Kota Damansara Community Forest Park

Pengenalan

Hutan Simpan Kota Damansara diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal pada 18 Februari, 2010 melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 1534. Hutan Simpan ini juga diwartakan sebagai Hutan bagi tujuan Hutan Lipur, Hutan Pelajaran dan Hutan Penyelidikan. Hutan Simpan ini di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan diurus secara kerjasama dengan komuniti tempatan dan kumpulan pengguna yang berkepentingan.
Hutan ini merupakan bekas Hutan Simpan Sungai Buloh yang diwartakan pada tahun 1898. Hutan ini dari jenis Hutan Dipterokarpa Pamah (ketinggian di bawah 300 meter pada paras laut) dan terakhir dibalak pada tahun 1980an. Ia antara salah satu Hutan Simpan yang masih ada di Daerah Petaling. 

Jenis Denai

Terdapat 9 batang denai yang dibina iaitu:
1. Denai Petaling
2. Denai Pengakap (Scouts' Trail)
3. Denai Temuan
4. Denai Sahabat
5. Denai Unity
6. Denai Harmoni
7. Denai Tahak Sipew
8. Unity Peak
9. Denai Tiga Puteri

Lokasi
Hutan Simpan Kota Damansara terletak di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10, Kota Damansara. Pintu masuk di Seksyen 10 adalah sesuai bagi pengunjung yang ingin mengikuti Denai Petaling, Denai Pengakap, Denai Temuan dan Denai Sahabat.

Ahad lepas, aku bersama Milah dan Suzana, kiteorang telah mengorbankan waktu pagi ahad untuk melakukan aktiviti berfaedah iaitu memanjat bukit di hutan simpan kota damansara.
Alhamdulillah cuaca pagi tu okay, risau jugak kalau hujan.Maybe plan memanjat bukit bertukar memanjat mall di The curve.haha


Sesampainya di sana, kami disajikan dengan pemandangan tasik yang menarik. Parking agak penuh haritu, dengan kunjungan orang yang datang seawal pagi2 lagi.Kiteorang sempat la ambil gambar dulu dekat depan tasik tu. Lepas amek gamba disapa pula dengan abam sado jual air milo. Terliur je aku tengok balang air tertulis perkataan Milo tuh. Tapi tak beli lagi, time balik baru beli.Su belanja..kiteorang breakfast nasik lemak yg dibawa oleh Milah. Sambil tu tengok orang2 yang dah turun.Nampak steady jer walaupun ada yang dah berusia. 



Dengan bacaan bismillah dalam hati, kiteorang pun memulakan perjalanan. Di sepanjang laluan ada disediakan signboard yang bertulis nama denai. Dekat pokok pokok pun ada diikat dengan riben berwarna supaya kita tak sesat. Kiteorang plan nak pergi sampai ke Denai Tiga Puteri, yang mana dari puncak Denai Tiga Puteri, kita dapat melihat Lebuhraya NKVE dengan bandar Kota Damansara pada jarak jauh.




No comments: