BAB 16


“Dewi..nanti balik jangan lupa tunggu aku!”
“Orait.Kau pun tunggu aku.”Dewi membalas sedikit kuat.
Ariyana mengangguk.”Habis kerja terus keluar tau.”Jeritnya sedikit kuat.Bercakap dalam jarak beberapa meter.
Giliran Dewi pula mengangguk.”Kau pun sama.Cepat tau.”
“Orait!!”Ariyana mengangkat ibu jarinya.Azree di sebelah memandang pelik.
“Azree..jom!”Ariyana mengajak lelaki itu turun ke tingkat bawah.Waktu lunch sudah pun habis.
“Ni kenapa excited sangat nak balik cepat ni?”
Ariyana tersengih.Mengangkat bahu.”Tak ada apa-apa.Cepatlah.”Dia meninggalkan lelaki itu.Azree mengekori dari belakang.Mengejar langkah gadis itu yang semakin laju.
“Baik cakap.Kau ada buat kerja haram ek?”soal Azree serkap jarang.
Ariyana menampar bahu Azree.“Aish,mana ada.”
“Habis tu?”
“Ada hal ah.”
“Hal apa?”
“Ada la...”
“Hal apa?”soal Azree,bersungguh-sungguh.Kedengaran sedikit memaksa suaranya.
Ariyana mengangkat bahu.Dia gelak kecil sambil meneruskan langkah.
“Hal apa?”soal Azree tegas.Lengan Ariyana ditarik.Ariyana yang berjalan di depan terus terhenti.Seketika pandangan mereka bersatu.
“Err..”Azree tersedar lalu melepaskan lengan gadis itu.Ariyana yang sedikit terkedu dengan tindakan Azree yang tiba-tiba cuba bersikap selamba.Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“Busy body betul.”Ariyana meninggalkan Azree.
Azree di belakang menggaru kepala.Kesal dengan perbuatannya.Marahkah dia?
*****
“Yana!”
“Ya miss Izzah.”Ariyana mendongak memandang Izzah.Gadis itu menunjukkan sesuatu di tangannya.
“Album apa ni miss?”soal Ariyana hairan.
”Tengoklah sendiri.”Izzah mengunjukkan album itu kepada Ariyana.Ariyana mengambilnya dengan perasaan hairan.Pantas album gambar itu dibukanya.
“Eh,ni kan gambar tunang anak pak cik hari tu.Err..mana miss jumpa album gambar ni?”
Izzah mengeluh.”Ada orang cuba nak kenakan awak.”
“Maksud miss?Siapa?”soal Ariyana pelik.Siapa pula yang mahu mengenakannya?
“Jesnita.”
“Apa?Err..tapi kenapa?”Giliran Ariyana pula mengeluh.Tidak sangka Jesnita boleh bertindak begitu untuk mengenakannya.Dia ingat selama ini gadis itu hanya berani berkata-kata saja.
“Saya akan bawa perkara ini kepada Encik Faris untuk dinilai.Orang yang bersalah patut dihukum.”
Ariyana menggigit bibir.Tidak tahu untuk berkata apa.Sepanjang dia bekerja di Wisma Beta Siber,ini kali pertama dia berhadapan dengan situasi sebegini.
“Err..tapi miss,boleh tak kalau saya call dan pulangkan album ni pada pak cik tu dulu.Mesti dia happy kan kalau dia tahu gambar majlis pertunangan anak dia tu tak rosak dan still ada lagi kan?”
Izzah mengangguk.Dia tersenyum lega.Berjaya juga hasil siasatannya selama beberapa hari ini.Nasib baik ada staff yang nampak perbuatan Jesnita itu.Dia mengeluh.Manusia berhati busuk tetap ada di mana-mana.Hakikat dunia.Tapi yang pasti,yang bersalah pasti tidak akan terlepas.Dan kalau terlepas di dunia pun,tidak mungkin akan terlepas di akhirat nanti.
