Thailand -> Hatyai - Songhkla 2017

Trip : Hatyai & Songkla
Tarikh : 30 August – 2 September 2017

Trip ke Hatyai kiteorang (aku dan Milah) plan kira-kira sebulan lepas. Lepas discuss punya discuss, Milah book tiket bas dan aku pergi KL Sentral untuk beli tiket ETS. Memang niat nak try naik ETS dah lama dah. Hotel macam biasa book guna Agoda.

Pada hari rabu malam, lepas balik kerja aku balik dulu ke rumah, hantar kereta, ambil beg then gerak ke BTS. Tak ada orang nak hantar so aku naik bas ke Dato Keramat then naik LRT. Time tu pulak ada Closing Ceremony Sukan Sea so orang memang ramai la dalam LRT.

Sampai dalam pukul 9 malam. Milah dah sampai so kiteorang pergi kedai beli roti keropok air sebab dah bayangkan duduk dalam bas kang mesti asyik lapar.haha. Oh ya, kiteorang beli tiket bas Kesatuan. Harga RM55. Kena bawak tiket yang diorang kasi dalam email dekat kaunter.

Lepas tu ak dan Milah tunggu la bas dekat bawah. Bas kiteorang patutnya pukul 9.45 malam tapi pukul 3 pagi baru bas kiteorang sampai.Pheww..bayangkan la 6 jam delay. Dengan tak de explanation dari pihak bas tu. Time tu tinggal kiteorang je yang naik bas Kesatuan, ada orang Thailand yang nak balik lepas tengok sukan Sea, ada sepasang couple tu pergi buat aduan dekat office. Yela bayangkan diorang dah book tiket ferry untuk pergi Koh Lipe keesokan harinya. Sebab bas delay tiket feri diorang burn camtu je. 

Esoknya tengahari dalam pukul 12 camtu baru sampai bukit kayu hitam.Dah sakit belakang duduk dalam bas tu.Nasib baik seat selesa. Aku pun dah kenal muka sorang2 dalam bas tu.Driver bas kumpulkan passport kiteorang untuk cop. Pastu sambung lagi perjalanan ke Padang Besar. Sampai sana turun pergi dekat imigresen Malaysia. Then lepastu naik bas balik. Turun sekali lagi untuk cop lagi.dekat sini ambil masa dekat sejam.orang beratur panjang gila.ada orang tempatan sana datang kat kiteorang,offer untuk tolong copkan,xpayah beratur.charge rm20 sorang.kiteorang decide nak beratur je.tambahan pulak semua yang naik bas pun masing2 beratur x nak bayar extra charge tu.then lepas settle naik bas balik..perjalanan ke hatyai lebih kurang sejam.


Hatyai Greenview Hotel

Room type : Twin
Price : RM90 ( 2 Nights) per person


Milah bergambar di depan hotel


Hotel ni terletak dekat Hatyai Town. Nanti bila dah check in, diaorang akan ambil passport untuk disimpan dan minta deposit dalam 100 baht. So far pada aku hotel ni best, dalam bilik ada fridge, dalam tu ada air mineral. Ada tab mandi, ada tv, banyak plug ( jangan lupa bawa international adapter).Kiteorang pun tak expect hotel cantik macamni ada tempat bermalam pun dah okey dah. Alhamdulillah rejeki.hehe

Malam tu kiteorang jalan kaki pergi night market dekat Lee Garden Plaza.Meriah betul kawasan situ.Then tengah cari makanan halal, terjumpa pulak dengan kawan sekolah menengah,Hakeem.Tak sangka betul.Memang aku ada tengok dalam insta dia dekat Krabi.Tak sangka boleh jumpa dekat Hatyai. Padahal dekat KL punya la susah nak jumpa.hehe

So kami pun bersembang..Hakeem ni dah banyak kali datang Hatyai so dia ada la kasi tempat makan menarik dekat Hatyai. Malam tu kiteorang makan tomyam thai, telur dalam dia ada oyster, dengan nasi putih.Air pulak thai ice tea yang aku idam2 kan.hee sedap! Time tu dah malam raya dah.Lepas habis sembang dan makan,kiteorang jalan2 dekat night market..tengok2 souvenir. Balik tak larat nak jalan kaki so kiteorang naik tuk tuk balik ke hotel.


Ni view sekitar hatyai 



Samila Beach Island


Hari kedua kiteorang decide pergi Songkhla. Dari hatyai town ambil masa lebih kurang sejam nak pergi sini. Kiteorang naik van, sampai sampai je terus carik makanan.Tak breakfast lagi lagipun sampai awal dalam pukul 11 pagi. Beli cekodok udang ni,sedap.Udang banyak lepastu cicah dengan sos thai.Beli jugak jambu epal.Pun sedap.

Sambil tu kiteorang carik tempat makan halal untuk lunch.Jalan2 then decide pergi dekat kedai seafood abang falak ni. Sebab nampak ada pangkin dan menghadap pantai.
Kiteorang order ikan siakap, somtam, ayam pad tha air kelapa dan coke. Servis pantas,kejap je makanan siap.Sebelum makan ambil gambar dulu.Makan lah kami dengan gembiranya.Sedap!Lepas makan dah kenyang duduk situ, minta password wifi dengan abang falak.Sambil tu datang lah mak cik jual kain, orang jual buah-buahan.Kain tu cantik tapi kami tak beli pun, tapi kakak tu tak putus asa memujuk kami.hihi.sorry kak..tak de bajet untuk beli kain.


Saja aku besarkn gambar..sedap tak nampak?ehehe

Then lepastu jalan2 dekat pantai..then ambil gambar dengan Golden Mermaid statue yang menjadi symbol kebanggaan dekat Samila beach ni.Dah macam dalam cerita legend of the blue sea dah.hihi.





Khlong Hae Floating Market

Ni pun salah satu tempat wajib pergi kalau anda datang ke Hatyai.Dekat sini buka setiap hari jumaat, sabtu dan ahad je.Dari pukul 4 petang sampai 9 malam. Dekat sini ada dijual macam2 makanan tapi sila berhati hati ye tak semuanya halal. Boleh tengok ada lambang bulan dan bintang,pastu orang yang menjual tu pakai tudung.

Antara yang famous dekat sini ialah telur di dalam ada tiram (kami beli banyak kali), aiskrim kelapa, air dalam buluh dan pasu, dan macam macam lagi lah. Harga pun tak mahal..antara 20-30 baht setiap satu. So makan la kiteorang dengan happynya walaupun tadi dah kenyang makan lunch dekat Samila Beach. Makanan dekat hatyai memang sedap2, kena dengan tekak kiteorang. Nampak simple tapi sedap.Nampak tak berapa banyak perkataan sedap dalam entry aku kali ni?hehe






Balik dari floating market, singgah lagi dekat night market Lee garden. Hari ni ada konsert penyanyi Thai so orang memang ramai. Nak cari kedai makan yang kiteorang pergi hari pertama tu,tapi tutup.Hampa rasanya. Masuk dalam mall, jumpa souvenir yang cantik-cantik. Aku pun beli beg letak handphone untuk mak aku. Yang special nya beg tu boleh tulis nama. Mak ak sukaa beg tu.hihi


Esok harinya check out dari hotel pagi pagi. Ambil tuktuk pergi Hatyai railway station. Ada mamat dari Malaysia kiteorang jumpa semalam bagitau train dari hatyai ke padang besar hanya ada 2 kali je sehari. Tiket harga 50 baht. Perjalanan ambil masa dalam sejam.





Sampai padang besar kiteorang cari breakfast.Then tunggu ETS pukul 1.58 petang. Ni 1st time naik ETS. Dalam ETS ada disediakan toilet dan surau.Sepanjang jalan aku tido je.haha.Sampai KL Sentral dalam pukul 7 lebih. Aku dengan milah sepakat carik KFC dulu.hahaa. Sama macam trip pegi korea dulu.Tula senang dapat geng yang sekepala ni. Ayam dengan atok KFC tetap pujaan kiteorang.

Okey anggaran total kos

Accomodation
- Hatyai Greenview Hotel = RM90

Transport
- KL - Hatyai - Bas Kesatuan Ekspress = RM55
- Hatyai - Padang Besar (Balik) = RM6
- Padang Besar - KL Sentral = RM102

Food , Tuktuk, Souvenir = RM250 

Total = RM503.00







0 aduan: