Lucky I'm Love With My Best Friend (Part 2)

Aku memandang Faris yang asyik tersenyum dari tadi.Sambil memandu,dia bersiul kecil,mengikuti bait-bait lagu 'I'm lucky I'm love with my best friend' nyanyian Jason Marz ft Colbie Caillat yang dimainkan di corong radio.
"Kita nak pergi mana nih sebenarnya?" soalku pelik.Dari tadi dia tidak memberitahuku ke mana dia mahu membawa aku.
"Sabarlah sayang...Emm..Hana,aku suka dengar lagu ni.Macam ada kena-mengena sikit dengan cerita kita kan.."
Aku memandang Faris,mencari makna di sebalik kata-katanya.Sesaat kemudian aku tersenyum kecil.Ya,sedikit sebanyak lagu itu ada kaitan dengan cerita cinta aku dan dia.Aku bersyukur,akhirnya perasaan yang dipendam selama ini berjaya diluahkan,dan telah membawa hubungan kami ke satu tahap lagi lebih jauh.
"Hana.."
Aku memandangnya,lantas mengangguk."Me too.."
Faris tersenyum."Orait.Dah sampai.Jom!"
Aku memandang luar.Laa..KFC rupanya..

Setelah memesan makanan,kami mencari tempat duduk.Mujur ada yang masih kosong kerana orang agak ramai pada hari itu.

Aku memandangnya bila aku lihat dia tidak lepas-lepas dari memandangku sejak tadi.Cuba membalas pandangannya tapi aku akhirnya mengalah.Terasa pipiku mula merah.Faris tersenyum kemenangan.Aku mencubit lengannya.

"Hana,ni untuk kau.."Faris mengeluarkan sesuatu lalu meletakkannya di atas meja.
Kelihatan sekeping coklat Cadbury diikat cantik dengan reben diletakkan betul-betul dihadapanku.Di atasnya juga diletakkan kad kecil.Aku meneliti tulisan di atas kad itu.Membaca satu-persatu.'Happy Anniversary'

Aku memandangnya."Anniversary?"

Faris mengangguk."Yup.Our anniversary...for 1st month.."

Baru aku mengerti.Aku lihat dia tersenyum malu ketika mengucapkan perkataan anniversary itu."Owh,thanks.So,akan ada coklat ni setiap bulan ke?"soalku mengusiknya.

Faris mengangguk.Aku sedikit terkejut.Agak tidak percaya dengan kata-kata itu.Bukan sekejap aku mengenalinya.Rasanya dia bukan jenis lelaki yang mudah mengingati tarikh untuk benda yang remeh temeh seperti ini.

"Hana,aku tak pandai nak berkata-kata dalam bahasa yang indah ataupun berbunga-bunga.Aku cuma nak kau tau aku sanggup lakukan ape saja untuk orang yang aku sayang.. "ujarnya penuh makna.

Sungguh aku terharu mendengar kata-kata itu.Aku dapat lihat kesungguhannya."Tapi...susahlah...nak ingat setiap bulan.."

"Tak lah..Dah buat reminder dalam phone..lagipun tarikh kita declare couple,kan sama dengan tarikh lahir kau.10 haribulan..aku ingat sampai mati tarikh tu.Banyak kenangan.."dia meleretkan ayat.Kenangan?Aku tersenyum kecil.Pada tarikh itu dia meluahkan perasaannya padaku.Juga melafazkan janji untuk menjaga cinta dan persahabatan kami untuk selamanya.

"Hari tu,1st time dalam hidup,aku tumbuk cousin aku sendiri."

"Kau tumbuk Farid?Kenapa?"Aku terkejut mendengar kata-katanya.Patutlah selepas kemalangan itu,Farid terus menghilangkan diri.Tiada lagi sms darinya aku terima.

"Aku bengang..First sebab dia punca kau accident.Selain tu,aku memang bengang dengan dia lepas aku tau dia nak tackle kau.Aku takut kau jatuh hati dengan dia."

Aku menggeleng kesal."Dia tak salah la Riz.Aku pun tak pernah anggap die apa-apa,juz kawan biasa je."

Faris mengangguk."I know..he tells everything."

"Kau yang ego sangat.."ucapku setelah berdiam diri beberapa ketika.

"Hmm..aku takut kena 'reject'.Nanti tak pasal-pasal kau terus tak nak kawan dengan aku."

Aku mencebik bibir mendengar kata-katanya.Faris ketawa kecil.

"Riz,member-member kau dah tau pasal kita?"Tiba-tiba aku teringat tentang itu.Sepanjang pengetahuanku,teman-temannya hanya mengetahui tentang persahabatanku dengannya yang bermula dari zaman persekolahan lagi.

Faris mendiamkan diri seketika.Kemudian aku nampak dia menggeleng."Aku tak ready lagi nak bagitau diorang.Kalau dulu aku selalu ketawa bila diorang cakap aku mungkin jatuh hati dengan kau.Aku selalu nafikan,cuba tipu diri aku sendiri.Tapi sekarang aku dah 'langgar' balik kata-kata aku tu."

Aku mendiamkan diri seketika.Sedikit kecewa mendengar kata-katanya.Kau memang ego Riz..

"Kau jangan risau Hana..tak lama lagi aku akan bagitau diorang.Aku akan bagitau diaorang yang kau bukan je best girlfriend aku,tapi special girlfriend aku.Future wife jugak.Insyaallah habis degree ni,aku kerja..beli rumah..kereta..lepas tu aku suruh mama aku datang pinang kau eh,"ucap Faris dengan senyuman nakal.

"Ehhhh!!Jauhnya fikir.Siape nak jadi wife kau?Tak malu betul.."Aku menjelirkan lidah.
"Kau la."
"Tak nak!"
"Nak!"
"Tak nak!!!!"
"Mesti nak..tengok tu,pipi dah merah.Dah la,rugi tau kalau kau tak nak.Aku ni handsome,macho pulak tu."
"Eii..perasan!!"

Faris ketawa."Makan coklat tu.Aku tau kau suka.Riben dengan kad tu jangan buang.Dalam kad tu ada ucapan,setiap kad untuk setiap bulan lain-lain ucapan dia.Look Hana,betapa aku cuba jadi romantik untuk tunjukkan aku sayang kat kau..."

"Eleh..yelah tu.Habis tu,kalau aku jadi gemuk bila makan coklat tu tiap-tiap bulan macammana?"soalku mengujinya.

"Aku tak kisah..lagi comel.Tapi nanti kalau rasa macam dah gemuk sangat,baru aku tukar hadiah lain eh ?"

"Haha.ok sayang.."


____________________________________________________________________________________________________________________________

Aku tersenyum sendirian.Betul juga kata orang,cinta memang mengasyikkan.Kadang-kadang sampai lupa makan,minum,mandi.Lebih-lebih lagi jika orang yang kita sayang turut membalas cinta kita.Hidupku semakin bahagia dan tenang sejak akhir-akhir ini.Kehadiran Faris Ifwat sebagai kekasihku menjadi pendorong semangat untuk aku terus meneruskan kehidupan sebagai pelajar di Universiti.Kami sama-sama belajar,bergurau senda dan sifatnya yang kelakar membuat aku sentiasa gembira.Walaupun aku dan dia mengambil course yang berlainan,itu tidak menghalang kami untuk selalu berjumpa.Dia juga nampaknya betul-betul memahami aku,memahami kesukaanku dan boleh melayan karenahku.Yang paling penting,selalu menemani aku makan di restoran kegemaranku.KFC la..hehe

Aku memandang Halimah,housemate ku yang sedang asyik membaca novel cinta.Dari tadi leka membaca,sampai lupa makan minum.Teringat kembali perbualan aku dan dia satu ketika dulu...