*********
“Encik Faris,percayalah cakap saya.Saya tak tahu apa-apa pun pasal ni.Saya rasa mungkin ada orang yang nak kenakan saya,”ujar Jesnita dengan suara mendayu-dayu.
Ariyana dan Izzah berpandangan sesama sendiri.Pandainya berlakon perempuan ni..
“Album gambar tu ada dalam locker awak Jesnita.”Izzah bersuara tenang.Cuba menahan sabar mungkin.Sudah hampir sepuluh minit mereka berada di dalam bilik Faris Ifwat.Bermacam-macam alasan diberikan Jesnita untuk mempertahankan dirinya.
“Err..”Jesnita menggigit bibir.Mulutnya terus terkunci.
“Izzah,how do you know?Awak buka locker dia?”Dania tiba-tiba menyampuk.Faris Ifwat pula bersandar di kerusi,memerhatikan ‘kes perbicaraan’ itu.Tapi mungkin,senyap-senyap perhatiannya lebih kepada Ariyana.
“Bukan saya tapi salah seorang staff kat sini.Dia nampak Jesnita ambil album tu dan sorokkan dalam locker.”
“Hurm..is it true?”Akhirnya Faris Ifwat bersuara.
Jesnita menunduk.Lambat-lambat dia mengangguk.”Maafkan saya En Faris.”Bila dia mendongak,setitis air mata kelihatan jatuh di pipinya.
Faris Ifwat mengeluh.”Boleh saya tahu,apa tujuan awak buat semua ni?Maksud saya,apa tujuan awak sorokkan album gambar tu?Awak tahu kan apa implikasinya pada syarikat ini?Kita bernasib baik,tuan punya gambar tu tak ambil apa-apa tindakan undang-undang.Benda awak buat ni,boleh jejaskan reputasi syarikat.Ermm..dan juga nama baik Ariyana sendiri.Faham?”
Lambat-lambat juga Jesnita mengangguk.
“So,what’s your reason?Sebelum saya buat apa-apa keputusan.”soal Faris Ifwat lagi.
Jesnita mengangkat muka.”Encik Faris,tolonglah maafkan saya.Saya buat ni sebab..sebab.. ”
“Sebab apa?”soal Faris Ifwat bila Jesnita seperti takut-takut untuk bersuara.
“Kami semua tak suka pada Ariyana.”
“Kami?Maksudnya bukan awak seorang yang buat benda ni?”soal Faris Ifwat terkejut.Dia tidak tahu jika ada orang yang tidak menyukai Ariyana di Foto Siber.
Jesnita mengangguk.”Encik Faris,sebenarnya saya tak nak bagitahu perkara ni pada Encik.Sebenarnya boleh saya katakan hampir semua staff di Foto Siber tidak suka pada Ariyana.Selain berlagak,dia juga tidak mahu menerima teguran dari senior-senior di sini.”
“Huh!Nonsense.Saya tak pernah dengar ada staff di sini cakap macamtu.Jesnita,awak baru sebulan bekerja di Foto Siber.Tapi cara awak cakap macam awak dah kenal baik dengan semua senior di sini.Dan seperti awak buat tindakan itu untuk membela staff-staff di sini.Begitu ke?”soal Izzah sinis.
Berubah terus wajah Jesnita bila mendengar kata-kata itu.
“Maafkan saya Encik Faris.Saya rasa Ariyana seorang staff yang baik dan tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah.Jadi saya rasa apa yang dikatakan oleh Jesnita tadi tidak boleh diterima langsung,”sambung Izzah lagi.
“Saya rasa apa yang Jesnita cakap tu betul.”
Empat pasang mata terus beralih ke arah Dania.
“Saya pernah dengar rungutan tentang Ariyana.Mereka cakap dia agak sombong dan berlagak,”ujar Dania tenang.
Ariyana tersentak.Dia sombong?Berlagak?Itu bukan dia.Dia kenal siapa dirinya.Istilah berlagak dan sombong sentiasa cuba dijauhi selama ini.Itu pesan abahnya.Hatinya tiba-tiba berasa sakit,bila dituduh begitu.
“Ariyana..”Tiba-tiba Faris Ifwat memanggilnya.
Ariyana melarikan pandangan ke arah lain.Tidak mahu Faris Ifwat mengesan air mata yang mula bergenang di tubir matanya.Ariyana cuba mengawal perasaan.
Faris Ifwat mendengus nafas kasar.Entah kenapa dia rasa tertekan dengan perkara ini.Walaupun hatinya amat yakin,Ariyana bukan gadis yang sombong dan berlagak.
“Awak tahu kan Jesnita,walau apa pun awak tetap melakukan kesalahan yang boleh merosakkan nama syarikat.Baiklah,saya beri awak peluang kali ini.Pastikan kejadian ini tidak akan berulang lagi.Faham?”ujar Faris Ifwat akhirnya.
Jesnita tersenyum lebar.”Baiklah Encik Faris.Saya janji.”
Dalam diam,Dania juga menghela nafas.Walaupun bersikap tenang,hatinya bersorak kepuasan.
“Baik,awak semua boleh keluar sekarang.”
Izzah yang keluar paling akhir berdiri di muka pintu.Hatinya rasa ralat kerana tidak dapat menegakkan kebenaran bagi pihak Ariyana.
“Encik Faris,saya tetap rasa Ariyana tidak bersalah.Dia gadis yang baik,”ujar Izzah,mengharapkan pengertian dari lelaki itu.
Faris Ifwat tersenyum kecil,mengangguk.”I know.”
********
“Yana!!Dah habis kerja dah?Okey,let’s go!”Dewi bersorak riang,menepuk bahu Ariyana.
“Eh,err..kau ni kenapa Yana?”
Tanpa kata Ariyana terus memeluk sahabatnya itu.Dewi sedikit terkedu.Nasib baik orang tidak ramai di kawasan itu.Di bahu Dewi,Ariyana menangis teresak-esak.
“Err..rileks-rileks.”Dewi menepuk-nepuk bahu Ariyana.
“Siapa yang buat kau ni Yana..cuba cerita kat aku apa yang berlaku sebenarnya,”soal Dewi bila dilihatnya Ariyana sudah lega sedikit.
Ariyana bercerita satu persatu.Dewi yang mendengar mengangguk-angguk.
“Dia cakap kau sombong?Berlagak?Silap orang la beb..nampak sangat dia dengki dengan kau.”
Ariyana masih dengan sisa-sisa tangisannya.Agak lega dapat melepaskan rasa sedih yang disimpan dari tadi.
“Aku tahu kau kuat semangat Yana.Jangan pedulikan sangat dengan apa yang dia cakap tu.Aku dah kenal lama dengan kau.Aku tahu kau bukan macam tu.”
“Terima kasih Dewi.”
Dewi mengangguk.”Jangan fikir sangat.Selagi ada peluang kerja kat sini,kita kena kerja betul-betul.Aku yakin dengan kau.Eh,jomlah.Dah pukul berapa ni.Nanti lambat pulak.”
Giliran Ariyana pula mengangguk.Mengesat sisa-sisa air mata di pipi.Senyuman diukir.
“Haa..macam tula.Kan sweet kalau senyum.”
“Jom!”Ariyana menarik tangan Dewi.
Dalam diam,Faris Ifwat memerhati dari kejauhan.Kebetulan Azree tiba-tiba lalu di situ.
“Ayie,ikut abang kejap.”
“Hah?Nak pergi mana?”Azree sedikit blur bila Faris Ifwat tiba-tiba menarik tangannya.
“Ikut jelah.Angah risau ni.”
Azree terkebil-kebil,tapi kakinya tetap mengikut langkah Faris Ifwat.

3 aduan:

Anonymous said...

best giler citer nie...
cpt smbng tak sabar nunggu....
huhuhuhu....

MaY_LiN said...

amboi angah ni..
paksa2 lak..

Anonymous said...

kenapa tak sambung .. dah tengah syok baca ni iiiii ....