I'm Love With My Best Friend (Part 5)


"Wani,kau nak pergi mana tu?"

"Keluar kejap."

"Nak pergi mana?"

Wani tidak menjawab.Dia memandang wajah Halimah yang masih menantikan jawapan.Tersenyum kelat sebelum tunduk mengenakan tali kasut sport yang dipakainya.Siap mengenakan kasut dia terus berlalu pergi.

"Hisy..pelik betul minah tu.Nak pergi mana ntah malam-malam buta ni.Yang aku pelik,cuba tengok kasut yang dia pakai tu.Sejak bila pulak pandai pakai kasut sport ni.Bukan dia jenis yang feminin ke?Pakai kasut kalau tak sampai 4 inci tak sah."

"Jap2..bukan tu je..dress up dia pun macam dah berubah sekarang ni.Tengoklah,mana ada pakai baju ketat macam balut sarung nangka tu dah."

"Hurm..ntah-ntah.."getus Ika perlahan.Serentak aku dan Halimah memandangnya.Ika dengan muka terkejut menutup mulut tiba-tiba.

"Oh no..."Halimah menggelengkan kepalanya beberapa kali.Aku semakin bingung.Tidak dapat menangkap apa yang sedang difikirkan oleh mereka.

"Aku tak sangka..kenapa dia nekad sampai macamtu sekali..aku tau la dia kecewa dengan Faizal tu.Tapi dia kena ingat,tak semua lelaki sama.Apa yang susah sangat,carik je la lelaki lain.Berlambak-lambak kat UITM ni.Hurm..ika,Hana..kita tak boleh biarkan dia buat macamtu.Sebelum terlambat kita kena nasihatkan dia.Sebelum sesuatu yang tak sepatutnya berlaku..ahh..aku..aku takut!Aku tak nak!!"

"Eh,apa yang korang merepek ni?Serius aku tak faham langsung.Apa yang lambat?Apa yang kau takut?"soalku dengan nada pelik.

Ika tersengih."Tak adalah..ini just kebarangkalian kami je.Ciri-ciri pelik yang ditunjukkan oleh Wani sejak akhir-akhir ni menunjukkan dia sedang mengalami transformasi..atau mungkin anjakan paradigma yang membuatkan dia berubah ke arah yang berlainan,yang.."

"Eh,cakap straight to the forward boleh tak?Aku tak faham la bahasa berbelit-belit nih."Aku mengerutkan dahi.Ika memang macamni.Suka memeningkan kepala aku dengan bahasanya.

"Ko ni Ika..bukan Hana je pening dengar ko cakap,aku pun pening jugak.Macamni..kiteorang bukan nak serkap jarang,tapi aku risau dengan perubahan sikap Wani lepas dia clash dengan Faizal tu.Aku takut kalau tiba-tiba dia berubah..err..jadi pengkid ke..lesbian ke.."

"Ish..takkanla,"nafiku.
"Tapi kalau ikut fakta yang aku pernah baca,orang yang kecewa dalam percintaan ni mampu buat sesuatu yang berada di luar dugaan.Juga mungkin boleh melakukan sesuatu yang dilarang semata-mata untuk mengubati hati yang sakit tu ataupun untuk membalas dendam.Ha..see..aku rasa tak mustahil Wani boleh buat macamtu.Kau tau jelah macammana perangai dia.Lagi-lagi dia sayang gila dengan Faizal tu."

"Tapi.."Handphoneku tiba-tiba berbunyi.Faris!

"Ha..ko tengok.Tak faham betullah aku dengan orang bercinta ni.Hari-hari pun nak bergayut ke?"bebel Ika lagi.

Aku tersengih.Selepas memberi isyarat kepada mereka,aku melarikan diri masuk ke dalam bilik.Persoalan mengenai Wani,kubiarkan mati di situ saja.

"Hello.."sapaku.

"Sayang.."

Aku tersenyum."Kenapa call?Rindu?"

"Hmm..takkanlah aku rindu kau.."

Aku tergelak kecil."Okey2.Salah nombor lagi?"

Kali ini aku dengar dia pula ketawa.Salah nombor..itulah alasan yang selalu diberi bila aku bertanya tujuannya menelefonku.

