BAB 12


“Ooo..jadi sebab tu lah Ariyana marah-marah tadi?”

“Saya rasa bersalah.Saya tak sepatutnya careless.Sebab kecuaian saya,orang lain dapat susah.Kesian pak cik tu.”

Entah kenapa mata Ariyana tiba-tiba berair.

Wanita itu tersenyum kecil.”It’s ok…it’s ok.Nobody perfect.Semua orang pun pernah buat salah.Nak jadi yang terbaik,mesti kena buat salah dulu.”

Ariyana mengangkat muka.Pandangannya bersabung dengan mata hazel milik wanita itu.Entah kenapa kata-kata wanita itu menarik minatnya.

“Ariyana nak tahu siapa idola auntie?”soal wanita itu tiba-tiba.Mengubah topik perbualan.

Ariyana mengangguk.Lupa sebentar dengan masalahnya.Siapa agaknya idola wanita yang anggun dan berkarisma ini agaknya.

Wanita itu tersenyum manis.Dia menunjuk ke arah gambar Colonel Harland Sanders,pencipta resepi KFC yang tertampal di dinding.”Atuk ni idola auntie.”

Ariyana tergelak kecil.”Betul ke auntie?”

Wanita itu mengangguk.”Setiapkali auntie rasa down, auntie akan ingat kesusahan Colonel sebelum berjaya.Pernah bekerja sebagai petani,penjual insuran,penjual tayar,penolong tukang besi malah pekerja buruh landasan keretapi.Dan usaha gigihnya menjelajah lebih dari 250 000 batu setahun untuk mempromosi KFC ni.Hebat kan?Sampai sekarang ni,resepinya masih digunakan.Malah menjadi perniagaan antarabangsa yang berjaya dengan lebih dari 60 000 restoran di lebih 50 negara.”

Ariyana sedikit terlopong mendengar penjelasan dari wanita itu.Nampaknya wanita itu bukan saja menggemari makanan fast food itu,malah menjadikan Colonel Harland Sanders sebagai idolanya.

“Kita pun boleh berjaya kalau kita ada semangat yang kuat.”

Ariyana mengangguk.”Thanks auntie.Yana akan ingat pesanan auntie.”

“Baguslah.Ariyana masih muda,banyak lagi dugaan lepas ni.Yang penting,hati kena bersih,jangan ada hasad dengki kat orang.Lagi satu,tak boleh cepat menangis tau.”

Ariyana mengangguk lagi.Sedikit senyuman terukir di bibir.

“Okey,auntie nak tanya.Kenapa Ariyana suka makan KFC ni?”

Ariyana tergelak kecil.”Entahlah auntie,mungkin sebab abah Yana selalu bawa Yana makan kat sini,dari kecil lagi.Kalau makan selalu pun tak bosan,sampai kawan-kawan pun pelik.”

Wanita itu senyum.

“..tapi kan auntie,Yana suka yang original recipe je.Kalau yang hot and spicy Yana tak suka,”ujar Ariyana menyambung kata-kata.

“Really?Kenapa?”soal wanita itu dengan penuh minat.

Ariyana tersengih.Dia semakin selesa dengan wanita itu.”Entah.Mungkin sebab abah ajar macam tu jugak.”

Wanita itu tergelak kecil.”Abah kerja apa?”

“Polis.”

“Ariyana ada adik beradik lain?”soal wanita itu lagi.

Ariyana menggeleng.

“Anak tunggal la ni.Tak bosan?”

“Bosan jugak.Kadang-kadang.”

Wanita itu tergelak lagi.”Sebab tu cari kerja kat Wisma BS ni?”

”Bosan duduk kat rumah.Lagipun Yana nak cari pengalaman.”

“Ermm..auntie datang Wisma BS ni kenapa?Nak beli barang eh?”soal Ariyana.Sejak tadi hanya persoalan mengenai dirinya saja yang diperkatakan.Dia belum tahu lagi nama wanita anggun itu.

Wanita itu hanya tersenyum.”Suami dan anak auntie kerja kat sini.

Telefon bimbit Puan Sri Suhaily berbunyi.Memandang skrin di telefon bimbitnya,wanita itu tersenyum.Seketika kemudian pandangannya dialih semula ke arah Ariyana."Auntie nak pergi jumpa anak auntie.Kalau ada masa kita borak-borak lagi okey?"

Ariyana mengangguk.Wanita itu melemparkan senyuman manis."Kamu memang anak yang baik.Hmm..dah lama auntie impikan untuk ada anak perempuan.Kan bagus kalau auntie dapat anak perempuan yang baik ...dan cantik macam kamu.."

Ariyana tersipu malu mendengar kata-kata itu.Ish,janganlah puji lebih-lebih..

“Auntie,saya tak tahu pun nama auntie.”

