BAB 8

"Okey,sila berkumpul semua,"arah Dania dengan suara sederhana tetapi tegas.Staff-staff Foto Siber yang sedang asyik bersembang dalam kelompok masing-masing lantas berjalan menuju ke arah Dania.Masing-masing berkumpul di situ untuk mendengar briefing yang dilakukan setiap pagi.Faris Ifwat keluar dari officenya dengan membawa fail nipis.

"Assalamualaikum dan selamat pagi.Kamu semua,okey hari ni?"soal Faris Ifwat dengan senyuman kecil sambil memandang satu persatu wajah-wajah staff yang berdiri di hadapannya.

"Okey En Faris.."jawab staff-staff Foto Siber hampir serentak.

"Bagus.Ceria,bersemangat..macam ni la yang saya mahukan.Eh..Ariyana..awak okey ke?Kenapa muka berkerut macam tu?"

Ariyana tersipu bila semua mata memandang ke arahnya.Cepat-cepat dia meneutralkan wajah agar kelihatan normal.Kemudian dia menggeleng sambil tersengih."Saya okey."

"Betul?"soal Faris Ifwat sekali lagi.Ariyana mengangguk seperti burung belatuk.Faris Ifwat memandangnya lama dengan pandangan was-was,tetapi Yana seboleh mungkin berlagak normal.

"Hmm...baiklah.Firstly saya nak ucapkan tahniah kepada anda semua.Sales keseluruhan untuk semalam semakin meningkat.Sebanyak 6 biji kamera DSLR berjaya dijual."

Sebaik saja lelaki itu mengalihkan pandangan,muka Ariyana kembali berkerut seribu.Aduh..dia tidak tahu kenapa perutnya tiba-tiba memulas ketika itu..Dia memegang perut dengan tangan.Badannya dibongkokkan sedikit.Sakitnya terasa semakin menyengat.'Apa yang aku makan malam tadi ni..perut rasa macam nak tercabut.Perut..sabar-sabar..tunggu briefing ni habis.Kejap je..'Yana bermonolog sendiri di dalam hati.Apa yang diucapkan oleh Faris Ifwat tidak lekat langsung difikirannya.Akalnya kini tertumpu pada kesakitan luar biasa yang dialami.

Jesnita di belakang Ariyana menjeling dengan perasaan hairan.Pelik dengan tingkahlaku gadis itu.Tiba-tiba terlintas niat jahat di fikiran untuk melaksanakan rancangannya semalam.Dikeluarkan lipan plastik yang dibawa dari rumah pagi tadi.Memang dari semalam dia berhempas pulas mencari idea untuk mengenakan Ariyana.Dan dirasakan waktu itu adalah saat yang paling sesuai.Perlahan-lahan dia merapati gadis itu.Dia memandang kiri kanan.Apabila menyedari tiada siapa yang menyedari,dia menolak lipan plastik itu cepat-cepat dengan kaki dan kembali berdiri di belakang semula.

Ariyana yang membongkokkan sedikit badannya ke bawah tiba-tiba terperasan sesuatu berwarna merah.

"Ahhhhh..ooo mak kau ubi rebus mak cik Kiah!!Lipan!!"

Sekali lagi semua mata memandang ke arah Ariyana.Ariyana memejam mata.Amy di sebelah dipeluk seerat mungkin.

"Yana...Yana.."

Terketar-ketar badan Ariyana menahan ketakutan.Dia betul-betul terkejut.Di fikirannya cuma satu.Mahu melepaskan diri daripada serangga yang amat ditakutinya itu.Dia membuka mata perlahan-lahan.Dipandangnya Amy dan Amy menunjuk ke satu arah.Lama diperhatikan serangga berwarna merah itu.Tidak bergerak.Ariyana memandang Amy sebelum mengalihkan pandangan ke semua mata-mata yang memerhatikannya.Belum sempat memikirkan apa tindakan yang harus dibuat,perutnya memberontak dari dalam."Aduh!!"Ariyana memusingkan badan ke belakang,terus berlari menuju ke pintu keluar.Tidak mempedulikan mereka yang memandangnya dengan pelbagai reaksi.Malang tidak berbau,sampai di pintu dia terlanggar dengan seseorang.

"Tak nampak orang ke?"soal Azree

“Eh Yana.Kenapa ni?”

Ariyana mendongak memandang lelaki itu.Pandangannya sayu.Dan tanpa diduga setitik air matanya menitik ke pipi.Azree terkedu.Ariyana terus bangun dan berlari keluar.Azree pula tercegat di situ hampir seminit.