Tuhan ciptakan sepasang telinga,sepasang hidung,sepasang mata,sepasang ginjal..tapi hanya satu hati jer..sebabnya kau tau x?

Aku menggeleng."Sebab kita disuruh carik lagi satu,yang dinamakan cinta.Dan itu yang akan melengkapkan hidup kita."

"Wah,pandai la kau nih.Kiranya tak sia-sia jugak kau layan novel-novel jiwang ni kan.Tapi tak boring ke,asyik baca cerita tentang cinta je?"Soalku pelik.

Halimah menggeleng."Kau tau tak Hana,cinta ni universal.Okey,cuba kau bayangkan..kalau kat malaysia ni ada 23 juta orang.For sure kita boleh dengar 23 juta cerita cinta yang berbeza.Sound interesting kan?Ada cinta sejati,cinta monyet,cinta gila,cinta tiga segi..ha,macam-macam lagi la..Manusia memang perlukan cinta untuk dapatkan kebahagiaan.Cinta kepada ibu bapa,kepada kawan-kawan,kepada negara..itupun cinta jugak,"jawabnya bersemangat.

Aku mengangguk."Tapi kan Imah..kenapa aku susah sangat nak dapat cinta sejati aku?Aku tengok kawan-kawan kita ramai yang dah couple.Kadang-kadang aku rasa jealous jugak.Kau pun pernah cakap kan,kalau nak cari boyfriend,kat Universiti ni la tempat terbaik.Tapi kenapa belum jumpa lagi sampai sekarang?"Aku bersuara sedikit sedih.

"Hana,kadang-kadang kita tak sedar.Kita mencari yang sempurna..yang jauh..sedangkan kita lupa menghargai orang yang dekat dengan kita.Mungkin juga orang yang dekat dengan kita itu adalah jodoh kita,orang yang paling sempurna untuk kita.Mana tau kan.."

Di saat itu aku hanya ketawa mendengar kata-katanya.Tapi sekarang,aku mengakui kebenarannya.Mungkin betul apa yang dikatakan Halimah.Mungkin Faris jodohku,mungkin juga tidak..

Aku tersentak bila handphone ku berbunyi tanda sms diterima.

'Cyg,dpt tak file yg aku hantar kat ym tuh?Cpt la accept..'

File?File apa?Aku memusingkan kepala memandang laptop yang kubuka sejak tadi.Sebaik saja menerima file itu,aku membukanya.Aku terkejut bila gambar-gambarku bersamanya sejak dari sekolah menengah lagi disusun dah diolah menggunakan window movie maker menjadi video yang amat menarik sekali.Disisipkan kata-kata indah pada setiap gambar.Membuatkan aku terkejut kerana kebanyakan gambar itu,aku sendiri tidak pernah melihatnya.Ada gambar ketika menyertai kawad,bola jaring.Gambarku ketika comot disaluti lumpur bermain di padang,juga disaluti tepung ketika rakan-rakanku membuat suprise birthday party untukku.Kebanyakannya gambar kandid.

'Buzz'
Aku mengalih tumpuan ke skrin Yahoo Messenger pula.Aku membaca mesej yang diterima.

'Cyg,dh bukak file tuh?'
'Dah,banyaknya gambar.Mane dapat semua gambar ni?'
'Ade yg aku scan pastu masukkan dlm komputer.The latest punye gambar aku ambik guna kamera kat handphone.U like it?'
'Yup.Cantik sgt.Juz terkejut sikit.Tak penah tengok pun gambar-gambar nih?'
'Aku simpan slame ni dlm album.Skrg nak pulangkan pada tuannya.Hope dia suka..'

Aku tersenyum lebar.Tentu sekali aku gembira.Sayangku padanya makin bertambah.Dia berusaha membuat aku gembira.Walaupun aku tahu egonya tinggi,dia tetap selalu membuat suprise untukku.
____________________________________________________________________________________________________________________________
Aku memandang handphone di tangan dengan seribu perasaan.Aku memandang sms terakhir yang kuterima daripadanya berulang kali.

'I'll call u later..'

Itu saja pesananannya.Sudah 2 hari aku tidak berjumpa dengannya.Sms aku pun tak reply.Huh!Aku menutup telefon dan memhempasnya ke atas katil.Aku keluar bilik lalu menuju ke peti ais.Mengambil tin coke lalu meneguknya dengan rakus.Aku lihat Halimah berseorangan di ruang tamu menonton televisyen.Housemateku yang lain entah ke mana perginya.Terdetik di hati untuk mengusiknya.

Perlahan-lahan aku menghampiri Halimah.satu...dua..tiga...

"Opocot mak kau Abang Aznil handsome bergaya..eh...eh.."

Aku tergelak besar.Halimah mengurut dada setelah latahnya reda."Hisy ko nih..tak ade keje la tu..asyik usik aku je.."

Aku gelak lagi."Kau la..tengok tv khusyuk sangat.Tengok tv ke berangan aku tak tau la.Aku tengok si Aznil tu buat lawak pun kau buat bodoh je.."ujarku dalam gelak yang masih bersisa.

"Ala,kau pun sama.Asyik berangan jugak.Lepas tu senyum sorang-sorang.Macam orang tak betul pun ade jugak."

"Hah?Mane ade la!!"Aku mengambil kusyen lalu membaling ke arahnya.Halimah mengelak.Kemudian berbalas-balas sehingga kepenatan.Kami sama-sama ketawa.Hilang sebentar ingatanku terhadap Faris.

"Eh,tak layan cik abang kau ke malam ni?tak sms?ym?"soal Halimah tiba-tiba.Aku membiarkan pertanyaannya berlalu sepi tanpa jawapan.

"Hmm..ni mesti kes gaduh la ni kan?Muka monyok macam ikan sardin je aku tengok."soal Halimah sekali lagi bila melihat kawannya masam mencuka.

Aku mengeluh."Entah dia tu..Sejak dua tiga minggu ni,asyik main game je.Dota la,counter strike la.Sampai aku pun dia tak layan."luahku agak emosional.

Bumm!!!
Bagai halilintar aku lihat Wani meluru masuk ke dalam rumah.Diikuti dengan Ika.Tanpa salam,pintu ditutup dengan kuat.Wani terus menuju ke bilik.Sekali lagi pintu dihempas kuat.Arggggggggghhhhhh!!!Aku terdengar jeritan kuatnya dari dalam bilik.Apa kenanya dengan housemate aku yang sorang tu???

Ika kulihat menghenyakkan badan ke atas kerusi.Aku dan Halimah saling berpandangan.Aku menghulurkan air minumanku kepada Ika.Ika meneguknya pantas.Setelah penatnya reda,aku memulakan soal siasat.Bertanya kenapa.

"Minah tu baru break up tadi.."
"Hah?Dengan Faizal?"soalku terkejut.
"Yela..dengan sape lagi.."
"Kenape sampai macam tu?Bukan diorang beria-ia bercinta ke?"tanya Halimah pula.
"Ntah..mamat tu ade girl lain.Memang tak guna.Tadi aku jumpa si Wani tu kat kampus.Kat tepi jalan.Meraung macam orang gila.Bila aku datang dia lari.Penat aku kejar,macam nak patah dah kaki aku ni.Adoii.."

Aku terdiam.Simpati mendengar nasib temanku itu.Teman lelakinya curang.Curang???aku amat takut mendengar perkataan itu.Bagaimana jika Faris juga begitu?Arghh..aku tidak mahu memikirnya.Aku masuk ke dalam bilik.Memandang ke arah handphone,hatiku berbelah bagi.Akhirnya aku membuat keputusan.Sebaik saja telefon kubuka,mesej dari maxis kuterima.

30 missed call?Mesej?Aku membuka mesej pula.Penuh inbox ku dengan mesej darinya.Hah,ape mimpi telefon malam ni?Tidak sampai 10 saat,handphoneku berdering.Aku melihat skrin.Faris.Panggilannya kali ini aku biarkan saja.Panggilannya yang ketiga baru aku angkat.

"Hana..
"Hmm..dah habis main game?"perliku.
"Sayang,kau marah ke?"
"Tak la.Aku suka.."
Faris terdiam seketika."Hana,aku rindu kau.."
Aku menghela nafas panjang."What happen to you?Aku tengok seminggu dua ni leka sangat dengan game."
Lelaki itu diam tanpa jawapan."Riz...kau banyak main-main la.Final exam nak dekat ni.Kurangkanlah sikit aktiviti-aktiviti luar tu.Tu tak penting.Ni dengan dota,counter strike..lepastu main bola lagi setiap petang.."

"Hana..."
Aku terdiam bila tiba-tiba dia memotong cakapku."Kau tak nak tanya ke,kenapa 2 hari ni aku tak jumpa kau,xreply mesej kau..tak call kau?"

"Aku tau..kau leka main game,sampai tak de masa nak layan aku kan.."pintasku cepat.Aku yakin itu saja alasannya.
Faris ketawa kecil.Hambar saja bunyinya."Dah lama kita kenal..tapi ada jugak perkara yang kau masih tak faham tentang aku.."

Aku sedikit terkejut mendengar kata-katanya.Macam ada yang tak kena je.Apa sebenarnya yang cuba hendak disampaikan oleh Faris?Bukan aku tidak sedar perubahannya dua tiga hari ni tapi aku menyangkakan dia terlalu sibuk..samaada sibuk study atau sibuk dengan game.Mungkinkah ada perkara lain yang disembunyikan dariku.

"Aku ingat nak merajuk..tapi tak de orang nak pujuk pun.Last-last aku jugak yang call orang tu..lepas tu pujuk diri sendiri..."

Hah?Apa maksudnya?"Maksudnya,kau merajuk dengan aku?tak faham la riz..kenapa cakap berkias-kias ni?Straight to the point laaa.."

Aku dengar dia mengeluh."Ntahlah Hana,aku rasa aku dah terlalu sayang kat kau.Terlalu sayang.Sampai aku fikir tentang kau 24 jam.Aku pelik dengan diri aku.Aku pelik kenapa aku boleh jadi macam ni sebab kau.Tapi aku tengok kau rileks..buat macam biasa je.bagitau aku,kau sayang aku sebagai apa sebenarnya?Kau rindu aku tak bila aku tak call,sms kau?"

Aku terkejut mendengar kata-katanya.Faris yang aku kenal rasanya seorang yang cool..bukan seperti sekarang.Nada suaranya seperti amat resah sekali.Faris,siapa kata aku tidak merasakan gelora rindu itu?Tapi perlu ke aku terlalu menunjukkannya..
"Riz..kenapa cakap macam tu?Kita bukannya baru kenal..aku rasa,bila kita dah couple,tak semestinya kita kena ubah cara kita..juz be yourself.Aku tak nak terlalu over..aku nak hubungan kita ni kekal lama..and one more thing,kau tak perlu ragui rasa sayang aku pada kau... "

//"Can you prove to me?"

//"Proof?Proof what?"

"Emm..just forget it.."

____________________________________________________________________________________________________________________________
"Kau memang beruntung beb,dapat Hana tu.. "

"Tau takpe..comel..sempoi..tak gedik..aku tengok pun sejuk je mata memandang,"sampuk Fahrin menambah kata-kata Razli.

"Tengok la,awek sape...."Faris mengangkat bahu.

"Piirahhh..hemm...kawan baik konon..haha,"sakat Razli lagi.Faris menggeleng kepala,faham sangat dengan perangai kedua-dua temannya yang kuat mengusik itu.Sejak mereka tahu yang dia couple dengan Hana,tidak habis-habis mereka berdua mengenakannya.

"Tapi kau hati-hati sikit,awek kau tu ramai peminat.."ujar Razli spontan.
"Apasal tiba-tiba kau cakap macam tu?"Faris sedikit tersentak.Razli kelihatan serba-salah.

"Err..aku bukan suka sangat nak cakap hal orang lain ni.Tapi kau member aku.Aku tau kau sayang sangat kat Hana.Member aku,budak elektrik..ada bagitau yang sorang mamat tu syok kat Hana.Sekarang ni mamat tu cuba nak rapatkan diri dengan awek kau.Apa-apa yang melibatkan group macam presentation ke,semua dia nak join group Hana.Partner dalam lab pun sama.Aku tau Hana tak pernah layan lebih-lebih,tapi kitaorang semua tak berkenan dengan mamat tu.Berlagak nak mampus."

Darah Faris menyirap sejurus mendengar kata-kata itu.Dia tahu siapa yang dimaksudkan Razli.Azmeer.Dia perasan yang lelaki itu seperti menaruh hati pada Hana.Dia percaya pada Hana,tetapi hatinya tidak dapat menahan rasa cemburu yang meluap-luap.Arghh...

"Hana,aku nak jumpa kau sekarang..kat tempat biasa,"ucap Faris sebaik saja telefon diangkat.
Aku dapat mengesan kedinginan dalam suaranya."Sekarang?Ala Riz..aku ada discussion ni.Malam karang boleh tak?Pukul 8.Boleh kan sayang?"aku melunakkan suara.Berharap dia memahami situasiku.Pertanyaanku tidak berjawab.Hanya dengusan kasar kedengaran.Seketika kemudian aku dengar telefon dimatikan.Aku sedikit terkejut.Angin puting beliung mana yang melanda Faris ketika ini?Aku segera mendail nombor telefonnya.Gagal.Handphonenya dimatikan.Aku termangu seketika.

"Hana,cepatla..kita dah lambat ni.."pekik Halimah dari luar rumah.
"Okey..kejap!"Aku memasukkan laptop ke dalam beg.Perasaanku bercampur baur.Resah.


____________________________________________________________________________________________________________________________
"Eh,Riz..kau buat apa kat sini?"Aku sedikit terkejut melihat kehadirannya.Faris tidak menjawab,hanya memandangku dengan pandangan sinis."So,ini discussion?Berdua je dengan mamat ni?"
Aku melihat wajahnya yang kusut.Aku tahu anginnya masih tidak elok.Aku memandang sekilas Azmeer di sebelahku.Aku tahu dia tidak sukakan Azmeer.Aku menarik lengan baju Fariz,mengajaknya berdiri jauh sedikit dari situ.Aku tahu jika keadaan dibiarkan,mungkin akan terjadi perbalahan di antara mereka berdua.

"Bukan berdua la,Halimah pun ada jugak.Dia pergi toilet kejap.Kenapa ni Riz?Jangan risau..aku cuma discuss pasal pelajaran je dengan dia.Ada presentation esok.Tadi nak bagitau kau tapi tak sempat.Kau dah tutup phone.Sorry.."ujarku perlahan.
"Kau tau kan..aku tak suka dia.."
Aku mengeluh.Dapat kurasakan air mukanya begitu keruh ketika itu."Tapi ni just discussion pasal study.Takkan tu pun nak jealous.."Suaraku juga mula keras.

"Aku tak jealous kalau dengan orang lain.Tapi aku dengar banyak cerita pasal mamat tu.Aku tengok cara dia layan kau lain.Sampai tarikkan kerusi untuk kau.Pandang kau macam nak makan je.Aku..aku sakit hati."

"Emm..kau perhatikan aku dari tadi ke?"

Faris tidak menjawab.Aku memandang wajahnya yang kelihatan serba salah."Err.."

Aku meninggalkannya,menuju ke arah Halimah yang baru kembali ke meja.Selepas menerangkan sesuatu kepadanya,aku kembali semula kepada lelaki itu.

Aku melemparkan senyuman kecil ke arahnya."Riz..kau dah makan?Temankan aku makan boleh?Lapar sangat ni..."
"Habis,discussion tu?"
Aku mengangkat bahu."Hmm..dah settle."
Faris memandang dengan rasa tidak percaya.Aku senyum kecil."Betulll..lagipun tak tenang la nak buat kerja kalau boyfriend saya ni marah-marah..Riz,actually aku sebenarnya..sayang sangat kat kau."aku mengucapkan kata-kata itu penuh makna.Faris memandangku,menunggu kata-kata seterusnya.
"Riz..i know you really care about me.Thanks..and you must know..nobody can't replace your name in my heart.Azmeer tu,dia bukan sape-sape pun.Dont worry.. "ucapku lagi dengan kenyitan mata nakal.
Bagaikan ingin melompat Faris mendengar kata-kata itu.Hilang segala rasa marah dan tidak puas hati.Dia yakin dengan apa yang dikatakan oleh gadis pujaannya.Kalau bukan kerana batasan agama,mahu saja dipeluk Hana ketika itu juga.Terima kasih sayang!

____________________________________________________________________________________________________________________________

"Riz..i know you really care about me.Thanks..and you must know..nobody can't replace your name in my heart.Azmeer tu,dia bukan sape-sape pun.Dont worry.. "

Arghh..semakin diingat bait-bait perkataan itu,semakin menyirap darahnya.Kata-kata itu dirasakan betul-betul satu hinaan.Mengingatkan aksi riang Hana bersama Faris,hati Azmeer sakit.Egonya jatuh merudum.'Azmeer tu,dia bukan sape-sape pun'.Sebaris ayat itu cukup menyakitkan hati.Dia tahu Hana tidak perasan yang dia curi-curi mendengar segalanya.

Dendam kesumat menguasai diri.Sudah lama dia menaruh hati pada gadis itu.Tapi sia-sia.Cinta gadis itu bukan miliknya.Kecantikan gadis itu juga bukan untuk dinikmati olehnya.Satu rancangan tergambar di kepala.Walau apapun terjadi,dendam mesti dilunaskan.Biarpun bukan dengan cara yang baik,gadis itu mesti dimiliki!
_________________________________
Arghh!!Faris terjaga dari tidur.Badannya berpeluh-peluh.Dia bermimpi,dan mimpinya tadi amat ngeri.Di kepala tiba-tiba terbayang wajah Hana.Segera handphone di sebelah dicapai.Ada mesej.Dia membukanya pantas.

'Syg,aku jumpa Azmeer,nak pulangkan buku.Kejap je,jangan risau ok..miss u so much!'

Faris meraup dahi.Dah tentu aku risaukan kau Hana.Dia rasa tidak sedap hati.Mimpi ngeri tadi kembali berlegar-legar di kepala.

Mata Faris melilau kiri kanan.Sejurus mendapat panggilan dari Razli,mengatakan dia nampak Hana menaiki kereta bersama Azmeer,dia terus mencapai kunci kereta.Dia tidak sedap hati kerana dia tahu Hana hanya berjumpa Azmeer untuk memulangkan buku.Tidak mungkin gadis itu menipunya.Atau mungkin Hana berhubungan dengan lelaki itu dibelakangnya?Arghh..hatinya gelisah.Segelisah ketika dia tahu Hana keluar dengan Farid suatu ketika dulu.

Pandangan Faris terhenti tiba-tiba pada kereta Perdana selang 2 buah di hadapannya.Itu kereta Azmeer.Di sebelahnya ada seorang gadis.Suasana malam yang kelam membuatkan dia tidak nampak dengan jelas siapa gadis di sebelah Azmeer.Dia mengekori kereta itu.Di fikirannya berlegar-legar pelbagai kemungkinan.Darahnya menyirap naik.Dia terus mengekori sehingga akhirnya kereta itu berhenti di tepi jalan yang agak lengang.

Astaghfirullah!Faris mengucap berkali-kali.Dia takut untuk menerima kenyataan dengan apa yang sedang berlaku.Dia turun dari kereta,menghampiri kereta Azmeer.Matanya terbeliak bila melihat lelaki itu sedang mencumbui Hana.Hana pula nampak kaku,tidak bergerak-gerak.

"Sial,keluar kau!"
Azmeer yang terkejut menghentikan perbuatannya serta merta.Mula-mula terkejut dengan kehadiran Faris,seketika kemudian dia ketawa besar.Dia keluar dari kereta.

"Pelik..macammana kau boleh kesan aku kat sini.Tapi..bagus jugak.Janganla marah..aku cuma nak berseronok kejap je dengan awek kau.Awek kau cantik,rugi kalau kau je yang dapat."

Faris mengepal penumbuknya.Kurang ajar betul!Tahulah dia yang Hana diperangkap.Sekali lagi dia salah sangka dengan kejujuran gadis itu.Dia yang bersalah kerana mencurigai Hana.

"Sial!"Satu tumbukan padu dilepaskan.Azmeer yang sudah bersedia mengelak.Pergelutan berlaku.Faris hampir menang,bila dia terasa kepalanya diketuk kuat sekali.Allahuakbar!!

____________________________________________________________________________________________________________________________

Faris membuka mata perlahan-lahan.Dia menatap wajah gadis bermata hazel di hadapannya dengan pandangan kosong.Mata gadis itu digenangi air mata.Dia bingung.Di mana dia sekarang?Siapa gadis itu?

"Riz.."
Suara lembut gadis itu menampar gegendang telinganya,terus masuk ke dalam hati.Perlahan-lahan ingatannya kembali.Bermula dengan kejadian di kereta.Bagaimana dia bergelut dengan Azmeer,untuk menyelamatkan Hana.Sehingga akhirnya dia dipukul di kepala,menyebabkan semuanya hilang.

"Hana,kau macammana?Nothing happen right?"soal Faris.

Hana tidak menjawab.Dia memandang sayu wajah lelaki di hadapannya.Dia sedih melihat Faris begitu.
"Hana..bagitau aku..mamat tu tak buat apa-apa yang tak elok kan?"desak Faris.Pandangan matanya tepat dituju ke arah Hana,menanti jawapan dari gadis itu.

Aku menggeleng."Aku okey.Thanks Riz.Aku tak sangka benda ni boleh jadi.Aku salah sebab percaya kat dia."

Faris menarik nafas lega."Alhamdulillah.Dah,jadikan ni pengajaran k..semuanya bukan salah kau."

Aku mengangguk."Emm..Razli kirim salam.Dia mintak maaf sekali.Dia cakap petang nanti dia datang sini."

"Mintak maaf?Kenapa?"soal Faris hairan.

Aku tersenyum kecil.Agak kelakar juga bila Razli menceritakannya padaku."Dia ikut kau jugak hari tu sebab tak sedap hati.Then,dia yang terketuk kepala kau.Nak ketuk Azmeer tapi tersalah pulak.Last-last kau dengan Azmeer sekali pengsan."

"Hah?Hisy..potong stim la dia tuh.Aku dah nak belasah Azmeer tu habis-habis dah."

Aku ketawa.Seketika cuma bila kulihat dia tidak turut ketawa sebaliknya memerhatikanku.Aku mengetap bibir.

Faris lega.Dia yakin cintanya pada Hana semakin kuat.Dia juga berazam untuk melindungi Hana seumur hidupnya.Lagu I'm Lucky I'm Love With My Best Friend bergema lagi...






0 aduan: