BAB 17

Ariyana dan Dewi berpandangan sesama sendiri.Kemudian memandang sampul surat di tangan.Dewi mengenyitkan mata.”Bukak la..”

“Okey..aku buka eh.”Dengan cermat dia membuka sampul surat itu.Dikeluarkan sehelai kertas di dalamnya.

Angka-angka yang tercoret dalam kertas itu membuat Ariyana tersenyum lebar.Menampakkan lesung pipit,membuatkan wajahnya bertambah manis.Ditunjukkan kertas itu pada Dewi.

“Wow!Banyak jugak komisyen kau dapat ni.Congratz Yana.Aku bangga dengan kau.”

Ariyana senyum bahagia.Rasa hendak melompat pun ada.Seriously,rasa sangat bahagia bila pertama kali dalam hidupnya mendapat gaji hasil dari titik peluh sendiri.Slip gaji di tangan digenggam erat.Tidak sabar untuk berkongsi perasaan gembira ini dengan Encik Hashim dan Puan Aminah pula.

“Dewi?Kau macammana?Okey?”soal Ariyana.

Dewi mengangguk.”Okey,walaupun tak sebanyak gaji kau.Ini yang buat aku rasa sayang sangat kat Wisma BS ni.”

“Aku pun,”sokong Ariyana.Kedua-duanya ketawa gembira.

“Hurm..so..next plan?”soal Dewi dengan mimik muka nakal.

“ATM machine.Let’s go!!”

*****

“Kita nak pergi mana ni sebenarnya ni?”soal Azree.Dari tadi dia nampak Faris Ifwat gelisah.Dahlah suka-suka hati keluar dari Wisma Beta Siber pada waktu kerja.Sepatutnya dia sudah berjanji dengan Miss Dania untuk bekerja overtime hari ini.Shif pagi sampai malam.Tapi Faris Ifwat,abang kesayangannya ini pula buat hal.Entah apa yang dia cari,Azree sendiri tidak tahu.

Mata Faris Ifwat melilau sambil memandu.Nampak saja dua biji basikal yang diletak di tempat letak motosikal,dia terus menekan brek kereta.

“Oit!!”sergah Azree agak kuat.Dia sudah pening-pening lalat,terhantuk sedikit pada cermin kereta.

Faris Ifwat tersengih.”Sorry.”

Azree memandang tidak puas hati.”Ni apasal kelam kabut sangat ni?”Tapi soalannya mati bila terlihat dua biji basikal di situ.Terus dia senyap.

Faris mencari tempat parking.”Jom cepat.”

Azree menurut tanpa kata.Sudah tahu tujuan abangnya ke situ.

*******

“Kita nak beli apa ni Yana?Dah dua jam tau kita pusing-pusing dalam mall ni.Satu apa pun tak beli lagi,”rungut Dewi kepenatan.Badannya yang agak gempal membuatkan dia cepat penat.Dari satu kedai berjalan ke kedai yang lain.

“Sabarlah..aku tak dapat lagi apa yang aku nak ni.”Dia mahu mencari sesuatu,untuk dihadiahkan kepada abah dan mamanya.Tapi biarlah hadiah itu boleh disimpan lama,dan yang paling penting harganya berpatutan.

Sebab itu antara niat yang disimpan sebelum bekerja.Baki gajinya yang lain pula,akan disimpan dalam bank untuk membeli laptop idaman.

“Eh,cantiknya.Dewi,kejap.”Ariyana menarik tangan Dewi masuk ke dalam kedai Living Cabin.

“Cuba tengok ni.Cute kan?”Ariyana memegang teddy bear berwarna coklat gelap itu.Disuakan pada Dewi.

“Cutenya!”Dewi mengambil teddy bear sebesar budak berumur tiga tahun itu.Wajahnya yang agak masam kerana penat tadi berubah ceria.Serius,comel gila teddy bear itu.

Ariyana tersenyum.”Haah,cute macam kau.”Gembira dapat mengubah kembali mood Dewi.Pipi Dewi dicubit.

“Yana,yang tu pun comel jugak.Comelnya!”Dewi mencapai teddy bear berwarna pink pula.

“Hurm,comel.Tapi aku tak suka pink lah.”

“Kau tak suka pink?”soal Dewi.

Ariyana menggeleng.”Tak.”

Tiba-tiba matanya terpaku pada teddy bear bentuk katak.Teddy bear itu dicapai.Ini baru betul-betul cute.Dia memeluk teddy bear itu.

“Eh,jomlah.Kalau duduk kat sini sampai esok pun tak balik ni.”

Ariyana mengangguk.Teddy bear itu diletakkan kembali dengan rasa berat hati.Entah kenapa hatinya begitu terpaut dengan teddy bear bentuk katak itu.