"Riz,minggu ni aku balik kampung,"ujarku selepas diam beberapa saat.

"Kenapa?Mak kau sakit lagi?Aku nak ikut."

"Takla.saja je.Dah lama aku tak balik.Tak payahlah.."

"Aku rindu makcik laa.."

Aku tergelak kecil.Sekaligus teringat bagaimana kali pertama ketika kali pertama Faris berjumpa dengan ibuku ketika di hospital dulu.Sampai bernanah telinganya mendengar bebelan ibuku yang menyangka dia punca aku kemalangan.Dan puas juga aku menerangkan kepada ibu tentang hal sebenarnya.Barulah ibu mengerti.Dan sejak itu adalah dua kali Faris bertemu ibu apabila dia berkunjung ke kampungku.

Tapi aku tidak begitu selesa jika dia hendak selalu mengikutku balik ke kampung.Aku tidak mahu orang lain salah anggap.

"Ceh!Tak payahlah,mak aku pun bosan tengok muka kau selalu."

Aku dengar Faris ketawa di sana."Ok..kali ni aku lepaskan kau Cik Hana.Cuma pastikan balik sini bawak durian as a present for me.."

Aku menggeleng kepala.Tiba-tiba pandanganku tertancap pada kalendar di atas meja.Tarikh 5hb itu kupandang lama.Err..rasanya..yeah..itu tarikh lahir lelaki itu.Macammana aku boleh terlupa hari jadinya.Aku menelentangkan diri di atas katil.Sebenarnya sudah lama aku ingin memberi sesuatu padanya.Aku tahu selama ini hanya dia yang selalu memberi hadiah kepadaku.Dan sesuatu yang aku perasan,hadiah dari Faris selalunya tentu makanan.

"Riz,kenapa kau selalu belanja aku coklat,KFC?"

"Ntah,aku suka tengok kau makan."

Aku tersenyum kecil bila teringat kata-kata Faris satu ketika dulu.Aku menghargai setiap pemberiannya.Dan aku juga teringin untuk memberinya sesuatu.Walaupun tidak mahal harganya,aku ingin membuat sesuatu yang istimewa untuk lelaki itu.Hadiah apa yang patut aku berikan kepadanya?

"Makcik..are you still there?"

"Hana!"

"Ooo mak kau!Err..ye.Apahal jerit-jerit ni?"Aku mengurut dada.Fikiranku ligat mencari idea apa hadiah yang sesuai untuk diberikan. Sehingga lupa aku sedang bercakap dengan Faris di talian.

"Kau buat apa ni?Busy?"

Aku menggeleng perlahan tanpa jawapan.Seketika kemudian aku ketawa kecil.Macam la dia boleh nampak.Ting!Lampu di kepalaku tiba-tiba menyala.Yeah,aku rasa aku sudah ada idea,hadiah apa yang harus kuberikan kepadanya.

"Riz,sakit perut.Nak gi toilet jap.K,bye."Tanpa menunggu jawapan dari lelaki itu,aku menamatkan panggilan.Aku melompat keluar dari bilik.Terus menuju ke arah Halimah dan Ika yang sedang asyik menonton televisyen.

"Imah,teman aku kejap boleh tak?"

"Laa..ko nak pergi mana malam-malam buta ni?Dah pukul 9 tau tak?"

Aku tersengih."Kejap je.Please..ini antara soal hidup dan mati.Jangan risau,minyak motor aku isi.Please.."Aku membuat muka se'innocent' yang mungkin.

"Haiyaa...yela-yela."


***************

"Pergi farmasi ni nak buat apa?"soal Halimah pelik.

Aku tidak menjawab.Tangan Halimah kutarik lalu masuk ke dalam farmasi itu.Lima minit kemudian aku keluar dengan senyuman kecil.Lega kerana mendapat barang yang kukehendaki.

"Ish,kau nak buat apa dengan benda ni?"

"Adelah.Something special for someone special..hehe.Eh,kejap..tu Wani kan.Dia nak pergi mana tu?"

"Wani?Mana?Mana?"

Aku menunjuk ke satu arah.Tapi aku lihat Wani sudah hilang dari pandangan.Mak aihh..macam pelesit!

"Mane nya..aku tak nampak pun."

"Betul..aku nampak dia tadi.Baju,seluar..semua aku cam.Memang betul dia.Pastu dia macam pergi kat sorang lelaki.Tapi bila aku pandang balik dia dah takde.Cepat betul hilang.."ujarku separuh mengeluh.

"Betul ke kau nampak dia...hmm..biarlah.?Balik rumah nanti kita tanya sendiri kat Wani.Habis cerita.Ha,cepat..ada lagi tak barang yang kau belum beli ni?Hisy..nak buat apa dengan benda alah ni pun aku tak tau,"bebel Halimah.

Aku tersengih."Jap-jap..ada lagi ni.Semua kena beli malam ni.Tengah bersemangat nak buat ni..hehe."



*********************



"Faizal mana?Dari semalam aku tak nampak batang hidung dia pun."

Razli yang sedang menonton televisyen mengalih pandangan ke arah Faris."Terlantar dalam bilik tu.Semalam teruk kena belasah."

"Belasah?Siapa yang belasah dia?"soal Faris sedikit terkejut.Terhenti terus tangannya yang sedang mengelap rambut basah dengan tuala.

Razli mengangkat bahu."Kau tanya dia sendiri la."

Tanpa berlengah Faris memasuki bilik teman serumahnya itu.Dilihat Faizal sedang merenung kipas yang sedang berpusing dengan pandangan kosong.

"Siapa belasah kau?"

Diam.Tiada reaksi."Oit!"

"Aduh!Sakitla."Faizal memegang pehanya yang ditepuk Faris.Kesan lebam masih jelas kelihatan di pipi.Matanya yang sepet pula kelihatan bengkak.

Faris ketawa kecil."Sakit?"

"Takla.Best.."balas Faizal dengan muka geram.

"Apa kes?Siapa belasah kau sampai jadi macamni?"

Faizal senyap."Ntah..aku pun tak tau siapa yang berdendam dengan budak baik macam aku ni."

"Mak aihh..ayat tak boleh blaa."

Faizal ketawa tapi hanya sekejap.Rahang mukanya masih terasa ngilu akibat kesan tumbukan malam tadi.Faris duduk di birai katil."Apa kes sebenarnya?"

Faizal senyap lagi."Aku pun tak tau Riz.Malam tadi lepas balik makan tiba-tiba ada satu kereta tahan aku.Tak sempat aku nak fikir apa-apa,sorang lelaki badan besar terus hentam aku habis-habis.Lepas tu dia tinggalkan aku kat dalam semak..Nasib baik si Razli tergerak hati nak call aku.Kalau tak menangis aku kat situ sorang-sorang."

"Razli??"soal Faris.Memang housematenya yang sorang tu ada ciri-ciri superhero la.Tau-tau je bila member-membernya berada dalam kesusahan.Macam ada deria keenam pulak.Dulu masa kesnya dengan Hana,lelaki itu juga yang menyelamatkan mereka.

"Betul kau tak tau siapa yang belasah kau?"

Faizal senyap.Faris tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh temannya itu."Kau kalau ada problem cerita jela kat aku.Masalah kalau simpan sorang-sorang takkan selesai bro.."

"Tak ada apa-apa la.Aku okey."

"Kalau tak ada apa-apa takkan kau kena belasah?Kita bukan baru kenal.Cuma semenjak dua menjak ni kau banyak berahsia dengan aku.Kau putus dengan Wani pun aku tak tau.Dah lama jugak aku nak tanya benda ni tapi tak berkesempatan.Kau pun aku tengok banyak termenung sekarang ni.Apa masalah sebenarnya..aku bukan nak menyibuk..tapi aku dengar banyak cerita pasal kau."

"Cerita apa yang kau dengar pasal aku?"

Faris mengangkat bahu."Aku lebih suka kalau kau yang bercerita sendiri."

Faizal tersenyum sinis."Aku tau"

Lucky I'm Love With My Best Friend (Part 4)

"Ni nak letak kat mana?"

"Kotak letak kat situ,"arah Faris yang sedang menyusun arang untuk dijadikan pembakar untuk melakukan aktiviti bbq mereka malam ini.

Aku mengangkat kotak dengan sedikit terkial-kial.Boleh tahan berat jugak kotak ni.Tiba-tiba aku lihat Faris sudah berada di hadapanku.Ketawa kecil sambil menggelengkan kepala."Sini la kotak tu.Berkerut-kerut muka nak angkat."

"Ceh!"Aku mencebik.Aku memusingkan badan sedikit,menghalang kotak itu dari diambil oleh Faris.Aku mengangkat kotak itu perlahan-lahan.Berjaya.Aku tersenyum sambil mengenyit mata.Saja nak berlagak sebenarnya..hehe.

"Hisy..degil la anak dara sorang ni."Faris menggeleng tapi bibirnya tetap mengukir senyuman.Aku meletakkan kotak itu.Mengeluarkan isi di dalamnya.Ada ayam yang telah disalut dengan rempah,hotdog,daging burger.Barang-barang lain seperti buah tembikai,air gas,pinggan serta cawan plastik juga aku keluarkan.Wah,bestnya.Dah lama tak buat aktiviti macamni.

"Riz,banyaknya kau beli barang-barang.Boleh habis ke semua ni?"

"Boleh kot.Tu ayam tu,kan kau suka.Sebab tu aku beli banyak-banyak."

Aku menjegilkan mata.Faris ketawa besar.

"Seriusla.Macam banyak sangat je ni.."

"Hemm..tadi Razli call.Dia cakap dia pun ada kat Cherating sekarang.Aku pun tak tau bila masa diorang plan nak pergi sini.And then aku ajak la diorang join sekali bbq kita ni.Ramai-ramai syok sikit.Kau tak kisah kan?"

"Hah?Laa..bukan nak cakap awal-awal.Ish..ramai ke?"

"Dalam 3 atau 4 orang je kot.Semua classmate aku."

Aku mengangguk."Dah tu mana diorang?"

Faris tersengih."On da way.Dah suruh datang awal,tolong-tolong mana yang patut.Kan sayang?"

Aku menggeleng melihat telatahnya...


****************

Aku melabuhkan punggung di sebelah Faris.Mengadap suasana pantai di waktu malam amat mengasyikkan.Di tanganku terdapat pinggan plastik berisi ayam dan hot dog bakar.

"Wani dah okey?"soal Faris.

Aku mengangguk.Tadi semasa aku menghantar makanan kepadanya,dia sedang seronok menonton televisyen di dalam bilik.Bila aku mengajak dia join bersama untuk aktiviti malam ini,dia menolak.Dan aku menarik nafas lega.

"Riz,kenapa tak cakap Faizal ada sekali?Kalau Wani tau habislah.Meletus jugak perang dunia ketiga nanti."Aku juga tidak sangka Faizal,bekas teman lelaki Wani turut menyertai mereka di situ.Kalau la Wani tau..

"Ntah,aku pun tak tau dia join jugak.Biarlah,malam ni lepas habis semua ni diorang blah la.Jangan risau k.."

"Biar betul..aku takutla Riz.Kau bukan tak tau perangai Wani macammana..kau suruh diorang balik jela.Dendam Wani kat mamat tu tak habis lagi."

"Dont worry.Wani takkan datang sini punya.Kau jangan risau eh."

Aku memandangnya tanpa suara.Dan dia juga membalas pandanganku.Aku senyum.Faris senyum jugak.Aku angkat kening,dia pun angkat kening jugak.Aku ketawa.Dan Faris masih tersenyum merenungku.

"Hey bro..nah.Ambik ni."Razli datang lalu menghulurkan gitar kepada Faris.Datang pula tiga orang rakannya yang lain.Ika dan Halimah juga turut serta.

"Cepatlah Riz.."gesa Halimah pula.Masing-masing sudah membentuk bulatan besar,duduk dengan memegang pinggan penuh berisi makanan.

"Erk..aku pulak."

