BAB 10


Ariyana menjenguk ke dalam studio.Kosong.Lampu pula dibiarkan terbuka.Selalunya Azree yang menguruskan bahagian studio.Ariyana memerhatikan peralatan-peralatan yang ada di situ.Lengkap dan canggih.

“Mana pulak dia ni?”Ariyana merungut sendirian.Dia baru hendak mengajak lelaki itu makan bersama waktu lunch nanti.

Ariyana memandang gambar-gambar yang tergantung di dinding studio itu.Banyak gambar model-model terkenal ada di situ.Cantik.Hebat sekali hasil kerja tenaga profesional di foto Siber.Termasuk Azree dan Faris Ifwat.Baru dia tahu Azree sangat berbakat dalam bidang fotografi.Sejak bersekolah lagi dia rajin pergi ke Wisma Beta Siber,bekerja part time sebagai photographer.Begitu juga dengan abangnya,Faris Ifwat.Memiliki minat yang sama.

Ariyana membelek gambar-gambar di dalam album pula yang diletakkan di situ.Matanya terhenti pada sekeping gambar perempuan.’Miss Dania…cantiknya,’getus hati Ariyana.Ariyana menyelak lagi gambar seterusnya.Ada gambar Dania dan Faris Ifwat.Diambil di tepi pantai bersama pemandangan matahari terbenam.

Pasangan yang secocok.Nampak sungguh romantik sekali.Ditambah dengan hasil suntingan,gambar itu kelihatan sempurna.’Kalaulah Encik Faris dan Miss Dania bercinta,tentu mereka akan jadi pasangan paling popular bukan saja di Foto Siber,malah di Wisma Beta Siber,’hatinya berbisik lagi.

“Lalalala…”Faris Ifwat bersiul-siul kecil masuk ke dalam studio.Terperanjat Ariyana apabila ternampak batang tubuh lelaki itu.Begitu juga dengan Faris Ifwat.

“Err..”Ariyana pantas menutup album itu apabila sedar Faris Ifwat memandang tajam ke arahnya.Dia berdiri tegak.

“Awak buat apa kat sini?”

Ariyana mengetap bibir.Terasa bersalah masuk ke studio,sedangkan dia bertugas di bahagian luar.Faris Ifwat tersenyum dalam hati melihat reaksi Ariyana.

“Saya nak jumpa Azree.I’m sorry.Saya keluar dulu Encik Faris ,”

“Wait.”

Faris Ifwat meletakkan kamera DSLR nya ke atas meja.Perlahan dia berjalan ke arah Ariyana.Ariyana menunggu dengan perasaan sebal.Apa lagi lah mamat ni..

“Kenapa macam nak lari dari saya?”

“Hah?tak ada lah Encik Faris.Err..saya ada kerja kat luar ni,”balas Ariyana pantas.Cepat otaknya berfikir mencari alasan. Memang dia tidak selesa dengan lelaki itu. Walaupun Azree mengatakan Faris Ifwat sebenarnya baik,dia tetap tidak selesa dan kurang percaya dengan lelaki itu.

Faris Ifwat mengangguk beberapa kali.”Lunch pukul berapa hari ni?”

“12.30.”

“Dengan siapa?”soal lelaki itu lagi.

“Dewi,”balas Ariyana pendek.Cepatlah..dia terasa mahu keluar dari situ sekarang juga.Banyak tanya pulak mamat ni.

“Azree tak join sekali?”

Ariyana mengangkat bahu.”Ntah..dia tak ada pun.”

Faris Ifwat mengangguk-angguk.Diam sebentar.

“Encik Faris,ada apa-apa lagi?Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu eh,”pinta Ariyana sekali lagi.

“Hurm..wait.Kenapa awak kerja kat sini?”

“Maksud Encik Faris?”Ariyana agak terkejut dengan soalan yang tidak diduga itu.

“Maksud saya,awak baru habis SPM kan?Tak rasa terlalu muda untuk bekerja?”

Ariyana menggeleng.”Kan ramai remaja yang bekerja part time sekarang.Nak cari pengalaman,dan duit poket.Tak salah kan?Daripada buat kerja-kerja yang tak berfaedah.”

“Awk pun macam tu?”

Ariyana mengangguk.”Selain dari tu,saya nak beli something.Hasil dari titik peluh saya sendiri,”balas Ariyana.Bersinar-sinar matanya ketika menuturkan kata-kata itu.

“Beli apa?”

”Hmm..adalah..”

“Kenapa tak suruh parents awak belikan?”soal Faris Ifwat lagi.

Ariyana ketawa kecil.”Encik Faris,selalunya barang yang kita susah nak dapat,sudah tentu kita lebih hargainya bukan.Ermm..mungkin Encik susah nak faham,sebab Encik anak orang berada.Tapi saya lebih suka berusaha sendiri untuk dapatkan apa yang saya nak.Lebih puas..lebih bermakna..dan lebih berbaloi.Tak pelah encik,saya pergi buat kerja dulu.Assalamualaikum.”Ariyana pantas meninggalkan lelaki itu.Dia yakin,makin lama dia di situ,makin banyak soalan yang akan diterimanya.

“Waalaikumussalam.”Faris Ifwat menjawab perlahan.Dia memerhatikan langkah gadis itu.Segaris senyuman terukir di bibirnya.’Beauty girl with brain’.Teringat kata-kata Azree semalam.Dia tersenyum lagi.

1 aduan:

MaY_LiN said...

suspen nye..
xsabar nak tgg next n3..