Unggulnya Cinta-(PART 2)



Ajaibnya Kuasa Cinta...



untuk pembaca di penulisan2u yang meminta cerita ini disambungkn,ini smbungan citer unggulnya cinta.citer ni agak tak logik cket ,sbb idea datang time tgh giler ..haha.s0rry klau smbungan ni xmemuaskn hati anda ek..slmt membaca..(^_^)


"Abang Haziq!Abang Haziq!!!!!!"

Mimie membuka mata perlahan-lahan.Dia memandang kiri kanan.Suasana di situ agak pelik..bukan pelik...tetapi teramat pelik.Mimie cuba untuk bangun tapi kepalanya terasa amat sakit sekali.Tekaknya juga perit,bagai tidak meneguk air bertahun-tahun lamanya.

Mimie mencuba sekali lagi untuk bangun.Dengan segala susah payah,akhirnya dia berjaya juga mengangkat kepala.Mimie memerhatikan sekeliling.Ya Allah..di mana dia sekarang?Dia tidak nampak apa-apapun melainkan padang pasir yang terbentang meluas.Tiba-tiba hatinya diserang perasaan takut yang teramat sangat.

"Papa!!Mama!!Abang haziq!!!Tolong Mimie!!!"

Mimie menantikan balasan tapi sayang suaranya hilang dibawa angin.Mimie mencuba sekali lagi tapi hanya sia-sia.Mimie mengeluh panjang.Dia memandang sebelah.Kelihatan sebiji kek coklat yang dibuatnya untuk Haziq ada di situ.Mimie mengambil kek itu lalu dia berdiri.

Mimie berjalan perlahan-lahan menyusuri padang pasir yang luas itu.Dengan kepala yang masih terasa sakit dia cuba menjerit meminta tolong.Hampir 20 minit Mimie berjalan akhirnya dia terduduk semula ke atas tanah bila merasakan yang perbuatannya hanya sia-sia.

Mimie merintih hiba.Spontan fikirannya melayang mengingati peristiwa yang berlaku semalam.Tengah malam itu dia terjaga kerana haus.Bila dia membuka peti ais untuk mengambil air sejuk,dia terasa gegaran kuat berlaku di dalam rumahnya.Tanpa sempat memikir apa-apa,Mimie terus mencapai kek coklat di dalam peti ais itu dan cuba berlari ke luar rumah untuk menyelamatkan diri.Tapi dia tidak sempat berbuat demikian bila sesuatu yang keras menimpa kepalanya.Dia pengsan.

Sedar-sedar saja dari pengsan dia sudah berada di padang pasir yang kegersangan dan tandus ini.Waaaa...nak balik!!!Mama!!!

Dalam teresak-esak menangis Mimie ternampak sebuah botol kaca kecil di depannya.Dia merenung botol itu sebelum mengambilnya perlahan-lahan.Hisy..macammana kalau tiba-tiba jin keluar pulak dari botol ni?

Mimie menggeleng kemudian meletakkan botol itu semula.Dia serba salah.Emm..kalau ada jin bagus jugak.At least aku ada kawan..takpun mana la tau abang Haziq yang ada dalam botol ni..hehe.Akhirnya Mimie mengambil keputusan untuk membuka botol kaca itu.

Tutup botol itu dibuka.Mimie hampa..tiada apa yang keluar dari botol itu..dia menjenguk ke dalam,tiada jin mahupun air.Mimie kecewa bercampur geram.Dia menggoncang botol itu sekuat hati.Tiba-tiba...

Kelihatan asap berkepul-kepul memenuhi ruang.Selepas itu muncullah lembaga yang pada mulanya mengecil tapi tiba-tiba menjadi besar.Lembaga itu tercampak ke tanah.Mimie menjerit ketakutan.Dia memerhatikan lembaga yang tidak bergerak-gerak itu.Lima minit berlalu namun lembaga itu masih kaku.Dalam berani bercampur takut Mimie menghampiri lembaga itu.

Lembaga berbadan besar dan berperut buncit itu mengerutkan keningnya dengan mata yang masih terpejam.Kedengaran suatu bunyi dari perutnya.Mimie rasa dia kenal bunyi itu.Lembaga menyerupai jin itu terkumat kamit.Mimie memberanikan diri mendekatkan sedikit telinganya ke arah mulut lembaga itu.

"Hungry...I'm hungry..help me.."

Mimie menggaru kepala.Tiba-tiba dia teringat kek coklat yang dibawanya.Dia mengambil kek coklat itu dan menghampiri lembaga itu semula.

"Help!!"

Opocot!Tercampak terus kek itu sekali dengan pinggannya ke dalam mulut lembaga itu.Mimie menelan air liur.Berdecit-decit bunyi lembaga itu mengunyah kek dan pinggan itu dengan penuh berselera.Habis saja kek itu,dia bangun.

Berderau darah Mimie ketika itu.Dia mengundur diri ke belakang.Satu langkah..dua langkah..pecut!!!

"Tuan puteri...tuan puteri..tunggu hamba!!!"

Mimie tidak mempedulikannya.Dengan badan yang agak berat dia berlari selaju-lajunya.Tiba-tiba lembaga itu sudah berada di hadapannya.

"Tolong!Tolong jangan makan aku.Ampun.."Mimie merayu sepenuh hati.Dia merasakan ajalnya sudah sampai di situ.Mama,papa..halalkan makan minum Mimie.abang haziq..I love you...forever and ever..

"Haaa...haaa...haaa!!"Lembaga atau nama lainnya jin itu ketawa berdekah-dekah.Amat panjang dan kuat bunyi ketawanya sehinggakan Mimie terasa bagai hendak terbang disebabkan angin yang keluar dari mulut jin itu.

"Tuan puteri jangan risau.Hamba tak pernah makan manusia lagi.Oh ya,sungguh sedap rasanya makanan tadi.Boleh hamba tahu apa nama makanan itu?Seumur hidup hamba,belum lagi hamba merasa makanan sesedap itu"

Gulp!Pandai pulak jin ni cakap bahasa melayu..desis Mimie dalam hati.Dia masih lagi tidak berani menjawab walaupun hatinya bagai digeletek melihat penampilan jin itu.Dengan kepala botak di hadapan tetapi bertocang panjang di belakang..kening yang lebat,mulut lebar..tidak memakai baju untuk menutupi perutnya yang buncit itu.Hanya memakai seluar pendek yang beropol-ropol di luar.Sangat kelakar..

"Tuan puteri jangan takut..kan hamba dah bagitau tadi hamba tak makan orang..hamba nak ucapkan terima kasih kerana tuan puteri selamatkan hamba tadi.Hampir tiga bulan hamba terkurung di dalam botol itu tanpa makanan dan minuman.."ucapnya dengan nada suara yang sayu tiba-tiba.

"Err..nama saya bukan tuan puteri..saya Mimie.."

Jin itu ketawa lagi."Hamba tak kisah...tuan puteri dah selamatkan hamba..jadi sekarang hamba akan menurut segala perintah tuan puteri.Tuan puteri boleh mintak apa sahaja dari hamba.Hamba akan gunakan kuasa sakti hamba untuk menolong tuan puteri yang cantik lagi baik hati ini.."

Cantik??Mimie terasa hatinya kembang sekali dengan pujian itu."Err..betul ke jin?Kalau macamtu saya nak mintak tolong jin hantar saya balik ke rumah saya.Boleh tak jin?"soal Mimie dengan harapan menggunung.

Jin itu ketawa lagi.Ya Allah..memang happy go lucky betulla jin ni."Anytime tuan puteri..Tuan puteri cakap je kat mana..sekelip mata hamba akan hantarkan."

Mimie menjerit gembira."Betul ni jin?Cepat hantar saya pergi Bukit Nasional.Mama dengan papa saya mesti dah risaukan saya."

Jin itu menepuk perutnya."Err...Bukit Nasional?Kat mana tu ek?"

"Hah??Ala..Bukit Nasional pun jin tak tau ke?Kat Kuala Lumpur la..kat Malaysia.Takkan tak tau.."

"Err..Malaysia?Kenapa hamba tak pernah dengar nama tempat tu eh.."

Mimie tertunduk kecewa.Jin ni tak boleh pakai betullaaaa....

"Tuan puteri jangan la risau.Sementara hamba berusaha cari tempat tu,tuan puteri ikut hamba pulang dulu ke istana.Okeyh?"

Mimie serba salah.Dia tidak punya pilihan lain sekarang."Emm..okeyla.Eh kejap,boleh saya tau apa nama jin tak?"

Jin itu seperti biasa ketawa berdekah-dekah sebelum berkata-kata."Tuan puteri boleh panggil hamba Sintat."

Mimie mengangguk."Err..pandai jin Sintat cakap bahasa Melayu eh.."puji Mimie.

Sintat ketawa lagi."Bukan bahasa melayu je..bahasa mandarin,tamil,mexico,jerman pun hamba tau.Komunikasi tu kan penting kalau nak berjaya.."

Mimie mengerutkan dahi.Hmm..apa-apa jelah..

"Tuan puteri,can we go now?"Selepas berkata begitu,Sintat mengucapkan sesuatu dalam bahasa yang tidak difahami.Sekelip mata sekeping tikar muncul di depan mata.

"Ni tikar terbang.Lets go Tuan Puteri.."

Dengan teragak-agak Mimie naik ke atas tikar terbang itu.Kini dia terasa betul-betul wujud di alam aladdin.Wah..bestnya!!

"Arigato Gozaimas!!"Sintat menjerit.Tikar itu masih berada di posisi yang sama,tidak bergerak.

"Arigato Gozaimas!!"Jerit Sintat sekali lagi.Namun tikar masih tidak terbang.Sintat menggaru perutnya."Err..tuan puteri..hamba rasa tikar ni tak boleh terbang sebab dah terlebih muatan la.Hamba besar..tuan puteri pun..besar jugak."

"Huh!Habistu nak buat macammana?Jin Sintat jangan nak ejek saya pulak..saya tau la saya ni gemuk."

"Eh..hamba tak bermaksud begitu.Tuan puteri sangat comel pada hamba.Emm..macam ni la...Kejap ek.Tuan puteri pejam mata kejap."

Dalam teragak-agak Mimie memejam mata.Apa lagi la jin ni nak buat.Dahlah semua magic dia buat tak menjadi..huhu

"Wo ai ni de phengyou!!"Mulut jin Sintat terkumat kamit membaca mantera.

Sepuluh saat kemudian Mimie terbau satu bau yang amat busuk sekali.Serta merta badannya terasa begitu ringan.

"Okey..bukak mata sekarang."

Mimie membuka matanya.Dia nampak Sintat tersengih-sengih sambil menghulurkan cermin besar kepadanya.Mimie melihat cermin.Ya Allah,siapa ni???Mimie meraba-raba badannya.Mana pergi isi-isi pejal badan aku?Dia meraba pipinya pula.Mana pipi tembamnya selama ini?

"Arghhhhh!!!"

Sintat ketawa besar.Selepas itu dia terdiam tiba-tiba sambil merenung wajah Mimie."Tuan puteri comel bila gemuk,tapi bila kurus...cantik sangat..Kenapa..hamba rasa jantung hamba berdegup kencang sekarang ni?"

"Hah?jin Sintat jangan nak merepek la.Cepat kembalikan keadaan asal saya balik.Saya tak biasa badan macam ni.Saya rasa macam melayang-layang je.Cepat Sintat!!!"Mimie merengus marah.Suatu ketika dulu,dia cukup berharap untuk menjadi kurus..tapi sekarang..dia rasa bagai lalang yang berterbangan.Muka pulak cengkung semacam.

"Err..ilmu sakti hamba cuma boleh tukarkan benda sekali saja.Kalau nak reverse balik ke keadaan asal hamba belum belajar lagi.Sorry sangat-sangat tuan puteri."

"Apa??Jin Sintat ni memang..tak guna.Arghh!!"Mimie membentak lalu terus naik ke atas tikar terbang.Sintat ketawa lagi lalu mengikut langkah Mimie.Dia melihat muka gadis itu masih lagi masam.

"Arigato Gozaimas!!"Dengan sekali lafaz saja tikar itu terbang ke udara.Mimie yang terkejut terus memegang pinggang Sintat erat.

"Sintat!!!Janganla tinggi sangat.Saya gayat ni!!!"

"Ala..tak tinggi tak adventure la...Tuan puteri,cuba tengok bawah.Inilah negara Cenderawasih."

"Cenderawasih?Wah...cantiknya...tapi kenapa tak macam tadi?Tadi tu kawasan padang pasir je..tapi ni cantik.."

Sintat ketawa besar."Selain kawasan tadi tu,negara ni memang tersangatlah cantik.Kawasan padang pasir tadi tu dah disumpah.Sebab tu la hamba dibuang di situ.Nasib baik la tuan puteri datang selamatkan hamba."

Mimie tidak menjawab.Dia leka memerhatikan pemandangan yang sangat cantik itu.Kira-kira 20 minit perjalanan menaiki tikar terbang,mereka akhirnya sampai ke sebuah istana.

"Wah!!Amazing!!"

Sintat ketawa lagi.

Mimie menggosok matanya.Betul ke semua ni?Atau aku sebenarnya dah mati..dan ini adalah alam yang lain..tiba-tiba dia merasa rindu pada semua ahli keluarganya..dan juga kepada Haziq..

"Hah!!Sintat..macammana kau boleh balik sini semula?Bukan ke aku dah buang kau jauh-jauh kat padang pasir tu?"Seorang perempuan muda tiba-tiba muncul dengan wajah garang.

"Anis!!!!"

Mimie meluru memeluk perempuan itu."Anis..nasib baik Anis ada.Mimie rindu Anis!!Mimie takut duduk kat sini.Anis..kenapa Anis tiba-tiba jadi gemuk sekarang?"

"What???Hey Sintat,perempuan gila mana kau bawak ni?Siapa Anis?Ooo..sukati kau je panggil aku gemuk ek.Biadab!!!"Perempuan itu menjerit sekuat hati.Mimie ditolaknya hingga terpelanting kebelakang.

Mimie mengerutkan kening.Dia menggeleng berkali-kali."Tapi awak Anis kan?"

"Hey,dont call me like that.Aku paling tak suka orang panggil aku Anis.Nama aku Anestacia.Panggil aku Stacy faham?Takde orang yang pernah panggil aku Anis.Kau memang biadab.Kau siapa?Aku akan suruh ayahanda masukkan kau ke dalam penjara!"perempuan bernama Anestacia itu menjerit lagi dengan sekuat hati.

Mimie menutup telinga.Suara perempuan gemuk menyerupai wajah Anis itu benar-benar menyakitkan telinganya."Err..saya Mimie."

"Mimie??Apasal pelik sangat nama tu?Kau ni dari mana ha?"

Sintat menghampiri Anestacia."Gadis ini yang selamatkan hamba dari dalam botol.Tuan puteri Stacy memang tak berperikemanusiaan..meninggalkan hamba di dalam botol kaca yang sempit itu tanpa sebarang makanan dan minuman.Nasib baik hamba tak mati kelaparan."

"Oooo..ha kau Sintat.Itulah balasan untuk jin tak guna macam kau ni.Aku suruh kau tukarkan menjadi gadis yang tinggi,bukan suruh kau tukarkan aku jadi gemuk macam ni.Kau tengok badan aku sekarang.Kau memang tak guna!!!"

"Hamba minta maaf.Kan hamba janji akan tingkatkan kuasa hamba dan tukarkan balik Tuan puteri Stacy ke keadaan asal.Tapi tuan puteri tak sabar.Gelojoh..Inilah balasannya."

"What????Arghhh...kau memang nak kena dengan aku.Mari sini kau!!"
Selepas berkata begitu,Anestacia mengejar Sintas.Berlakulah sesi kejar-mengejar antara mereka berdua.Anestacia terbang dan mengejar Sintat di sekeliling istana.Mimie menjadi pening melihat gelagat mereka.Apa pelik sangat manusia-manusia kat sini..

Bunyi seseorang berdehem membuatkan Mimie menoleh ke belakang.Mimie terkejut melihat manusia itu.

"Abang Haziq!!!!!!!!!"


Setakat ni dulu eh untuk part 2..da tak de idea..hehe..nanti insyaallah saya sambung lagi..(^_^)

2 aduan:

pak sheikh said...

wahh!! ade bakat la wat novel ngarut... hohoho... nice work... keep it up!!

nik said...

aisey...sal mengarut sangat dah cite nie...smpai ke alam aladin la pulak...xpe la..
huhu...still waiting next part..cepat cikit ek...hehe