BAB 11

"Selamat tengahari.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"sapa Ariyana sambil tersenyum manis kepada pelanggan di hadapannya.Lelaki berusia dalam lingkungan lima puluhan itu membalas senyumannya.

"Pak cik nak cuci gambar kat sini.Boleh ke?"

"Cuci gambar?Boleh-boleh.Pak cik ambil saiz 4R ye.Nanti gambar nampak lebih besar.Kualiti gambar pun lebih baik."

Lelaki itu mengangguk lalu menyerahkan kameranya kepada Ariyana.Ariyana tersenyum senang.Mengambil album kosong di dalam laci dan menulis sesuatu di atas resit.Kemudian dia membuka kamera analog itu lalu mengambil filem di dalamnya.

"Bila boleh siap nak?"

"Lagi setengah jam pun boleh siap pak cik."

"Setengah jam?Hmm..takpelah,kalau pak cik ambil petang ni boleh?"

"Boleh.Emm..ni resit dia.Pak cik perlukan apa-apa lagi?Selain print gambar,kat sini pak cik boleh beli cenderamata.Kalau pak cik nak beli kamera digital pun,sekarang ni tengah ada promotion.Semua kamera yang dijual ada potongan harga."Ariyana cuba mempromosi dengan sebaik mungkin.Senyuman mesra dihulurkan.Pesanan Izzah sentiasa diingati.Setiap barangan yang berjaya dijual,akan mendapat komisyen.Yang penting tidak boleh malu untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

"Takpelah nak.."lelaki itu menolak lembut.Ariyana mengangguk."Pak cik,boleh tinggalkan nombor telefon tak?Bila dah siap nanti saya akan hubungi pak cik. "

Lelaki itu mengambil kertas yang dihulurkan Ariyana lalu menulis nombor telefonnya di atas kertas itu.Kemudian menghulurkan kepada Ariyana semula."Nak,tak payah bayar deposit dulu ke?Biasanya kalau pak cik datang kedai gambar lain diorang mintak deposit dulu."

Ariyana tersengih.Alamak,terlupa la pulak."Kalau pak cik nak bayar dulu sekarang pun boleh,kalau nak bayar masa ambil gambar nanti pun boleh."

"Kalau macam tu pak cik bayar dua puluh ringgit dulu.Bakinya pak cik bayar masa ambil gambar nanti."

Ariyana menerima duit yang diberi dengan senang hati.Dia cukup suka dengan customer yang tidak banyak kerenah seperti itu.Selepas lelaki itu pergi,Jesnita tiba-tiba menghampirinya.

“Seronok kerja sini kan?Pandai cari peluang pulak tu.Mula-mula buat baik dengan bapak,sekarang dengan anak-anak dia pulak.Lepas ni dengan siapa pulak tak tahulah.Pandai kau cari jalan nak cepat naik pangkat kan.”

Ariyana mengerut dahi.Tidak faham dengan maksud kata-kata Jesnita.”Apa maksud kau?”

Jesnita ketawa besar.”Jangan buat bodoh la.Kau buat baik dengan Faris Ifwat,dan sekarang Azree Ifwat,apa maknanya?Kalau bukan sebab nak ambil kesempatan.Aku pun tak faham apa yang ada kat kau ni.Kaki bodek!”

Arghh..menyibuk betullah dia ni.Asyik nak masuk campur dalam urusan aku je."Hmm..kan aku pernah cakap dengan kau dulu.Aku ni saudara Tan Sri.So..apa yang peliknya.."balas Ariyana selamba.

Jesnita mencebik bibir.Dia mahu membalas tapi kata-katanya terhenti bila kedengaran suara Izzah memanggil Ariyana."Dahlah Nita..aku pun tak tau kenapa kau tak puas hati sangat dengan aku.Tak boleh ke kita berbaik je.Buat kerja masing-masing."

"Berbaik?No way.Aku tak suka kau!!"bentak Jesnita.Berterus-terang.

Ariyana mengangkat bahu."Suka hati kau la."Dia pantas berlalu meninggalkan gadis itu dan pergi mendapatkan Izzah.Jesnita bertambah geram dengan lagak selamba Ariyana.Sejak dari hari pertama dia sudah menyimpan perasaan sakit hati terhadap gadis itu.Tambahan pula bila dia melihat Faris Ifwat,lelaki idamannya memberi perhatian lebih terhadap Ariyana.Entah apa lebihnya gadis itu dia sendiri tidak tahu.

Jesnita mencari idea,bagaimana mahu mengenakan Ariyana.Tiba-tiba matanya terpandang filem yang ditinggalkan bersama album kosong itu.Dia tersenyum kecil.

**********

Ariyana resah.Dia mengangkat album-album yang berisi gambar yang telah di print sebentar tadi dan disusun di dalam album.Dia mengira jumlah kesemua album-album itu.Sepatutnya ada sepuluh album tapi yang ada sekarang hanya sembilan album gambar.Sedangkan sepanjang dia menjaga kaunter dia telah mengambil sepuluh pesanan dari customer.Peluh merenik di dahi.Mana lagi satu album ni?

"Yana,dah siap print semua gambar tu?Nanti susun elok-elok dalam album k.."sapa Izzah tiba-tiba.Ariyana serba-salah.

"Kenapa ni?Are you ok?"soal Izzah bila dilihatnya wajah Ariyana yang nampak gelabah.

"Err...miss..satu album lagi hilang.Dah cari tapi tak jumpa,"ujar Ariyana lambat-lambat.

"Hilang?Are you sure?"

Ariyana mengangguk."Saya ambil pesanan sepuluh pesanan dari customer tadi.Tapi yang ada sekarang ada sembilan album je."

"Hmm..dah check nombor resit album gambar yang hilang tu?"

Ariyana mengangguk lagi.Memandang kertas yang tercatit maklumat customer seperti nama dan nombor telefon yang berada di tangannya.Album yang hilang,nombor resitnya 3452.Nombor telefon..0193326754.Nama customer..Latif Bin Abu Samat.Latif?Kalau tak salah Ariyana itu pak cik yang menghantar gambar tengahari tadi.

"Mungkin awak tersalah letak.Cuba ingat balik.."

Ariyana terdiam.Rasanya dia telah meletakkan album itu di tempat yang sepatutnya,bersama dengan album-album lain.Macammana boleh hilang pulak?

Ariyana menggeleng.Izzah mengeluh perlahan."Kalau Encik Faris tahu mesti dia marah."

Ariyana menggigit bibir.

********

"What?Macammana boleh hilang?"

Ariyana tersentak mendengar tengkingan Faris Ifwat.Untuk pertama kali dia melihat wajah bengis lelaki itu.Izzah di sebelahnya turut menikus.Sebenarnya dari tadi dia dapat melihat mood lelaki itu yang kurang baik.Selalunya lelaki itu pasti akan menegur atau paling tidak pun melemparkan senyuman jika bertemu dengannya.Tetapi hari ini lelaki itu hanya senyap.

"Saya tak boleh berkompromi dengan hal yang melibatkan reputasi syarikat.Awak tau tak hal ni boleh menjejaskan kepercayaan customer terhadap mutu perkhidmatan kita.Kenapa cuai sangat sampai gambar tu boleh hilang?"soal Faris Ifwat serius.

"Maafkan saya Encik.."ujar Ariyana perlahan.Wajahnya ditundukkan,tidak berani memandang wajah lelaki itu.Kecut perutnya melihat kemarahan Faris Ifwat.Faris Ifwat memandang tepat wajah Ariyana.Sesaat kemudian dia meraup muka.Bersandar di kerusi.

"Cari sampai jumpa gambar tu.Kalau tak jumpa pandai-pandai la awak jawab.Yang penting jangan sesekali bagitau gambar tu hilang.Faham?"

Ariyana mengangguk perlahan.

"Dah,awak boleh keluar sekarang."Nada suaranya mula menurun.Ariyana dan Izzzah cepat-cepat keluar dari pejabat lelaki itu.

**************

"Nak,gambar pak cik dah siap?"soal lelaki itu dengan senyuman di bibir.Ariyana serba-salah.Dia memandang Izzah di sebelahnya.

"Err.."

"Boleh tengok resit tak pak cik?"Izzah menyampuk segera.Lelaki itu mengangguk sambil menghulurkan resit yang diberi kepadanya tadi.Izzah mengambil resit itu lalu pura-pura mencari di dalam laci.

"Hmm..gambar apa ni eh?"soal Izzah lagi.Ariyana hanya memerhatikan dengan persoalan.Apa yang hendak dilakukan oleh Izzah?Kenapa dia masih sibuk mencari sedangkan gambar itu sudah sah-sah telah hilang.

"Oh,gambar tunang anak perempuan pak cik tu.Bertunang minggu lepas.Buat majlis kecil-kecilan je,"ujar lelaki itu panjang lebar.

Izzah mengangguk.Tidak lama kemudian dia mengeluarkan album kosong dari dalam laci."Pak cik,gambar ni semua tak jadi la.Mungkin kamera pak cik rosak kot."

Lelaki itu nampak terkejut."Rosak?Selama ni saya pakai kamera tu elok je.Takkan tiba-tiba rosak kot?"soal lelaki itu tidak berpuas hati.

Izzah mengangkat bahu."Kami pun tak tahu,sebab bila staff kami nak print gambar tu tadi,memang tak boleh.Maaf ye pak cik.Pak cik beli kamera baru la,sekarang kami ada buat promosi.Kalau pak cik pakai kamera digital,pak cik boleh elakkan benda ni dari terjadi.Sebab kamera digital menggunakan memory card,jadi masalah filem rosak takkan berlaku."

Lelaki itu meraup muka.Jelas kelihatan kekecewaan di mukanya."Itu satu-satunya kamera yang merakamkan gambar majlis pertunangan anak saya.Tapi sekarang kenangan hari bahagia anak saya dah hilang.Takpelah,nak buat macammana..."

Ariyana tiba-tiba merasa sayu mendengar kata-kata lelaki itu.Dia dapat merasakan betapa pentingnya gambar itu kepada lelaki itu.Itu gambar majlis hari bahagia anaknya.Tentu dia sangat kecewa.

"Pak cik,ini kami pulangkan duit pak cik semula.."

Dan kata-kata seterusnya tidak didengar oleh Ariyana.Hatinya dipenuhi dengan perasaan bersalah.

“Yana..”Bahunya ditepuk lembut.

“Jangan risau,saya akan siasat perkara ni.Mungkin ini bukan kesilapan awak.”

Ariyana menggigit bibir.”Saya rasa bersalah.Kesian kat pak cik tu.Mesti dia kecewa.”

Izzah tersenyum.”Mestilah,kalau saya berada kat tempat pak cik tu pun saya akan rasa kecewa juga.Tapi yang penting Yana kena ambil pengajaran daripada hal yang berlaku tadi.Lepas ni kena lebih berhati-hati.Kerja kat mana-mana pun sama,tetap ada cabarannya.Cabaran bila kerja kat sini,adalah untuk menjaga amanah yang diberi oleh pelanggan kita.Nampak macam senang,just print gambar kemudian susun dalam album dan bagi pada customer.Tapi macam dalam kes pakcik tu tadi,kamera tu adalah satu-satunya kamera yang ada gambar majlis pertunangan tu.Bayangkan bila hilang,satu memori manis yang dapat kita simpan sampai bila-bila pun turut sama hilang.”

Izzah memandang Ariyana,melihat reaksi gadis itu.Dia tahu gadis itu betul-betul rasa bersalah.

“Yana tahu tak kenapa Encik Faris marah sangat tadi?”soal Izzah tiba-tiba.

Ariyana menggeleng.Sememangnya dia tidak tahu.

“Dulu,pernah sorang staff ni..hilangkan gambar milik customer.Dan dia mengaku pada customer yang dia hilangkan gambar-gambar tu.At last,customer saman pihak syarikat.Sebab tu saya back up Yana tadi.Bukan niat saya untuk tipu pakcik tu.”

Ariyana menggigit bibir.Tidak sangka hal boleh menjadi seserius itu.”Saya minta maaf Miss Izzah.”

“It’s okey.Jadikan ini sebagai pengajaran.Ermm..teruskan kerja.Saya nak pergi office kejap.”

Ariyana memerhatikan langkah gadis itu.Dia mundar-mandir.Perasaan bersalah menguasai diri.Cuba mengingat kembali,di mana dia meletakkan album itu.Namun tidak berjaya.

***********

http://4.bp.blogspot.com/_sIX9GWdSfBs/S1c4lcZtDcI/AAAAAAAAAyA/Rz4LsRFu6tU/s320/Elevation-washroom-solutions-from-Tork.jpg"Arghhh..!kenapa aku ni careless sangat?"Yana memandang cermin besar di hadapannya.Rasa hendak ditumbuk mukanya sendiri.Dia membuka paip air di sinki,membasuh muka.

"Jangan marah-marah.Nanti cepat tua.."

Eh,makhluk mana pulak ni yang tiba-tiba muncul..suara lembut pulak tu.Perlahan-lahan Ariyana menoleh belakang.Kelihatan seorang wanita tersenyum memandangnya.Ariyana memandang dari atas ke bawah.Seperti ada tarikan pada wanita itu.Memakai blous berwarna merah,seluar jeans berwarna putih dengan aksesori lengkap seperti rantai dan gelang.Memakai tudung juga berwarna merah dan berkasut tumit tinggi.Memang stylo habis..

"Tadi auntie dengar anak marah-marah.Jangan macam tu..Kalau marah sekalipun,cuba tenangkan diri.Marah takkan selesaikan masalah kita.."ucapnya lembut.Tiba-tiba Ariyana terasa tenang.Terasa seperti mama yang menasihatinya.

"Boleh auntie tahu dengan siapa yang anak marah sangat ni?"

Ariyana menggeleng."Ntah la kak,eh..auntie."Tersasul Ariyana memanggil wanita itu.Sebenarnya tidak pasti apa yang patut dipanggil.Nak panggil autie rasa macam terlalu tua untuk wanita itu.Tapi dia juga yang membahasakan dirinya auntie.

Wanita itu tersenyum."Problem kalau disimpan pun kadang-kadang jadi beban jugak.Macam auntie,kalau auntie tengah marah,auntie akan drive kereta laju-laju,lepastu auntie akan jerit kuat-kuat.Lepas dah puas jerit,auntie akan singgah kat restoran KFC,makan ayam banyak-banyak.Sampailah auntie boring.Tapi biasanya uncle akan datang cari auntie kat KFC tu,makan KFC sama-sama sambil pujuk auntie balik rumah."

Ariyana ketawa kecil mendengar kata-kata wanita itu."Wah,romantiknya.Saya pun suka makan KFC jugak auntie."

"Really?Ha,kalau macam tu jom kita pergi KFC.Hari ni auntie belanja anak.Err..nama anak,Ariyana kan?"soal wanita itu apabila melihat tag nama di baju Ariyana.

"Err..tak boleh la auntie.Saya tengah kerja sebenarnya ni.Nanti bos saya marah.Lain kali ek."

Wanita itu ketawa kecil."Takpe..lagipun macammana nak buat kerja dalam keadaan tension macam ni.Jom,kita naik tingkat atas."Wanita itu tersenyum mesra.

Ariyana serba-salah.Gila apa nak pergi makan sekarang?Masa rehatnya lagi sejam."Auntie,saya mintak maaf sangat-sangat.Maybe lain kali kita boleh makan sekali,tapi sekarang ni saya tengah kerja.Nanti bos saya marah,"ujar Ariyana sesopan yang mungkin.

"Hmm..takpe..auntie call bos Ariyana sekarang.Auntie kenal dia.Wait a minute.."Selepas berkata begitu,wanita itu mencapai handphone di dalam tas tangannya.Dia keluar dari toilet.Ariyana termangu-mangu melihat kesungguhan wanita itu.

Seminit kemudian wanita itu masuk semula ke dalam toilet dengan senyuman mesra."Jom!"

dunia hiburan VS dunia penulisan

sedikit pandangan tentang dunia hiburan dan dunia penulisan

Dunia hiburan

antara selebriti melayu kesukaanku..



****ally iskandar****

kenapa suke die?
-dia kalau senyum c0mel

-bijak bercakap
-pandai

-pengaruh dari mak aku yang memang minat gile2 kat dia






****Lisa Surihani****


kenapa suke die??

-lepas tengok cerita I'm not single,aku terus minat kat dia.
-pada aku dia ni memang ada pakej lengkap sebagai perempuan dan artis

-tak gedik

-cara dia bercakap ada style

-aku respect sebab dia ni educated




****Nabil****

haha..kalau tengok muka die pon aku boleh terus gelak.Sebenarnya takdela minat sangat kat dia.Aku cuma harap dapat jumpa someone yang kelakar macam dia untuk menghiburkan hari2 aku yang sunyi nih :P

aku bukan tak minat dengan cerita2 melayu.Cuma kadang-kadang bila aku tengok wayang,citer2 melayu ni selalu mengecewakan aku.Sebab tu kalau nak tengok cerita melayu,kadang-kadang aku download je..hehe.Apa-apapun,aku harap industri hiburan kat negara kita akan terus berkembang dan melahirkan artis-artis yang berkualiti dan bukannya popular dengan cerita2 peribadi jer.


Dunia penulisan dan buku

Saya ada buku
Saya suka baca buku
Hari-hari saya baca buku
Hobi saya pun baca buku
Di rumah saya ada banyak buku

Aish..ape aku melalut nih?hehe
Kenapa aku minat membaca?
Aku pun tak tau kenapa..tapi mungkin dengan membaca aku boleh kurangkan tension bila kepala dah serabut dengan bermacam-macam masalah.Dan buku yang aku selalu pegang tentulah bukan buku pelajaran.Kalau tak novel,mesti majalah.Aku tau ada jugak yang tak suka membaca.Aku tak salahkan dorang ni sebab bagi aku semua orang ada minat tersendiri.Mungkin dorang lebih suka tengok tv,ataupun movie untuk dapatkan ilmu dan mungkin cara tu lebih berkesan.

Tapi aku paling tak suka kalau ada orang gelarkan aku ulat buku.Sebab,aku hanya suka baca novel dan majalah,bukannya buku fizik,kimia,ataupun pr0gramming C++.Jadi jangan panggil aku macamtu okey?Hihi



Rasanya minat membaca ni mungkin ada sejak aku kecik.Mungkin dipengaruhi oleh faktor persekitaran.Dulu,aku takde adek,abang,kakak.Umur aku 10 tahun,baru aku dapat sorang adek p0mpuan.So,sepanjang 10 tahun jadi anak tunggal,life aku memang boring.Aku dapat main dengan kawan2 hanya pada waktu siang je.Bila malam menjelma...waaaaaa!!!

Dan buku la yang biasanye jadi peneman hidup aku.Mungkin sebab ayah aku kesian tengok anak dia yang keboringan,dia ajar aku untuk membaca.Caranya,setiap hari dia bagi aku buku baru untuk dibaca.Sedikit untung sebab ayah aku kerja kat Dewan Bahasa dan Pustaka,jadi die berpeluang dapat buku free..hehe.Dia tak pernah paksa aku untuk baca buku yang dia bawak.Itu semua atas kehendak aku sendiri.Dari buku2 yang bergambar,aku mula minat untuk baca novel.Walaupun bahasa2 yang digunakan dlm buku terbitan dewan bahasa tu tak se'best' mcm buku2 terbitan Alaf 21,entah kenapa aku masih ingat banyak cerita berbanding bila aku baca novel skarang nih.Mungkin masa tu aku kecik lagi.So otak fresh,tak banyak dosa kot..hik3

Seingat aku,aku mula bace novel start dari darjah 1.Setiap hari aku akan abeskan 1 novel.Tapi semua yang nipis jela.Citer kanak-kanak.Bila dah besar cket,baru aku baca yang tebal-tebal.Jadi takdela aku rasa boring sangat.Yela,dulu kalau nak tengok tv pon bukan macam sekarang ni.Dulu mane ade astro.Nak tengok kartun p0n,citer yang best..citer dorem0n,dragon ball..sailormoon..p0wer rangers..so ape pilihan yang aku ade?Kan?

Jadi pada aku,kalau nak comparekan penulis dulu dan penulis sekarang..aku rasa masing2 ade keistimewaan sendiri.Kalau ada yang berpendapat,novel yang ada di pasaran sekarang tidak menggunakan bahasa melayu yang betul,lebih mengutamakan kisah cinta dari kisah2 lain yang lebih serius,lebih banyak berfantasi..aku rasa aku tidak berapa setuju.Pada aku,pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh setiap penulis dalam karya mereka.Mungkin cara penyampaian penulis sekarang nampak lebih ringan dan santai,dan rasanya cara macam tu memang berkesan untuk menarik minat pembaca terutamanya golongan remaja.

Ha,kesimpulannya...kalau tengok movie..aku suka tengok movie inggeris,korea dan hindustan...buku pulak..aku lebih berminat dengan buku dan novel melayu..hik3

BAB 10


Ariyana menjenguk ke dalam studio.Kosong.Lampu pula dibiarkan terbuka.Selalunya Azree yang menguruskan bahagian studio.Ariyana memerhatikan peralatan-peralatan yang ada di situ.Lengkap dan canggih.

“Mana pulak dia ni?”Ariyana merungut sendirian.Dia baru hendak mengajak lelaki itu makan bersama waktu lunch nanti.

Ariyana memandang gambar-gambar yang tergantung di dinding studio itu.Banyak gambar model-model terkenal ada di situ.Cantik.Hebat sekali hasil kerja tenaga profesional di foto Siber.Termasuk Azree dan Faris Ifwat.Baru dia tahu Azree sangat berbakat dalam bidang fotografi.Sejak bersekolah lagi dia rajin pergi ke Wisma Beta Siber,bekerja part time sebagai photographer.Begitu juga dengan abangnya,Faris Ifwat.Memiliki minat yang sama.

Ariyana membelek gambar-gambar di dalam album pula yang diletakkan di situ.Matanya terhenti pada sekeping gambar perempuan.’Miss Dania…cantiknya,’getus hati Ariyana.Ariyana menyelak lagi gambar seterusnya.Ada gambar Dania dan Faris Ifwat.Diambil di tepi pantai bersama pemandangan matahari terbenam.

Pasangan yang secocok.Nampak sungguh romantik sekali.Ditambah dengan hasil suntingan,gambar itu kelihatan sempurna.’Kalaulah Encik Faris dan Miss Dania bercinta,tentu mereka akan jadi pasangan paling popular bukan saja di Foto Siber,malah di Wisma Beta Siber,’hatinya berbisik lagi.

“Lalalala…”Faris Ifwat bersiul-siul kecil masuk ke dalam studio.Terperanjat Ariyana apabila ternampak batang tubuh lelaki itu.Begitu juga dengan Faris Ifwat.

“Err..”Ariyana pantas menutup album itu apabila sedar Faris Ifwat memandang tajam ke arahnya.Dia berdiri tegak.

“Awak buat apa kat sini?”

Ariyana mengetap bibir.Terasa bersalah masuk ke studio,sedangkan dia bertugas di bahagian luar.Faris Ifwat tersenyum dalam hati melihat reaksi Ariyana.

“Saya nak jumpa Azree.I’m sorry.Saya keluar dulu Encik Faris ,”

“Wait.”

Faris Ifwat meletakkan kamera DSLR nya ke atas meja.Perlahan dia berjalan ke arah Ariyana.Ariyana menunggu dengan perasaan sebal.Apa lagi lah mamat ni..

“Kenapa macam nak lari dari saya?”

“Hah?tak ada lah Encik Faris.Err..saya ada kerja kat luar ni,”balas Ariyana pantas.Cepat otaknya berfikir mencari alasan. Memang dia tidak selesa dengan lelaki itu. Walaupun Azree mengatakan Faris Ifwat sebenarnya baik,dia tetap tidak selesa dan kurang percaya dengan lelaki itu.

Faris Ifwat mengangguk beberapa kali.”Lunch pukul berapa hari ni?”

“12.30.”

“Dengan siapa?”soal lelaki itu lagi.

“Dewi,”balas Ariyana pendek.Cepatlah..dia terasa mahu keluar dari situ sekarang juga.Banyak tanya pulak mamat ni.

“Azree tak join sekali?”

Ariyana mengangkat bahu.”Ntah..dia tak ada pun.”

Faris Ifwat mengangguk-angguk.Diam sebentar.

“Encik Faris,ada apa-apa lagi?Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu eh,”pinta Ariyana sekali lagi.

“Hurm..wait.Kenapa awak kerja kat sini?”

“Maksud Encik Faris?”Ariyana agak terkejut dengan soalan yang tidak diduga itu.

“Maksud saya,awak baru habis SPM kan?Tak rasa terlalu muda untuk bekerja?”

Ariyana menggeleng.”Kan ramai remaja yang bekerja part time sekarang.Nak cari pengalaman,dan duit poket.Tak salah kan?Daripada buat kerja-kerja yang tak berfaedah.”

“Awk pun macam tu?”

Ariyana mengangguk.”Selain dari tu,saya nak beli something.Hasil dari titik peluh saya sendiri,”balas Ariyana.Bersinar-sinar matanya ketika menuturkan kata-kata itu.

“Beli apa?”

”Hmm..adalah..”

“Kenapa tak suruh parents awak belikan?”soal Faris Ifwat lagi.

Ariyana ketawa kecil.”Encik Faris,selalunya barang yang kita susah nak dapat,sudah tentu kita lebih hargainya bukan.Ermm..mungkin Encik susah nak faham,sebab Encik anak orang berada.Tapi saya lebih suka berusaha sendiri untuk dapatkan apa yang saya nak.Lebih puas..lebih bermakna..dan lebih berbaloi.Tak pelah encik,saya pergi buat kerja dulu.Assalamualaikum.”Ariyana pantas meninggalkan lelaki itu.Dia yakin,makin lama dia di situ,makin banyak soalan yang akan diterimanya.

“Waalaikumussalam.”Faris Ifwat menjawab perlahan.Dia memerhatikan langkah gadis itu.Segaris senyuman terukir di bibirnya.’Beauty girl with brain’.Teringat kata-kata Azree semalam.Dia tersenyum lagi.

sorry..

ini luahan peribadi aku
aku cuma nak bercerita tentang sesuatu
aku rasa kecewa..sgt2 kecewa
mlm ni mungkin aku dah sakitkan hati seorang kawan aku
aku tak sengaja
aku terlepas cakap
aku cuma nak sedarkan dia
jgn trlalu ikut perasaan
aku tau dia betul2 sygkan awek dia
aku tau dia sanggup buat apa saja
untuk gembirakan awek die
aku cuma geram
bila aku nampak
awek dia xhargai apa yg dia buat
aku sakit hati
sebab aku tau dia terlalu baik
dan perempuan tu tak patut buat kawan aku macam tu
aku tau
dia lelaki yang kuat
tapi dia jadi lemah
sebab dia betul-betul sayangkan perempuan tu
kalau boleh
aku nak sedarkan perempuan tu
betapa bertuahnya dia
dan dia tak patut buat kawan aku macam tu!!
tadi kwn aku cakap,aku saja back up awek dia sebab aku nak menangkan perempuan
aku bkn nak back up awek dia
aku cuma tak nak dia terus marah awek dia
sebab aku tak nak hubungan diorang putus
lgpun aku tau
macammana marah sekalipun,kawan aku tetap syg awek dia
kpd perempuan itu..
tlg jaga hati kwn aku..
pliz
kau takkan dapat cari laki yg sygkan kau macamtu lg
dan untuk kwn aku
kalau kau baca apa yang aku tulis ni
aku nak kau tau
aku sayang kau
kau kawan aku
n aku nak kau jd kwn aku sampai bila2
sorry..entah knp aku pulak yg tiba2 jd sedih
aku tak tau
knp aku tiba2 menangis
s0rry
kalau apa aku cakap tadi
buat kau sakit hati
aku rasa bersalah sangat
s0rry.....

p/s:untuk readers kat blog ni,nk tnye pndapat korang..kalau korg dh jumpa lelaki yg bt0l2 sygkan korang,korg akan setia x..n ader nasihat utk kwn aku ni x?sbb nasihat aku sume dier xnk pakai..huhuhu

BAB 9


Azree melabuhkan punggung di sebelah Faris Ifwat.Dipandang abangnya yang khusyuk mengadap televisyen. Tidak berkelip-kelip mata lelaki itu.Langsung tidak perasan kehadirannya.Azree mengerutkan dahi.Dia mengambil remote di tangan Faris Ifwat lalu menukar rancangan ke rancangan tamil.Sekali lagi dia memandang abangnya.Lelaki itu tersenyum memandang televisyen.Azree menepuk dahi.Sah tengah berangan!

Azree memandang sekeliling,mencari objek untuk mengenakan Faris Ifwat.Dia nampak Fifi,kucing Parsi kesayangan keluarga keluarga mereka sedang enak bersantai di atas karpet.Perlahan-lahan dia bangun dari kerusi,pergi mendapatkan Fifi.Didukungnya kucing itu lalu dibawa dekat dengan Faris Ifwat.Diciumnya Fifi sebelum diletakkan di atas bahu lelaki itu perlahan-lahan.

Fifi yang memang manja menggesel-geselkan bulunya di leher Faris Ifwat.Faris Ifwat juga seolah-olah selesa dan hanya membiarkan.Namun itu hanya seketika.

“Opocot..ooo mak kau ubi rebus mak cik Kiah!”Spontan Faris Ifwat melemparkan kucing kesayangan itu.Nasib baik jatuh atas kusyen yang empuk juga.

Azree ketawa berdekah-dekah.”Sejak bila kau melatah ni angah?Buat malu je.Hilang macho.”

Faris Ifwat berdehem kecil.Dibetulkan kedudukan duduknya dan diambil alat kawalan jauh dari tangan Azree.Menukar kembali siaran televisyen.

“Kau berangan apa ni angah?”soal Azree dengan tawanya yang masih bersisa.

“Berangan?Nonsense!”

“Ceh..tak mengaku pulak.Aku nampak la.Haaa..dont tell me its about girl?Love?”

Faris Ifwat menggeleng.Ketawa sinis.Girl?Love?Itu bukan prioriti dalam hidupnya sekarang.Dia akui,ramai teman wanita.Tapi yang betul-betul istimewa..kosong!Walaupun ramai wanita cantik mendampinginya,tiada seorang pun yang dapat meninggalkan kesan di hati.Apa orang tua kata..mandi tak basah,tidur tak lena,makan tak kenyang?Mengarut.Dia tidak percaya itu semua.

“Mama ngan abah mana?”soal Faris Ifwat.Mengalihkan topik perbualan.Sebenarnya dia sendiri tidak pasti apa yang dimenungkannya tadi.Bercampur baur mungkin.

“Dating.”

“Hurm..kau tak ikut?”

Azree mengerut dahi.”Kenapa pulak nak ikut?Kacau diorang je.”

“Mana lah tau.Kau kan anak manja.”Faris Ifwat ketawa.Azree mencapai kusyen lalu dibaling ke arah Faris Ifwat.Sempat dielak oleh lelaki itu.Sememangnya,di antara adik beradik yang lain,Faris Ifwat paling rapat dengan Azree.Malah tidak begitu rapat dengan kembarnya sendiri,Nabil Ifwat.Mungkin kerana mereka berkongsi hobi yang sama,ataupun perangai yang lebih kurang-gila-gila.Tidak seperti Nabil Ifwat dan Daniel Ifwat yang lebih serius.

“Angah,hari tu aku ada terdengar staff kat Foto Siber bercerita tentang kau dengan Yana.”

“Yana?Ariyana?Hurm..kenapa?”

“Tak delah..diorang macam nampak kau bagi perhatian lebih kat Yana tu.Angah,betul ni kau tak ada feeling-feeling kat Yana tu?”soal Azree bersungguh-sungguh.Serius mukanya.

Faris ketawa besar,mempamerkan giginya yang tersusun rapi.”Kalau ada kenapa?”

“Jangan main-main Angah.Yana tu bahaya.”

“Bahaya?Dia makan orang?Gigit orang?”Faris Ifwat berlawak.Siaran televisyen ditukar lagi.Kali ini memaparkan rancangan tentang perniagaan pula.

“Dia tu garang,nampak je lemah lembut tu.Cuba lah buat dia marah.Urghh..macam harimau.Harimau cun!”

Azree tersengih bila Faris Ifwat memandangnya.”Erm..dia prefect yang berdedikasi kat sekolah.Dia ramai sangat kawan perempuan.Tapi nak tengok dia kawan rapat dengan lelaki..perghh..susah gila.Boleh kira ramai yang nak tackle dia, tapi semua kecewa.”

Faris Ifwat mengangkat kening.”Tapi angah tengok macam dia rapat dengan kau..”

“See the leg la.”Azree menepuk dada,tersenyum bangga.”Haha..tak ada la rapat mana pun,setakat kat sekolah je.Tak pernah keluar pun.Bapak dia garang.Tapi dulu,serius cakap..kiteorang pernah bermusuh gila-gila.Yelah,kalau datang lambat,ponteng sekola ke..semua Yana yang kantoikan.Memang bengang betullah dengan dia tu.Tapi mungkin tulah sebab aku mulakan persahabatan dengan dia.”

“Tapi angah,I like her as a friend. Ariyana,beautiful girl with brain.”

Mata Faris Ifwat masih mengadap kaca televisyen,tapi setiap patah perkataan Azree berjaya menembusi otaknya.Berlegar-legar sebelum tersimpan di situ.Dia tahu,khabar-khabar angin yang disebarkan tidak benar sama sekali.Dia memang suka mengusik Ariyana.Dia cuma suka melihat wajah gadis itu ketika marah,ataupun ketika serba-salah yang membuatkan wajahnya merah.Itu saja sebabnya.Tiada sebab yang kukuh.

“Angah,betulkan?No hard feeling?”

Faris Ifwat menggeleng.Ketawa.”Impossible..tak mungkin kot.”

Azree mengangkat ibu jarinya.”Good.Tapi kan angah,sometimes..orang yang kita tak sangka-sangka tu la sebenarnya yang boleh buat kita gila bayang nanti.Kan?”

Faris Ifwat mengangkat bahu.

“Eh..look.Abah lah.”

Masing-masing memfokuskan perhatian ke arah televisyen.Hilang terus persoalan mengenai Ariyana.Kelihatan Tan Sri Baharudin sedang ditemubual berkaitan kejayaannya di dalam perniagaan,dan usahanya yang murni untuk membantu orang melayu.

Faris Ifwat dan Azree menonton dengan perasaan kagum.Great man.Jujur,sememangnya dia semakin bersemangat bila melihat kejayaan yang diraih bapanya.

“I hope to going be like abah one day,angah,”ujar Azree.Bersemangat.

Faris Ifwat mengangguk.”Abah is my idol.Ada perniagaan yang berjaya,family yang bahagia.”

“…dan isteri yang cantik dan lemah lembut,”sambung Azree.

“That’s right.”sokong Faris IFwat.Kedua-duanya ketawa.