BAB 19


Faris Ifwat menarik nafas tercungap-cungap.Ariyana yang berada tidak jauh dipandangnya dengan perasaan lega.Syukurlah gadis itu masih menunggu di situ.Tanpa berlengah dia menuju ke arah mereka.

Tiga orang makhluk tuhan di situ memerhatikan langkahnya dengan reaksi muka yang berlainan.Dewi memandangnya dengan pandangan sinis.Azree pula,sudah bersandar di kereta dengan muka bosan.Ariyana?Melarikan pandangan bila mata mereka bertemu.

Faris Ifwat berdiri berhadapan dengan Ariyana.Dia menggaru kepala.Tidak tahu bagaimana untuk memulakan.Tambahan pula Ariyana langsung tidak memandangnya.

“Angah,jomlah.”Azree dengan muka letih bersuara.

“Encik Faris,saya pun nak balik.Parents saya dah banyak kali call.”Dewi turut menggesa.Sebenarnya pada saat itu dia mula rasa meluat dengan lelaki itu.Tanggapan baiknya selama ini pada Faris Ifwat adalah meleset.Disangkanya lelaki itu benar-benar suka pada Ariyana.Tapi bila melihat peristiwa yang berlaku tadi,tanggapannya berubah seratus peratus.Berlaga pipi,berpelukan mesra antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim,budaya apa itu?Dasar lelaki.Huh!

“Hurm..baiklah.”Faris Ifwat membuka pintu kereta dengan lemah.Dia sendiri tidak dapat meneka perasaan Ariyana pada ketika itu.Marah atau tiada apa-apa perasaan?Dia sendiri tidak tahu.

Sepanjang perjalanan semuanya senyap.Faris Ifwat mencuri pandang ke arah Ariyana.Gadis itu memeluk teddy bear katak sambil membuang pandang ke luar.Pandangannya beralih pada Dewi.Kebetulan gadis itu sedang menjeling tajam padanya.Gulp!Faris Ifwat menelan air liur.

Sampai di depan rumah Dewi,Faris Ifwat memberhentikan keretanya.

“Yana,be careful,”bisik Dewi perlahan ke telinga gadis itu.Ariyana yang sedikit terpinga mendengar pesanan itu hanya mengangguk seperti burung belatuk.

“Encik Faris,terima kasih.Azree,bye.”Dengan ucapan ringkas itu,Dewi cepat-cepat keluar dari kereta.Malas dia mahu menghadap muka lelaki kasanova itu.

“Sama-sama.Dewi,don’t worry.Tomorrow I’ll make sure your bicycle is there,in front of your house.”

Dewi mengangguk.Tapi selepas kereta Faris Ifwat berlalu pergi,baru dia terfikir tentang kata-kata lelaki itu.Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal.”Basikal?Depan rumah?Tapi macammana?”

Selepas itu,selang beberapa rumah Faris Ifwat sekali lagi memberhentikan kereta.Kali ini di hadapan rumah Ariyana.Fuhh..Ariyana menarik nafas lega.Kereta abah tiada di halaman rumah.Bermakna abahnya belum balik lagi.

Faris Ifwat memandang Ariyana.Sayang mata gadis itu tetap tidak mahu memandangnya.Baru disedari teddy bear berbentuk katak itu masih dipeluk dari tadi.Ariyana cepat-cepat meletakkan teddy bear itu untuk di tempat duduk sebelah.Dia mengambil beg tangannya.

“Encik Faris,terima kasih.Azree,bye,”ucap Ariyana tanpa memandang Faris Ifwat,hanya memandang Azree.

Azree mengukir senyuman nipis.Tanpa sebarang kata-kata.Ariyana menutup pintu kereta.

“Ariyana!Tunggu sekejap.”Faris Ifwat juga keluar dari dalam kereta.Ariyana mendengus kasar.Apa lagi mamat ni nak?Dia mematikan langkah,berdiri tegak menanti lelaki itu.Faris Ifwat menghulurkan sesuatu.”Ambillah.I know you like it.”

Ariyana menggeleng,memandang teddy bear bentuk katak yang dihulurkan kepadanya.Memang dia sudah suka pada teddy bear itu sejak melihat teddy bear yang hampir sama di mall tadi.Tapi untuk menerima pemberian dari lelaki itu tidak mungkin baginya.

Ariyana mahu masuk ke rumah bila Puan Aminah tiba-tiba keluar.

“Ma..”Ariyana serba salah.

Faris Ifwat terus menghampiri Puan Aminah lalu bersalam dengan wanita itu.Kelihatan cukup bersopan sekali.Ariyana mencebik bibir.Hipokrit!

“Kalau tak silap ni bos Yana yang datang hari tu kan?”soal Puan Aminah.Faris Ifwat mengangguk sambil tersenyum.

Puan Aminah mengalih pandangan kepada Ariyana pula.“Ha..kamu Yana,kenapa balik lambat ni?Basikal kamu mana?”

“Err..”

“Maafkan saya mak cik.Sebenarnya saya bawa Ariyana dan Dewi pergi makan.Temankan adik saya yang tiba-tiba sakit perut tadi.”

Puan Aminah mengangguk-anggukkan kepala mendengar penjelasan dari Faris Ifwat.Pelik,emaknya tidak pula banyak soal atau membebel.

“Oh ya,Ariyana..esok saya akan hantar orang untuk ambil basikal awak.”Faris Ifwat menujukan kata-kata pada Ariyana pula.Ariyana mengerut dahi.Tapi dia malas mahu menjawab.

“Ma..Yana masuk dalam dululah.”Dan selepas itu dengan langkah longlai dia masuk ke dalam rumah.

Faris Ifwat memerhatikan gadis itu sehingga hilang dari pandangan.

“Ehem..”Puan Aminah berdehem kecil.

Faris Ifwat tersipu.”Erm..tak apalah.Kalau macam tu saya balik dulu.Assalamualaikum mak cik.”

“Waalaikumussalam.”Selepas lelaki itu pergi,Puan Aminah masuk ke dalam.”Yana,sini kejap.Mama ada hal sikit nak tanya.”

Ariyana mengerut dahi.Nampak macam serius je.Dengan memegang tuala di tangan,dia duduk di sisi mamanya.

“Kenapa ma?”soal Ariyana.Dia melentokkan kepala di bahu Puan Aminah.Manja.

“Kerja macammana?Okey?”

“Hurm..okey kot,”balas Ariyana pendek.Kedengaran antara yakin dan tidak.

“Aik,macam tak confident je.Ok ke tak ni?”

Ariyana mengeluh.”Okey tu okey..cuma penat sikit.Customer ramai sangat kat situ.Sakit-sakit badan Yana ni ma.Adoi..”Ariyana menepuk-nepuk lengannya sendiri.

Puan Aminah tersenyum.”Macam tulah kerja.Dulu mama suruh duduk kat rumah je tak nak.Nak sangat kerja.”

“Tapi Yana happy ma..sebab tak lama lagi Yana boleh beli apa yang Yana nak tu.Biar penat sekarang takpe.”

Puan Aminah menggeleng.Degil anaknya itu sama seperti bapanya juga.Tapi dia tahu,Ariyana pandai menjaga diri.Cuma ada sesuatu yang membimbangkannya sejak Ariyana bekerja di Wisma Beta Siber.

“Yana,mama harap Yana jangan terlalu rapat dengan Encik Faris tu.”

Ariyana sedikit tersentak mendengar kata-kata Puan Aminah.Dia mengangkat kepala.”Ma,Yana tak pernah rapat dengan dia pun.He’s only my boss.”

“Hurm..dah dua kali dia datang sini.Nasib baik abah tak ada.Sebenarnya hari tu abah benarkan dia bawa Yana keluar sebab Encik Faris cakap ada family day untuk Wisma Beta Siber.Tapi bila Yana cakap Yana keluar main bowling,tengok wayang..abah dan mama terkejut.Tapi kami berdua senyap je.Cuma abah pesan,suruh mama sampaikan pada Yana.Dia tak suka kalau Encik Faris datang lagi.”

Ariyana membulatkan mata.Seperti tidak percaya dengan kata-kata Puan Aminah.Terjawab sudah pertanyaan yang membelenggu otaknya.Patutlah Encik Hashim membenarkannya keluar bersama Faris Ifwat tempohari.Pasti lelaki itu memutarbelitkan kata-kata.

Hati yang sedang hangat menjadi semakin membara.Nampaknya dia mempunyai satu lagi sebab untuk menjauhi lelaki kasanova itu!

**********

“Yana!Yana!”

