cerpen baru

Amira pandang jam dekat tangan."Ha,lagi 5 minit pukul 9?

Matilah!Dari tadi barisan panjang macam tak bergerak.Satu tren yang

datang,2 orang jer yang dapat masuk.Amira dapat dengar suara2 yang

mengeluh.Semua orang macam dialah,mengejar masa untuk sampai ofis.
Sejak dua menjak ni makin selalu pulak tren buat

hal.Walaupun harga dah dinaikkan,perkhidmatan makin teruk

pulak.Bukan nak mengutuk sebab memang LRT la pengangkutan untuk

pergi kerja hari2,tapi bila dah lambat macamni memang rasa nak

mengamuk pun ada.
Amira mengeluh.Dia ambil telefon,buka Kamera.Diangkat

tinggi handphonenya,konon nak ambil gambar situasi dekat stesen LRT

tu sekarang tengah sesak dengan ramai orang.Nak tunjuk dengan Pn

Suzanna,bos nya yang garang dan bersuara nyaring tu.Sebagai bukti

kenapa dia datang lambat hari ni.
Klik!
Amira buka Whatssap, nak hantar gambar yang ditangkap

tadi.Belum sempat die tekan send, baru dia perasan ada imej seorang

lelaki tengah senyum sambil buat 'peace' dalam gambar tu.
Ehh!Amira pandang sebelah barisannya.Ada seorang lelaki

tengah pandang tempat lain.Tak perasan pun mamat ni tadi.
Amira mendengus geram."Isk..buat rosak gambar je."Dia

angkat kamera,ambil gambar lain.Klik!Terus di send kepada Puan

Suzanna.
Cahaya matahari semakin menyinar panas.Tren tak sampai-

sampai lagi.Amira letak tangan di dahi,menghalang cahaya matahari

dari terkena mata.Terkebil kebil matanya menahan panas.Badan pun

dah start berpeluh.
Tiba-tiba rasa redup.Amira pandang sebelah.Lelaki tinggi

tadi seakan-akan menghalang cahaya matahari tadi dari terkena

dirinya.Mata mereka berdua bertentang.Ting!1..2..3.Masa seakan akan

terhenti.Lelaki itu tersenyum kepadanya.Amira rasa macam terbuai

buai melihat senyuman lelaki itu.Lagu Dilwale mula berkumandang..
Opss..tren sampai.Pintu terbuka.Orang kat dalam dah

berhimpit himpit macam ikan sardin.Tinggal ruang kosong untuk

seorang je.Lelaki itu memandang Amira.Dengan gaya gentlemannya dia

memberi isyarat tangan menyuruh Amira masuk.
"Terima kasih."Ucapnya sepatah.Ruang yang amat

sempit,memang cukup cukup untuk seorang masuk.Nasib baik dia

kurus.Tu pun mau melekat dekat pintu.
Sementara tunggu pintu nak tutup.Dua saat..tiga saat.Mata

mereka bertentangan lagi.Lelaki itu pandang bawah,mengambil

sesuatu.
"Kad awak."Kad touch n go diserahkan kepada Amira.
"Ohh.."Amira mengambil kad itu.Elok2 kad bertukar

tangan,pintu tertutup.Tak sempat nak ucapkan terima kasih,tren mula

bergerak.Di sebalik cermin,Amira mengukir segaris senyuman.Dibalas

oleh lelaki itu.
Dan sepanjang perjalanan dari setiawangsa ke KLCC,senyuman

Amira tak hilang-hilang.


*******
 



"Betul ke kak Amira dengan abang Amir tak de apa-apa?"soal Lisa

curiga.
"Betulla,kiteorang kawan je.Kawan baik dari kecik.Nothing

more than that."Amir yang menjawab.
"Tapi kawan Lisa cakap dia nampak akak dengan Abang Amir

berpegangan tangan."
"Ha,memang tak lah.Tangan Lisa pun abang tak pegang ni

pulak tangan Amira,"balas Amir membela diri.
"Siapa yang cakap?"Amira dah mula panas hati.Siapa la yang

pandai pandai buat cerita ni.
Dia sebenarnya dah bosan jadi orang tengah Amir-Lisa ni.Padahal

tiga bulan dulu masa Lisa decide nak couple dengan Amir,dia orang

pertama yang tahu dan ucap tahniah.
Walaupun lepas couple,Amir memang jarang dah nak temankan

dia lepas balik kerja pegi Kinokuniya atau pergi makan.Atau pergi

tengok busking dekat KLCC tu.

"Lisa bukan nak tuduh..Kak Mira tak ada boyfriend,kak Mira

tak faham perasaan Lisa.."Lisa mula emosi.

K fine.Aku tak de boyfriend.Aku tak faham.Baru boyfriend

kot.Amira merungut dalam hati.
A