Dari busan kiteorang naik
train pergi ke Seoul .
Dekat sini apa yg aku perasan, tak de orang pun check tiket yg korang
beli.Memang dorang meniaga based on trust betul. Sampai Seoul dalam pukul 3
pagi. Tengok dekat board cuaca 9 darjah celcius.Wuhuu sejukk..
So kiteorang pun tunggu lah
sampai pagi dekat situ, tunggu sampai Subway bukak. Ni dekat bawah ni route
Subway..tengok tak berseliratnya.Punyala banyak laluan. Korang boleh la
download apps Subway Seoul dulu sesiap.
Sampai je hostel terus tido
dulu kejap..kasi recharge balik tenaga.Nama hostel yang kiteorg stay adalah
Namdaemun Guesthouse Seoul . Sorang dalam 250 untuk 3 malam, ok lah sebab
kiteorang amik twin room tapi kiteorang dapat 1 katil queen dan 1 katil single.
Paling best sebab dapur dia complete. Highly recommended lagipun dekat dengan
subway station dan juga Namdaemun Market.
![]() |
best dapur die |
Sebelum pergi dah list kan siap2 tempat nak pegi tapi dah sampai sana ada tempat kiteorang
tak sempat nak cover. Macam mintak nak pergi lagi sekali je.hehe.Pegi time
autumn plak =D
Ni antara tempat kiteorang
pegi
Nak pergi sini kiteorang naik
subway..cantik sangat Universiti ni..sepanjang jalan nak pergi sini boleh nampak student yang
stylo stylo. Architecture yang sangat menarik. Kalau belajar dekat sini mungkin
aku akan jadi rajin pergi ke kelas.hehe
![]() | ||
Nak senja da time ni..acah2 baru balik kelas.haha![]()
|
![]() |
Cantik betul view dia..x puas tengok |
Dongdaemun design plaza
Hari2 kiteorang pergi sini.
Time weekend tengok gelagat budak2 muda lepak. Mula2 ingat nak tengok Lantern
festival dekat sini..tapi sampai balik tak jumpa2 pun. Lepas datang sini mesti
singgah Myeongdong street ,
carik kebab. Dekat bawah ni bangunan dia. Pelik kan ..tapi cantik untuk ambil gambar.hihi .
Ni tempat favourite orang2 Malaysia
shopping. Sekeliling sini ada menjual banyak skincare dan kedai kecantikan
macam Innisfree, The Face Shop, Nature Republic, Etude House, macam2 lah lagi.
Rambang mata iolss.. tapi sebab tujuan utama bukan la nak shopping, maka
kiteorang ni pergi lah mencari makanan utk mengisi perut yg sentiasa lapar.haha.
Dekat sini ada makanan halal, korang boleh try honey pancake , nutella banana
crepe, kebab, fish croissant..dekat gerai dia ada letak logo halal. Tapi aku
palinggg suka dengan kebab dia. Penjual dekat sini pun pandai cakap Malaysia
sikit2. Dorang kenal Najib dengan Rosmah okey..tu je dorang dok sebut.haha
Dekat deretan ni jugak ada
restoran halal, Busan jib namanya.Ada jual makanan korea yang halal macam
bibimbap..kalau korang tak yakin nak makan daging dia just order vege lah.
Lepas pergi Myeongdong street
ni kiteorang terus balik hostel.
Hari kedua kiteorang naik bas
Seoul City Tour .Bas ni bawak pusing ke tempat2 menarik dan famous dekat Seoul . Boleh turun dekat
mana2 checkpoint, boleh guna untuk sehari, just tunjuk tiket je. Kiteorang tak
turun dekat semua tempat, naik bas ni seriously mengantuk. Maybe sebab jalan
dia yang berbukit2.
Sebelum pergi Namsan Tower
singgah dekat sini dulu. Tengok rumah2 tradisi masyarakat korea .Dari rumah orang bawahan
sampailah orang atasan. Cantik, tenang je tempat ni. Tak lama sangat dekat sini
sebab
Tempat ni popular di kalangan
orang korea ..dekat
sini la dorang propose girlfriend dorang..dalam cerita korea The Legend of The blue Sea
pun, si ikan duyung asyik sebut2 pasal tower ni. So da sampai sana
kiteorang pun teruja lah nak tangkap gambar dekat mangga2 cinta yang macam
dekat Penang tu. Pastu dah jumpa macam pelik,
apasal la mangga dia sikit sangat..x penuh pun. Tak macam expectation
kiteorang. Tapi layan jelah ambil gambar semua.
Time tu plak dah petang, bas
terakhir pukul 7.15.Tapi macam tak puas hati, aku pun ajak Milah pegi cari kot2
ada lagi tempat mangga2 tu. Carik punya carik, rupa2 nya tempat mangga yang
banyak tu dekat atas, kena naik lif. Dekat situ punya la ramai orang. Kiteorang
pun dengan kelam kabut cepat2 amek gambar dekat situ, time tu plak
senja..memang cantik sangat view..
Dari Seoul kiteorang naik
Subway lebih kurang sejam. Then dah sampai sana
naik Gapyeong Tour Bus pulak untuk ke Nami Island
. Bas ni dia cover banyak gak tempat menarik, ada 6 7 tempat tak silap aku.Jadi
korang memang kena habiskan sehari dekat sini.baru puas hati.hehe
Sampai sana carik kedai dulu, makan sebab dah lapar
sangat.Tiket masuk 8000 won, then kena naik feri lebih kurang 10 minit. Nami Island
ni famous sebab cite Winter Sonata..Sampai sana tengok ramai betul orang. Kiteorang pun
pusing2 laa dekat dalam tu..tengok2 orang naik basikal. Tengok2 eh sakura masih
ada.Jadi tercapai la hajat nak tengok bunga sakura.alhamdulillah hehe
![]() |
With partner travel,Milah. Travel kena dengan org yg satu kepala baru best.Start dari 2015 kami travel setiap 3 bulan sekali.tp x semestinya ke oversea la.kopak cmtu.haha |
Okey setakat tu jelah
pengalamanku di Korea .
Gigih menaip entri ni curik2 dekat ofis.hahah. Lepas ni nak repeat Korea lagi insyaAllah
![]() |
Incheon airport |
![]() |
Hot seat..depan tu tmpat pramugari duduk |