Keluar dari kedai itu,mereka berdua berjalan-jalan lagi.Bergelak ketawa bersama-sama.

“Eh,kejap-kejap.”Ariyana menoleh ke belakang.Dahinya dikerutkan.Entah kenapa dia rasa ada orang mengekorinya dari tadi lagi.Mengekori pergerakan mereka.

“Kenapa Yana?”soal Dewi pelik.

Ariyana menggeleng.Mungkin perasaannya saja kot.”Tak ada apa-apa lah.”

***********

“Nak ikut sampai esok ke ni?”perli Azree.Dia terus duduk di kerusi yang disediakan di situ.Letih.Penat mengikut perangai abangnya itu.

Faris Ifwat meninjau-ninjau,memerhatikan kedua-dua gadis itu sebelum turut duduk di sebelah Azree.Azree menjeling abangnya.

“Angah,ni semua kerja gila lah.Tak pasal-pasal,aku pun terlibat sama.Kalau dah suka,just tell her.Habis cerita.”

Faris Ifwat menggeleng.Tersengih.Diakui kebenaran kata-kata Azree itu.Memang kerja gila.Mulanya dia hanya ingin mengekori gadis itu sebab dia risau.Risau kalau tiba-tiba Ariyana buat benda pelik disebabkan peristiwa di dalam pejabat tadi.Tapi dia silap.Ariyana bukan jenis gadis seperti itu.Sedihnya hanya sebentar.

Dia terus mengekori gadis itu,kerana tertarik dengan gelagat Ariyana.Dan yang menjadi mangsa adalah adiknya,Azree.

“Jom.”Faris Ifwat menepuk peha adiknya.

“Hah?No no no.Kalau nak pergi,pergi sorang.Aku dah tak larat ni.”

“Hisy..lembik betul.”Faris Ifwat berfikir sejenak.Tiba-tiba dia senyum.

“Ha..kalau macam tu ikut Angah.Buat satu benda je lagi.Lepas tu kita balik.”

“Huh?Apa dia lagi?”

*********


“Dewi,kau ada rasa tak ada orang ikut kita?”soal Ariyana perlahan,seakan berbisik.Sambil itu matanya memandang kiri ke kanan.

“Hah?Mana ada..merepek jela kau ni.”

“Betul..aku rasa macam ada orang ikut kita la dari tadi.”

“Kau ni..biar betul Yana.”Dewi mula merapatkan diri dengan Ariyana.Dia yang memang penakut mula memikirkan yang bukan-bukan.

Ariyana senyap.Muncul pelbagai andaian buruk di fikirannya.Zaman sekarang,semuanya boleh terjadi.

“Yana,aku takut lah.Kalau perompak yang ikut kita macammana.Kita ni dah la baru dapat gaji.Tak nak!!”Dewi mula cemas.Rasa hendak menangis pun ada.

“Syhh..rileks-rileks.Buat-buat tak tau je.Sekarang ni kau pegang aku kuat-kuat.Kita balik.Okey?”Ariyana menenangkan Dewi.Sedangkan pada hakikatnya dia sendiri takut.Tapi dia mesti memberanikan diri.Ini Ariyana lah,anak Encik Hashim.Pemegang pink belt.Erkk..ada ke?

Sambil berjalan keluar dari mall,beberapa kali dia cuba memusing ke belakang.

“Fuhh,,aku rasa orang tu tak ikut kita dah.”Ariyana berkata separuh yakin.

“Mana satu betul ni?Ikut ke..tak ikut?Aku takut ni Yana.Yana,jom buat police report.Haa..jom call abah kau.”Dewi memberi cadangan.

Ariyana menggeleng.”Hisy…tak payah.Karang lagi banyak abah aku membebel.Jom,aku yakin tak ada apa-apa berlaku.Kita tawakal je eh.”

Lambat-lambat Dewi mengangguk.

Sampai sahaja di tempat letak motosikal…

“Eh Yana!Basikal aku mana?”soal Dewi cemas melihat tempat letak basikalnya kosong.

“Waaaa!Basikal aku hilang.Macammana nak balik ni Yana?”Dewi sudah mula menggelabah.Ariyana menggaru kepala.Adoi,masalah besar ni.Siapa pula yang mencuri basikal temannya itu.Takkan dia hendak membawa Dewi menumpang di belakang basikalnya pula.Silap-silap boleh pancit tayar basikal..

***********

Di dalam kereta…

“Okey..sekarang kau pergi.Ikut apa yang angah suruh tadi.”

“Ala,malas la.Jomla balik rumah.”Azree tarik muka.Dah macam perempuan pulak.

“Ayie..ingat tak apa abah pesan.Buat kerja tak baik separuh jalan kan.”Faris Ifwat cuba bermain psikologi.

