BAB 11

"Selamat tengahari.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"sapa Ariyana sambil tersenyum manis kepada pelanggan di hadapannya.Lelaki berusia dalam lingkungan lima puluhan itu membalas senyumannya.

"Pak cik nak cuci gambar kat sini.Boleh ke?"

"Cuci gambar?Boleh-boleh.Pak cik ambil saiz 4R ye.Nanti gambar nampak lebih besar.Kualiti gambar pun lebih baik."

Lelaki itu mengangguk lalu menyerahkan kameranya kepada Ariyana.Ariyana tersenyum senang.Mengambil album kosong di dalam laci dan menulis sesuatu di atas resit.Kemudian dia membuka kamera analog itu lalu mengambil filem di dalamnya.

"Bila boleh siap nak?"

"Lagi setengah jam pun boleh siap pak cik."

"Setengah jam?Hmm..takpelah,kalau pak cik ambil petang ni boleh?"

"Boleh.Emm..ni resit dia.Pak cik perlukan apa-apa lagi?Selain print gambar,kat sini pak cik boleh beli cenderamata.Kalau pak cik nak beli kamera digital pun,sekarang ni tengah ada promotion.Semua kamera yang dijual ada potongan harga."Ariyana cuba mempromosi dengan sebaik mungkin.Senyuman mesra dihulurkan.Pesanan Izzah sentiasa diingati.Setiap barangan yang berjaya dijual,akan mendapat komisyen.Yang penting tidak boleh malu untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

"Takpelah nak.."lelaki itu menolak lembut.Ariyana mengangguk."Pak cik,boleh tinggalkan nombor telefon tak?Bila dah siap nanti saya akan hubungi pak cik. "

Lelaki itu mengambil kertas yang dihulurkan Ariyana lalu menulis nombor telefonnya di atas kertas itu.Kemudian menghulurkan kepada Ariyana semula."Nak,tak payah bayar deposit dulu ke?Biasanya kalau pak cik datang kedai gambar lain diorang mintak deposit dulu."

Ariyana tersengih.Alamak,terlupa la pulak."Kalau pak cik nak bayar dulu sekarang pun boleh,kalau nak bayar masa ambil gambar nanti pun boleh."

"Kalau macam tu pak cik bayar dua puluh ringgit dulu.Bakinya pak cik bayar masa ambil gambar nanti."

Ariyana menerima duit yang diberi dengan senang hati.Dia cukup suka dengan customer yang tidak banyak kerenah seperti itu.Selepas lelaki itu pergi,Jesnita tiba-tiba menghampirinya.

“Seronok kerja sini kan?Pandai cari peluang pulak tu.Mula-mula buat baik dengan bapak,sekarang dengan anak-anak dia pulak.Lepas ni dengan siapa pulak tak tahulah.Pandai kau cari jalan nak cepat naik pangkat kan.”

Ariyana mengerut dahi.Tidak faham dengan maksud kata-kata Jesnita.”Apa maksud kau?”

Jesnita ketawa besar.”Jangan buat bodoh la.Kau buat baik dengan Faris Ifwat,dan sekarang Azree Ifwat,apa maknanya?Kalau bukan sebab nak ambil kesempatan.Aku pun tak faham apa yang ada kat kau ni.Kaki bodek!”

Arghh..menyibuk betullah dia ni.Asyik nak masuk campur dalam urusan aku je."Hmm..kan aku pernah cakap dengan kau dulu.Aku ni saudara Tan Sri.So..apa yang peliknya.."balas Ariyana selamba.

Jesnita mencebik bibir.Dia mahu membalas tapi kata-katanya terhenti bila kedengaran suara Izzah memanggil Ariyana."Dahlah Nita..aku pun tak tau kenapa kau tak puas hati sangat dengan aku.Tak boleh ke kita berbaik je.Buat kerja masing-masing."

"Berbaik?No way.Aku tak suka kau!!"bentak Jesnita.Berterus-terang.

Ariyana mengangkat bahu."Suka hati kau la."Dia pantas berlalu meninggalkan gadis itu dan pergi mendapatkan Izzah.Jesnita bertambah geram dengan lagak selamba Ariyana.Sejak dari hari pertama dia sudah menyimpan perasaan sakit hati terhadap gadis itu.Tambahan pula bila dia melihat Faris Ifwat,lelaki idamannya memberi perhatian lebih terhadap Ariyana.Entah apa lebihnya gadis itu dia sendiri tidak tahu.

Jesnita mencari idea,bagaimana mahu mengenakan Ariyana.Tiba-tiba matanya terpandang filem yang ditinggalkan bersama album kosong itu.Dia tersenyum kecil.

**********

Ariyana resah.Dia mengangkat album-album yang berisi gambar yang telah di print sebentar tadi dan disusun di dalam album.Dia mengira jumlah kesemua album-album itu.Sepatutnya ada sepuluh album tapi yang ada sekarang hanya sembilan album gambar.Sedangkan sepanjang dia menjaga kaunter dia telah mengambil sepuluh pesanan dari customer.Peluh merenik di dahi.Mana lagi satu album ni?

"Yana,dah siap print semua gambar tu?Nanti susun elok-elok dalam album k.."sapa Izzah tiba-tiba.Ariyana serba-salah.

"Kenapa ni?Are you ok?"soal Izzah bila dilihatnya wajah Ariyana yang nampak gelabah.

"Err...miss..satu album lagi hilang.Dah cari tapi tak jumpa,"ujar Ariyana lambat-lambat.

"Hilang?Are you sure?"

Ariyana mengangguk."Saya ambil pesanan sepuluh pesanan dari customer tadi.Tapi yang ada sekarang ada sembilan album je."

"Hmm..dah check nombor resit album gambar yang hilang tu?"

Ariyana mengangguk lagi.Memandang kertas yang tercatit maklumat customer seperti nama dan nombor telefon yang berada di tangannya.Album yang hilang,nombor resitnya 3452.Nombor telefon..0193326754.Nama customer..Latif Bin Abu Samat.Latif?Kalau tak salah Ariyana itu pak cik yang menghantar gambar tengahari tadi.

"Mungkin awak tersalah letak.Cuba ingat balik.."

Ariyana terdiam.Rasanya dia telah meletakkan album itu di tempat yang sepatutnya,bersama dengan album-album lain.Macammana boleh hilang pulak?

Ariyana menggeleng.Izzah mengeluh perlahan."Kalau Encik Faris tahu mesti dia marah."

Ariyana menggigit bibir.

********

"What?Macammana boleh hilang?"

Ariyana tersentak mendengar tengkingan Faris Ifwat.Untuk pertama kali dia melihat wajah bengis lelaki itu.Izzah di sebelahnya turut menikus.Sebenarnya dari tadi dia dapat melihat mood lelaki itu yang kurang baik.Selalunya lelaki itu pasti akan menegur atau paling tidak pun melemparkan senyuman jika bertemu dengannya.Tetapi hari ini lelaki itu hanya senyap.

"Saya tak boleh berkompromi dengan hal yang melibatkan reputasi syarikat.Awak tau tak hal ni boleh menjejaskan kepercayaan customer terhadap mutu perkhidmatan kita.Kenapa cuai sangat sampai gambar tu boleh hilang?"soal Faris Ifwat serius.

"Maafkan saya Encik.."ujar Ariyana perlahan.Wajahnya ditundukkan,tidak berani memandang wajah lelaki itu.Kecut perutnya melihat kemarahan Faris Ifwat.Faris Ifwat memandang tepat wajah Ariyana.Sesaat kemudian dia meraup muka.Bersandar di kerusi.

"Cari sampai jumpa gambar tu.Kalau tak jumpa pandai-pandai la awak jawab.Yang penting jangan sesekali bagitau gambar tu hilang.Faham?"

Ariyana mengangguk perlahan.

"Dah,awak boleh keluar sekarang."Nada suaranya mula menurun.Ariyana dan Izzzah cepat-cepat keluar dari pejabat lelaki itu.

**************

"Nak,gambar pak cik dah siap?"soal lelaki itu dengan senyuman di bibir.Ariyana serba-salah.Dia memandang Izzah di sebelahnya.

"Err.."

