BAB 2


Pagi itu,seawal pukul 7.30 pagi lagi mereka telah tercongok di hadapan bangunan Wisma Beta Siber dengan basikal mereka.Sememangnya jarak antara Wisma Beta Siber yang terletak betul-betul di tengah Kuala Lumpur ini amat dekat dengan kawasan rumah mereka.Hanya perlu berbasikal selama lebih kurang 10 minit,sampailah mereka berdua di Wisma Beta Siber itu.Ariyana juga sering ke situ apabila musim cuti sekolah.Tapi tidaklah terlalu kerap dan yang paling penting,setiapkali pergi ke situ,dia hanya akan masuk ke dalam bangunan itu cuma setakat ground floor sahaja.Dan dia tidak pernah naik ke tingkat atas.Sebab itu dia tidak berapa jelas dengan barang-barang yang dijual di situ.Dia cuma tahu yang Wisma Beta Siber adalah ibarat syurga bagi peminat-peminat barangan teknologi.

Kenapa dia suka pergi ke Wisma Beta Siber?Jawapannya adalah kerana dia suka melihat alat-alat teknologi terbaru.Terutamanya laptop.Sesuai dengan cita-citanya untuk menjadi Jurutera Perisian Maklumat suatu hari nanti.Ariyana tahu dia masih tidak mampu memiliki laptopnya sendiri sekarang,namun dia yakin impiannya akan tercapai juga.Sebab itulah dia berazam untuk mengumpul duit selepas habis saja SPM.Dan pelawaan dari Tan Sri Baharudin selepas kejadian yang tidak disangka-sangka semalam,bagai pucuk dicita ulam mendatang baginya.

Walaupun dia masih ragu-ragu dengan lelaki tua itu,dia bertekad untuk datang juga ke Wisma Beta Siber ini.Peluang tidak harus dilepaskan dan jangan sesekali menyerah sebelum mencuba.Tapi kalau lelaki tua itu menipu,tahulah akibatnya.Dia belum kenal siapa Ariyana..haha!

"Yana..oo..Yana..kau tak rasa ke kita ni datang awal sangat?"soal Dewi tiba-tiba.Ariyana yang sedang melamun sedikit tersentak.

"Baguslah awal.Kau tak dengar apa orang tua tu cakap semalam?Pastikan datang tepat pada waktunya.Pak cik paling tak suka orang yang lewat."Ariyana mengajuk kembali percakapan lelaki itu.Dengan mimik muka lagi.

Dewi ketawa."Hmm..betul jugak tu..tapi kan Yana,kalau tak silap aku Wisma BS ni bukak pukul 10 la.Kenapa pakcik tu suruh kita datang pukul 8?"

"Haah la..aku pun baru teringat.Kau tak rasa ke pakcik tu main-mainkan kita?"

"Ntah-ntah Yana,pakcik tu bukannya bos besar kat sini.Manalah tau,kot-kot dia driver Tan Sri Baharudin je.Mana ada bos pergi office pakai t-shirt macam tu je.Hisy..penat-penat je aku percaya cakap dia semalam.Huh!"Dewi masih dengan perasaan ragu-ragunya terhadap orang tua itu.

Ariyana terdiam."Tapi Dewi,aku dapat rasa la yang pakcik tu ikhlas.Eh,cuba kau tengok tu.Agaknya diorang pun nak pergi training jugak kot macam kita?"Ariyana menunjuk ke arah tiga orang remaja yang berpakaian kameja putih dan seluar slack.Memang kemas dan smart.Tidak lama kemudian datang seorang lagi,kemudian seorang lagi.Sehingga mengikut perkiraan Ariyana,hampir dua puluh orang kesemuanya.Ariyana mengerling jam tangannya.Sudah pukul 7.50 pagi.

"Jom kita pergi kat diorang."Dewi menarik tangan Ariyana.

"Err..hai!Awak pun nak pergi training jugak ke?"soal Ariyana kepada remaja perempuan itu.

"Yeah.Tapi kenapa you all pakai macam ni?Kan masa interview haritu,diorang dah pesan suruh pakai kameja putih dengan seluar slack?You all ni macam nak pergi shopping kompleks je.Kan Fetty?"soal remaja perempuan itu kepada teman di sebelahnya.Temannya mengangguk lalu ketawa sinis.

Hisy..berlagak betulla minah ni!Ariyana memandang Dewi di sebelahnya.Dewi juga nampak menyampah dengan kedua-dua gadis itu."Yeah..memangla.Tapi kami berdua ni kira special case sikit.Kalau you all nak tahu,kami ni saudara Tan Sri Baharudin.Kenal Tan Sri Baharudin kan?So kami tak payah la nak ikut sangat rules yang ditetapkan.Itu untuk staff-staff biasa saja."
Terkedu terus kedua-keduanya.Ariyana ketawa besar di dalam hati melihat reaksi mereka.Padan muka!Berlagak lagi.Ariyana menarik tangan Dewi menjauhi mereka.Ariyana dan Dewi ketawa serentak.

"Eh,takpe ke kita pakai macam ni pergi training?"soal Dewi bimbang sambil melihat jeans dan t-shirt putih yang dipakainya.

Ariyana mengangkat bahu."Ntah,okey je kot.Aku mana pernah kerja sebelum ni.Lagipun pakcik tu tak bagitahu kita pasal ni pun.Kau jangan la risau sangat.Kau..”

“Eh Yana,cuba kau tengok tu.”Dewi memotong kata-kata Ariyana sambil menunjuk ke satu arah.

Seorang wanita turun dari kereta mewah.Memakai kameja hitam dan skirt paras lutut.

“Apa?Kenapa dengan perempuan tu?”

“Ish,cuba tengok betul-betul.Tu kan perempuan yang bersama dengan lelaki yang kau simbah dengan air semalam tu.”

Ariyana memandang sekali lagi.Dia menggigit bibir.Entah kenapa tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati.

Dewi,jomla.Diorang dah nak masuk tu."

Ariyana dan Dewi turut mengikut sekumpulan remaja yang berkumpul menuju pintu besar bangunan itu yang masih lagi ditutup.Wanita berkameja hitam tadi sudah menunggu di situ.Setelah semuanya berkumpul,wanita itu mengarahkan mereka berbaris mengikut jantina.

"Good morning.Selamat datang ke Wisma Beta Siber.Anda semua adalah bakal-bakal staff di sini.Hari ini kita akan mengadakan sesi suai kenal dan training untuk staff-staff baru.Sebelum itu,saya ingin maklumkan..walaupun Wisma BS akan mula beroperasi pada pukul 10 pagi,semua pekerja diwajibkan hadir tepat pukul 8 pagi iaitu 2 jam sebelum wisma dibuka.Satu lagi perkara penting yang kamu perlu tahu,perkara paling dititikberatkan di wisma ini ialah disiplin.Perkara-perkara lain,akan diberitahu sebentar lagi.Sekali lagi,selamat datang ke Wisma Beta Siber."Penuh karisma wanita itu memberi ucapan dan disambut tepukan oleh semua yang ada di situ.

Ariyana dan Dewi turut bertepuk sama."Dewi,perempuan tu macam pengetua kita la..time bercakap kat perhimpunan,"bisik Ariyana perlahan.Mereka berdua ketawa kecil.Wanita itu memandang ke arah mereka.’Erk..alamak!Spontan Ariyana dan Dewi menekup mulut.
Agak berkerut dahi wanita itu ketika memandang Ariyana.Mungkin cuba mahu mengingati kembali.Ariyana buat selamba,sebelum tersenyum sedikit bila wanita itu masih memandangnya.
"Baiklah,anda semua dibenarkan masuk."

“Fuhh.”Ariyana tarik nafas lega.

Pintu besar dibuka dan mereka semua masuk ke bangunan besar itu.Mereka dibawa ke tingkat empat dan diarahkan masuk ke sebuah bilik.Bilik itu agak besar dan lengkap dengan komputer di setiap meja."Wah,bestnya Dewi.."ujar Ariyana.

Wanita itu keluar setelah mengarahkan mereka semua duduk."Dewi,nampak macam best je kerja kat sini.Dahlah tempat dia besar,peralatan canggih-canggih pulak.Macam syarikat kat luar negara kan?Macam kat Jepun.."

"Eleh,macam la kau pernah pergi Jepun.."sindir Dewi.

"Memang la..tapi aku dapat agak cara kerja kat sini macam kat Jepun.Tak kisah la,asalkan lepas ni..dapat la aku pandang Macbook idaman aku tu hari-hari..wah..bestnya!"Ariyana membayangkan yang indah-indah..

Dewi menggeleng.Dia akui,Ariyana memang kuat berangan sejak kecil lagi.Sampai sekarang pun perangainya tidak berubah-ubah.Masih kuat berangan.Tapi dia suka berkawan dengan gadis itu.Ariyana baik,tidak hipokrit dan berani walaupun kadang-kadang agak kelam kabut.Yeah..dan tetap pendirian juga.

Wanita berkarisma tadi masuk diikuti seorang lelaki.Semua mata tidak berkelip sebaik saja memandang lelaki itu.Keadaan kelas yang tadinya agak bising turut bertukar menjadi senyap.Baik lelaki mahupun perempuan,masing-masing memfokuskan mata ke arah lelaki itu.

"Baiklah.Saya kenalkan.Ini ialah Encik Nabil Ifwat,pengurus besar department Foto Siber,salah satu department yang ada di dalam Wisma BS ini.Encik Nabil yang akan terangkan pada kamu semua tentang sejarah syarikat,peraturan-peraturan dan membahagikan kamu semua kepada department masing-masing.Silakan Encik Nabil."

Nabil Ifwat mengangguk.Dan wanita berkarisma yang tidak diketahui namanya itu berlalu pergi.

"Eh mamat tu lah...yang semalam tu.."bisik Dewi perlahan tapi agak cemas.

Ariyana memandang lelaki itu.Alamak,ye ke?Hatinya berdegup kencang.Apa la malang nasibnya hari ni.Rupa-rupanya,dia akan berjumpa lagi dengan lelaki ni.Orang yang disimbahnya dengan air semalam adalah pengurus di Wisma Beta Siber ?Haihh…Ariyana mula tidak senang duduk.Kegembiraan tadi mula bertukar menjadi kegelisahan.

“Eh Yana,tapi muka dia macam lain sikit lah dari semalam..”

“Syhhhh.”Ariyana menyiku lengan Dewi bila mendapati lelaki itu mengerling ke arah mereka berdua.Pandangannya terhenti pada Ariyana seketika.Ariyana buat selamba bagai tiada apa yang berlaku.

"Baiklah.Hari ini saya akan terangkan kepada kamu semua tentang apa yang perlu kamu tahu sebelum mula bekerja di syarikat ini.Saya.."

Terdengar pintu diketuk dan muncullah seorang lelaki berkameja putih dan berseluar slack."Err..maafkan saya Encik.Saya terlambat.Jalan jem tadi."

"Awak boleh pergi sekarang,"ucap Nabil Ifwat tegas dengan muka serius.

Lelaki itu kelihatan serba-salah sebelum berlalu pergi.Selepas pintu ditutup Nabil Ifwat mengalihkan semula pandangan ke arah mereka.

"Mak aihh..garangnya Yana.Takut aku.Jangan la aku kena kerja kat department dia,"bisik Dewi cukup perlahan.Ariyana hanya diam.Kecut juga perutnya melihat perwatakan lelaki itu.

"Okey..saya akan mulakan sekarang.Sebelum itu,saya nak beritahu kamu semua satu perkara penting.Syarikat ini amat mementingkan disiplin.Pekerja adalah aset paling penting dan kami hanya akan menggaji pekerja yang berdisiplin saja.Tidak kira la kamu mahu bekerja tetap atau part time,tapi selagi kamu masih berada di Wisma BS,kamu mesti mengikuti peraturan yang telah ditetapkan."

Nabil Ifwat bercakap sambil berjalan di setiap meja.Sampai di meja Ariyana dan Dewi di belakang,dia menghentikan langkah.Dia memandang kedua-duanya dari atas ke bawah.Ariyana dan Dewi sudah berpeluh-peluh.Matilah..dah la pakai seluar jeans je..

"All of you,tolong on PC komputer."Dia berlalu ke depan semula tanpa kata-kata.
Fuh!Lega..

Lampu ditutup dan dan di skrin LCD di depan ditujukkan slide show berkenaan Wisma Beta Siber.Kelihatan gambar Wisma Siber yang ditunjukkan begitu gah sekali.

"Baiklah,untuk menjadi staff di sini,anda perlu mengetahui sejarah Wisma Beta Siber.Wisma Beta Siber telah diasaskan oleh Tan Sri Baharudin Bin Abdul Majid pada tahun 1988."

"Eh,tu la pakcik yang kita jumpa semalam.Wah,smartnya..betulla..dia memang bos kat sini,"bisik Ariyana perlahan.Dia memandang gambar lelaki yang segak memakai kot itu dengan perasaan kagum.

"..dan dalam masa lebih kurang 20 tahun,Tan Sri Baharudin telah berjaya membangunkan wisma ini menjadi sebuah syarikat yang terkemuka di Malaysia.Sekarang juga,syarikat ini telah mengatasi pesaing terdekatnya iaitu Plaza Low Yatt dan tahun lepas syarikat telah mengaut keuntungan bersih sebanyak 2 billion."

Satu tepukan kuat diberikan.Masing-masing kagum dengan keupayaan Tan Sri Baharudin membangunkan syarikat.

"Wisma ini adalah tempat pengumpulan alat-alat teknologi yang canggih dan terbaru yang diimport dari luar negara.Salah satu tujuan syarikat ini ditubuhkan adalah untuk membantu orang Melayu mendapatkan pekerjaan dan membantu kaum melayu membeli peralatan yang canggih dan bermutu dengan harga yang berpatutan.Anda juga boleh lihat di sini,seratus peratus pekerja di Wisma BS terdiri dari kaum melayu dan anda patut berbangga dapat bekerja di sini."
Satu lagi tepukan gemuruh diberikan.Semangat Ariyana semakin berkobar-kobar mendengar kata-kata Faris Ifwat.Dia yakin tentu banyak pengalaman yang akan diperolehi sepanjang dia bekerja di sini.Kekagumannya terhadap pakcik tua yang ditolong semalam juga bertambah.

"Untuk pengetahuan anda semua,sepanjang anda bekerja di sini..anda akan mengalami proses pembelajaran baru setiap hari.Kamu akan dilatih oleh supervisor di department masing-masing.Dan ujian kenaikan pangkat akan dilakukan setiap sebulan sekali.Seperti yang kamu juga tahu,teknologi semakin berkembang setiap hari dan kita semua sebagai pekerja di sini mestilah mempunyai pengetahuan yang luas tentang bidang IT.Kami tidak terlalu mementingkan kelayakan.Tapi anda semua mestilah mestilah mempunyai disiplin yang kuat seperti yang saya katakan tadi dan sikap-sikap positif untuk berjaya."

Ariyana terpegun mendengar kata-kata yang dilontarkan lelaki itu.Nampak sungguh berkaliber.

"Baiklah,saya akan tunjukkan satu persatu department yang ada di Wisma BS ini."Nabil Ifwat menekan tetikus komputer.

"Ini ialah level bawah sekali di Wisma BS.Department ini dikenali sebagai Thundermatch Siber.Department ini menjual alat-alat telekomunikasi seperti handphone dan IPOD.Juga notebook,komputer dan aksesori komputer.Department ini juga menguruskan event-event special seperti roadshow untuk PC fair yang diadakan 3 kali setiap tahun."

Ariyana mengangguk.Dia tahu tentang Thundermatch Siber kerana Macbook idamannya berada di situ.

"Okey..department yang berada di level satu dikenali sebagai Foto Siber.Department ini lebih popular di kalangan customer sebagai kedai gambar.Kat sini,pelanggan boleh print gambar,ambil gambar passport,dan juga disediakan studio khas untuk customer ambil gambar untuk perkahwinan atau family photo.Selain tu,customer boleh beli kamera digital yang canggih dan berkualiti tinggi.Juga menjual gifts dan cenderamata."

Ariyana mengangguk lagi.Leka mendengar.Dewi juga begitu.Cara penyampaian Nabil Ifwat begitu mempesonakan dan berkarisma.

"Department di level dua pula,dikenali sebagai Dimensi Siber.Di sini,customer boleh membeli pelbagai alatan elektrik seperti TV,peti sejuk dan macam-macam lagi."

Nabil Ifwat berdehem kecil.Penat agaknya bercakap."Okey,level tiga..mempunyai sebuah kafe yang dikenali kafe beta siber.Selain itu,terdapat beberapa restoran makanan segera seperti KFC,dan McDonald.Istimewanya anda diberi makanan percuma untuk makan tengahari setiap hari.Ini adalah penghargaan untuk para pekerja dan untuk pengetahuan anda,Tan Sri Baharudin amat mengambil berat tentang kebajikan pekerjanya. "

"Wah,makan free tu.Best betul kerja kat sini."

Kedengaran tepukan sekali lagi.Kali ini lebih kuat.Maklumlah makan free,siapa tak suka..hehe

"Lastly,level empat dan lima.Level empat adalah office untuk staf-staf bahagian pentadbiran dan office Tan Sri Baharudin.Dan level lima adalah stor penyimpanan barang.Okey,peraturan am di sini.Staff mestilah datang sebelum atau tepat pukul 8 pagi.Staff juga perlu menandatangani kontrak perjanjian iaitu akan bekerja di sini dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.Sekiranya staff berhenti sebelum tiga bulan,staff boleh disaman oleh pihak syarikat.Selepas ini,anda diminta untuk menandatangani surat perjanjian dan mengisi borang KWSP.Ada apa-apa soalan? "

Masing-masing senyap.Tidak sabar untuk memulakan kerja di syarikat yang nampaknya sungguh sistematik ini.

"Baiklah,selepas selesai semuanya,saya akan bahagikan anda mengikut department masing-masing.Semuanya bergantung pada keupayaan dan minat anda sebagaimana yang telah anda beritahu semasa interview tempohari.Saya berharap anda akan bekerja bersungguh-sungguh dan berusaha menaikkan nama syarikat ini.Terima kasih."

Selesai saja Nabil Ifwat berkata,pintu tiba-tiba diketuk.Muncul lelaki yang wajahnya seiras dengan Nabil Ifwat.

"Hmm..ada apa?"soal Nabil Ifwat.

Lelaki itu hanya tersengih."Saja..nak melawat staff-staff baru.Can I?"Soalnya penuh makna.
Nabil Ifwat mengangkat bahu sebelum menggelengkan kepala."Saya kenalkan,ini Faris Ifwat,pengurus besar Foto Siber department."

“Eh,kenapa muka diorang sama?”Tiba-tiba terdengar bisikan dari belakang tempat duduk Ariyana dan Dewi.

Ariyana mengerutkan dahi.Malah hampir kesemua bakal-bakal staff di dalam bilik itu kelihatan tertanya-tanya dan hairan.

“Diorang twin la.”Terdengar pula satu suara yang menjawab di belakang mereka.

Ariyana dan Dewi berpandangan sesama sendiri.

Faris Ifwat berjalan ke satu-persatu meja bakal-bakal staff.

Sampai saja di meja perempuan yang menyindir Ariyana dan Dewi pagi tadi,dia berhenti.Dia tersenyum sambil mengenyitkan mata.Dia berjalan lagi.Kali ini tiba di meja Ariyana dan Dewi.Faris Ifwat kelihatan sedikit terkejut.Ariyana resah.Pandangan lelaki itu mengingatkannya tentang kejadian semalam.Dia dapat merasakan lelaki di hadapannya ini adalah orang yang disimbahnya dengan air semalam.

Dan tanpa pergi ke meja bakal-bakal staff yang lain,Faris Ifwat terus kembali ke depan semula.Bercakap sesuatu dengan Nabil Ifwat sebelum berlalu keluar.Serius,Ariyana mula rasa tak sedap hati.

Nabil Ifwat kelihatan menanda sesuatu di atas kertas”
"Baiklah,kita sambung semula.Nama yang saya sebut..akan ditempatkan di department Thundermatch Siber.Nur Izati Bt Ahmad,Mohd Ali Bin Abdullah,Azim Bin Mamat,Fadhila Bt Sabri,Fatihah Bt Nazim,Iwan Bin Zain,Ikbal Bin Ikram,Khairul Bin Awang dan Dewi Farhana Bt Ahmad Jais."

"Alamak Yana,aku dapat department mamat garang tu la.Habis la aku.."ujar Dewi.Dia begitu kecewa.

Ariyana turut kecewa.Dia berharap dapat bekerja di department Thundermatch Siber kerana dia begitu meminati segala yang berkaitan dengan komputer.Sayangnya,dia tidak menghadiri interview dan pastinya pihak pengurusan tidak mengetahui minatnya.

"Untuk department Foto Siber,hanya dua orang yang terpilih iaitu Jesnita Bt Ahmad dan Ariyana Bt Hashim."

Aduh!!Ariyana menepuk dahi.Kenapa aku dapat department Foto Siber ni pulak?Ariyana menyandarkan badan ke kerusi.Kata-kata seterusnya dari Nabil Ifwat tidak didengarinya...

"Eh Yana,Encik Nabil suruh kita isi borang ni."Dewi menghulurkan sekeping kertas kepada Ariyana.Ariyana mengambil dengan lemah.Dia langsung tidak bersemangat setelah mengetahui dia akan bekerja di Foto Siber.

"Emm..Ariyana Bt Hashim dan Dewi Farhana Bt Ahmad Jais,right? "Nabil Ifwat tiba-tiba terpacak berdiri di sebelah mereka.

"Err..ye.."ucap Ariyana dan Dewi serentak.

"Kamu berdua bertuah sebab tak payah attend interview,terus diterima bekerja.Tapi saya nak bagitau kamu,no excuse untuk kamu langgar segala rules dalam syarikat ni.Kamu patutnya berpakaian formal.Ayah saya mungkin bagi kamu kerja ni untuk balas budi atas apa yang kamu berdua lakukan semalam,tapi ingat..kamu tetap sama macam pekerja lain. "Nabil Ifwat berkata dengan suara perlahan tetapi dalam nada tegas.Dia kemudiannya berlalu.

Ariyana dan Dewi terdiam.Mereka berdua berpandangan sesama sendiri sebelum mengangguk."Ayah??"ujar kedua-duanya serentak.

Keluar saja dari kelas itu,Ariyana dan Dewi mengeluh."Dewi,aku rasa tak nak kerja kat sinilah.Aku dapat rasa mamat tu nak balas dendam kat aku sebab semalam.”

"Aku pun..tapi kau tak ingat ke Yana,kita dah sign surat perjanjian tu dah.Kalau tak kerja sampai tiga bulan,nanti kita kena saman.Kau nak ke?Kita dahlah nak cari duit,nanti tiba-tiba kena bayar saman pulak."

Ariyana mengangguk lemah."Hisy..menyesalnya aku."

'Sejak bila pulak kau menyesal dengan keputusan yang kau buat sendiri?'Hatinya tiba-tiba berbisik.Lagipun aku kena pastikan matlamat aku tercapai.Takpelah,bukannya lama pun,enam bulan je..kalau aku dapat masuk Universiti,mesti aku akan berhenti kerja jugak.

"Tapi tak sangka kan lelaki semalam tu pengurus kat sini.Anak pakcik yang kita tolong semalam pulak tu.."

"Bukan pakcik la.Tan Sri."Ariyana membetulkan kata-kata Dewi.Dia berasa sedikit malu kerana tidak menyangka lelaki tua yang ditolongnya semalam adalah pengarah urusan di syarikat besar ini.Boleh pulak dia buruk sangka dan mengutuk lelaki tua itu tadi.

"Dewi,sebelum balik jom teman aku tengok department foto siber tu kejap.Aku tak pernah sampai lagi tingkat satu tu."

"Jom!"

Ariyana dan Dewi menaiki eskalator turun ke tingkat satu.Sampai saja di situ,dia berasa pelik yang teramat.

"Mak aihh,semua staff perempuan?Ya Allah,aku kena pakai macam tu ke esok??"

1 aduan:

fndrocka said...

wisma beta ni kat mana...ingat nak cari peti ais baru..