Lucky I'm Love With My Best Friend (Part 5)


"Wani,kau nak pergi mana tu?"

"Keluar kejap."

"Nak pergi mana?"

Wani tidak menjawab.Dia memandang wajah Halimah yang masih menantikan jawapan.Tersenyum kelat sebelum tunduk mengenakan tali kasut sport yang dipakainya.Siap mengenakan kasut dia terus berlalu pergi.

"Hisy..pelik betul minah tu.Nak pergi mana ntah malam-malam buta ni.Yang aku pelik,cuba tengok kasut yang dia pakai tu.Sejak bila pulak pandai pakai kasut sport ni.Bukan dia jenis yang feminin ke?Pakai kasut kalau tak sampai 4 inci tak sah."

"Jap2..bukan tu je..dress up dia pun macam dah berubah sekarang ni.Tengoklah,mana ada pakai baju ketat macam balut sarung nangka tu dah."

"Hurm..ntah-ntah.."getus Ika perlahan.Serentak aku dan Halimah memandangnya.Ika dengan muka terkejut menutup mulut tiba-tiba.

"Oh no..."Halimah menggelengkan kepalanya beberapa kali.Aku semakin bingung.Tidak dapat menangkap apa yang sedang difikirkan oleh mereka.

"Aku tak sangka..kenapa dia nekad sampai macamtu sekali..aku tau la dia kecewa dengan Faizal tu.Tapi dia kena ingat,tak semua lelaki sama.Apa yang susah sangat,carik je la lelaki lain.Berlambak-lambak kat UITM ni.Hurm..ika,Hana..kita tak boleh biarkan dia buat macamtu.Sebelum terlambat kita kena nasihatkan dia.Sebelum sesuatu yang tak sepatutnya berlaku..ahh..aku..aku takut!Aku tak nak!!"

"Eh,apa yang korang merepek ni?Serius aku tak faham langsung.Apa yang lambat?Apa yang kau takut?"soalku dengan nada pelik.

Ika tersengih."Tak adalah..ini just kebarangkalian kami je.Ciri-ciri pelik yang ditunjukkan oleh Wani sejak akhir-akhir ni menunjukkan dia sedang mengalami transformasi..atau mungkin anjakan paradigma yang membuatkan dia berubah ke arah yang berlainan,yang.."

"Eh,cakap straight to the forward boleh tak?Aku tak faham la bahasa berbelit-belit nih."Aku mengerutkan dahi.Ika memang macamni.Suka memeningkan kepala aku dengan bahasanya.

"Ko ni Ika..bukan Hana je pening dengar ko cakap,aku pun pening jugak.Macamni..kiteorang bukan nak serkap jarang,tapi aku risau dengan perubahan sikap Wani lepas dia clash dengan Faizal tu.Aku takut kalau tiba-tiba dia berubah..err..jadi pengkid ke..lesbian ke.."

"Ish..takkanla,"nafiku.
"Tapi kalau ikut fakta yang aku pernah baca,orang yang kecewa dalam percintaan ni mampu buat sesuatu yang berada di luar dugaan.Juga mungkin boleh melakukan sesuatu yang dilarang semata-mata untuk mengubati hati yang sakit tu ataupun untuk membalas dendam.Ha..see..aku rasa tak mustahil Wani boleh buat macamtu.Kau tau jelah macammana perangai dia.Lagi-lagi dia sayang gila dengan Faizal tu."

"Tapi.."Handphoneku tiba-tiba berbunyi.Faris!

"Ha..ko tengok.Tak faham betullah aku dengan orang bercinta ni.Hari-hari pun nak bergayut ke?"bebel Ika lagi.

Aku tersengih.Selepas memberi isyarat kepada mereka,aku melarikan diri masuk ke dalam bilik.Persoalan mengenai Wani,kubiarkan mati di situ saja.

"Hello.."sapaku.

"Sayang.."

Aku tersenyum."Kenapa call?Rindu?"

"Hmm..takkanlah aku rindu kau.."

Aku tergelak kecil."Okey2.Salah nombor lagi?"

Kali ini aku dengar dia pula ketawa.Salah nombor..itulah alasan yang selalu diberi bila aku bertanya tujuannya menelefonku.

"Riz,minggu ni aku balik kampung,"ujarku selepas diam beberapa saat.

"Kenapa?Mak kau sakit lagi?Aku nak ikut."

"Takla.saja je.Dah lama aku tak balik.Tak payahlah.."

"Aku rindu makcik laa.."

Aku tergelak kecil.Sekaligus teringat bagaimana kali pertama ketika kali pertama Faris berjumpa dengan ibuku ketika di hospital dulu.Sampai bernanah telinganya mendengar bebelan ibuku yang menyangka dia punca aku kemalangan.Dan puas juga aku menerangkan kepada ibu tentang hal sebenarnya.Barulah ibu mengerti.Dan sejak itu adalah dua kali Faris bertemu ibu apabila dia berkunjung ke kampungku.

Tapi aku tidak begitu selesa jika dia hendak selalu mengikutku balik ke kampung.Aku tidak mahu orang lain salah anggap.

"Ceh!Tak payahlah,mak aku pun bosan tengok muka kau selalu."

Aku dengar Faris ketawa di sana."Ok..kali ni aku lepaskan kau Cik Hana.Cuma pastikan balik sini bawak durian as a present for me.."

Aku menggeleng kepala.Tiba-tiba pandanganku tertancap pada kalendar di atas meja.Tarikh 5hb itu kupandang lama.Err..rasanya..yeah..itu tarikh lahir lelaki itu.Macammana aku boleh terlupa hari jadinya.Aku menelentangkan diri di atas katil.Sebenarnya sudah lama aku ingin memberi sesuatu padanya.Aku tahu selama ini hanya dia yang selalu memberi hadiah kepadaku.Dan sesuatu yang aku perasan,hadiah dari Faris selalunya tentu makanan.

"Riz,kenapa kau selalu belanja aku coklat,KFC?"

"Ntah,aku suka tengok kau makan."

Aku tersenyum kecil bila teringat kata-kata Faris satu ketika dulu.Aku menghargai setiap pemberiannya.Dan aku juga teringin untuk memberinya sesuatu.Walaupun tidak mahal harganya,aku ingin membuat sesuatu yang istimewa untuk lelaki itu.Hadiah apa yang patut aku berikan kepadanya?

"Makcik..are you still there?"

"Hana!"

"Ooo mak kau!Err..ye.Apahal jerit-jerit ni?"Aku mengurut dada.Fikiranku ligat mencari idea apa hadiah yang sesuai untuk diberikan. Sehingga lupa aku sedang bercakap dengan Faris di talian.

"Kau buat apa ni?Busy?"

Aku menggeleng perlahan tanpa jawapan.Seketika kemudian aku ketawa kecil.Macam la dia boleh nampak.Ting!Lampu di kepalaku tiba-tiba menyala.Yeah,aku rasa aku sudah ada idea,hadiah apa yang harus kuberikan kepadanya.

"Riz,sakit perut.Nak gi toilet jap.K,bye."Tanpa menunggu jawapan dari lelaki itu,aku menamatkan panggilan.Aku melompat keluar dari bilik.Terus menuju ke arah Halimah dan Ika yang sedang asyik menonton televisyen.

"Imah,teman aku kejap boleh tak?"

"Laa..ko nak pergi mana malam-malam buta ni?Dah pukul 9 tau tak?"

Aku tersengih."Kejap je.Please..ini antara soal hidup dan mati.Jangan risau,minyak motor aku isi.Please.."Aku membuat muka se'innocent' yang mungkin.

"Haiyaa...yela-yela."


***************

"Pergi farmasi ni nak buat apa?"soal Halimah pelik.

Aku tidak menjawab.Tangan Halimah kutarik lalu masuk ke dalam farmasi itu.Lima minit kemudian aku keluar dengan senyuman kecil.Lega kerana mendapat barang yang kukehendaki.

"Ish,kau nak buat apa dengan benda ni?"

"Adelah.Something special for someone special..hehe.Eh,kejap..tu Wani kan.Dia nak pergi mana tu?"

"Wani?Mana?Mana?"

Aku menunjuk ke satu arah.Tapi aku lihat Wani sudah hilang dari pandangan.Mak aihh..macam pelesit!

"Mane nya..aku tak nampak pun."

"Betul..aku nampak dia tadi.Baju,seluar..semua aku cam.Memang betul dia.Pastu dia macam pergi kat sorang lelaki.Tapi bila aku pandang balik dia dah takde.Cepat betul hilang.."ujarku separuh mengeluh.

"Betul ke kau nampak dia...hmm..biarlah.?Balik rumah nanti kita tanya sendiri kat Wani.Habis cerita.Ha,cepat..ada lagi tak barang yang kau belum beli ni?Hisy..nak buat apa dengan benda alah ni pun aku tak tau,"bebel Halimah.

Aku tersengih."Jap-jap..ada lagi ni.Semua kena beli malam ni.Tengah bersemangat nak buat ni..hehe."



*********************



"Faizal mana?Dari semalam aku tak nampak batang hidung dia pun."

Razli yang sedang menonton televisyen mengalih pandangan ke arah Faris."Terlantar dalam bilik tu.Semalam teruk kena belasah."

"Belasah?Siapa yang belasah dia?"soal Faris sedikit terkejut.Terhenti terus tangannya yang sedang mengelap rambut basah dengan tuala.

Razli mengangkat bahu."Kau tanya dia sendiri la."

Tanpa berlengah Faris memasuki bilik teman serumahnya itu.Dilihat Faizal sedang merenung kipas yang sedang berpusing dengan pandangan kosong.

"Siapa belasah kau?"

Diam.Tiada reaksi."Oit!"

"Aduh!Sakitla."Faizal memegang pehanya yang ditepuk Faris.Kesan lebam masih jelas kelihatan di pipi.Matanya yang sepet pula kelihatan bengkak.

Faris ketawa kecil."Sakit?"

"Takla.Best.."balas Faizal dengan muka geram.

"Apa kes?Siapa belasah kau sampai jadi macamni?"

Faizal senyap."Ntah..aku pun tak tau siapa yang berdendam dengan budak baik macam aku ni."

"Mak aihh..ayat tak boleh blaa."

Faizal ketawa tapi hanya sekejap.Rahang mukanya masih terasa ngilu akibat kesan tumbukan malam tadi.Faris duduk di birai katil."Apa kes sebenarnya?"

Faizal senyap lagi."Aku pun tak tau Riz.Malam tadi lepas balik makan tiba-tiba ada satu kereta tahan aku.Tak sempat aku nak fikir apa-apa,sorang lelaki badan besar terus hentam aku habis-habis.Lepas tu dia tinggalkan aku kat dalam semak..Nasib baik si Razli tergerak hati nak call aku.Kalau tak menangis aku kat situ sorang-sorang."

"Razli??"soal Faris.Memang housematenya yang sorang tu ada ciri-ciri superhero la.Tau-tau je bila member-membernya berada dalam kesusahan.Macam ada deria keenam pulak.Dulu masa kesnya dengan Hana,lelaki itu juga yang menyelamatkan mereka.

"Betul kau tak tau siapa yang belasah kau?"

Faizal senyap.Faris tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh temannya itu."Kau kalau ada problem cerita jela kat aku.Masalah kalau simpan sorang-sorang takkan selesai bro.."

"Tak ada apa-apa la.Aku okey."

"Kalau tak ada apa-apa takkan kau kena belasah?Kita bukan baru kenal.Cuma semenjak dua menjak ni kau banyak berahsia dengan aku.Kau putus dengan Wani pun aku tak tau.Dah lama jugak aku nak tanya benda ni tapi tak berkesempatan.Kau pun aku tengok banyak termenung sekarang ni.Apa masalah sebenarnya..aku bukan nak menyibuk..tapi aku dengar banyak cerita pasal kau."

"Cerita apa yang kau dengar pasal aku?"

Faris mengangkat bahu."Aku lebih suka kalau kau yang bercerita sendiri."

Faizal tersenyum sinis."Aku tau"

4 aduan:

kira kekuri said...

wahh best! mcm nak follow ye?

nurulfzz said...

silekan kira =)

Noor Azwa said...

ada lagi ker sambungan cerpen nie..... best la....

nurulfzz said...

insyaAllah ade =)