BAB 14

Ariyana menggeliat perlahan.Tangannya meraba-raba mencari handphone yang tidak henti-henti bordering sejak tadi.Aduh,siapa pula yang mengganggu pagi-pagi buta ni.

“Yana.Hello..Yana!!”

“Hurm..”

“Oit,tidur lagi ke?Tengok jam dah pukul berapa ni.Ya Allah,anak dara apa bangun lambat ni.Cepat siap,lagi 10 minit aku sampai rumah kau.”

Senyap.

“Yana!Aih,tidur balik ke dia ni..”

Mata Ariyana terbuka semula.”Ala..nak datang buat apa..aku cutilah hari ni,”balas Ariyana dengan suara mamai.

“Pagi?Cuba kau tengok dah pukul berapa sekarang.Dah,pergi bersiap cepat.Dengar ni,aku on the nak pergi rumah kau.Kita kena keluar hari ni.”

“Bila masa pulak aku cakap nak keluar..Kau dengan siapa ni Dewi?”

“Err..”Tiba-tiba Dewi gagap untuk bersuara.Ariyana menanti dengan rasa tidak sabar.Hatinya berasa tidak enak kerana dia mendengar seperti ada suara lelaki bersama dengan Dewi.

“Cepat siap…lima minit lagi kami sampai.”Tiba-tiba kedengaran suara lelaki di talian.

Mulut Ariyana ternganga.Matanya terus terbuka luas.”Eh,siapa ni?”

Tapi sayang,dia hanya sempat mendengar gelak kecil lelaki itu sebelum telefon dimatikan.

Ariyana terpaku di tempat tidurnya.Aduh,masalah apa pulak yang akan timbul ni?Jangan-jangan..

Tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta di luar rumahnya.Ariyana melompat turun dari katil.Menjenguk di tingkap.

“Hah?”Ariyana menggosok matanya beberapa kali.Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Apa lelaki itu buat di sini??

Ariyana nampak ketiga-tiga mereka turun dari kereta.Menghampiri Encik Hashim yang sedang membasuh kereta.Encik Hashim,berwajah serius menyambut salam dari Faris Ifwat.Ariyana menepuk dahi.Mengintai lagi di jendela.

Kelihatan lelaki itu menerangkan sesuatu.Encik Hashim pula,kembali bertanya.Berlaku soal jawab di antara mereka.Seketika kemudian,Ariyana nampak Faris Ifwat mengerutkan mukanya.

Ariyana ketawa dari dalam bilik.”Hah,rasakan.Degil sangat,tak nak dengar apa aku cakap.Ingat senang-senang ke Encik Hashim nak benarkan anak gadis dia keluar dengan lelaki?”

Ariyana menjenguk sekali lagi.Sesi soal jawab masih diteruskan.”Yeah,come on abah.Soal dia macam abah soal orang kat balai polis tu.Yeah!”

Ariyana menghempaskan badan ke atas katil.”Degil!”Bibir comelnya menyebut satu patah perkataan itu.Tak sangka Faris Ifwat mengotakan kata-katanya semalam.Bantal peluknya dipeluk.Matanya dipejamkan.

Please don’t stop the music..

“Siapa pulak ni?”Ariana mencapai handphonenya.Diteliti nama di skrin.Dewi!

“Yana!”

“Ha..kan aku dah cakap semalam.Degil betul mamat tu.Buat penat je datang sini.Aku tau..”

“Apa kau merepek ni.Dah siap ke belum?Cepatlah,kitaorang penat tunggu ni.abah kau dah bagi green light tu.”

“Hah?Err..apa?Tapi macammana..”

“Dah-dah.Pasal tu kejap lagi la kau tanya.Sekarang Encik Faris cakap dia bagi kau masa lima minit je untuk bersiap.Hurry up Yana.”

“Hah?Lima minit?Gila ke?Aku tak mandi lagi ni.”

Tuttttt..

“Dewi!Dewi!”Ariyana memandang telefon dengan perasaan geram.Terkumat kamit mulutnya membebel.Memang pantang baginya,dipaksa membuat sesuatu dan dalam keadaan kelam kabut seperti sekarang ini.

Pintu bilik dibukanya.Tapi cepat-cepat ditutup apabila terpandang Faris IFwat di ruang tamu.

Faris Ifwat mengukir senyuman apabila dia sempat ternampak muncung gadis itu yang panjang sedepa seperti muncung itik.

“Eiii!!”Ariyana menjerit geram.

“So,kita nak pergi mana ni.Hurm..Dewi?”soal Faris Ifwat yang sedang memandu.

“Saya tak kisah Encik Faris,”balas Dewi agak malu-malu.

“Ayie?”soal Faris Ifwat kepada adiknya pula.

“Time square?Nak tengok cerita Avatar.”

“Dewi,is it ok?”soal Faris Ifwat sekali lagi.Dewi mengangguk sambil tersengih.

“Okey,kalau macam tu kita pergi Time Square,”putus Faris Ifwat.Cermin mata hitam yang dipakai dibetulkan.Ariyana yang duduk di sebelah Dewi dijeling menerusi cermin kereta.Dia mengukir senyuman kecil melihat muka masam mencuka gadis itu.Dia tahu gadis itu masih bengang.

“Nak tengok wayang dulu atau main bowling?”soal Faris Ifwat,memandang Azree dan Dewi.

“Main bowling.”Azree dan Dewi menjawab serentak dengan nada riang.Mana taknya,full sponsored oleh Faris Ifwat.Layan jelah.Haha

“Lets go.”

Ariyana menjeling geram.“Urghh!!”

Ariyana memerhatikan Faris Ifwat yang membuat balingan.Sudah tiga kali lelaki itu membuat balingan strike.

“Strike.Yes!!”Sekali lagi Faris Ifwat beraksi cemerlang.Begitu juga dengan Azree.Nampaknya kedua-dua beradik itu begitu suka dengan permainan bowling.Dewi juga beraksi sederhana.Sedangkan dia?Hanya duduk memerhatikan mereka bermain.Malu sebenarnya untuk mengakui yang dia tidak pernah bermain permainan itu.

Secara curi-curi dia memerhatikan Faris Ifwat.Dia sendiri tidak begitu mengerti kenapa lelaki itu bersungguh-sungguh untuk membawanya keluar.Sanggup berjumpa dengan ayahnya.

“Dia suka kau Yana.”

Kata-kata Dewi tiba-tiba berlegar di kepalanya.Tidak mungkin.Faris Ifwat..lelaki kasanova..tidak mungkin..

“Oit..berangan apa?Jom!”Azree tiba-tiba muncul di sebelah.Faris Ifwat pula tiba-tiba hilang entah ke mana.

Ariyana tersengih.”Tak pe lah.Korang je yang main.”

“Kenapa?”

Ariyana menggeleng.”Saja..err..tangan sakitlah.”

Azree memandang dengan rasa tidak percaya.Dewi datang menghampiri lalu berbisik sesuatu.Bibir Azree mengukir senyum.Makin lama makin lebar.

“Oit,bisik apa ha?”soal Ariyana tidak puas hati.Bisik-bisik lepastu senyum-senyum pulak tu!

“Yana,jom aku ajar kau main bowling.”

Spontan Ariyana memandang Dewi.

“Opss..sorry Yana.”Dewi mengangkat kedua-dua belah tangan tapi bibirnya tetap tersengih.

Ceh!Kurang asam jawa betul.Kenakan aku.Ariyana buat-buat selamba.”Aku tahu lah main bowling.”

“Haa..bagus!Nah,ambil ni.”

Ariyana bangun dengan penuh keyakinan lalu mengambil bola di tangan lelaki itu.”Opocot!”Hampir terduduk dia memegang bola itu.Mak aihh,beratnya!

Azree dan Dewi sudah tahan sengih.Ariyana buat-buat selamba walaupun tangan rasa macam nak patah.

“Jahatlah kau Azree.Kasi bola paling berat tu kenapa.”Dewi mengambil bola dari tangan Ariyana dan menggantikannya dengan bola berwarna pink.”Nah,untuk beginner.”Dan Dewi tersengih juga.

Ariyana mencebik.Takpe-takpe,kenakan aku lagi.Dia berjalan ke arah lane bowling.Dengan penuh keyakinan membuat balingan.Meniru aksi yang dilakukan mereka tadi.

“Erkkk..”

Ariyana mengetap bibir.Azree dan Dewi pula menepuk dahi.Satu pin pun tidak jatuh,malah bola tersasar jauh masuk ke dalam longkang.

“Kah kah kah”Azree ketawa kuat.Siap tepuk perut lagi.

“Oittt..gelakkan aku.Jahatnya.”Ariyana mencebik.

“Cakap pandai main.Apa ni..masuk longkang je,”perli Azree lagi.




“Ala…tak nak main dah.”Ariyana terus duduk di kerusi.Geram melihat mereka yang tak habis-habis mentertawakannya.

“Tengok,muncung dah panjang dah.Takkan give up kot kak.”Azree gelak lagi.Ariyana menjelir lidah.

“Cepat.Turn kau Yana.”

“Ala…tak nak.”Ariyana menggeleng.Rambutnya yang diikat tocang beralun alun mengikut gerakan kepalanya.Tak best lah main bowling.Tengok orang lain main macam best.Tapi baru nak belajar diorang dah gelak-gelak.Mematahkan semangat je..

Azree gelak lagi.”Nah,bola..”Azree memberi bola pink.

Ariyana buat bodoh.Tiba-tiba dia bangun.Ambil bola warna biru.

“Haaa…come on.Macamni la Ariyana Hashim.”

Ariyana menjelir lidah kepada Azree.Dengan bersemangat dia berjalan ke arah lane bowling.Tapi bila sampai di situ dia berhenti.Kalau masuk longkang lagi macammana?Arghhh…malunya..

“Go Yana…Go!Go!”Dewi memberi kata-kata semangat.Azree juga.

Ariyana memejam mata.Ya Allah.Bantulah hambamu ini.Janganlah aku dimalukan lagi.Aminnn..

“Letakkan tangan di bawah.”Tiba-tiba ada suara berbisik di sebelahnya.Tapi Ariyana tidak berani untuk menoleh kerana suara itu terasa amat dekat dengannya.

“Bayangkan muka orang yang paling awak benci di hujung sana tu.”

Ariyana diam.Tangan terasa sedikit menggeletar.Tumpuan dihalakan pada pin-pin yang ada di hujung.

“Now…go!!”

Dan Ariyana melemparkan bola itu seyakin dan sekuat yang boleh.Mata dipejamkan.

Sesaat..dua saat…tiga saat..

“Yes!Strike!!!”

Matanya dibuka bila terasa bahunya dipeluk oleh Dewi.Dia memandang ke depan.Memandang kesemua pin-pin yang jatuh itu.

“Wow..kau hebat la Yana.”

Rasa macam tidak percaya.Dia memandang ke sebelah.Dan dia lihat Faris Ifwat tersenyum nipis.Merenungnya.Ariyana mengetap bibir.

1 comment:

siti87 said...

hmm.. sambung la lg... best2...