Cinta Pertama





Cinta Pertama

"Belajar rajin-rajin,jangan tinggal sembahyang,jaga diri elok-elok,jangan cari pasal dengan orang,jangan bergaduh.Ingat pesan ibu ni."

Aku mengangguk.Itu kata-kata wajib dari ibu apabila saja mahu melepaskan aku."Yelah ibu.Jangan la risau,Diyah kan dah besar.Dah 20 tahun pun.Pandai la Diyah jaga diri.."aku meleretkan ayat sambil memeluk bahu ibuku. Itulah cara untuk menghentikan bebelannya.Aku pandang kak Nabila yang tersenyum-senyum memandangku.

"Haah la ibu.Dia dah besar.Dah boleh kahwin dah pun,kan naila?"soal kak Nabila sambil memandang kak Naila,seorang lagi kakakku.Naila mengangguk sambil ketawa.

Aku mencebik bibir."Ibu,tengokla akak ni.."aku tidak jadi menghabiskan ayat bila menyedari seorang lelaki yang sedang merenung tepat ke arahku.Aku memandang sekali lagi,untuk memastikan.Alangkah peliknya bila aku lihat dia masih memerhatikan perlakuanku.Sejak bila aku pun tak tau.Aku sedikit cuak.Pantas aku mengalihkan pandangan ke arah ibu semula."Ok la .Bas dah nak gerak ni.Diyah balik dulu eh.Ibu pun jaga diri tau."aku mencium tangan dan kedua-dua belah pipi ibuku.Begitu juga dengan kak Nabila dan kak Naila.Aku mengangkat beg lalu menuju ke arah bas.

"Diyah!!!"
Aku sedikit tersentak mendengar jeritan kecil ibuku.Aku menoleh belakang.Kelihatan ibu memegang beg laptopku.Aduh..terlupa pulak..Kakiku yang baru sebelah memijak tangga bas kuturunkan semula.Namun nasib tidak menyebelahiku.Entah macammana kakiku tergelecek lalu..Adoii!!

Terasa ada tangan yang menyambar badanku.Huh!Nasib baik tak menyembam ke tanah.Aku memejam mata rapat-rapat.Sesaat kemudian apabila aku membuka mata,kulihat seraut wajah yang begitu hampir denganku.Aku terpana seketika sebelum mataku tiba-tiba terfokus pada sejemput janggut pada wajah itu.Ehhh!!Spontan aku menolak badannya dan terus berdiri.

Lelaki itu juga nampak terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu."Err..."suaraku tidak terkeluar untuk mengucapkan sebarang kata-kata.Aku memandang penumpang lain yang turut menyaksikan adegan itu.Aduh..tanpa berlengah aku menebalkan muka menuju ke arah ibu.Aku terus mengambil beg laptop dari tangan ibu.Memandang wajah ibu yang juga seakan terkejut,aku menunjukkan isyarat ibu jari sebagai tanda aku okey.

Aku masuk ke dalam bas dengan wajah selamba.Mencari tempat dudukku.Hah,itupun dia.Tapi..alamak..mamat janggut sejemput tu lagi.Aku buat-buat tidak nampak,dan terus duduk di sebelahnya.Kenapalah aku boleh dapat tempat duduk ni...Aku tahu dia sedang memandangku.Pasti dia sedang mentertawakan aku kerana kejadian memalukan tadi.Hah,ketawalah puas-puas.Aku tak kisah la.Arghh..geramnya.Aku memberanikan diri memandangannya.Sayangnya,tiada segaris senyuman pun di bibir lelaki itu,cuma pandangan matanya yang redup menikam mataku.Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan,melambai tangan pada ibu dan kakak di luar.

Selepas bas bergerak meninggalkan terminal,aku masih tidak berani memandangnya.Aku diam.Sediam-diamnya.Suasana gelap di dalam bas dan penumpang-penumpang lain mula senyap.Pemuda disebelahku juga senyap.Aku tidak tahu apa yang sedang dilakukannya.Hmm..patutkah aku berterima kasih kepadanya kerana menyelamatkan aku?

"Err.."Dalam kelam malam aku lihat matanya terpejam.Aku tidak jadi bersuara.Aku memasang headphone,dan memasang lagu dari mp4 ku dengan volume yang perlahan.Seketika bayangan pemuda berjanggut sejemput itu menerjah fikiranku.Kalau tak salah aku,dialah yang memerhatikan aku ketika menunggu bas tadi.Ya,rasanya aku pasti..

"Err..saudari nak balik mana ?"
Aku terkelu bila mendengar pertanyaanya.Suaranya perlahan tetapi garau.Aku pura-pura tidak dengar.Sangkaku dia akan bertanya sekali lagi.Aku menunggu tapi hampeh..dia hanya senyap.Aku menutup mata,malas mahu memikirkan apa-apa lagi.

Aku tersedar bila terasa sesuatu yang berat di bahuku.Bila aku pandang kiri,aku lihat kepalanya sedang elok melentok di bahuku.Rambutnya yang dibuat spike mencucuk mukaku.Ish..aku menggerakkan bahu sedikit.Dia masih lena,siap berdengkur lagi.Bahuku terasa sengal.Aku pandang mukanya.Terleka seketika.Dalam keadaan gelap,aku masih mampu melihat wajahnya.Handsome jugak mamat nih.Hidung terletak elok,kening pulak agak tebal.Sesuai la untuk lelaki macam dia.Kulit agak cerah,tapi tak la cerah sangat.Mata pulak...Matanya tiba-tiba terbukak.

Hah!Aku menolak kepalanya.Fuh,hilang semangat aku!!Terkejut!!!
Toing!!kepalanya terhantuk di dinding tingkap.Agak kuat juga bunyinya.
"Aduh!!"
"Eh,sorry2!!Awak ok?"soalku gelabah.
Lelaki itu diam.1 saat.. 2 saat... 3 saat..
"Hahaha!"Tiba-tiba dia ketawa.Aku terkejut.Hisy..mamat ni giler ke ape?Ketawa tiba-tiba.Takkan terhantuk sikit dah jadi gila kot?
"Kenapa gelak?"soalku pelik bercampur geram.
Dia menggeleng."Saje suka-suka,"ujarnya dalam tawa yang masih bersisa.Aku rasa dipermainkan.Mungkin dia berpura-pura tidur tadi.Huh!!
"Hmm..awak tak jawab lagi soalan saya tadi.Nak balik mana eh?"
Aku menjeling geram."Kuantan,"jawabku sepatah.
"Oh.Study lagi kan?"
Aku membisu.
"Hmm..study kat mana?"soalnya lagi.Tiba-tiba jadi peramah denganku.Pelik bin ajaib betul.
"UMP."
"Oh..UMP tu apa ek?"
Hisy..mamat ni..memang nak kena la.Aku menjelingnya geram."Universiti Malaysia Pahang..a.k.a UMP.Tau?"
Aku lihat dia mengangguk-angguk."Tau..Saya pun study kat situ jugak.Tak sangka betul kan."
Huh!memang menguji kesabaran betul laaa..dia kenakan aku rupanya.
"Diyah ambik course ape kat UMP?"
"Eh,mana tau nama saya Diyah?"soalku spontan.
"Tadi tu,saya terdengar mak awak jerit.Diyah..Diyah..hemm..cantik nama tu.Macam tuan dia jugak."
Aku mendengus geram."Panggil Nad je."
"Err..Nad?Bukan Diyah ke?"
Alamak..banyak tanya pulak."Tu panggilan dalam family.."
"Full name ape?"
"Nur Nadiah Binti Nazim."Aku menjawab dengan perasaan geram.
Lelaki yang tak diketahui nama itu mengangguk.Selepas itu aku lihat dia diam.Bagus-bagus,dah penat kot bercakap.Aku memeluk tubuh.Semakin lama semakin terasa kesejukan menggigit tulang.Suasana dingin di tengah malam ditambah pula dengan suhu air-cond yang agak kuat.Aku menggosok-gosok tangan.Rasa macam nak demam pulak.Sweater yang kupakai tidak mampu menampung kesejukan yang semakin menjadi-jadi.Menyesal pulak kerana mengenakan selipar biasa.Tapak kakiku terasa amat sejuk.

"Sejuk sangat ke?"soal lelaki itu.
Aku tidak menjawab,hanya menggeleng.

"Tu menggigil tu,boleh tahan tak ni?Err.."Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam beg lalu menghulurkan kepadaku.Aku sedikit pelik.Apa nih?Stokin?

"Err..pakailah.Maybe boleh kurangkan sikit rasa sejuk tu.Jangan risau,ni stokin baru.Saya tak pakai lagi..."ujarnya bila melihat muka aku yang was-was untuk mengambilnya.Aku ingin menolak,tapi tidak sampai hati.Entah kenapa aku sendiri tidak tahu.Sejujurnya,aku tiba-tiba rasa terharu.Hilang sebentar perasaan geram dan bengang tadi.

"Thanks."ucapku pendek.Aku mengenakan stokin bola itu ke kakiku.Dia tersenyum."Emm..cuba letakkan tangan kat bawah peha.Mungkin boleh panaskan sikit tangan awak tu."

"Owh..ok."aku dengan mudah mengikut saranannnya .hmm..entahlah..



*****************************

"Nad,jom keluar bandar.Boringla duduk dalam bilik je weekend macam ni,"ajak Syazlin,salah seorang dari roomate ku.Aku berfikir sebentar.Hmm..betul jugak!

"Orait.Ada kereta sewa tak?"soalku.Sememangnya untuk keluar ke bandar Kuantan,kami menggunakan khidmat kereta sewa yang dilakukan oleh student-student UMP yang mempunyai kereta .Dan untuk student macam aku yang tidak mempunyai kenderaan sendiri,itulah alternatif terbaik daripada menaiki bas yang tidak tetap waktunya.

"Tak carik lagi.Emm..cuba kau sms nombor ni.Tanya abang tu,ada kereta kosong tak hari ni.."ujar Syazlin sambil memgunjukkan cebisan kertas kepadaku.Aku memandang Sarah,seorang lagi roomateku yang sedang leka membaca novel cinta."Sarah,nak join kiteorang tak keluar bandar hari ni?"Sarah mengangguk tanpa kata.

Aku mencapai handphone.

'Salam.Abg,ade kete sewa tak skrg?Sy nak sewa separuh hari..'

5 minit kemudian aku menerima balasan sms dari nombor itu.

'Ade.Kasi full name dgn no.matrik.Ambik kunci kereta kat kafe lagi 10 minit,ok.'

Aku memandang jam tangan."Syaz,mane abang ni,tak sampai-sampai pun.Eh,kau kenal dia kan?"soalku kepada Syazlin.Hampir 10 minit juga kami bertiga menunggu di kafe.

"Entah,sekali je aku sewa kereta dia.Tapi rasanya aku boleh cam kot muka dia.Emm..hah,kalau tak silap itu dia.."Syazlin menunjuk ke suatu sudut di kafe.Aku memandang ke arah yang ditunjukkan.

Aku menggosok mata beberapa kali.Alamak!Mamat janggut sejemput tu la..Serius,aku tidak menyangka akan bertemu lagi dengannya hari ini.Aku hanya memandang apabila Syazlin melambai tangan kepada lelaki itu.Jantungku berdegup kencang bila melihat lelaki itu menghampiri kami.

"Nadiah kan?Ini kunci..kereta Iswara warna hitam..saya park kat pagar depan eh."ujarnya selamba.Daripada riak wajahnya,seolah-olah dia tidak pernah bertemu denganku.Aku menyambut kunci dari tangannya dengan seribu perasaan."Err..thanks."Dia mengangguk.Tetap selamba.

Malam itu aku menerima satu sms dari lelaki itu.Kebetulan nombor telefonnya aku save di dalam handphoneku untuk memudahkan aku sekiranya mahu menyewa kereta di lain waktu.

'Salam.Happy jumpa awak hari ni.Also happy can get your phone number.Rasanya doa saya dah dimakbulkan Allah..:)'

Aku menggigit bibir.Teringat sewaktu dia meminta no telefonku,aku menolak dengan pelbagai alasan.Entahlah,walaupun hati aku sedikit terusik dengan sifat caringnya,aku tetap berdegil untuk tidak menyambut salam perkenalan yang dihulurkan.Aku merenung handphone.Hatiku menyuruh untuk membalas sms itu,tetapi akalku membantah keras.Akhirnya aku membiarkan saja.Satu lagi sms kuterima.

'Dah tido ke?takpelah.Gud nite.Sweet dream..:)'


********************************

Aku berjumpa lagi dengannya.Pertemuan kali ketiga.Secara kebetulan ketika aku jogging di kawasan U.Aku ingin mengelak tapi dia terlebih dulu mendekatiku."Sorang je?"soalnya.

"Kenapa?awak nampak saya jalan berdua ke?"ucapku selamba,cuba menutup kegusaran di hati.

Dia ketawa,menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi."Cik Nadiah,kenapa tak reply sms saya hari tu eh?"

Agak terkejut mendengar soalannya.Aku mengangkat bahu.

"Emm..takut boyfriend marah?"

Aku menggeleng kepala.

"Dah ada boyfriend?"soalnya lagi.

"Saya kena jawab ke soalan tu?"

Dia mengangkat bahu."Up to you.."ujarnya selamba."Tapi orang macam awak..mustahil tak de kan.."sambungnya lagi.

Aku pantas menggeleng."Tak de pun.."

"Tak de?Kenapa?"

"Ntah,tak ada orang nak kot.."ucapku selamba yang mungkin.Namun debaran di hati hanya Allah yang tahu.Serius,aku memang tidak biasa dengan situasi begini.Entah kenapa hatiku rasa berdebar bila memandangnya.

"Ye ke?"soalnya dengan senyuman di bibir."Tak de orang nak ke atau terlalu memilih?Nad tunggu Syeikh Muszaphar kot.."

Aku ketawa.Betul-betul tidak menyangka itu yang akan diucapkannya"Hah?Mane ade la..tak pernah terfikir pun.."

Dia turut sama ketawa.Aku mula rasa selesa dengan sikapnya yang selamba dan ada sense of humor itu.Gayanya juga amat cool.Tidak dapat dinafikan,gayanya bercakap membuat aku rasa tertarik untuk berbual dengannya.Dari agak dingin dan jual mahal tadi,aku mula berbual dengannya.Dia berjaya membuat aku selesa dengan kata-kata dan wajah yang amat bersahaja.Barulah aku tahu serba sedikit mengenainya.Namanya Adam,student Kejuruteraan Kimia tahun 3.Kebetulan satu course dengan aku.Cuma aku adalah juniornya.

"Bagus jugak kereta saya rosak kan.At least saya boleh jumpa Nad dalam bas hari tu,"ujarnya tiba-tiba.

Entah kenapa kata-katanya membuatkan aku tiba-tiba rasa malu.

"Nad,Nad tak kisah kan kalau kita jadi kawan?"soalnya lagi.Aku terdiam.Seketika kemudian aku mengangguk.Sejujurnya,aku suka berbual dengannya.Hatiku rasa senang.Lebih-lebih lagi bila melihat wajahnya yang kacak pada pandangan aku.Hmm..

*********************************************

"Wah,cantiknya!"Aku terpegun sebaik saja rombongan bas kami tiba di Cameron Highland.Adam di sebelahku hanya tersenyum-senyum.Dia sebagai pengarah program bagi program Wawasan Desa IPT untuk ahli-ahli rakan muda mengarahkan kami berkumpul di sekolah sebelum diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing.

Keluarga angkat aku merupakan penjual sayur dan bunga-bungaan segar.Pagi itu kami dibawa berjalan-jalan di sekitar Cameron Highland.Sejak dari dalam bas semalam aku duduk di sebelah Adam.Diam tak diam hampir tiga bulan aku mengenalinya.Dia memang aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Universiti.Aku semakin mengenali perwatakannya.Dan apa yang paling aku dapat kesan,dia memang kaki bola.Tiba-tiba aku teringat stokin bola yang diberikan padaku di awal pertemuan kami.Aku tersenyum sendiri.

"Ni kenapa senyum sorang-sorang nih?Berangan ek?"soalnya tiba-tiba.Aku sedikit terkejut lantas menggeleng."Tak la..mane ade orang berangan.."

"Ye ke?"duganya lagi.

"Betullllaaaa.."aku meleretkan ayat dengan mimik muka yang bersungguh-sungguh.

Adam ketawa."Nad ni manja kan.."

Aku sedikit terkejut.Tidak menyangka itu yang dikatakannya."Mana ade la."

"Yer..patutla pun,anak bongsu kan..First impression bile Adam tengok Nad kat terminal bas hari tu pun,Adam dah boleh agak..yang Nad ni manja.Bila dah kenal,memang betul pun."

Aku menjelingnya tanpa kata-kata.Mataku memandang pemandangan yang amat indah dari dalam bas.

"Adam pelik la.Kenapa Nad tak pernah bercinta sebelum ni ?"

Tidak habis lagi mamat ni rupanya.Aku mengangkat bahu."Entah!"Aku sendiri tidak mempunyai jawapan untuk pertanyaan itu.Mungkin kerana selama ini pergaulanku dengan lelaki agak terbatas.Aku tidak punya ramai kawan lelaki.Ketika sekolah menengah,aku bersekolah di sekolah perempuan.Mungkin juga kerana aku tidak mempercayai cinta monyet.Paling penting,aku takut untuk kecewa.Aku takut disakiti.Aku mahu nanti cinta pertamaku kekal selamanya.

Aku lihat dia masih memandangku.Mungkin tidak percaya dengan jawapan seringkas itu."Hmm..entahlah..mungkin tak jumpa dengan lelaki yang sesuai lagi kot..Nad pun tak tau.Ha,adam pulak.Hari tu bagitau tak de girlfriend.Kenapa?"

Adam terdiam seketika.Dia kemudiannya menggeleng."Entah..sebab tak jumpa Nad kot.."

"Ehhh..ade pulak macamtu.."Aku ketawa kecil.Dia turut sama ketawa.

"Betul la.Nad tak percaya?"

Aku menggeleng setelah tawaku reda."Dahlah,jom turun.Dah sampai la..."Aku percaya kata-katanya hanya gurauan.

"Emm..kalau Adam cakap Adam suka kat Nad,Nad percaya tak?"bisiknya perlahan.Aku yang mahu melangkah kaki turun dari bas hampir tersungkur jatuh.Nasib baik Adam bertindak cepat menarik lenganku.

"Ish..apa Adam cakap ni."aku mengawal rasa malu dengan kejadian yang tidak diduga.Nampaknya sekali lagi dia menyelamatkan aku dari terjatuh ke atas tanah.Merah padam mukaku menahan malu.Aku berjalan mendahuluinya.Dia mengikuti di belakangku.

"I think I'm fall in love with you.."Tiba-tiba dia berada di sebelahku mengucapkan kata-kata itu.Spontan aku memandangnya.

"Apa?"soalku sekali lagi.Aku takut aku tersilap dengar.Aku lihat wajah Adam yang agak cerah juga mula merah seperti malu."Err..jadi special girlfriend Adam,Nad sudi tak?".

Aku memandangnya seperti tidak percaya.Adam menggaru kepalanya sambil ketawa kecil.Tidak percaya dia boleh berterus terang seperti itu."It's ok.No need to give the answer now.Fikir dulu.Bila dah ready nanti bagitau eh."

***************************************
Pagi itu selepas bersarapan dengan keluarga angkatku,aku mengambil angin di luar rumah.Suasana pagi di kampung itu amat nyaman.Kebetulan Adam yang tinggal bertentangan dengan rumah keluarga angkatku juga keluar rumah.Dia tersenyum memandangku.Adik angkatku,Farah tiba-tiba datang menghampiriku.Di tangannya terdapat sekuntum bunga ros segar berwarna merah dan sebungkus gula-gula lollipop berbentuk strawberry.Kedua-duanya diserahkan kepadaku.

"Kak Nad,ni abang Adam kasi."
"Terima kasih Farah."Aku mengambil bunga dan gula-gula itu dengan perasaan berbunga.Untuk pertama kalinya seorang lelaki menghadiahkan bunga padaku.Aku membalas senyuman Adam dengan perasaan malu.Tidak dapat kugambarkan perasaan yang aku alami ketika ini.Aku rasa sangat bahagia.

Kami sekumpulan kemudiannya dibawa ke dewan berhampiran untuk melakukan kerja-kerja amal membersihkan dewan yang sudah agak lama tidak digunakan itu.Adam datang menghampiriku ketika aku sedang mengelap tingkap.

"Hai.."
"Err..hai."Aku cepat-cepat mengelap peluh yang mengalir di dahi.Dia menghulurkan segelas air kepadaku.
"Nad..penat tak?"
"Bolehlah..penat jugak.Tapi best,keluar jugak peluh kan.."jawabku.
Adam mengangguk."Nad.."Dia tidak jadi meneruskan kata-kata bila seorang dari ahli rombongan kami memanggilnya."Kejap eh Nad."Dia meminta diri.

Aku meneruskan kerja.Di hati berbunga rasa-rasa cinta.Aku juga tidak tahu sejak bila aku sukakannya.Mungkinkah ini yang dinamakan cinta?Aku sendiri tidak pasti.Handphoneku berdering.Aku membuka mesej yang masuk.

Nad,stuju x jadi girlfriend Adam?

Aku mengetap bibir.Jawapan apa yang harus kuberikan padanya?Jari perlahan-lahan menaip mesej.

Nad tak tau la..Nad tak pasti btul ke Adam sukakan Nad..

10 minit berlalu.Dia masih tidak membalas mesejku.Aku kecewa.Aku hanya ingin dia meyakinkanku yang dia benar-benar sukakan aku.

Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra diriku

Banyak kata yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu..

Aku ingin engkau selalu..
Hadir dan temani aku..
Di setiap langkah..
Yang meyakiniku..
Kau tercipta untukku...
Sepanjang hidupku...

Tepukan bergema seisi dewan selepas Adam habis menyanyikan lagu itu.Hampir seluruh penduduk kampung menyaksikan Malam Kebudayaan yang diadakan sebagai acara penutup setelah tiga hari kami berada di Cameron Highland. Adam masih berdiri tegak.Pandangannya ditujukan kepadaku.Riak wajahnya begitu mengharap.Perlahan-lahan aku mengangguk.Mata kami bertaut lalu kami sama-sama tersenyum bahagia.

***************************************

Namun kebahagiaanku tidak bertahan lama.Suatu malam aku menerima satu mesej di friendsterku.

Please give me ur phone number.I want to ask u something.About Adam...

Hatiku berdebar.Bila kubuka page orang yang menghantar mesej kepadaku,kulihat dia seorang gadis.Aku melihat gambar-gambarnya.Cantik..nampaknya gadis itu bukan berada di Malaysia.Aku terkejut melihat sekeping gambar yang diletakkan.Gambarnya bersama Adam.Nampak mesra sekali.Hatiku rasa sebak tiba-tiba.

"Saya special girlfriend Adam.Kami dah kenal dari kecil lagi.Walaupun saya jauh,saya tetap ikuti perkembangan dia.Saya tak peduli siapa pun awak,saya cuma mahu awak putuskan hubungan dengan dia.Percayalah,Adam hanya main-mainkan awak.Dia tak mungkin sukakan awak."

Selepas telefon diletakkan,air mataku mengalir deras.Kata-kata gadis itu betul-betul menyakitkan hatiku.Aku betul-betul tak sangka Adam telah menipuku.Rupa-rupanya selama ini dia hanya mempermainkanku.Menabur kata-kata indah hanya untuk melepaskan sunyi kerana teman wanitanya berada jauh di luar negara.Kenapa aku begitu bodoh untuk mempercayainya?

Aku ketawa hambar.Terasa begitu bodoh.Untuk pertama kalinya aku ditipu oleh seorang lelaki.Dan aku tidak tahu kenapa aku begitu mudah memberi cintaku padanya.Sedangkan selama ini aku begitu berhati-hati.Aku sangka dia cinta pertamaku dan semuanya akan berakhir dengan kebahagiaan.Tapi semuanya bukan seindah yang aku sangka.Dia telah merosakkan keindahan cinta pertamaku.Benci!Aku bencikan dia!!

**************************************

"Nad,kenapa ni?Kenapa jauhkan diri dari Adam?"

Aku tidak menjawab.Aku mempercepatkan langkahku.Adam masih mengejar."Adam ada buat salah ke?Jangan macam ni..kita boleh berbincang."

Aku terus-terusan membisu.Tiada apa yang perlu dibincangkan lagi.

"Tunggu!"Adam berdiri di hadapanku.Langkahku terhenti.Dia memandangku."Adam tak puas hati.Apa salah Adam?Kalau Nad dah ada orang lain,bagitau.Tak guna larikan diri macam pengecut."

"Hah?"Nampaknya dia menguji kesabaranku.Aku ketawa sinis."Siapa pengecut?At least Nad tak hipokrit macam Adam.Nad tak pernah tipu Adam.Nad tak macam Adam,mengaku single walaupun dah ada awek.Nad tak main-mainkan perasaan orang macam yang Adam buat."

Adam terdiam."Apa maksud Nad?"
Buat bodoh konon!"Siapa Dania?"
Sekali lagi Adam terkedu."Err..macammana Nad kenal Dania?"
Aku ketawa kecil.Menutup kelukaan di hati.Melihat reaksinya saja aku sudah betul-betul terluka.Sudah jelas lagi nyata,dia telah menipuku selama ini."Tak payahlah Adam tau,tu semua tak penting.Nad cuma nak ucapkan terima kasih.Terima kasih sebab bagi Nad satu pengajaran yang cukup berharga.Dan ajar Nad tentang cinta.Nad memang bodoh,sebab cepat sangat perasan.Nad ingatkan Adam sukakan Nad.Maaf kalau Nad ada buat salah sepanjang kita kenal."

Adam terdiam lagi.Tanpa menunggu apa-apa jawapan darinya,aku terus melangkah.Aku tahu tidak ada apa-apa alasan lagi yang boleh dikatakannya.Tidak guna untuk aku terus mengharap.Teman wanitanya sepuluh kali lebih sempurna dariku.

*********************************************

2 hari selepas itu aku menerima emel darinya.

Maaf kalau menganggu.Adam harap Nad boleh baca coretan ni sampai habis.Adam tak pernah berniat langsung untuk menipu,apatah lagi untuk menyakitkan hati Nad.Sejujurnya,Adam memang dah jatuh cinta sejak pertama kali kita bertemu.Adam tak pernah rasa perasaan tu sebelum bertemu dengan Nad.Sebab tu Adam cuba rapatkan diri dengan Nad.

Ya,memang Adam dah lama kenal Dania.Dia kawan Adam sejak kecil lagi.Adam dah cuba untuk terima dia,tapi Adam tak boleh.Adam hanya anggap dia macam kawan.Adam tak pernah rasa bahagia bila bersama Dania macam Adam rasa bila bersama Nad.

Dania tu dah cukup sempurna.Dia tak perlukan Adam sebenarnya.Bila dengan dia,Adam rasa kecik sangat.Tapi bila bersama Nad,Adam rasa diperlukan.Adam rasa boleh cerita everything bila bersama Nad.Sorry kalau selama ni Adam tak bagitau perkara sebenar.Adam tak nak kehilangan Nad.Serius,Adam betul-betul sayangkan Nad.Semua ciri-ciri yang Adam nak ada pada Nad.

Terima kasih sebab sayangkan Adam dengan ikhlas.Adam nak Nad tau,Adam tak pernah main-mainkan Nad.Percaya pada gerak hati sendiri,Adam tau Nad pun rasa apa yang Adam rasa selama ni.Percayalah,Adam akan tetap sayang Nad sampai bila-bila.Kalau sekarang Nad masih belum sedia untuk terima Adam,Adam akan tunggu.Tunggu sampai hati Nad terbuka semula..


Air mataku mengalir selepas habis membaca emel itu.Aku tidak sangka itu sebenarnya yang berlaku.Aku tidak tahu samaada mahu mempercayai kata-katanya atau tidak.Percaya pada gerak hati sendiri..ya..Hatiku mengatakan apa yang dikatakannya itu benar.Aku percaya pada hatiku dan aku percaya pada cintanya.Hmm..aku tidak mahu memikirkan apa-apa sekarang.Biarlah masa yang menentukan.Paling penting,aku sedar..cinta itu amat indah.Cinta pertamaku juga indah.Apa saja yang berlaku,tentu ada hikmah disebaliknya.

Aku juga amat menyayangimu Adam....

4 aduan:

...nik... said...

best2...cm cite pgalamn idup je...ekeke~

nurulfzz said...

hehe..adela cket2..tp yg lebeh2 tu sume rekaan semata2..:)

haruhi said...
This comment has been removed by the author.
jat said...

interesting..
baru baca hari ni.. =)