Akhirnya Azree keluar juga dari kereta.Berjalan lambat-lambat menuju ke arah Ariyana dan Dewi.

“Ehem.”

Ariyana dan Dewi memandang serentak.

“Azree!!”

Azree senyum nipis.Pura-pura senyum barangkali.”Hurm..kenapa?Ada masalah ke?”

“Kau datang tepat pada masanya.Eh,tapi kau datang dari mana ek?Tiba-tiba muncul kat sini.”Ariyana menyoal hairan.Tapi dia gembira.Sangat gembira kerana Azree datang pada ketika ini.

“Dari langit,”balas Azree pendek.

Ariyana gelak kecil.”Datang sebagai superhero nak selamatkan kami?”

Azree mengangkat bahu.Tetap selamba tanpa sebarang reaksi di wajahnya.”Apa yang aku boleh tolong?”

“Basikal Dewi hilang.Pelik betul.Ada dua basikal kat sini tapi pencuri tu ambil satu je.Kalau nak curi pun,pergilah curi motor ke.Ini basikal pun nak ambik,”bebel Ariyana panjang lebar.Meluahkan rasa geramnya terhadap pencuri itu.

“Hurm..jomla.”

“Jom pergi mana?”soal Ariyana pelik.

Azree menunjuk ke arah kereta.”Abang aku ajak tumpang.”

“Encik Faris?Eh,takpelah.Kiteorang try cari alternatif lain.”Dengan pantas Ariyana menolak.Dah lah hubungannya dengan lelaki itu yang ‘kurang’ baik selama ini.Ditambah dengan kes tadi.Ah,dia sanggup pulang berjalan kaki dari naik kereta dengan lelaki itu.

“Eh,habis tu kita nak balik macam mana ni Yana?”soal Dewi agak geram.Perempuan ni,dah ada solution lagi nak jual mahal pulak.

“Err..nanti aku try fikir Dewi.”Ariyana tetap berkeras.

“Hurm..it’s up to you,”ujar Azree pendek.Dia berpusing ke belakang,mahu berpatah balik ke kereta.

“Eh nanti.Kami setuju naik kereta abang kau.”Tiba-tiba Dewi bersuara.Dan Dewi menarik tangan Ariyana yang mahu membantah.”Kalau nak bergaduh pun nanti-nanti lah.Yang penting kita selamat balik rumah.Kau tak takut ke kalau perompak yang ikut kita tadi tu datang balik?”bisik Dewi perlahan.Dan belum sempat Ariyana menjawab,Dewi sudah menarik tangannya.

******

“Hai!”

“Hai!”Balas Dewi pantas.Ariyana pula mengukir senyuman terpaksa.Dia dan Dewi duduk di kerusi belakang.Tiba-tiba Ariyana dan Dewi berpandangan.

“Eh,ni macam teddy bear katak yang kita tengok kat kedai tu lah Yana,”bisik Dewi perlahan.

Ariyana tidak bersuara.Hatinya mengakui kata-kata itu.Sebijik sejiban.Tangannya mencuit sedikit teddy bear itu.Lembut,comel.Geramnya.

“Jom pergi makan dulu,”ujar Faris Ifwat tiba-tiba.Cepat-cepat Ariyana menarik tangannya kembali.

“Takpelah Encik Faris.Nanti balik lambat parents kami marah,”balas Ariyana cepat-cepat.Dewi di sebelah tidak sempat menjawab apa-apa.

“Owh.Hurm..ok.”Faris Ifwat membalas dengan senyuman kecil.Serentak dengan itu dia memandang Azree.Menjeling penuh makna pada adiknya itu.

“Aduh!”Tiba-tiba Azree menjerit kecil.

“Kenapa?”soal Faris Ifwat.Ariyana dan Dewi yang duduk di belakang turut memandang Azree yang memegang perut.

“Ntah.Tiba-tiba sakit perut.Gastrik kot.”

“Kau tak makan dari tadi ke Ayie?”soal Faris Ifwat lagi.

Azree hanya menggeleng.

“Hurm..kalau macam tu kita kena bawa Azree pergi makan dulu.Boleh Dewi,Ariyana?”

“Tapi…”

“Okey Encik Faris,”ujar Dewi menyampuk kata-kata Ariyana.Ariyana hilang kata-kata.

Dari cermin kereta,Faris Ifwat mengenyit mata ke arah Dewi.


4 aduan:

epy elina said...

hhohohoo....
adesss....
dua adik bradik suke kat yana....
si azree lak nmpk dingin tp dlm ati dia syg sngt kat yana...
jual mhal lg azree ni...
tngk abg ko dah potong line...
hehehheh

MaY_LiN said...

pandai nyeeee

Anonymous said...

seronokkk sgtt..hehehe

Anonymous said...

sambunglah lg kak nurul..
-nani-