Trip ke Korea - Busan & Seoul (Part 1)


 Trip ke korea April 2017

Actually kiteorang, aku dan milah pada mulanya bercadang nak pergi japan..
tujuan utama kiteorang nak tengok sakura pada bulan april. Nak pergi Tokyo, Kyoto dan Osaka.Tapi sebab kiteorang dah apply cuti hujung bulan 4, masa tu dengarnya musim sakura dah habis so plan tukar la.

Kiteorang decide nak pegi Kashmir pulak. Masing2 dah teruja ni..dok tengok
gambar2 yang orang share dekat group backpackers dekat FB. Then dapat tau nak pergi India kena apply Visa dan proses tu pulak macam leceh dan agak mahal jugak, dalam rm300 kalau tak silap. So plan bertukar lagi..kali ni decide pergi Negara kpop iaitu Kogheaa.hehe

Aku memang peminat cerita korea time belajar dulu..sekarang dah kerja kurang sikit. Layan cerita yang ada Lee min ho jer.hehe

Okeh kiteorang bertolak dari KLIA 2 pada pukul 1 pagi, 26 April 2017. Macam biasa
Dari TBS ambil bas pegi KLIA2 sampai sana dalam pukul 11 kot. Kali ni tak macam time pegi Indon, proses nak naik flight tu smooth je.hehe


Kiteorang decide pergi ke Busan dulu, flight sampai ke Gimhae International Airport,Busan dalam pukul 8 lebih. Waktu kita dengan diorang beza sejam. Dalam flight tido jela. Sampai je airport cuaca hujan,dah rasa dah suasana sejuk tu. 1st time, rasa teruja sikit.hehee

Lepas ambil beg, beli susu pisang yang ak idam2 kan dari msia hehe terus naik subway dorang pergi carik guesthouse.
Hari2 minum susu pisang.Harga 1300won..

Hostel yang kiteorang duduk adalah di My Hostel Busan Station . Sorang dalam rm70 semalam. Dekat hostel ni ada dapur, memang kiteorang nak cari hostel yang ada dapur, senang nak masak stok2 yang dibawa dari rumah. Maklumlah pegi cara backpackers.hehe.Dekat sini jumpa jugak orang Malaysia. Owner hostel ni handsome gak. Nak masuk dalam bilik kena guna password, canggih2.

Hostel yang kiteorang stay  memang dekat dengan Busan train Station, dalam 5 minit je. Sebab kiteorang akan ke Seoul dengan naik train, yang macam dalam citer train to busan tu. Tak naik KTX, sebab ingatkan mahal.Rupa2 nya kalau guna voucher yang kiteorang redeem dekat Kl sentral, harga lebih kurang je rupanya.huhu

Belakang tu je Busan train station

                                                      

Antara tempat2 yang kiteorang pergi sepanjang di Busan.Subway dekat Busan tak secomplicated macam dekat Seoul.Cuaca dia sejuk..memang tak berpeluh langsung hehe

Gamcheon Cultural Village

Nak pergi sini naik subway then kena amik bas. Perjalanan naik bas tu masyaAllah berbukit2..dah la orang bas tu bawak laju..kena berdiri.nasib tak terpeluk oppa dalam tu.haha.

Kampung ni ala ala macam dekat Italy..kita boleh jalan2 dalam kampung ni dan ambil gambar dekat port2 menarik, macam  lukisan dekat dinding2 tu.Jom layan gambar k.hihi



Boleh sewa hanbok dekat sini


Busan Tower

Kiteorang pegi sini tengahari..sambil amik gamba lepastu dah penat makan makanan yang dibawa dari hostel.Nasi dengan sardin je pun.makan dekat bawah pokok.sedap gile rasanya.haha

Tangga nak naik ke sini agak panjang..agak lenguh juga kaki






Haeundae Beach

Untung kan orang busan ni. Balik2 je keje boleh pergi beach ni dating ke,jogging ke.Ha satu aku perasan orang korea ni romantik orangnya.Dorang tak malu nak menunjukkan kasih sayang di tempat2 umum. Orang yang belum kahwin jangan ikut eh.hihi



Gwangandaegyo bridge

Pastu sambung jalan2 time malam pulak. Pergi dekat satu jambatan ni, nama dia Gwangandaegyo bridge..memang cantik.Lalu pulak dekat kedai2 diorang..sangat comel kedai2 nya..lalu pulak dekat restoran..telan air liur jela dari luar.haha..agak susah ye nak cari makanan halal dekat Busan..kiteorang memang prepare je makanan macam nasik n makanan dalam tin tu.

                          Camera tak brape cantik..gopro habis bateri kalau real mmg cantik
                           


Jagalchi Market

Teruja iols tengok king crab dekat sinii.Bukan je beso2..presentation dorang susun ikan pun cantik je. Tengokla gamba dekat bawah ni.Aku dengan milah sempat beli stroberi dia. Besaq2,banyak pulak tu.Rasa ok la,tapi aku lagi suka buah tomato die(tomato kot,tak ingat nama sebenar ape). Tak macam dekat sini, rasa macam buah epal dah.Sedaapp teringat plak.





Okey tula sepanjang 2 hari dekat Busan. Kiteorang gerak ke train station petang tu.Makan megi je sementara tunggu train. Tengok keadaan gelandangan dekat sana..tak tau la kenapa dorang lepak dekat train station tu.

Sambil charge handphone dan powerbank, datangla sorang pakcik gelandangan ni. Dia dok tengok2 kiteorang. Aku dah risau dah, dah standby nak jerit kalau die
Nak ambik ape2 ke. Milah pulak masa tu nak pergi mintak air dekat convenient store nak letak dalam maggi cup.

Pak cik ni tak buat apa2 pun.Aku intai lah dia..sambil charge hp rupanya dia baca berita.Tapi dia dok sengih nampak gigi die tu yang aku scary tu.Pastu Milah datang..aku pun lega.
Pastu pak cik tu sembang2 dengan kiteorang.Dia pandai jugak cakap Inggeris. Kalau nak dibandingkan dengan orang2 yang kiteorang jumpa dekat Busan, English pak cik ni kira okey la.Kagum jap

Bila tanya keje dia apa, dia cakap rahsia. Pastu die cakap dekat kiteorang, are you married? Milah cakap la not yet. Pastu dia cakap saya ingat semua perempuan yang pakai tudung ni dah kahwin. Pastu Milah cakap la x semestinya, pakai ni sebab agama,bukan sebab dah kahwin. Pastu die sengih2.Pastu macam nak ngorat kiteorang plak.Eh?Mentang2 cakap tak kawen lagi.

Pastu kiteorang tinggalkan la pak cik tu.Sebab nak naik tren.Yeayy!Excited nak ke Seoul. Train pukul 9.45 malam..estimated sampai ke Seoul dalam pukul 3 pagi.So kiteorang tidur dalam train tu je..jimat dah semalam.hihi. tiket train dalam 100 lebih..sepanjang perjalanan tu baru aku nampak rumah2 dekat Busan. Banyak oi rumah flat/apartment..kagum jap..


Okey next entry..pasal Seoul pulak. Bye Busan! Lepasni kalau pegi korea lagi nak cover Jeju Island dan Seoul pulak.hihi




2 comments:

Anonymous said...

bestnya!

Fikrie Achik said...

salam, saya nak tanya macam mana nak redeem voucher kat kl central? voucher tu dapat dari mana ye? terima kasih.