"Boleh tengok resit tak pak cik?"Izzah menyampuk segera.Lelaki itu mengangguk sambil menghulurkan resit yang diberi kepadanya tadi.Izzah mengambil resit itu lalu pura-pura mencari di dalam laci.

"Hmm..gambar apa ni eh?"soal Izzah lagi.Ariyana hanya memerhatikan dengan persoalan.Apa yang hendak dilakukan oleh Izzah?Kenapa dia masih sibuk mencari sedangkan gambar itu sudah sah-sah telah hilang.

"Oh,gambar tunang anak perempuan pak cik tu.Bertunang minggu lepas.Buat majlis kecil-kecilan je,"ujar lelaki itu panjang lebar.

Izzah mengangguk.Tidak lama kemudian dia mengeluarkan album kosong dari dalam laci."Pak cik,gambar ni semua tak jadi la.Mungkin kamera pak cik rosak kot."

Lelaki itu nampak terkejut."Rosak?Selama ni saya pakai kamera tu elok je.Takkan tiba-tiba rosak kot?"soal lelaki itu tidak berpuas hati.

Izzah mengangkat bahu."Kami pun tak tahu,sebab bila staff kami nak print gambar tu tadi,memang tak boleh.Maaf ye pak cik.Pak cik beli kamera baru la,sekarang kami ada buat promosi.Kalau pak cik pakai kamera digital,pak cik boleh elakkan benda ni dari terjadi.Sebab kamera digital menggunakan memory card,jadi masalah filem rosak takkan berlaku."

Lelaki itu meraup muka.Jelas kelihatan kekecewaan di mukanya."Itu satu-satunya kamera yang merakamkan gambar majlis pertunangan anak saya.Tapi sekarang kenangan hari bahagia anak saya dah hilang.Takpelah,nak buat macammana..."

Ariyana tiba-tiba merasa sayu mendengar kata-kata lelaki itu.Dia dapat merasakan betapa pentingnya gambar itu kepada lelaki itu.Itu gambar majlis hari bahagia anaknya.Tentu dia sangat kecewa.

"Pak cik,ini kami pulangkan duit pak cik semula.."

Dan kata-kata seterusnya tidak didengar oleh Ariyana.Hatinya dipenuhi dengan perasaan bersalah.

“Yana..”Bahunya ditepuk lembut.

“Jangan risau,saya akan siasat perkara ni.Mungkin ini bukan kesilapan awak.”

Ariyana menggigit bibir.”Saya rasa bersalah.Kesian kat pak cik tu.Mesti dia kecewa.”

Izzah tersenyum.”Mestilah,kalau saya berada kat tempat pak cik tu pun saya akan rasa kecewa juga.Tapi yang penting Yana kena ambil pengajaran daripada hal yang berlaku tadi.Lepas ni kena lebih berhati-hati.Kerja kat mana-mana pun sama,tetap ada cabarannya.Cabaran bila kerja kat sini,adalah untuk menjaga amanah yang diberi oleh pelanggan kita.Nampak macam senang,just print gambar kemudian susun dalam album dan bagi pada customer.Tapi macam dalam kes pakcik tu tadi,kamera tu adalah satu-satunya kamera yang ada gambar majlis pertunangan tu.Bayangkan bila hilang,satu memori manis yang dapat kita simpan sampai bila-bila pun turut sama hilang.”

Izzah memandang Ariyana,melihat reaksi gadis itu.Dia tahu gadis itu betul-betul rasa bersalah.

“Yana tahu tak kenapa Encik Faris marah sangat tadi?”soal Izzah tiba-tiba.

Ariyana menggeleng.Sememangnya dia tidak tahu.

“Dulu,pernah sorang staff ni..hilangkan gambar milik customer.Dan dia mengaku pada customer yang dia hilangkan gambar-gambar tu.At last,customer saman pihak syarikat.Sebab tu saya back up Yana tadi.Bukan niat saya untuk tipu pakcik tu.”

Ariyana menggigit bibir.Tidak sangka hal boleh menjadi seserius itu.”Saya minta maaf Miss Izzah.”

“It’s okey.Jadikan ini sebagai pengajaran.Ermm..teruskan kerja.Saya nak pergi office kejap.”

Ariyana memerhatikan langkah gadis itu.Dia mundar-mandir.Perasaan bersalah menguasai diri.Cuba mengingat kembali,di mana dia meletakkan album itu.Namun tidak berjaya.

***********

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg10rRo1mdBa2DM0ofAfLn9t6e2q5hlmrA8A0eVV4TYEvh3POfc-Z4gOdWMrrkidvM7g0oUFN_Wa9vzJByodfEZPj0CbpMscO_mkz5bH_i3ePGnMxZ3LA-bcWy0G9ALcxVS48eh_aF6P7k/s320/Elevation-washroom-solutions-from-Tork.jpg"Arghhh..!kenapa aku ni careless sangat?"Yana memandang cermin besar di hadapannya.Rasa hendak ditumbuk mukanya sendiri.Dia membuka paip air di sinki,membasuh muka.

"Jangan marah-marah.Nanti cepat tua.."

Eh,makhluk mana pulak ni yang tiba-tiba muncul..suara lembut pulak tu.Perlahan-lahan Ariyana menoleh belakang.Kelihatan seorang wanita tersenyum memandangnya.Ariyana memandang dari atas ke bawah.Seperti ada tarikan pada wanita itu.Memakai blous berwarna merah,seluar jeans berwarna putih dengan aksesori lengkap seperti rantai dan gelang.Memakai tudung juga berwarna merah dan berkasut tumit tinggi.Memang stylo habis..

"Tadi auntie dengar anak marah-marah.Jangan macam tu..Kalau marah sekalipun,cuba tenangkan diri.Marah takkan selesaikan masalah kita.."ucapnya lembut.Tiba-tiba Ariyana terasa tenang.Terasa seperti mama yang menasihatinya.

"Boleh auntie tahu dengan siapa yang anak marah sangat ni?"

Ariyana menggeleng."Ntah la kak,eh..auntie."Tersasul Ariyana memanggil wanita itu.Sebenarnya tidak pasti apa yang patut dipanggil.Nak panggil autie rasa macam terlalu tua untuk wanita itu.Tapi dia juga yang membahasakan dirinya auntie.

Wanita itu tersenyum."Problem kalau disimpan pun kadang-kadang jadi beban jugak.Macam auntie,kalau auntie tengah marah,auntie akan drive kereta laju-laju,lepastu auntie akan jerit kuat-kuat.Lepas dah puas jerit,auntie akan singgah kat restoran KFC,makan ayam banyak-banyak.Sampailah auntie boring.Tapi biasanya uncle akan datang cari auntie kat KFC tu,makan KFC sama-sama sambil pujuk auntie balik rumah."

Ariyana ketawa kecil mendengar kata-kata wanita itu."Wah,romantiknya.Saya pun suka makan KFC jugak auntie."

"Really?Ha,kalau macam tu jom kita pergi KFC.Hari ni auntie belanja anak.Err..nama anak,Ariyana kan?"soal wanita itu apabila melihat tag nama di baju Ariyana.

"Err..tak boleh la auntie.Saya tengah kerja sebenarnya ni.Nanti bos saya marah.Lain kali ek."

Wanita itu ketawa kecil."Takpe..lagipun macammana nak buat kerja dalam keadaan tension macam ni.Jom,kita naik tingkat atas."Wanita itu tersenyum mesra.

Ariyana serba-salah.Gila apa nak pergi makan sekarang?Masa rehatnya lagi sejam."Auntie,saya mintak maaf sangat-sangat.Maybe lain kali kita boleh makan sekali,tapi sekarang ni saya tengah kerja.Nanti bos saya marah,"ujar Ariyana sesopan yang mungkin.

"Hmm..takpe..auntie call bos Ariyana sekarang.Auntie kenal dia.Wait a minute.."Selepas berkata begitu,wanita itu mencapai handphone di dalam tas tangannya.Dia keluar dari toilet.Ariyana termangu-mangu melihat kesungguhan wanita itu.

Seminit kemudian wanita itu masuk semula ke dalam toilet dengan senyuman mesra."Jom!"

2 comments:

Anonymous said...

erm,nq tnye neyh...
ade bpe bab ksemuanyer...

Anonymous said...

BIla nk sambung lg...

sambung laa byk ckt yeee

bagus citernyer