“Kejaplah.”Ariyana keluar dari rumah dengan tergesa-gesa.Rambutnya yang tidak sempat diikat cepat-cepat ditocang satu.

“Eh,mana kau jumpa basikal ni?”soal Ariyana pelik.Dibelek-belek basikal yang dibawa temannya itu.Serupa dengan basikal yang hilang semalam.

Dewi mengangkat bahu.”Itu yang aku pelik tu.Keluar rumah je tengok basikal aku ni dah ada kat depan pagar.”

Ariyana tidak sempat menjawab kata-kata Dewi bila dilihatnya basikalnya juga ada di depan pagar.

“Eh,basikal kau pun ada Yana?”

Ariyana mencebik.”Aku rasa aku tahu ni kerja siapa.”

“Siapa?”soal Dewi lurus.

“Siapa lagi.Lelaki kasanova tu la.”Ariyana menjawab geram.

“Erkk..maksud kau Encik Faris?”

Ariyana tidak menjawab soalan itu.Dia memandang Dewi.”Dewi,kenapa kau tak cakap pasal time square tu,Encik Faris tipu abah aku.Kalau mama aku tak bagitahu semalam,sampai mati pun aku tak tahu agaknya korang semua berkomplot dengan dia.”

Dewi menggaru kepala.”Err..Yana.Sorry.Sorry sangat-sangat.Aku tak bermaksud nak rahsiakan dari kau.Aku..aku ingatkan Encik Faris tu betul-betul suka kau.”

“Dewi..kenapa kau selalu anggap macam tu.Aku dah cakap kan,aku tak suka dia.Aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan dia pun.I am too young for all this things..”ujar Ariyana sedikit emosi.Entah kenapa dia berasa tertekan dengan hal ini.Sudah banyak kali dijelaskan pada Dewi,tapi gadis itu tetap menganggap Faris Ifwat menyimpan perasaan kepadanya.Semua itu tidak mungkin akan terjadi.Mustahil.

Dewi memegang tangan Ariyana,dengan muka betul-betul bersalah.”Yana,aku nak mintak maaf.Kalau aku tahu Encik Faris tu macamni,sumpah potong jari pun aku takkan tolong dia.Aku ingat dia ikhlas.Tapi lepas aku tengok perangai dia semalam,baru aku tahu dia bukan lelaki yang baik untuk kau.Yana..maafkan la aku,lepas ni aku janji takkan buat lagi.”Suara Dewi seperti hendak menangis.

Ariyana mengalihkan pandangan ke arah Dewi.Melihat mata gadis itu yang mula merah,bibir pula sudah mula mencebik seperti hendak menangis,Ariyana menggaru kepala.Dia pula yang over touching dari aku ni.

“Dahlah,aku tak salahkan kau.Aku tau niat kau baik.Tapi lepas ni tak payah la nak buat apa-apa untuk rapatkan aku dengan Encik Faris tu okey.”

Dewi mengangguk.“Yana!!”Dan tubuh langsing Ariyana terus dipeluknya.Teresak-esak dia menangis di bahu temannya itu.Ariyana kehilangan kata-kata.Adoi..lupa pula dengan perangai Dewi yang sedikit sensitif itu.Kalau rasa bersalah mula menguasai diri,pasti gadis itu akan menangis.

“Syhhh..dahlah tu Dewi.Aku bukannya salahkan kau.Err..dah ye.Kita dah lambat nak pergi kerja ni.”Ariyana menepuk-nepuk belakang badan Dewi.

“Betul ni kau tak marah dah?”soal Dewi dalam sedu-sedan.

“Betul.Aku tak marah kau pun.Aku tak pernah marah kawan-kawan aku.Dah eh,buruk la rupa kau kalau menangis.”

Dewi senyum mendengar kata-kata itu.Ariyana juga.Segera dia mengelap air mata di pipi Dewi.

“Ha..macamtulah.Dah jom..kita dah lambat ni.”

Ariyana naik ke atas basikalnya.Begitu juga Dewi.Masing-masing mengayuh basikal menuju ke Wisma Beta Siber.


2 aduan:

epy elina said...

c-faris kan mmg play boy....
tp ngn yana mcm dia suke lak...
brbnding ngn faris ngn azree lbih suke azree...
nmun azree bkn wtak utama...

epy elina said...
This comment has been removed by the author.