Yana menyeka air matanya yang mengalir laju keluar.Dia tidak pasti apa perasaanya ketika itu.Malu,sedih,marah..semuanya ada.Baru dua minggu dia bekerja di sini,bermacam dugaan dilaluinya.Dia tidak tahu siapa yang berniat jahat untuk mengenakannya tadi.Dia tahu orang itu sengaja mahu memalukannya di depan staff-staff lain.

***************

"Honey..can we spend our time together tonight?Dah lama I tak makan malam dengan you."Sebaik saja menutup pintu bilik,Dania duduk di atas kerusi berhadapan dengan Faris Ifwat.Faris Ifwat tidak memberi sebarang reaksi.Matanya masih mengadap laptop.Sesekali dia tersenyum,kemudian menggeleng-geleng kepala.

"Sayang,dengar tak apa I cakap ni?Kenapa you tersengih sorang-sorang?"soal Dania dengan nada pelik.Dari tadi lelaki itu tidak mempedulikannya langsung.

"She's so funny..."

"Funny?What do you mean?Siapa?"

Faris Ifwat menggeleng lagi,tapi senyuman makin melebar di bibir.

"Apa you ni..apa yang kelakar sangat?"

"Hmm..eh,you rasa dari mana lipan plastik tu datang?"soal Faris Ifwat sambil mengerutkan dahinya.

"Hah?So dari tadi you senyum sorang-sorang sebab fikir pasal staff baru tu?"

"Hmm...i dont think ada staff yang nak kenakan dia.Mungkin budak-budak kecil yang datang kedai ni tertinggal lipan plastik tu.Tapi cuba tengok muka dia,serius pucat gila.Cara dia tadi..haha..serius I tak boleh nak tahan gelak bila tengok reaksi dia.She's so cute.Penakut betul."

What?Wajah Dania berubah serta merta bila mendengar kata-kata lelaki itu.Rasa cemburu membuak-buak di dalam dada.Dia sendiri tidak faham apa tarikan yang ada pada gadis muda itu.Sehingga lelaki itu beria-ia berfikir.Rasanya tiada apa-apa yang kelakar pun pada peristiwa tadi.Dia tidak suka pada sifat kelam kabut Ariyana.So unmatured!

"Faris,I keluar dulu.Kalau ada apa-apa just call me.."Dania bangun dari kerusinya.Faris Ifwat tidak memberi apa-apa reaksi.Dania mendengus geram.

"Sayang,malam ni jadi tak?"soalnya.Berharap Faris Ifwat memberi jawapan yang positif.Dia akui,dia yang banyak berusaha untuk memenangi hati lelaki itu.Sedangkan Faris,hanya mencarinya di kala bosan.Bukan itu saja,perhubungannya dengan Faris turut dirahsiakan dari pengetahuan sesiapapun atas kehendak lelaki itu.Dia seolah-olah menjadi kekasih gelap Faris Ifwat.Dia banyak makan hati dengan lelaki itu tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa.Kuasa dan pangkat yang diberi iaitu sebagai supervisor di Foto Siber adalah kerana pertolongan lelaki itu.Dan dia banyak terhutang budi dengan Faris Ifwat juga keluarga Tan Sri Baharudin.Untuk melepaskan kuasanya sekarang,dia tidak sanggup.Biar apapun terjadi,Faris Ifwat tetap miliknya!!

"Ntah,tengoklah dulu macammana,"ujar Faris Ifwat endah tak endah.Dania bertambah bengang.Merah padam mukanya.Pantas dia keluar dari bilik itu dengan hati yang berbuku.

**********

"Haha...kelakar la.Pagi-pagi lagi dah buat drama sebabak kat sini,"ujar Seri,salah seorang staff di Foto Siber.

"Yeah...she's so clumsy.Tapi dia cun kan.First tengok dia,aku ingat dia Fasha Sandha.Dua kali tengok pulak macam Lisa Surihani."

"Tapi okeyla budak tu.Tak sombong..ceria..patutlah Encik Faris bagi perhatian lebih.Aku perasan Encik Faris selalu perhatikan Yana tu.Tapi Yana tak pernah layan lebih-lebih."

"Hmm..untunglah dia.Anak bos besar tu.Eyh.."

Masing-masing terdiam bila Dania tiba-tiba tercegat di situ dengan muka serius."Kalau nak bersembang,tunggu masa lunch nanti.You all can go back to you place now and do your work."

"Baik Miss Dania,"jawab mereka hampir serentak.Masing-masing kembali melakukan tugas mereka.Dania berdiri tegak.Tiada sedikit senyuman terukir di muka cantiknya.Kata-kata mereka tadi bagai pisau yang merobek ulu hati.

1 aduan:

haruhi said...

hehe...sweet jer..=)