"Kau la starting.."Razli bertepuk tangan diikuti yang lain.Aku tersenyum memandangnya.Riz mengeluh sebelum mencapai gitar.Dari lagu situasi dari bunkface,satu persatu lagu indie band dinyanyikan mereka.Aku,Halimah dan Ika hanya mendengar.Sesekali ikut sama menyanyi dengan suara kecil.

"Riz..ada request.Kiteorang nak dengar lagu jiwang pulak la.Kan kawan-kawan?"ucap Razli diikuti sokongan dari yang lain.Masing-masing tersengih nakal.

"Haha..takde-takde.Korang saja nak kenakan aku."

Semua yang ada di situ ketawa besar.Pipiku terasa hangat.

"Cepatla..kiteorang cabar kau ni.Nyanyi satu lagu untuk Hana.Sebagai denda..dulu kan kau pernah cakap besar.Takkan jatuh hati dengan best friend sendiri.Sekarang tengok apa dah jadi..haha."

"Arghh..takde.Aku bukan mat jiwang la."Faris masih membangkang permintaan kawan-kawannya.

"Kau nak ke tak nak?Kalau tak nak kiteorang campak kau dalam laut tu."

"Haha..berani buatla."

Satu..dua..tiga..

Empat orang lelaki termasuk Razli bangun.Dan Faris juga bertindak cepat melarikan diri.Berlaku adegan kejar mengejar antara mereka.Aku menepuk dahi.Hisy..macam budak-budak.Nak suruh Faris menyanyi lagu jiwang untuk aku depan orang ramai?Dalam mimpi jela..

Dua puluh minit kemudian kelima-lima anak muda itu datang kembali dengan termengah-mengah.Aku,Halimah dan Ika yang bosan menunggu sudah melicinkan pinggan yang penuh berisi makanan tadi.Entah apa yang diorang buat pun aku tak tau.Dahlah tiba-tiba hilang dari pandangan.

Razli berdehem.Faris memegang gitar,berjalan perlahan perlahan-lahan menghampiriku.Aku sedikit cuak.Member-member lelakinya yang lain sudah tersengih-sengih.Dia melutut di hadapanku.Tersenyum kecil dengan gaya selamba.

I don't know but I believe
That some things are meant to be
And that you'll make a better me
Everyday I love you
I never thought that dreams came true
But you showed me that they do
You know that I learn something new
Everyday I love you
'Cos I believe that destiny
Is out of our control
And you'll never live until you love
With all your heart and soul.
It's a touch when I feel bad
It's a smile when I get mad
If I asked would you say yes?
Together we're the very best
I know that I am truly blessed
Everyday I love you
And I'll give you my best
Everyday I love you


Selesai saja Faris menghabiskan nyanyian,masing-masing bersorak kuat.Aku pula tidak mampu berkata apa-apa.Faris tersengih panjang sebelum menggeleng kepala.

"Riz..you're the best!"

Mereka ketawa lagi.Aku menggeleng.Betulla orang cakap,budak mekanikal memang nakal.

"Eh..Wani la.."bisik Ika perlahan kepadaku.Pantas aku mengalihkan pandangan.Kelihatan Wani berdiri tegak tidak jauh dari situ.Alamak..habislah.Aku mencuit lengan Faris.Faris memandangku sebelum mengalihkan pandangan ke arah Wani.Sesaat kemudian semua mata memandang gadis itu.Keadaan yang hingar-bingar terus menjadi sunyi sepi.

Masing-masing memberi reaksi wajah yang sama.Blur!Termasuk Faizal.Pasti dia tidak tahu yang Wani juga berada di sini.Wani berdiri tanpa sebarang reaksi di mukanya.Faizal nampak serba salah.

Aku,Halimah dan Ika berpandangan sesama sendiri.Bukan aku tidak memikirkan kemungkinan yang perkara ini akan terjadi,tetapi Faris beria-ia meyakinkanku yang mereka hanya datang sekejap.Tengokla sekarang..rasanya aku dah masak dengan perangai Wani.Tidak mustahil perang dunia ketiga akan berlaku sebentar lagi.Ini semua salah kau Riz..

Masing-masing tidak berani untuk menegur Wani.Tiba-tiba gadis itu rebah lagi..

"Wani!!!"