BAB 13

“Lalalalala..”Faris Ifwat bersiul riang.Rambut yang basah dikeringkan dengan tuala.Dengan hanya berseluar pendek dia menghempaskan diri di atas katil.Remote tv dicapai.Channel ditukar satu persatu.Semuanya tidak menarik perhatian.

“Eh,Ariyana?”Mata Faris Ifwat terlekat pada seraut wajah di dalam televisyen.Matanya dibuka sebesar-besarnya.Sesaat kemudian dia menggeleng.Aduh, kenapa sekarang semua perempuan pun dia nampak macam wajah Ariyana?senyuman gadis itu,jelingannya.Arghhh..parah kalau macam ni!

Bukan dia tidak pernah jumpa gadis yang lebih cantik dari Ariyana.Staff di Foto Siber pun,semuanya yang cantik dan terpilih.Malah prinsipnya ketika memilih staff,cantik tetap prioriti.Ada atau tidak pengalaman bekerja,itu tidak penting.

Tapi tidak tahu kenapa,hatinya bergetar sejak pertama kali melihat Ariyana.Sikap gadis itu yang agak jual mahal,semakin menarik perhatiannya.Pujian adiknya,Azree Ifwat dan juga mamanya,Puan Sri Suhaily terhadap Ariyana,menimbulkan perasaan ingin tahu.Apa istimewanya gadis berusia lapan belas tahun itu.

Faris Ifwat bangun dari katilnya.Keluar dari bilik lalu menuju ke bilik Azree.Terus saja membuka pintu bilik adiknya.Dilihatnya Azree sedang lena tidur di atas katil.Diperhati seluruh bilik adiknya itu.Penuh dengan poster pasukan bola kegemarannya,Manchaster United.Juga ada poster artis kesukaannya,My Chemical Romance.Di sudut bilik itu pula,diletakkan sebuah gitar.Selain fotografi,Azree suka bermain gitar.

Faris Ifwat beralih ke meja komputer adiknya.Penuh dengan cd game.Faris Ifwat menggelengkan kepala.Dipandang skrin komputer yang terbuka.

“Budak ni baca blog?”bisik Faris Ifwat perlahan.Rasa macam tidak percaya.Miss Luna?Oh,blog perempuan rupanya.Blog siapa ni?

“Hurm angah.Kenapa?”soal Azree dengan suara mamai.

Faris Ifwat berpaling ke arah Azree.Hilang seketika persoalan mengenai blog misteri itu.

“Pinjam handphone kejap.”

“Nak buat apa?Handphone kau mana?”soal Azree hairan.

“Err..prepaid habislah.”

“Aik,sejak bila guna prepaid ni?Bukan kau guna bil ke?”Azree semakin pelik.Tak pernah-pernah nak pinjam telefonnya.Kalau dia yang pinjam telefon Faris Ifwat adalah..

Aduh,kantoi pulak.Inilah akibat tak buat persediaan rapi sebelum berbohong.Faris Ifwat menggaru kepala.”Bil dah outstanding la.Lupa nak bayar.Cepatlah,lima minit je.Urgent ni.”

Azree mengerutkan dahi.Pelik betul dia ni.Bil lupa nak bayar?Macam tak logik je.Faris Ifwat bukan jenis yang pelupa setahunya.Tapi diserahkan juga handphonenya bila melihat wajah abangnya yang seperti terdesak itu.

“Thanks bro.”Cepat-cepat Faris Ifwat keluar bilik sebelum soalan pelik-pelik ditanya Azree.Dia masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu.

Dipandang handphone di tangan.Apa yang cuba dilakukannya?Mindanya menolak tapi hati meronta.Tindakan refleks yang memaksa jari jemarinya menekan punat telefon.Mencari-cari nama Ariyana di dalam phonebook adiknya yang ada lebih kurang lima ratus contact number itu.Dicari nama ‘Ariyana’.Tak jumpa.’Yana’.Juga gagal.Penyudahnya dia memeriksa satu persatu nombor di dalam phonebook itu.Kerja gila.Memang kerja gila!

Faris Ifwat menggaru-garu kepala.Sudah lenguh tangannya menekan butang handphone itu.Akhirnya telefon dihempas ke sebelah.Kalau terus terang kan senang.Bagitahu saja pada Azree,dia mahukan nombor telefon Ariyana.Selesai.Ahhh..tak boleh.Kantoi la kalau macam tu.Pasti dia teruk diketawakan oleh adiknya itu.Dapat dibayangkan reaksi Azree nanti.

“Angah,kau suka Ariyana?”

“Angah,kenapa tak bagitahu awal-awal nak mengorat Ariyana tu?Kalau tak aku boleh tolong ‘adjustkan’ untuk kau.”

“Angah,aku bagitahu mama dengan papa,kau dah ada calon isteri.”

Faris Ifwat ketawa sambil menggeleng.Kemungkinan yang ketiga itu mengerikannya.Kalau Azree betul-betul menghebohkan pada mama dan papa,habislah dia.

Ha,yes!!Tunggu esok jelah.Minta pada Dania rekod staff di Foto Siber.Selesai masalah.Bukan setakat no telefon…alamat,nombor surat beranak pun kau boleh dapat Faris.Haha.

Faris menelentangkan diri di atas katil.Cuba memejamkan mata.Pusing kiri dan ke kanan.Arghhh!!Dia bangun semula.Melihat jam di dinding.Baru pukul sebelas malam.Lambatnya menanti esok.Dia resah.Serius,ini kali pertama dalam hidupnya dia bersikap begini kerana seorang gadis.Selama ini,gadis yang tergila-gilakannya.

Segera telefon Azree dicapai.Menekan-nekan telefon itu tanpa tujuan.Membuka peti mesej adiknya.

“Muhammad?”

Faris Ifwat pelik bila peti mesej adiknya penuh dengan mesej dari ‘Muhammad’ itu.Dibukanya satu mesej.

Baru lepas makan la.Mane bleh tak makan.Tuhan kasi kita nikmat rasa makanan yg sedap2,kite kene bersyukur.Nanti dah sakit tak bleh nk makan,time tu baru fikir nak makan yg sedap2.Ha..kan dah rugi.

Dibukanya satu lagi mesej.

Antara bunga dengan coklat?Mestilah aku pilih coklat.Sebab bunga tak boleh makan.haha

Faris Ifwat semakin tertarik.Bunga?Coklat?

Cettt.Kalau ada lelaki suka kat aku?Suruh jumpa Encik Hashim dulu..haha

Ooo..Muhammad ye?Faris Ifwat ketawa berdekah-dekah.Siapa Muhammad ni eh?Nak cakap girlfriend adiknya,cara mesej macam kawan-kawan pula.Lagipun Azree mana pernah bercinta sebelum ini.Kawan perempuan pun tak ramai.Tapi kenapa beria-ia letak nama lelaki sedangkan penulis mesej itu adalah perempuan.

Faris Ifwat menekan butang hijau pada handphone.Handphone dilekapkan pada telinga.Menanti suara di hujung talian menjawab.

“Hello.”

Hah!Kan sah suara perempuan.Faris Ifwat senyap.

“Hello.Oit Azree,apa mimpi kau call aku ni ha?”

Faris Ifwat menamatkan panggilan.Dia terdiam sejenak.Entah kenapa dia seperti pernah mendengar suara itu.

Dibukanya mesej sekali lagi.

Cettt.Kalau ada lelaki suka kat aku?Suruh jumpa Encik Hashim dulu..haha

Encik Hashim?Faris Ifwat mengerut dahi.

‘Emm..saya Ariyana Bt Hashim.Umur 18 tahun.’

Spontan suara gadis itu bergema.Jelas dan nyata di gegendang telinganya.Faris Ifwat memandang handphone.Jadi ‘Muhammad’ adalah Ariyana Bt Hashim.Namun tidak tahu kenapa dia tidak rasa excited walaupun nombor telefon gadis itu sudah diketahuinya.

Saja.Boring.

Satu mesej dihantar.Tiga minit kemudian balasan mesej diterima.

Bosan?Haha.Macam pelik je Azree Ifwat bosan.Selalunya aku yang bosan.Tak main game?Tak main gitar?Tak karoeke lagu MCR?Kalau bosan pergi mengaji.

Faris Ifwat membalas lagi mesej itu.

Dah buat semua..jom keluar esok?

Balasan mesej diterima

Seriusnya kau.Pelik-pelik.Hurm..keluar?Pergi tanye Encik Hashim dulu..haha

Ok.

Faris Ifwat membalas pendek.Sepuluh minit dia menunggu,namun tiada mesej yang diterima dari gadis itu.Butang hijau ditekan.

“Hello.”Terdengar suara gadis itu di talian.

Faris Ifwat senyap.”Hey Azree,main-main ek.Dah call tak nak cakap.Tumbuk karang.Dahlah tiba-tiba serius.Kau ni kenapa?Demam ek?”

Terdengar suara petah gadis itu bercakap.

“Kita keluar esok?”Akhirnya Faris Ifwat bersuara.

Diam.Sepi seketika.

“Kenapa diam?”soal Faris Ifwat.

“Err..ni Azree ke?Kenapa suara lain je?”soal Ariyana kembali dengan serba salah.

Faris Ifwat menahan sengih.”Nak cakap dengan Azree ke?Kenapa tak nak cakap dengan saya?”

“Eh,jangan main-mainlah.”Kedengaran suara Ariyana sedikit keras.Kali ini senyuman di bibir Faris Ifwat semakin melebar.

“Kasi alamat sekarang.”

“Hah?Nak buat apa?”Cepat Ariyana menjawab.

“Awak suruh saya tanya Encik Hashim dulu kan?Esok saya nak pergi rumah Encik Hashim,mintak kebenaran dia untuk bawa anak dia keluar.”

“Hah?Gila ke?Siapa awak ni?Siapa yang nak keluar dengan awak?Saya tak kenal awak pun.”

Kali ini Faris Ifwat melepaskan tawanya.”I’ll pick up you tomorrow.By the way..i’m your boss.Good nite Ariyana.”

Dan selepas itu Faris Ifwat terus meletakkan telefon.Dapat dibayangkan reaksi gadis itu sekarang.Dia terus keluar dan masuk ke bilik Azree.

“Thanks.”Faris Ifwat meletakkan handphone di atas meja komputer.Azree yang sedang leka mengadap komputer cepat-cepat menutup komputernya.

“Tadi ada mesej dari Muhammad,”ujar Faris Ifwat.

Spontan Azree menoleh ke arah abangnya.”Err..owh Muhammad.”

“Siapa tu?”

“Muhammad?Owh..Muhammad tu Ariyana lah,”balas Azree sambil tersengih.Dia mencapai handphonenya.”Dah lama aku letak nama Muhammad untuk Ariyana ni.Dulu masa sekolah,member-member aku perli kalau mesej dengan perempuan.Aku pun memang tak ramai member perempuan.Nak elakkan kena ejek,aku letak nama Muhammad tu.”

Faris Ifwat menggeleng kepala sambil tersengih.Terasa sedikit lega hatinya.”Esok kita hangout sama-sama.Ajak anak Pak Hashim tu sekali.”

“Hah?Ariyana?”

Faris Ifwat mengangguk.

“Kau biar betul angah..bapak dia garang tau.”

Faris Ifwat mengangkat bahu.”Should be no problem.”

1 aduan:

Anonymous said...

interesting story!
baru start baca
akan terus follow citer ni
keep it up!:)