.:to all my fren:.

kpd kwn2 dan rakan2 bloggers yg akan mnghadapi exam,gud luck sy ucapkan.maafkn segala salah dan silap.doakn sy dpt jwb exam dan dpt present projek taun akhir dgn baik.hurm..xsabar nk menulis semula =)..

Selamat Hari Raya..=)


Assalamualaikum...di sini sy ingin mngucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir batin kepada sume rakan2 blogger dan pengkomen2 di blog ni..kpd yg nk balik beraya kt kampung tu,berhati2 di jalan raya eh.Semoga raya taun ni lebih bermakna untuk kite sume=)

No title

salam..
untuk nama Azree Ifwat yg sy guna dalam cerita Cinta At Wisma Beta Siber...pemilik nama tu akan menjalani satu operation es0k..sy arap kpd pembaca blog ni bley sama2 brdoa supaya die slamat dlm operation tu..amin..

BAB 14



"Err..miss Dania.Selamat tengahari."Yana sedikit tersentak melihat kedatangan Dania secara tiba-tiba.Dania mengukir senyuman kecil dan mengangguk kepala.Selepas itu wajahnya kembali serius semula.Dia menghulurkan sekeping kertas kepada Yana.

"Miss Izzah pergi berkursus untuk beberapa hari.Jadi saya akan menggantikan dia untuk melatih awak.Awak telah diberitahu sebelum ini,untuk menjadi staff di Foto Siber,awak mesti mempelajari segalanya tentang produk dan servis yang dijalankan di sini.Right?"

Yana mengangguk.Alamak..matila.Nampak macam garang je Miss Dania ni..

"So,dalam kertas yang saya beri pada ni,ada tertulis semua maklumat tentang sukatan-sukatan yang diperlukan untuk membancuh chemical dalam machine print gambar yang kita gunakan di sini.Untuk mesin analog dan digital.Jadi saya mahu awak hafal semuanya dan saya akan test awak pada pukul dua nanti."

"Pukul dua?"Yana mengerling jam tangannya.Pukul 12.50.

"Yup.Ada apa-apa masalah?"

Yana menggeleng.Dania tersenyum sinis sebelum berlalu pergi.Yana mengeluh perlahan.Tak rehat la nampaknya aku hari ni.


**************

Terkumat kamit mulut Yana menghafal nota yang diberikan ketuanya itu.Selesai saja makan di kafe,Yana terus bertapa di bilik rehat yang disediakan untuk staff Foto Siber.Dia pergi ke situ kerana keadaan bilik yang agak sunyi memudahkan proses hafal menghafal berlaku.Hanya ada masa lebih kurang setengah jam saja lagi untuk menghafal semua itu.Arghh..tekanan betul..

"Cuba cakap betul-betul dengan abang.Kau pergi mana sebenarnya?"

Dari jauh Yana mendengar sayup-sayup suara seorang lelaki.Alamak..err..suara itu kedengaran semakin dekat.Yana pantas bangun,menyembunyikan diri di sebalik kotak-kotak yang ada di situ.Dilihatnya Faris Ifwat masuk diikuti oleh Azree di belakang.

"Kau tau tak kau dah buat mama risau.Dua malam tak balik rumah."

Azree senyap.

Faris Ifwat pegang bahu Azree."Bagitau abang..apa yang kau tak puas hati lagi?Tindakan kau tak balik rumah lagi mengusutkan keadaan sebenarnya.Kalau ada apa-apa kau boleh bincang dengan abang."

Yana mendengar kelembutan dari suara Faris Ifwat.Cuba berdiplomasi memujuk adiknya.Mungkin betul apa yang dikatakan oleh Miss Izzah,Azree paling rapat dengan Faris Ifwat.

"Ayie tidur rumah kawan,"balas Azree pendek.

"Kawan?Kawan mana?"

Faris Ifwat memandang Azree dengan pandangan serius.Azree membisu.

"Jangan bagitau abang yang kau masih bergaul dengan budak-budak tu lagi."Kali ini suara Faris Ifwat kedengaran keras.Yana yang melihat sedikit kecut perut melihat wajah serius lelaki itu.Faris Ifwat masih menanti jawapan dari Azree.

"Ala..bosan la duduk rumah.Ayie bukan buat apa pun.Just lepak dengan diorang je."

Faris Ifwat menghembus nafas berat.Memang pening kepala memikirkan tentang hal adiknya yang sorang ni.Sangat keras kepala dan kuat memberontak.Sejak kematian ibu kandung mereka,perangai adiknya mula berubah.Dan bertambah teruk apabila ayah mereka berkahwin lain.Hanya dia yang menentang kuat perkahwinan baru Tan Sri Baharudin.Mungkin kerana Azree terlalu rapat dengan arwah ibu kandung mereka.Jadi sehingga sekarang dia masih tidak boleh menerima Puan Sri Suhaily dalam keluarga dan selalu menimbulkan masalah.

"Lepak je?"

"Yelah.Trust me."Azree membalas pendek.

"Hurm..so malam ni balik rumah?"

Azree tidak menjawab.Tidak berani juga untuk menentang wajah abangnya.Tidak dapat dinafikan,antara semua dia paling rapat dengan Faris Ifwat.Dan lelaki itu masih dihormatinya sebagai abang.Lelaki itu yang selalu mengambil berat tentang dirinya.Abang-abangnya yang lain hanya tahu marah dan menuduhnya yang bukan-bukan.Sebab itu dia tidak betah untuk tinggal di rumah.

"Abang nak kau balik malam ni.Habis kerja terus balik rumah."Kata-kata berupa arahan dikeluarkan Faris Ifwat.

"Err..malam ni tak boleh."

"Kenapa?"

Azree serba salah."Ayie dah janji dengan diorang.Err..ada hal sikit."

"Hal apa?"Faris Ifwat mendekati adiknya."Kau buat aktiviti lama lagi?"

"Mana ada."Azree membalas pantas.Tapi dia masih tidak berani memandang wajah abangnya.Faris Ifwat memandang adiknya,mencari kebenaran di sebalik kata-kata itu.Dia akhirnya menggeleng kepala.Mengeluh berat.

"I trust you.Abang tak nak tuduh bukan-bukan.Tapi kalau abang dapat tau kau buat lagi aktiviti lama tu,abang takkan teragak-agak untuk buat sesuatu.Think about it.Ayie dah besar.Jangan buat sesuatu yang boleh memalukan nama family kita."Selesai menuturkan kata-kata itu,Faris Ifwat berlalu keluar.

Yana mengerut dahi.Dia memandang Azree yang masih duduk di situ.Apa sebnarnya yang dilakukan lelaki itu?Kata-kata Faris bermain-main di kepalanya.

"Arghhhhh!!!"Azree menjerit tiba-tiba.

"Opocot mak kau!!"Pantas Yana menutup mulutnya dengan tangan.Jantungnya berdegup kencang.Terkejut bila mendengar Azree menjerit.Dua saat selepas itu terdengar derap langkah menuju ke arahnya.Azree muncul.

Direnungnya wajah Yana tanpa berkelip,dengan muka serius.Yana serba salah.Tidak tahu hendak buat reaksi apa,akhirnya Yana tersengih."Err..aku pergi dulu."

Azree menahan.Berdiri berhadapan dengan Yana.Secara tidak langsung Yana tidak boleh bergerak dari situ.Wajah gadis itu ditatap.Sampai berubah air muka Yana.

"Ape ni?Aku nak keluarla,"bentak Yana.Azree buat bodoh.Masih tidak bergerak dari situ.

"Cepatlah!Apa tahan-tahan orang ni?"

"Siapa suruh kau intip aku?"soal Azree.

"Mana ada aku intip kau.Tepilah.."balas Yana lagi dengan nada keras.Tapi tetap kedengaran manja dengan suaranya yang agak halus itu.Dia membuat muka berani walaupun sebenarnya dia agak seram jugak.Mana la tau kalau Azree membuat sesuatu di luar jangkaan.Dahlah kedudukan bilik ini yang agak tersorok.Aaa..tidakkk!!

"Apa yang kau dengar tadi?"soal Azree lagi.

"Ntah,aku tak tau.Aku tak faham apa korang cakap.Azree..please.Aku nak keluar.."Kali ini terserlah wajah cuak Yana.Dia sendiri tidak tahu apa penilaiannya terhadap Azree sekarang setelah mendengar perbualan mereka berdua tadi.Azree sudah banyak berubah.Dan dia tidak boleh mengharapkan Azree yang dulu.Dia sendiri selalu keliru dengan personaliti lelaki itu.Apa kegiatan yang dilakukan Azree sehingga menyebabkan abangnya marah juga dia tidak tahu.

"Hmm..aku lepaskan kau.Tapi.."Wajah Azree penuh teka-teki.

"Tapi apa?"soal Yana pantas.Cepatlah,kalau boleh di saat ini juga dia mahu merempuh lelaki itu.Rasa takut semakin menghimpit diri.

Azree tersenyum nakal."Kiss sini dulu,"tunjuknya ke arah pipi.

"Ahh..gila!!Kau gila!"jerit Yana sedikit kuat.Dia menolak lelaki itu ke tepi.Sampai terduduk Azree di situ.Pantas dia berlari keluar.

Azree ketawa terbahak-bahak.Berair matanya menahan ketawa."Haa..tau pun cuak."


****************

"Ha..macammana kerja tadi?Okey tak?"soal Dewi.Kedua-dua mereka mengayuh basikal perlahan-lahan.Yana mengeluh."Hmm..okeylah..cuma test yang Miss Dania kasi tu ada yang aku tak boleh jawab.Semua sebab mangkuk tu."

"Mangkuk?Mangkuk mana?"soal Dewi pelik.

"Si.."Kata-kata Yana terhenti di situ.Dia menggigit bibir."Hee..tak ada apa-apa laa..Kau pulak macammana?"Malas Yana mahu mengungkit hal tadi.

"Biasa je.Ha,tadi kan Yana..ada customer beli MacBook Apple yang kau idam-idamkan tu."

"Hah?Yeke?Siapa?"soal Yana teruja.Setiapkali cerita tentang laptop impiannya itu dibangkitkan,pasti matanya bersinar-sinar.Sememangnya keinginan untuk memiliki laptop itu semakin meluap-luap setiap hari.Dia berharap dapat memiliki laptop itu dengan duit hasil titik peluhnya bekerja di Wisma BS ini tanpa perlu meminta pertolongan dari ibu bapanya.

"Kali ni lelaki muda yang elegan sambar MacBook tu.Dia beli untuk girlfriend dia."

"Wah...bestnya..."Kedua-dua mata Yana sudah dipenuhi bayangan laptop itu.Dia berazam,sekiranya laptop itu berjaya dimiliki..dia akan menjaga laptop itu dengan sebaik-baiknya.Dan jika ada rezeki untuk dia menyambung pelajaran di universiti,dia akan menggunakan laptop itu sebagai medium supaya dia lebih mudah belajar dan supaya cita-citanya untuk menjadi jurutera Perisian Maklumat akan tercapai.Dia berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dan menyenangkan kedua orang tuanya yang selama ini bersusah payah membesarkannya.Dia juga berjanji untuk...

Bedebuk.

"Adoi!!"

"Eh Yana!Kau tak apa-apa?"Dewi pantas turun dari basikal dan menghampiri Yana yang sudah jatuh tersembam di tanah.

"Aduh...sakitnya."Yana menggosok punggungnya yang sakit akibat jatuh terhentak dari basikal.Entah macammana tengah sedap-sedap berangan,dia tidak perasan batu besar yang ada di depannya.Lalu dengan selamba dia melanggar batu itu.

"Hisy kau ni.Apa kena ntah,asyik berangan je.Sikit-sikit berangan.Sikit-sikit berangan.Atas basikal pun boleh berangan lagi.Nasib baik langgar batu.Kalau langgar orang tadi tak ke susah,"bebel Dewi sambil membantu Yana mengangkat basikalnya.

Yana tersengih.Memang kata-kata Dewi ada kebenarannya.Dia terlalu kuat berangan.Selalu hilang dalam fantasinya sendiri.Tengah makan pun masih boleh berangan.Entah bila tabiat buruk itu dapat dikikis dia sendiri tidak tahu.

Sebuah kereta mewah berhenti di tepi tiba-tiba.Cermin kereta yang agak gelap diturunkan.Menjelma wajah Faris Ifwat di situ."Ariyana,awak tak apa-apa?Saya nampak awak jatuh tadi."

Yana sedikit terkejut dengan kehadiran Faris Ifwat.Dilihatnya ada perempuan di sisi lelaki itu.Miss Dania!

"Err..saya okey."Yana membalas pendek.Dia mengibas-ngibas sedikit bajunya yang terkena tanah.

"Betul ni?Kalau ada luka saya hantar pergi klinik."Faris Ifwat menawarkan pertolongan.

Yana menggeleng."Takpelah.Saya tak ada apa-apa."Dia menghulurkan senyuman ke arah Dania yang diam dari tadi.Namun wanita itu hanya diam tanpa sebarang reaksi di mukanya.Yana sedikit terkedu.

Faris Ifwat pula seperti tidak berpuas hati dengan penjelasan gadis itu."Betul ni?"

"Betul.En Faris,kami balik dulu la.Bye."

Yana menarik tangan Dewi supaya beredar dari situ.Faris Ifwat mengangguk dengan muka agak tidak berpuas hati,sebelum menutup cermin keretanya kembali.Keretanya menderum laju selepas itu.Yana dan Dewi berpandangan sesama sendiri.

"Encik Faris..dengan Miss Dania?"

Yana mengangkat bahu."Entah!"

BAB 13



"Okey,sila berkumpul semua,"arah Dania dengan suara sederhana tetapi tegas.Staff-staff Foto Siber yang sedang asyik bersembang dalam kelompok masing-masing lantas berjalan menuju ke arah Dania.Masing-masing berkumpul di situ untuk mendengar briefing yang dilakukan setiap pagi.Faris Ifwat keluar dari officenya dengan membawa fail nipis.

"Assalamualaikum dan selamat pagi.Awak semua sihat?Ada sesiapa yang demam,pening,tak sihat,atau tak larat nak kerja hari ni?"soal Faris Ifwat dengan senyuman kecil sambil memandang satu persatu wajah-wajah staff yang berdiri di hadapannya.

"Sihat En Faris.."jawab staff-staff Foto Siber hampir serentak.

"Bagus.Ceria,bersemangat..macam ni la yang saya mahukan.Eh..Ariyana..awak okey ke?Kenapa muka berkerut macam tu?"

Yana tersipu bila semua mata memandang ke arahnya.Cepat-cepat dia meneutralkan wajah agar kelihatan normal.Kemudian dia menggeleng sambil tersengih."Saya okey."

"Betul?"soal Faris Ifwat sekali lagi.Yana mengangguk seperti burung belatuk.Faris Ifwat memandangnya lama dengan pandangan was-was,tetapi Yana seboleh mungkin berlagak normal.

"Hmm...baiklah.Firstly saya nak ucapkan tahniah kepada anda semua.Sales keseluruhan untuk semalam semakin meningkat.Sebanyak 6 biji kamera DSLR berjaya dijual."

Sebaik saja lelaki itu mengalihkan pandangan,muka Yana kembali berkerut seribu.Aduh..dia tidak tahu kenapa perutnya tiba-tiba memulas ketika itu..Dia memegang perut dengan tangan.Badannya dibongkokkan sedikit.Sakitnya terasa semakin menyengat.'Apa yang aku makan malam tadi ni..perut rasa macam nak tercabut.Perut..sabar-sabar..tunggu briefing ni habis.Kejap je..'Yana bermonolog sendiri di dalam hati.Apa yang diucapkan oleh Faris Ifwat tidak lekat langsung difikirannya.Akalnya kini tertumpu pada kesakitan luar biasa yang dialami.

Jesnita di belakang Yana menjeling dengan perasaan hairan.Pelik dengan tingkahlaku gadis itu.Tiba-tiba terlintas niat jahat di fikiran untuk melaksanakan rancangannya semalam.Dikeluarkan lipan plastik yang dibawa dari rumah pagi tadi.Memang dari semalam dia berhempas pulas mencari idea untuk mengenakan Yana.Dan dirasakan waktu itu adalah saat yang paling sesuai.Perlahan-lahan dia merapati gadis itu.Dia memandang kiri kanan.Apabila menyedari tiada siapa yang menyedari,dia menolak lipan plastik itu cepat-cepat dengan kaki dan kembali berdiri di belakang semula.

Yana yang membongkokkan sedikit badannya ke bawah tiba-tiba terperasan sesuatu berwarna merah.

"Ahhhhh..ooo mak kau ubi rebus mak cik Kiah!!Lipan!!"

Sekali lagi semua mata memandang ke arah Yana.Yana memejam mata.Amy di sebelah dipeluk seerat mungkin.

"Yana...Yana.."

Terketar-tekar badan Yana menahan ketakutan.Dia betul-betul terkejut.Di fikirannya cuma satu.Mahu melepaskan diri daripada serangga yang amat ditakutinya itu.Dia membuka mata perlahan-lahan.Dipandangnya Amy dan Amy menunjuk ke satu arah.Lama diperhatikan serangga berwarna merah itu.Tidak bergerak.Yana memandang Amy sebelum mengalihkan pandangan ke semua mata-mata yang memerhatikannya.Belum sempat memikirkan apa tindakan yang harus dibuat,perutnya memberontak dari dalam."Aduh!!"Yana memusingkan badan ke belakang,terus berlari menuju ke pintu keluar.Tidak mempedulikan mereka yang memandangnya dengan pelbagai reaksi.Malang tidak berbau,sampai di pintu dia terlanggar dengan seseorang.Dan bagai jatuh ditimpa tangga,orang itu adalah Azree.Kedua-duanya jatuh terduduk.

"Tak nampak orang ke?"soal Azree perlahan dengan muka tidak berperasaannya.

Yana mendongak memandang lelaki itu.Pandangannya sayu.Dan tanpa diduga setitik air matanya menitik ke pipi.Azree terkedu.Yana terus bangun dan berlari keluar.Azree pula tercegat di situ hampir seminit.Dan apabila menyedari semua staff sedang menyaksikan adegan itu,dia terus berlalu masuk ke dalam studio.


Yana menyeka air matanya yang mengalir laju keluar.Dia tidak pasti apa perasaanya ketika itu.Malu,sedih,marah..semuanya ada.Baru dua minggu dia bekerja di sini,bermacam dugaan dilaluinya.Dia tidak tahu siapa yang berniat jahat untuk mengenakannya tadi.Dia tahu orang itu sengaja mahu memalukannya di depan staff-staff lain.Satu lagi yang dikesali..kenapa dia mesti menangis di hadapan Azree..

***************
"Honey..can we spend our time together tonight?Dah lama I tak makan malam dengan you."Sebaik saja menutup pintu bilik,Dania duduk di atas kerusi berhadapan dengan Faris Ifwat.Faris Ifwat tidak memberi sebarang reaksi.Matanya masih mengadap laptop.Sesekali dia tersenyum,kemudian menggeleng-geleng kepala.

"Sayang,dengar tak apa I cakap ni?Kenapa you tersengih sorang-sorang?"soal Dania dengan nada pelik.Dari tadi lelaki itu tidak mempedulikannya langsung.

"She's so funny..."

"Funny?What do you mean?Siapa?"

Faris Ifwat menggeleng lagi,tapi senyuman makin melebar di bibir.

"Apa you ni..apa yang kelakar sangat?"

"Hmm..eh,you rasa dari mana lipan plastik tu datang?"soal Faris Ifwat sambil mengerutkan dahinya.

"Hah?So dari tadi you senyum sorang-sorang sebab fikir pasal staff baru tu?"

"Hmm...i dont think ada staff yang nak kenakan dia.Mungkin budak-budak kecil yang datang kedai ni tertinggal lipan plastik tu.Tapi cuba tengok muka dia,serius pucat gila.Cara dia tadi..haha..serius I tak boleh nak tahan gelak bila tengok reaksi dia.She's so cute.Penakut betul."

What?Wajah Dania berubah serta merta bila mendengar kata-kata lelaki itu.Rasa cemburu membuak-buak di dalam dada.Dia sendiri tidak faham apa tarikan yang ada pada gadis muda itu.Sehingga lelaki itu beria-ia berfikir.Rasanya tiada apa-apa yang kelakar pun pada peristiwa tadi.Dia tidak suka pada sifat kelam kabut Ariyana.So unmatured!

"Faris,I keluar dulu.Kalau ada apa-apa just call me.."Dania bangun dari kerusinya.Faris Ifwat tidak memberi apa-apa reaksi.Dania mendengus geram.

"Sayang,malam ni jadi tak?"soalnya.Berharap Faris Ifwat memberi jawapan yang positif.Dia akui,dia yang banyak berusaha untuk memenangi hati lelaki itu.Sedangkan Faris,hanya mencarinya di kala bosan.Bukan itu saja,perhubungannya dengan Faris turut dirahsiakan dari pengetahuan sesiapapun atas kehendak lelaki itu.Dia seolah-olah menjadi kekasih gelap Faris Ifwat.Dia banyak makan hati dengan lelaki itu tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa.Kuasa dan pangkat yang diberi iaitu sebagai supervisor di Foto Siber adalah kerana pertolongan lelaki itu.Dan dia banyak terhutang budi dengan Faris Ifwat juga keluarga Tan Sri Baharudin.Untuk melepaskan kuasanya sekarang,dia tidak sanggup.Biar apapun terjadi,Faris Ifwat tetap miliknya!!

"Ntah,tengoklah dulu macammana,"ujar Faris Ifwat endah tak endah.Dania bertambah bengang.Merah padam mukanya.Pantas dia keluar dari bilik itu dengan hati yang berbuku.


**********

"Haha...kelakar la.Pagi-pagi lagi dah buat drama sebabak kat sini,"ujar Seri,salah seorang staff di Foto Siber.

"Yeah...she's so clumsy.Tapi dia cun kan.First tengok dia,aku ingat dia Fasha Sandha.Dua kali tengok pulak macam Lisa Surihani."

"Tapi okeyla budak tu.Tak sombong..ceria..patutlah Encik Faris bagi perhatian lebih.Aku perasan Encik Faris selalu perhatikan Yana tu.Tapi Yana tak pernah layan lebih-lebih."

"Hmm..untunglah dia.Anak bos besar tu.Eyh.."

Masing-masing terdiam bila Dania tiba-tiba tercegat di situ dengan muka serius."Kalau nak bersembang,tunggu masa lunch nanti.You all can go back to you place now and do your work."

"Baik Miss Dania,"jawab mereka hampir serentak.Masing-masing kembali melakukan tugas mereka.Dania berdiri tegak.Tiada sedikit senyuman terukir di muka cantiknya.Dia mengepal penumbuk.Kata-kata mereka tadi bagai pisau yang merobek ulu hati.

BAB 12

"Cepatlah Yana ambil makanan tu.Aku dah lapar tahap dewa ni,"desak Dewi sambil memandang Yana yang terkial-kial memilih makanan.

"Kejap la.Aku tak tau nak makan apa ni.Kau ni kalau pasal makan nombor satu tau.Ish..ha,jom."Yana membawa dulang yang berisi pinggan makanan dan air selepas menunjukkan pas kerja kepada staff di kafe itu.Sememangnya makanan tengahari mereka ditaja sepenuhnya oleh pihak syarikat.

"Alamak..meja semua dah penuh."Tiba-tiba mata Yana tertancap pada satu meja kosong.Cepat-cepat dia menarik tangan Dewi.Bila sudah dekat menghampiri meja,barulah dia perasan Azree yang sedang duduk di meja sebelah.Yana serba salah.Nak duduk tempat lain semua dah penuh.

Akhirnya dia menarik kerusi,dan duduk dengan selamba.Dulang diletakkan di atas meja.Duduk berhadapan dengan Dewi.

"Yana,sebelah tu Azree la,"bisik Dewi perlahan.Kaki Yana dikuis dengan kakinya.

"Aku tau.Buat bodoh sudah.."

"Yana,betul ke apa yang kau cerita kat aku hari tu?Azree tu anak Tan Sri Baharudin?Aku macam tak percaya je."

Yana mengangguk tanpa suara.Anak Tan Sri yang paling kurang peminat..Tiba-tiba dia teringat kata-kata Izzah dulu.Memang pun!!

"Boleh aku duduk sini?"

Hampir tersembur air yang diminum Yana bila mendengar suara itu.

"Err..duduklah kalau tak malu,"ujar Dewi yang juga kelihatan sedikit terkejut.Azree duduk dengan selamba.Gelasnya diletakkan di atas meja.

"Dewi..dah lama tak jumpa.Apa cerita sekarang?Seriously,aku rindu betul kat kau."

Yana membulatkan mata.Memerhatikan kedua-duanya.

Dewi tergelak besar."Rindu?Rindu nak buli aku ke?"

Azree juga turut sama ketawa sambil menggeleng kepala."Ada jugaklah sikit-sikit.Kalau dulu tu aku terbuli kau,sorrylah.Saja nak bergurau sebenarnya."

"Banyak la kau.Kes katak tu pun,gurau jugak ke?Sebab kau aku trauma dengan katak sampai sekarang tau tak.."

Azree ketawa kecil.Yana yang mendiamkan diri dari tadi berasa terpinggir.Seolah-olah dirinya tiada di situ.Azree dan Dewi terus berbual rancak.Sesekali ketawa meletus di antara mereka berdua.Yana memandang pinggannya dengan perasaan bercampur baur.Mee goreng di dalam pinggan dipintal-pintal dengan garfu.

"Ingat lagi tak Puan Yasmin?Cikgu add math yang ajar kita masa form four.Yang asyik bad mood tu.."

Kedengaran suara Dewi bertanya.Azree diam seketika.Tidak lama selepas itu dia mengangguk."Ingat,mana tak bad mood..dia kan pregnant masa tu.Kesan-kesan lebam kat badan aku,semua hasil kerja dia la.Bila marah je,cubit aku.Tension.."

Dewi ketawa kuat."Memang la..dah kau asyik buat hal je.Asyik naikkan kemarahan dia.Boleh pulak tidur time dia mengajar.Siap berdengkur lagi.Dia suruh keluarkan formula add math,kau buat formula Kimia.Mana dia tak mengamuk."

Yana menopang dagu.Terkebil-kebil matanya memerhatikan mereka berbalas-balas kata,mengimbau kembali zaman persekolahan yang baru beberapa bulan ditinggalkan.Dia menampar pipinya,memegang baju.Kemudian memegang gelas air.Hemm..aku ni invisible ke?

"Oit Yana..berangan apa?Senyap je dari tadi."Dewi menjerkah tiba-tiba.Kini dua pasang mata memandangnya.

Yana mengangkat bahu,tersenyum sumbing.Kedua mereka kembali bersembang semula.Hah...bosannya!!Matanya mengerling ke arah Azree tapi sedikitpun lelaki itu tidak mempedulikannya.

'Dia ni memang ada split personality la.Selalu berubah-ubah.Kejap peramah,kejap pendiam,kejap sombong.Tengok jela sekarang,friendly gila bersembang dengan Dewi.Macam best friend pulak.Sedangkan dengan aku,nak buka mulut pun susah.Huh!!'Yana mengutuk di dalam hati.Rasa sakit hati mula menggigit sanubari.Geramnya!!!

Sedang asyik membebel dengan diri sendiri,Yana tiba-tiba terdiam apabila terasa dirinya diperhatikan.Dia menjeling sekeliling.

"Encik Faris.."Yana menggigit bibir.

Faris Ifwat tersenyum kecil.Yana membalas hambar.Tanpa diduga Yana lihat lelaki itu menghampiri mereka.

"Can I join?"

"Err..silakan,"balas Dewi bila dilihatnya masing-masing lambat memberi respon.Faris Ifwat meletakkan makanannya di atas meja sebelum duduk di sebelah Azree.Bertentangan dengan Yana.

"Ayie..baik dengan diorang?"

"Kawan time kat MRSM dulu."

Faris Ifwat menunjuk reaksi sedikit terkejut."Patutlah..Ariyana dan emm.."

"Saya Dewi!"

Mak aihh!!Yana memandang Dewi yang tersenyum-senyum.Excited betul minah ni.Memperkenalkan diri sendiri tanpa perlu disuruh.Faris Ifwat mengangguk-angguk kepalanya.

"Satu sekolah dengan Ayie?"

"Yup!Satu kelas."Pantas Dewi menjawab.Faris Ifwat mengangguk lagi.Pandangannya dikalihkan ke arah Yana."Makan mee goreng je untuk lunch?"

Yana tidak menjawab,hanya senyum malas.Hatinya masih bengang kerana Azree langsung tidak mempedulikannya dari tadi.

"Dia memang suka makan mee goreng.Bukan mee goreng je,mee bandung..mee kari..kalau maggi lagi dia suka,"balas Dewi sambil tersengih.

Yana menyiku lengan Dewi.Over pulak dia ni.Faris Ifwat ketawa kecil."Kalau macam tu nanti boleh la suggestkan kat pengusaha kafe ni suruh tambah menu..maggi kari letup ke..tomyam ke..betul tak?"

"Betul..betul..betul!!"Dewi ketawa lagi.Nampak semakin bersemangat dengan kehadiran Faris
Ifwat.

Yana memaksa diri untuk senyum walaupun dalam hati bertambah-tambah perasaan geram.Bukan dia tidak boleh menerima gurauan lelaki itu,tapi entah kenapa moodnya tiba-tiba berubah.

"Kau nak pergi mana Yana?"soal Dewi bila dilihatnya Yana bangun tiba-tiba.

"Aku nak pergi toilet kejap,"balasnya pendek.Dia berjalan malas meninggalkan mereka bertiga.Hampir sepuluh minit melepak di dalam toilet,barulah dia keluar.Sangkanya pastilah kedua-dua lelaki itu sudah beredar.Tapi dia sedikit terkejut melihat Faris Ifwat masih di situ.Azree dan Dewi pula sudah 'hilang'.Yana memusing badan ke belakang,berniat untuk melarikan diri senyap-senyap.Namun niat itu terhenti bila lelaki itu tiba-tiba memandangnya.Perlahan-lahan kaki diatur.Dia tidak mahu Faris Ifwat menganggapnya sengaja mahu melarikan diri walaupun dia memang tidak selesa dengan lelaki kasanova itu.

"Err..kawan saya mana?"

"Dewi?Dia dah masuk kerja."

"Owh..kalau macamtu saya turun bawah dulu,"ucap Yana pendek.

"Wait a minute.Saya ada benda nak cakap dengan awak.Please have a seat."Serius muka Faris Ifwat ketika menuturkan kata-kata itu.Nak tak nak,Yana terpaksa duduk juga.

Faris Ifwat merenung wajah manis di hadapannya.Agak lama tanpa berkata apa-apa.Yana resah.Dan bila matanya bersabung pandang dengan Faris Ifwat,lelaki itu melemparkan senyuman.Senyuman yang selalu digunakan untuk memikat hati para gadis.

"Apa yang encik nak cakap tadi?Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu."Yana mula bosan bila lelaki itu memandangnya begitu.

Faris Ifwat tersenyum melihat muka gadis itu yang mula berubah."Ariyana..hemm..awak dah ada boyfriend?"

"Hah?"

"Saya tanya..awak dah ada boyfriend?Teman lelaki istimewa..hurm?"

Yana membulatkan mata memandang Faris Ifwat.Lelaki itu masih mempamerkan wajah macho miliknya.

"Err..saya rasa saya tak perlu nak jawab soalan tu."

"But I want to know.."

"Kenapa pulak?"getus Yana sedikit geram.Kedengaran keras nada suaranya.

Faris Ifwat ketawa kecil."Garangnya.."

Yana mendengus.Tiba-tiba tersedar kembali dengan siapa dia berhadapan sekarang.Memang kadang-kadang dia cepat melenting,lagi-lagi bila orang memaksa dia melakukan sesuatu perkara yang dia tidak suka.Pasti akan memberontak.

Wajah gadis itu yang mula memerah diperhatikan Faris Ifwat.Dia tersenyum kecil."Ermm..sorry.Saya tak patut tanya soalan tu kan."

"Err..takpelah.Encik Faris,saya turun bawah dulu.Waktu rehat dah nak habis."

Faris Ifwat mengangguk.Dan sehingga Yana hilang dari pandangan,bibirnya masih mengukir senyuman.Sungguh,gadis remaja itu berjaya mencuri perhatiannya sejak kali pertama dia melihat gadis itu. Dia menggeleng kepala.Ariyana..Ariyanaa..

LUV???


ini juz n3 personal..kepada readers blog ni yang mahu membaca 'Cinta @ Wisma Beta Siber,saya akan uploadkan cerita itu nanti.Kepada blog2 yang meletakkan link blog saya di blog anda,terima kasih banyak2 saya ucapkan.

Cinta?
Sy pasti hmpir semua di kalangan anda pernah rasa perasaan ni kan?Tak kesahla samaada cinta tu kekal sampai sekarang ataupun terputus disebabkan sesuatu masalah,yang pasti segala memori sewaktu bersama pasti akan diingati sampai bila2 kan..:)

Sy harap untuk readers blog ni yg sedang bercinta..hihi..ermm..jagalah cinta tu sebaiknya.Seperti entry yg pernah saya tulis sebelum ni(anda bleh klik kat cni)..cerita tentang seorang kawan saya yg terlalu sayangkan girlfriend dia..walau apa pun yang awek dia buat,dia masih boleh bersabar.Dan sekarang saya rasa happy sebab dia dah berbaik semula dengan awek dia.Dan awek dia pun dah sedar yang lelaki itu sangat baik dan perlu dihargai.Sesuatu yang saya dapat simpulkan,selagi rasa sayang tu masih ada dalam hati ,saya yakin hubungan cinta akan tetap boleh diselamatkan.

Dan kalau anda sukakan seseorang,juz suka dia dengan ikhlas dan belajar untuk tidak mengharapkan balasan.Jangan rasa kecewa kalau dia tidak membalas cinta anda dan sentiasa percaya suatu hari anda akan berjumpa dengan orang yang betul2 sayangkan anda.Juz think positive...cinta sejati memang wujud di dunia ni dan sy harap semua readers blog ni bahagia dengan cinta masing2.To someone...sy sayang awk sgt2:)