“Owh..panggil auntie Lily je.Ermm..ni kad auntie.Kalau ada apa-apa,boleh call antie.”Wanita itu menyerahkan kad namanya kepada Ariyana.

Ariyana meneliti nama di kad itu.Hah?Puan Sri Suhaily Binti Ibrahim.Puan Sri??

******

"Mama!"Faris Ifwat mendapatkan Puan Sri Suhaily lalu menyalami tangan wanita itu.Siap cium tangan lagi.Yana terlopong.

"Mama..kenapa tiba-tiba datang sini?"

"Saja..nak buat spotcheck.Tengok betul tak anak mama ni buat kerja..ke asyik mengayat perempuan je,"ujar Puan Sri Suhaily dengan nada mengusik.

"Ish,tak ada la ma.Mana ada...Riz fokus pada kerja je."

Huh!Iyelah tu..Ariyana mencebik bibir.Namun dia segera menunjukkan reaksi wajah normal bila Faris Ifwat memandangnya dengan riak wajah hairan."Encik Faris,auntie Lily..saya masuk kerja dulu eh."

Puan Sri Suhaily mengangguk.Faris Ifwat memerhatikan gerak langkah Ariyana sehingga gadis itu hilang dari pandangan.

"Ehem!"Puan Sri Suhaily berdehem beberapa kali.Faris Ifwat tersengih.

"Ha,ma..bila pulak mama kenal staff baru Riz ni?Pelik betul."Faris Ifwat menyoal soalan yang memang ingin ditanyakan sejak tadi.Memang dia terkejut bila Puan Sri Suhaily menelefonnya,meminta izin untuk membawa Ariyana keluar makan.

"Apa yang peliknya..she's my friend.."

"Hah?Biar betul??"

"Yeah..why?Am I look too old..to make friend with that young girl?"soal Puan Sri Suhaily,bagai dapat meneka apa yang tersirat di fikiran anak bujangnya itu.Faris Ifwat tersengih sambil menggaru kepala.

"Err..takdelah,mama sentiasa nampak muda.Riz cuma pelik,tak tau pulak Ariyana tu kawan mama."

Faris Ifwat mengerut dahi.Berfikir,di mana pula wanita itu berjumpa dengan Ariyana.Di spa mungkin..tapi macam mustahillah pulak.

"Dahlah,yang penting she is my friend.Emm..mama nak jumpa papa kat office kejap.Oh ya,malam ni tak payah tunggu kami.Mama dengan papa dinner kat luar."

Faris Ifwat mengangguk.Terbang segala apa di fikirannya."Best-best..emm,Riz nak ikut boleh?"soalnya dengan nada mengusik.Tersengih-sengih lagi.

"Nope..special candle light dinner ni,only for us.Kalau Riz nak jugak,mama boleh book kan meja,tapi kena bawak bakal menantu mama sekali la.Boleh?"

Faris Ifwat menggaru kepala.Dush!Kan dah kena."Takpelah mama,nampaknya Riz makan kat rumah jela."

"Kesiannya anak mama ni.Kawan perempuan ramai,muka pun boleh tahan..takkan susah sangat nak cari special girlfriend ni.."

"Nak buat macammana,dah takde perempuan berani nak tackle Riz.Takkanlah Riz nak lebih-lebih pulak.Tunggu jelah orang masuk meminang nanti."

"Eh budak ni..main-main pulak dia."

Faris Ifwat menghamburkan gelak.Puan Sri Suhaily turut tergelak sama melihat kenakalan anaknya itu."Riz..Ayie mana?"soalnya setelah gelak kembali reda.

"Ada dalam studio.Tengah buat kerja agaknya.Takpun tidur.Mama..nak jumpa dia?Riz panggilkan.. "

Puan Sri Suhaily menggeleng."Takpelah.Riz,nanti kasi lauk dengan nasi ni kat Ayie.Mama masak ayam masak merah kesukaan dia."

"Untuk Ayie je?Riz punya takde ke?"

Puan Sri Suhaily menggeleng lagi sambil menghulur sebungkus lagi beg plastik kepada Faris Ifwat.

"Yes!Tak payah makan kat kafe hari ni.Thanks mama.Lauk apa ni?Ketam masak lemak?"soal Faris Ifwat dengan perasaan teruja.Maklumlah,masakan Puan Sri Suhaily memang power.

Puan Sri Suhaily mencubit pipi Faris Ifwat."Hisy..nampak je dah besar panjang,manja mengalahkan budak-budak.Hari ni mama kena masak lima jenis lauk tau.Nak buat macam mana,anak-anak mama ni semua taste tinggi-tinggi.Ayahnya pun sama jugak."

"Hmm..kan Riz dah cakap,mama memang ibu paling best la kat dunia ni."

"Amboi,bodek mama nampak!Okeylah,mama nak naik atas ni.Oh ya,ada lagi satu pesanan.Mama tak nak Riz marah-marah Ariyana sangat.She’s so special.Dia ada potensi jadi pekerja yang cemerlang.Mama yakin apa yang terjadi tadi bukan salah dia sepenuhnya."

“Ooo..dia mengadu kat mama ye?Lagi apa dia cakap ma?Habislah dia kejap lagi.”

“Heh..pandailah.Nope.Jangan buli budak tu pulak.”

Faris Ifwat ketawa besar.”Tak adalah mama, Ariyana tu degil.Riz gertak dia je tadi.Kasi dia takut sikit.”

Puan Sri Suhaily menggeleng kepala,melihat perangai nakal anak bujangnya itu.

Faris Ifwat memandang sekeliling,memerhatikan staff-staff yang sedang sibuk melayan customer.Pandangannya tertumpu pada Ariyana yang sedang mengangkat kotak.Hatinya terasa digeletek bila melihat gadis itu terkial-kial mengangkat kotak yang berat itu.Mulutnya pula terkumat-kamit seolah-olah sedang membaca mentera.Lama diperhatikan keletah Ariyana sebelum kakinya diatur perlahan-lahan menghampiri gadis itu.

"Ehem!!"

"Opocot!"Terlepas kotak yang dipegang.Ariyana pantas memandang Faris Ifwat dengan wajah terkejut.Faris Ifwat menyembunyikan senyumannya.

"Laa..macam tu pun terkejut ke?"

Ariyana mendengus geram.Memang la terkejut,tengah syok kutuk kau,tiba-tiba muncul pulak.Dahlah kotak ni berat,ingat senang ke nak bawak..kalau ada staff lelaki kan bagus.

"Nak bawak pergi mana kotak ni?"soalnya tanpa mempedulikan muka bengang Ariyana.

"Paper untuk print gambar dah habis.Miss Dania suruh ambil yang baru."

Faris Ifwat mengangguk."Eh,macammana awak boleh kenal mama saya?Pelik betul..saya tak tahu pulak yang awak ni kawan mama saya.Kat mana awak kenal dia eh?"soal Faris dengan wajah pelik.

Ariyana ketawa dalam hati.Tentu Puan Sri Suhaily tidak memberitahu hal yang sebenarnya pada lelaki itu.Kawan?Baru berkenalan tidak hampir sejam,tetapi wanita itu sudah menganggapnya kawan.Tiba-tiba Ariyana rasa terharu.Wanita itu melayannya dengan baik sekali..

Tapi jika betullah Puan Sri Suhaily menganggapnya kawan,bermakna wanita itu adalah kawannya yang paling unik sekali.Berbeza umur..berbeza status..semuanya terasa macam mimpi pulak.Cerita Colonel Harland Sanders akan diingatnya sampai bila-bila.

"Hello..aihh..berangan pulak!"Faris Ifwat memetik jarinya di hadapan wajah Ariyana beberapa kali.Ariyana terkebil-kebil.

"Cepatlah jawab soalan saya tadi,"ujar Faris Ifwat sedikit mendesak.

"Entah.Encik tanya la mama Encik sendiri."Ariyana menjawab pendek.Segera ingin berlalu dari situ.

"Eh,tunggu.Baik awak jawab soalan saya tadi.Kalau tak..saya..saya.."Kata-kata Faris Ifwat terhenti di situ.Hilang idea untuk meneruskan kata-kata.

"Kalau saya tak jawab kenapa?"soal Ariyana,menjungkit sedikit keningnya.

"Kalau tak saya potong gaji awak bulan ni,"ugut Faris Ifwat.

Eh,suka-suka je nak ugut orang."Hmm..sukahati encik la..tapi saya rasa soalan encik tadi tu tak ada kaitan dengan Foto Siber ni.Kalau encik potong gaji saya,maknanya encik memang tak professional.Campurkan hal kerja dengan hal peribadi pulak."Ariyana bersuara lancar dan penuh yakin.Sebelum berlalu dia menjeling ketuanya itu,beserta sebuah senyuman sinis.

Faris Ifwat memerhatikan langkah gadis itu.Mak aihh..dia melawan cakap aku?Dia tahu tak aku bos kat sini?Egonya terasa tercabar.Tapi sesaat kemudian tergetus senyuman di bibirnya.Budak ni memang lain dari yang lain.Tak gedik,berani...dan paling penting..cun!!Hmm..interesting!!

4 aduan:

.:miss=fair[a]h:. said...

yeay..
da smbung..
haha..
best2..
smbung lgi yerk!!

MaY_LiN said...

akhirnya...
ade n3...
hihi

keliwon said...

yeahh.. finally!

u go girl!!

=D

nurulfzz said...

thanx..hehe