Trip ke Jogjakarta --- > Bandung ---> Jakarta  2016

Part 1 - Jogjakarta

Sebelum aku lupa tentang banyak info2 lebih baik aku update dan letak dekat blog yang dah lama bersawang nie. Trip sebelum nie pun aku dah banyak lupa (faktor usia hukhuk).


Trip Jogjakarta Bandung Jakarta bermula pada 9hb sampai lah 14hb November 2016.aku pergi berdua je dengan my bff aka travel partner aku,milah.Plan pun agak last minute jugak,memandangkan kawan aku ni kerja air asia dan dia dapat benefit Id90-bayar 10% dari harga tiket so kiteorang pun nak try lah dengan pergi dekat2 je dulu.insyaAllah next year boleh pegi jauh2 cket eh milah =P


Walaupun banyak dugaan terjadi,akhirnya kami sampai jugak di Jogjakarta.Alhamdulillah..sebenarnya start plan nak pegi Jogja sebab terpengaruh dengan cerita Ada apa dengan Cinta 2.Tengok view yang menarik so kiteorang start google pasal Jogja.Dan ternyata Jogja memang best pada aku yang cintakan alam semulajadi ni.Cewahh.Memang plan pergi sebab nak release tension punn dan nak lupakan kejap benda2 kerja.Kebetulan birthday aku pun jatuh pada 10hb Nov.Dah tua sob sob


Ok lah dekat jogja kami stay semalam di Wake up Homestay.So far memang okay homestay ni.Cantik dan bersih,Harga pun reasonable.Room type Single bed in 4 Bed Dormitory(Female).So dalam bilik tu ada 4 orang la tp time tu just ada 3 orang je.Aku dok katil atas.Selesa dorm dia,katil pun best siap ade tirai dan plug sendiri.




Masa ni kiteorang jumpa kawan2 baru.Sorang dari Belgium, Maud nama die.Dia travel sorang2 je.Dah add dekat fb =P.Lepastu jumpa student dentist yg belaja dekat Bandung,Kai xin dan kawan dia yang belaja dekat UMS - Ming.Terus jadi baik dengan dorang.


Dekat sana kiteorang tak amek pakej, just sewa kereta bersama supir.Amek dengan trip javanese.Nama supir kiteorang Pak Syafiee . Dia la yang bawak pegi makan tempat best2.Sampai sekarang teringat nasi ayam kremes dengan teh botol.Sangat sedap dan murah.


Candi Borobudur


Ada dua candi terkenal di Jogja, satu candi borobudur utk Buddha dan satu lagi candi Prambanan utk yg beragama hindu. Kiteorang pilih ke candi borobudur, ingat nak pergi time sunrise tp sebabkan harga yang berbeza - lebih mahal.So kiteorang pilih pergi time biasa je.Meh layan gambar2 dekat sini


Entrance fees : Borobudur: Rp 250,000 (1pax) .Kalau guna student ID dapat lagi murah.

hari biasa pun ramai orang jugak





Kalibiru

Then lepas tu kami ke Kalibiru,perjalanan ke kalibiru mengambil masa dalam sejam lebih. Satu tips kita kena bincang dengan supir nak pegi tempat mana dulu.Sebab jarak antara satu tempat tu boleh tahan jauh gak. Macam kiteorang dah list kan tempat mana nak pegi tapi tu pun ada yang kena cut sebab tak cukup masa.wuu. Perjalanan nak ke sini pun boleh tahan gak jalan dia..sebab pak syafie ikut jalan short cut pastu dia bawak laju.Mengucap gak la sepanjang perjalanan.hahaa

Kat sini dalam 2 jam je..ada beberapa port untuk amek gambar, dan berbeza ketinggian dan bentuk.

Entrance fees : Rp 15,000 (1pax), sekeping gambar : Rp 5000 (gambar diambil oleh photographer dekat situ)


Hilang gayat kejap dekat atas ni bile tengok view kat atas ni yang awesome


Mission accomplished 




Malioboro Street

Petang tu balik dari kalibiru kiteorang jalan jalan dekat malioboro street. Banyak souvenir dijual di sini. Aku sempat beli selipar je dekat sini.Tapi best la ada jual macam macam.


Merapi Volcano

Kiteorang decide tidur dekat hotel lain untuk malam kedua,nak hotel yang dekat dengan merapi. nama hotel tu Wisma hs kaliurang. Hotel ni pun okay,cantik dan tak perlu bayar deposit pun. Jarak hotel ni ke merapi adalah dalam setengah jam.


Pagi pagi dalam pukul 4.30 Mas Iwan datang jemput kami dengan jeep.Yeay excited dapat naik jeep. Perjalanan agak mencabar,tapi best.Dekat sana sarapan maggi goreng,sedap bangat rasanya.

Merapi: Rp 450,000 (1jeep)



Tapi nasib kami x begitu baik sebab cuaca yang berkabus so tak boleh nampak puncak gunung berapi dengan jelas. Mengikut kata mas iwan, last letupan berapi yang besar adalah pada tahun 2010.Dia yang memang penduduk asal kat situ memang dapat rasa dan tengok masa letupan tu terjadi.


Kesan letpan gunung berapi

Hutan Pinus Imogiri

Dekat hutan pinus ni cuaca sejuk dan dingin,memang tenang je rasa.



Kebun Buah Mangunan

Time pegi ni kebun buah mangunan tengah dalam renovation. Mengikut kata Pak Syafie..bila musim buah buahan kita boleh makan buah secara percuma.Tapi time kiteorang pegi ni bukan musim buah..so tengok pemandangan jela nampaknya.








































0 aduan: