BAB 15


“Masuk.”

Terjenguk wajah Dania di muka pintu.”Hai sayang.”

Faris Ifwat tersenyum hambar.Dania menutup pintu.Menghampiri lelaki itu.

“Yes?”Faris Ifwat mengangkat kening.Memandang wajah kacukan milik Dania.Dia akui,wanita itu memang cantik dan bijak.Namun itu belum mampu membuatkan hatinya bergetar.

“Rindu you,”balas Dania tersenyum menggoda.Dia duduk berhadapan dengan lelaki itu.Faris Ifwat tidak menjawab,hanya tersenyum kecil.

“Faris,semalam kenapa you ambil emergency leave?”soal Dania lagi.

“Hurm..nothing.Just personal matter,”balas Faris Ifwat ringkas.

Dania mengangguk,walaupun agak tidak puas hati dengan jawapan lelaki itu.Personal matter?Hal apa yang disembunyikan daripadanya.Adakah dia tidak berhak untuk tahu?Namun dia malas mahu bertanya lebih-lebih.Sabar-sabar.Rasanya bermain dengan psikologi lebih elok buat masa sekarang.Seperti menarik benang dalam tepung Benang jangan putus dan tepung jangan berselerak.Dia perasan sikap lelaki itu mula berubah sejak kebelakangan ini.Penyebabnya dia sendiri tidak pasti.

“Faris..I miss you,”soal Dania sekali lagi.Faris Ifwat memandang Dania.Mata mereka bertentangan.Akhirnya Faris Ifwat ketawa kecil.Faham dengan kehendak wanita itu.

“Okey,I miss you too.”

Dania ketawa.Ketawa puas hati.”Ala..you tipu…macam tak ikhlas je.”

Faris Ifwat mengangkat bahu.”Ya…I tipu.”

“Faris!!”Dania membesarkan matanya.Faris Ifwat ketawa.Dania memuncungkan mulut.

Faris Ifwat terpaku.Ketika itu tiba-tiba dia nampak wajah Ariyana di situ.Wajah Ariyana yang sedang masam mencuka,juga sedang memuncungkan mulutnya.

“Faris..”

Faris Ifwat menggeleng.Wajah Ariyana hilang dari pandangan.”Ermm..Dania.”

“Ya,”balas Dania cepat.

“Tolong panggilkan Ariyana Hashim.Suruh dia masuk bilik I sekarang.”

Wajah Dania berubah.Lain yang diharap,lain pula yang keluar dari mulut lelaki itu.Dania mahu membangkang,tapi melihat lelaki itu kembali menyambung kerjanya,dia mendengus kecil.

Ariyana mengambil gambar yang telah siap di print lalu memasukkannya ke dalam album.sambil itu dia mengambil peluang melihat gambar-gambar itu.Gambar perkahwinan.Sungguh sepadan pasangan pengantin itu.Bagai pinang dibelah dua.Gambar pengantin sedang bersanding di atas pelamin.Ada bersama keluarga.Wah,bahagianya.entah bila dia akan merasai sendiri pengalaman itu.

Ariyana tergelak kecil,sambil menggeleng kepala.Melalut pula.SPM pun baru habis,berangan nak kahwin pula.Namun senyumannya mati bila melihat Dania berada betul-betul di hadapannya.

“Miss Dania..”tegurnya perlahan.

Ariyana perasan dahi Dania sedikit berkerut,mungkin pelik melihat dia tersengih sorang-sorang tadi.Aduh,malunya..

“Ariyana!”Tiba-tiba Puan Sri Suhaily pula muncul di hadapannya.

“Auntie.”Ariyana terjerit kecil,terkejut dengan kehadiran wanita itu.

“Puan Sri..”Begitu juga dengan Dania.

“Err..Puan Sri apa khabar?Dania menghulurkan tangan untuk bersalam.

Puan Sri Suhaily mengangguk,tersenyum mesra.Begitu anggun sekali wanita itu .Walaupun hari ini dia hanya memakai blous dan seluar panjang,dia tetap nampak cantik.

“Puan Sri nak jumpa Encik Faris ke?Saya boleh panggilkan dia sekarang,”ujar Dania menghulurkan bantuan.

“It’s ok.Saya saja datang sini.Ariyana,auntie bawa ni untuk kamu.”Puan Sri Suhaily menghulurkan bekas plastic kepada Ariyana.

Ariyana terkedu.”Eh,KFC?”Dengan serba salah dia mengambil bungkusan itu.Dania memandang tajam.

“Err..terima kasih auntie.”

Puan Sri Suhaily mengangguk dan tersenyum.”Original recipe.”

Ariyana ketawa bila mendengar kata-kata itu.Begitu juga dengan wanita itu.

“Okeylah,auntie nak naik atas jumpa uncle.Ada masa kita jumpa lagi.Erm Dania,bye.”

Dania mengangguk.Masing-masing memerhatikan langkah wanita anggun itu.

“Hurm..”Ariyana merenung bungkusan plastic di tangannya.KFC.Bestnya.Automatik perutnya berbunyi.Lambatnya waktu lunch..

Dia mendongak ke atas dan matanya bersabung pandang dengan Dania.Gadis itu merenungnya dengan pandangan yang sukar dimengertikan.Kemudian terus berlalu pergi.

***********

“Ni Puan Sri kasi kat kau?”soal Dewi bagai tidak percaya.Terlopong mulutnya.

Ariyana tidak menjawab,hanya mengangguk.Ayam goreng dihadapannya diratah dengan penuh selera.Suatu yang agak pelik,walaupun dari kecil dia selalu menikmati makanan itu,dia tidak pernah merasa jemu.Sedangkan Dewi,dipelawa banyak kali tadi pun sudah tidak sanggup menjamah KFC itu.haha

Dewi menggeleng-geleng kepala.”Yana,kau tak rasa ke semua yang kau lalui sekarang ni macam dah diatur?”

“Maksud kau?”Soalan dari Dewi dibalas dengan soalan juga.Dia mengerut dahi.Tidak faham dengan kata kawannya itu.

“Okey..look.First sekali kau jumpa dengan Tan Sri Baharudin secara kebetulan.Kau diterima bekerja di Wisma BS ni.Hari pertama ,kau jumpa dengan Nabil Ifwat,dan Faris Ifwat.Okey,kemudian kau diterima masuk ke Foto Siber.Kau jumpa pula dengan Azree Ifwat,dank au baru dapat tahu yang dia adalah anak Tan Sri Baharudin.Kemudian,secara kebetulan juga kau jumpa dengan Puan Sri Suhaily dan dia suka pada kau.Maknanya sekarang ni kau dah jumpa dengan semua ahli keluarga Tan Sri Baharudin.Kau tak rasa ni kebetulan yang menyeronokkan ke?”soal Dewi bersungguh-sungguh.

Ariyana terdiam,meneliti semua yang dikatakan oleh Dewi.Seketika kemudian dia tersengih sambil mengangkat bahu.”Entah.”

Dewi menyambung hujah bila dilihatnya Ariyana endah tak endah dengan kata-katanya.

“The best thing,aku tengok Encik Faris tu macam suka kau.Tengoklah,mana ada bos layan staff macam dia layan kau.”

“Hah?Yelah tu.Kalau pasal ni aku memang tak setuju.”

“Betul beb.Kau memang bertuah.Encik Faris tu dahlah handsome,kaya,bijak.

Ariyana hanya menggeleng.Kata-kata Dewi tidak boleh diterima langsung.Lelaki seperti Faris Ifwat tidak akan mungkin suka padanya.Dia hanya gadis remaja yang baru hendak menjangkau umur 18 tahun.Dan dia juga tidak pernah terfikir untuk bersama lelaki itu. ”

Dia sedar tujuannya bekerja di wisma Beta Siber ini.Hanya semata-mata untuk mendapatkan laptop idamannya.Bukan untuk mengambil kesempatan seperti yang dikatakan Jesnita tempoh hari.Tidak pernah terlintas untuk menggatal atau bercinta.Dia tahu masih banyak yang belum dicapainya.

“Dahlah,bosan betul cerita pasal ni.Kau je yang fikir macam tu.Advance sangat.Padahal tak ada apa-apa yang akan berlaku okey.Dewi,kau tak ada cerita menarik lain ke?”soal Ariyana.Mahu menutup topik tentang itu.

Dewi mencebik.”Ala kau ni.Kalau pasal cinta-cinta ni memang tak sporting tau.Yelah,ada lagi satu cerita best.Kalau dengar mesti kau tak boleh tidur.”

“Hah?Apa dia?”Dengan mulut penuh berisi ayam Ariyana bertanya.

Dewi tergelak.Penuh suspen.

“ala cepatlah.aku tahu kalau kau gelak macamni mesti ada cerita best kan?”

“Mestilah.Berita yang ditunggu oleh kau dan aku.”

“Apa dia?Cakaplah cepat mak cik oii,”gesa Ariyana.

Dewi mendekatkan mulut di telinga Ariyana.”Gaji masuk esok!”

“Hah?Betul ni?”Ariyana terjerit kecil.

Dewi mengangguk.Kedua mereka tergelak dengan mata yang bersinar.

Ariyana menarik nafas.Esok dia akan menerima gaji pertama hasil dari titik peluhnya.Wah,excitednya!

“Haa…lupa nak bagitahu.Tadi ada sorang mamat sambar Macbook idaman kau tu.Handsome.Maybe beli untuk girlfriend dia kot.”

Mata Ariyana bersinar bila cerita tentang Macbook idamannya disebut.Insyaallah,suatu hari nanti,Macbook itu juga akan menjadi miliknya.Insyaallah..

1 aduan:

MaY_LiN said...

hihihi..
akhirnya...