BAB 7

"Cepatlah Yana ambil makanan tu.Aku dah lapar tahap dewa ni,"desak Dewi sambil memandang Ariyana yang terkial-kial memilih makanan.

"Kejap la.Aku tak tau nak makan apa ni.Kau ni kalau pasal makan nombor satu tau.Ish..ha,jom."Yana membawa dulang yang berisi pinggan makanan dan air selepas menunjukkan pas kerja kepada staff di kafe itu.Sememangnya makanan tengahari mereka ditaja sepenuhnya oleh pihak syarikat.

Azree sudah menunggu di meja.Bersama makanan fast food dari Mcdonald yang dibeli tadi.Dia memberi isyarat tangan menyuruh Ariyana dan Dewi duduk.Dia membuka bungkusan burger itu lalu mengunyah dengan penuh selera.

Kunyahannya tiba-tiba terhenti.Bila mendapati kedua-dua gadis itu memandangnya dengan pandangan pelik.

“Korang ni apasal pandang aku macamtu?”

Dia meneliti baju t-shirt putih mempunyai tulisan ‘Intel’ yang dipakainya.”Pakai baju macam ni pun boleh nampak handsome ke?”bisiknya perlahan.

Dewi menggelengkan kepala,diikuti dengan Ariyana.”Susah..susah untuk dipercayai.”

“Huh?What’s wrong with you girl?Kalau betul pun aku nampak handsome hari ni,rilekslah.Pandang lama-lama macam ni,malu pulak rasanya…”

“Cet!Perasan betul.Kau handsome?Jauh panggang dari api.”

Azree ketawa besar.Tidak ambil hati langsung dengan kata-kata itu.

“Tell us the truth,betul ke kau ni anak Tan Sri Baharudin?Kenapa kitaorang tak pernah tau sebelum ni ek?”soal Dewi agak serius.

“Laaa..perlu ke aku nak bagitau?”balas Azree selamba.

“Mestilah.Kau anak orang kaya tau tak?Pemilik wisma yang besar ni.Kalau aku jadi kau,dah lama aku announce kat satu sekolah,”ujar Dewi bersungguh-sungguh.

Azree ketawa kecil,tidak menjawab kata-kata itu.

“Err..tapi kan,macam tipu je.Budak nakal kat sekolah,selekeh macam ni,anak Tan Sri Baharudin?Yana,kau percaya tak?”

Ariyana mengangkat bahu.”Kalau tak percaya tengoklah ic dia.”

“Haah kan.Betul jugak tu.Azree,bagi sini ic kau.Aku nak tengok.”Dewi mengunjukkan tangan,meminta dari lelaki itu.

“Huh?”

“Cepatlah.”

Azree mengerut dahi.Haisy..layan jelah perempuan ni.Dia mengeluarkan wallet dari poket,lalu mengeluarkan kad pengenalannya.Diunjukkan kepada Dewi.

Dewi dan Ariyana meneliti kad pengenalan itu.Terangguk-angguk kepala mereka.Dikembalikan semula kad pengenalan itu kepada Azree.

“Dah.Puas hati?”soal Azree memandang kedua-dua gadis itu.

“Aku tetap tak puas hati.Kenapa tak bagitau kau anak Tan Sri Baharudin?”

“Kau tak tanya.”

Terkedu Dewi dengan jawapan sependek itu.”Okey.”

Azree dan Ariyana ketawa.Faham sangat dengan sikap Dewi yang bermulut kecoh itu.Dia tidak akan berhenti bertanya sehingga dia puas hati.

“Okey,tukar topik.”

“Topik apa?”

“Ermm..pasal result SPM.”Azree ketawa besar.

Ariyana dan Dewi menggeleng-geleng kepala.”Waa…taknak lah.Perbincangan maut tu.Membuatkan hidup aku jadi huru hara bila fikir.Takutttt!!”Ariyana menjawab dengan riak muka takutnya.Serius,buat masa sekarang..perkara itulah yang paling dirisaunya.SPM yang amat penting untuk menentukan hala tuju hidupnya selepas ini.

"Can I join?"

Ariyana terkejut bila kedengaran suara lelaki di sebelahnya.Dia mendongak memandang dan tambah terkejut apabila melihat wajah Faris Ifwat di situ.

"Err..silakan,"balas Dewi bila dilihatnya masing-masing lambat memberi respon.Azree memandang Faris Ifwat dengan sedikit kerutan di dahi.Sebelum mengukir senyuman sinis.Faris Ifwat meletakkan makanannya di atas meja sebelum duduk di sebelah Azree.Bertentangan dengan Ariyana.

"Ayie..kenal mereka berdua ni?"

“Kawan .”Azree membalas pendek.Faham dengan pertanyaan abangnya itu.Dan bersedia untuk melihat ‘drama sebabak’ yang akan dilakonkan sebentar lagi.Dia menyandar badan ke kerusi.

Faris Ifwat menunjuk reaksi sedikit terkejut."Patutlah..Ariyana dan emm.."

"Saya Dewi!"

Mak aihh!!Ariyana memandang Dewi yang tersenyum-senyum.Excited betul minah ni.Memperkenalkan diri sendiri tanpa perlu disuruh.Faris Ifwat mengangguk-angguk kepalanya.

"Satu sekolah dengan Ayie?"

"Yup!Satu kelas."Pantas Dewi menjawab.Faris Ifwat mengangguk lagi.Pandangannya dikalihkan ke arah Ariyana."Makan mee goreng je untuk lunch?"

Ariyana tidak menjawab,hanya senyum malas.Mula rasa tidak selesa dengan situasi itu.Kenapa lelaki ini perlu wujud di sini.Mematahkan seleranya untuk makan.

"Dia memang suka makan mee goreng.Bukan mee goreng je,mee bandung..mee kari..kalau maggi lagi dia suka,"balas Dewi sambil tersengih.

Ariyana menyiku lengan Dewi.Over pulak dia ni.Faris Ifwat ketawa kecil."Kalau macam tu nanti boleh la suggestkan kat pengusaha kafe ni suruh tambah menu..maggi kari letup ke..tomyam ke..betul tak?"

"Betul..betul..betul!!"Dewi ketawa lagi.Nampak semakin bersemangat dengan kehadiran Faris

Ifwat.

Ariyana memaksa diri untuk senyum walaupun dalam hati mula timbul perasaan meluat.Melihat senyuman dari lelaki itu pun dia rasa tidak selesa.Entah kenapa dia menjadi begitu anti dengan lelaki itu.

"Kau nak pergi mana Yana?"soal Dewi bila dilihatnya Ariyana bangun tiba-tiba.

"Aku nak pergi toilet kejap,"balasnya pendek.Dia berjalan malas meninggalkan mereka bertiga.Hampir sepuluh minit melepak di dalam toilet,barulah dia keluar.Sangkanya pastilah kedua-dua lelaki itu sudah beredar.Tapi dia sedikit terkejut melihat Faris Ifwat masih di situ.Azree dan Dewi pula sudah 'hilang'.Yana memusing badan ke belakang,berniat untuk melarikan diri senyap-senyap.Namun niat itu terhenti bila lelaki itu tiba-tiba memandangnya.Perlahan-lahan kaki diatur.Dia tidak mahu Faris Ifwat menganggapnya sengaja mahu melarikan diri walaupun dia memang tidak selesa dengan lelaki kasanova itu.

"Err..kawan saya mana?"

"Dewi?Dia dah masuk kerja."

"Owh..kalau macamtu saya turun bawah dulu,"ucap Ariyana pendek.

"Wait a minute.Saya ada benda nak cakap dengan awak.Please have a seat."Serius muka Faris Ifwat ketika menuturkan kata-kata itu.Nak tak nak,Ariyana terpaksa duduk juga.

Faris Ifwat merenung wajah manis di hadapannya.Agak lama tanpa berkata apa-apa.Ariyana resah.Dan bila matanya bersabung pandang dengan Faris Ifwat,lelaki itu melemparkan senyuman.Senyuman yang selalu digunakan untuk memikat hati para gadis.

"Apa yang encik nak cakap tadi?Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu."Ariyana mula bosan bila lelaki itu memandangnya begitu.

Faris Ifwat tersenyum melihat muka gadis itu yang mula berubah."Ariyana..hemm..awak dah ada boyfriend?"

"Hah?"

"Saya tanya..awak dah ada boyfriend?Teman lelaki istimewa..hurm?"

Ariyana membulatkan mata memandang Faris Ifwat.Lelaki itu masih mempamerkan wajah macho miliknya.

"Err..saya rasa saya tak perlu nak jawab soalan tu."

"But I want to know.."

"Kenapa pulak?"getus Ariyana sedikit geram.Kedengaran keras nada suaranya.

Faris Ifwat ketawa kecil."Garangnya.."

Ariyana mendengus.Tiba-tiba tersedar kembali dengan siapa dia berhadapan sekarang.Memang kadang-kadang dia cepat melenting,lagi-lagi bila orang memaksa dia melakukan sesuatu perkara yang dia tidak suka.Pasti akan memberontak.

Wajah gadis itu yang mula memerah diperhatikan Faris Ifwat.Dia tersenyum kecil."Ermm..sorry.Saya tak patut tanya soalan tu kan."

"Err..takpelah.Encik Faris,saya turun bawah dulu.Waktu rehat dah nak habis."

Faris Ifwat mengangguk.Dan sehingga Ariyana hilang dari pandangan,bibirnya masih mengukir senyuman.Seronok..mengusik gadis itu.Ariyana..Ariyanaa..

2 comments:

DianaTakyuddin said...

suke sgt cite ni....
x sbr nk tgu next n3...hehe

Anonymous said...

huhu..da kena..