Trip ke Korea - Busan & Seoul (Part 2)


Dari busan kiteorang naik train pergi ke Seoul. Dekat sini apa yg aku perasan, tak de orang pun check tiket yg korang beli.Memang dorang meniaga based on trust betul. Sampai Seoul dalam pukul 3 pagi. Tengok dekat board cuaca 9 darjah celcius.Wuhuu sejukk..


So kiteorang pun tunggu lah sampai pagi dekat situ, tunggu sampai Subway bukak. Ni dekat bawah ni route Subway..tengok tak berseliratnya.Punyala banyak laluan. Korang boleh la download apps Subway Seoul dulu sesiap.



Sampai je hostel terus tido dulu kejap..kasi recharge balik tenaga.Nama hostel yang kiteorg stay adalah Namdaemun Guesthouse Seoul . Sorang dalam 250 untuk 3 malam, ok lah sebab kiteorang amik twin room tapi kiteorang dapat 1 katil queen dan 1 katil single. Paling best sebab dapur dia complete. Highly recommended lagipun dekat dengan subway station dan juga Namdaemun Market.



best dapur die
Sebelum pergi dah list kan siap2 tempat nak pegi tapi dah sampai sana ada tempat kiteorang tak sempat nak cover. Macam mintak nak pergi lagi sekali je.hehe.Pegi time autumn plak =D

Ni antara tempat kiteorang pegi

Ewha Women University

Nak pergi sini kiteorang naik subway..cantik sangat Universiti ni..sepanjang jalan nak pergi sini boleh nampak student yang stylo stylo. Architecture yang sangat menarik. Kalau belajar dekat sini mungkin aku akan jadi rajin pergi ke kelas.hehe
Nak senja da time ni..acah2 baru balik kelas.haha



Nak jugak tepek muka sendiri..=P

Cantik betul view dia..x puas tengok

Dongdaemun design plaza

Hari2 kiteorang pergi sini. Time weekend tengok gelagat budak2 muda lepak. Mula2 ingat nak tengok Lantern festival dekat sini..tapi sampai balik tak jumpa2 pun. Lepas datang sini mesti singgah Myeongdong street, carik kebab. Dekat bawah ni bangunan dia. Pelik kan..tapi cantik untuk ambil gambar.hihi .




Ni view waktu malam..kreatif dorang ni.dekat bawah tu boleh lepak2 lagi.


Myeongdong street

Ni tempat favourite orang2 Malaysia shopping. Sekeliling sini ada menjual banyak skincare dan kedai kecantikan macam Innisfree, The Face Shop, Nature Republic, Etude House, macam2 lah lagi. Rambang mata iolss.. tapi sebab tujuan utama bukan la nak shopping, maka kiteorang ni pergi lah mencari makanan utk mengisi perut yg sentiasa lapar.haha. Dekat sini ada makanan halal, korang boleh try honey pancake , nutella banana crepe, kebab, fish croissant..dekat gerai dia ada letak logo halal. Tapi aku palinggg suka dengan kebab dia. Penjual dekat sini pun pandai cakap Malaysia sikit2. Dorang kenal Najib dengan Rosmah okey..tu je dorang dok sebut.haha

Dekat deretan ni jugak ada restoran halal, Busan jib namanya.Ada jual makanan korea yang halal macam bibimbap..kalau korang tak yakin nak makan daging dia just order vege lah. Lepas pergi Myeongdong street ni kiteorang  terus balik hostel.


stroberi

Teringat kebab ni..orang yg buat nya boleh tahan handsome =D
Hari kedua kiteorang naik bas Seoul City Tour .Bas ni bawak pusing ke tempat2 menarik dan famous dekat Seoul. Boleh turun dekat mana2 checkpoint, boleh guna untuk sehari, just tunjuk tiket je. Kiteorang tak turun dekat semua tempat, naik bas ni seriously mengantuk. Maybe sebab jalan dia yang berbukit2.


Namsangol Hanok Village

Sebelum pergi Namsan Tower singgah dekat sini dulu. Tengok rumah2 tradisi masyarakat korea .Dari rumah orang bawahan sampailah orang atasan. Cantik, tenang je tempat ni. Tak lama sangat dekat sini sebab




Namsan Seoul Tower.

Tempat ni popular di kalangan orang korea..dekat sini la dorang propose girlfriend dorang..dalam cerita korea The Legend of The blue Sea pun, si ikan duyung asyik sebut2 pasal tower ni. So da sampai sana kiteorang pun teruja lah nak tangkap gambar dekat mangga2 cinta yang macam dekat Penang tu. Pastu dah jumpa macam pelik, apasal la mangga dia sikit sangat..x penuh pun. Tak macam expectation kiteorang. Tapi layan jelah ambil gambar semua.

Time tu plak dah petang, bas terakhir pukul 7.15.Tapi macam tak puas hati, aku pun ajak Milah pegi cari kot2 ada lagi tempat mangga2 tu. Carik punya carik, rupa2 nya tempat mangga yang banyak tu dekat atas, kena naik lif. Dekat situ punya la ramai orang. Kiteorang pun dengan kelam kabut cepat2 amek gambar dekat situ, time tu plak senja..memang cantik sangat view..








Nami Island

Dari Seoul kiteorang naik Subway lebih kurang sejam. Then dah sampai sana naik Gapyeong Tour Bus pulak untuk ke Nami Island . Bas ni dia cover banyak gak tempat menarik, ada 6 7 tempat tak silap aku.Jadi korang memang kena habiskan sehari dekat sini.baru puas hati.hehe

Sampai sana carik kedai dulu, makan sebab dah lapar sangat.Tiket masuk 8000 won, then kena naik feri lebih kurang 10 minit. Nami Island ni famous sebab cite Winter Sonata..Sampai sana tengok ramai betul orang. Kiteorang pun pusing2 laa dekat dalam tu..tengok2 orang naik basikal. Tengok2 eh sakura masih ada.Jadi tercapai la hajat nak tengok bunga sakura.alhamdulillah hehe





With partner travel,Milah. Travel kena dengan org yg satu kepala baru best.Start dari 2015 kami travel setiap 3 bulan sekali.tp x semestinya ke oversea la.kopak cmtu.haha

Okey setakat tu jelah pengalamanku di Korea. Gigih menaip entri ni curik2 dekat ofis.hahah. Lepas ni nak repeat Korea lagi insyaAllah


Incheon airport

Hot seat..depan tu tmpat pramugari duduk








No comments: