BAB 6

Hari kedua,pukul 7.30 pagi Ariyana dan Dewi sudak tercongok di hadapan bangunan Wisma Beta Siber dengan basikal mereka. Sepuluh minit selepas itu,kelihatan staff-staff lain pula muncul.Tepat pukul lapan Wisma Beta Siber itu dibuka untuk staff-staff.Selepas menjalani pemeriksaan oleh pengawal keselamatan seperti semalam,Ariyana dan Dewi masuk ke dalam bangunan itu.Ariyana sempat lagi menjenguk Macbook idamannya sebelum naik ke tingkat atas.

Sampai saja di Foto Siber,Ariyana terus menuju ke toilet untuk menukar seluar jeansnya kepada skirt.Rambut yang agak menggerbang ditiup angin tadi dibetul-betulkan.Rambutnya yang melepasi paras bahu disanggul semula.Sedikit lipstick dicalit ke bibir.Bedak pula ditempek ke muka.Sambil itu dia menyanyi-nyanyi kecil.Menyanyi lagu Avril lavigne,artis kegemarannya.Siap dengan mimik muka lagi.

Tiba-tiba dari cermin dia nampak Dania yang baru keluar dari bilik air.Serta-merta nyanyiannya terhenti.Tak sangka pula ada orang lain selain dirinya dalam toilet itu.

“Err..selamat pagi Miss.”

Dania menoleh ke arahnya.Tersenyum manis tapi sekejap saja.Wanita itu mengangguk.Dia membuka pili air lalu membasuh tangan.Ariyana menjeling-jeling secara curi memandang Dania melalui cermin.Dengan tubuh tinggi lampai,berkulit cerah dan rambut yang disanggul kemas,Dania kelihatan sungguh anggun.Melihat baju dan aksesori yang dipakai wanita itu.Nampak mahal dan berjenama.

“Dah breakfast?”

“Belum lagi miss,”balas Ariyana agak tersipu-sipu bila menyedari mungkin Dania nampak yang dia mencuri-curi pandang ke arah wanita itu.

“Kalau belum,boleh pergi breakfast di cafĂ© dulu.Hari ni public holiday,for sure customer ramai hari ni.Time lunch,keluar bergilir-gilir macam semalam okey,”ujar Dania memberi arahan.

Ariyana mengangguk.Dania tersenyum sebelum berlalu keluar dari toilet.

(nanti sambung cket)

Tengahari itu,seperti kata Dania customer berpusu-pusu datang ke Foto Siber.Tambahan pula ada model kamera baru yang baru keluar di pasaran.Selain bangsa Melayu yang menjadikan Wisma Beta Siber sebagai lokasi utama utama untuk membeli barangan teknologi dengan harga yang berpatutan,ramai juga bangsa asing yang mengunjungi Wisma Beta Siber.Patutlah semalam Faris Ifwat mengatakan yang penguasaan bahasa Inggeris amat penting di sini.Dalam diam Ariyana mengakuinya.

Ariyana memerhatikan staff-staff lain di Foto Siber.Masing-masing amat komited dengan tugas mereka.Layanan yang profesional diberikan kepada customer.Di suatu sudut Ariyana nampak Faris Ifwat sendiri yang melayan seorang customer sambil memegang model kamera yang baru.Secara kebetulan,Faris Ifwat tiba-tiba memandangnya.Dan sedikit tidak menyeronokkan bila lelaki itu melambainya.

Ariyana menunjuk ke arah dirinya sendiri dan lelaki itu mengangguk.

Ariyana memaksa diri melangkah pantas ke arah Faris Ifwat.Walaupun dalam hati masih berbuku dengan kejadian semalam,namun dia mesti bersikap profesional.

“Wow!Lisa Surihani?”

Ariyana memandang lelaki yang berada di sebelah Faris Ifwat bila lelaki itu memandangnya dengan pandangan tidak berkelip-kelip.Kelihatan seorang wanita di sebelah lelaki itu mendukung seorang anak lelaki berusia dalam lingkungan tiga atau empat tahun.

“Tak ada maknanya.New staff aku la,”balas Faris Ifwat.

“Laa..ingat Lisa Surihani tadi.Baru ingat nak minta autograph.Minta email nak add kat facebook ke..Pandai kau cari staff Riz,”usik lelaki itu lagi.Wanita di sebelah lelaki itu mencubit pinggang lelaki itu.Agak kuat mungkin sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan.

Faris Ifwat ketawa kecil.”You know me well..”

“Yeah I know you!”Lelaki itu ketawa diikuti dengan wanita di sebelahnya.

“Ada apa-apa yang boleh saya tolong Encik Faris?”soal Ariyana,memandang ketuanya.Dia sedikit geram dengan perangai Faris Ifwat.Melihat senyuman lelaki itu pun buat dia rasa sakit hati.

Faris Ifwat memandang Ariyana.”Oh ya,this is my friend..Hisyam and his wife,Shima.Diorang datang nak beli kamera DSLR.Saya nak minta tolong dari awak tolong jagakan anak kawan saya since saya nak discuss dengan mereka berdua ni.Boleh kan?”

‘Jaga anak orang?Termasuk dalam skop kerja aku juga ke?’rungut Ariyana dalam hati.Tapi dia mengangguk juga.

Faris Ifwat senyum puas hati.Senyuman yang ada makna juga.

‘Semoga kita tak berjumpa lagi.’

Dia masih ingat kata-kata yang telah diungkapkan kepada Ariyana tiga hari yang lepas.Hari ini dia mahu mengenakan gadis itu.Bukan teruk sangat pun,hanya perlu melayani Daniel,anak kawannya yang sangat aktif itu.Bukan apa,staff-staff yang pernah menjaga Daniel sebelum ini,semuanya surrender.

Shima memandang anak lelakinya.”Danial,mummy dengan daddy nak pergi sana kejap.Daniel main dengan kakak ni.Behave okey sayang?”

Daniel mengangguk patuh.

Shima menyerahkan Daniel kepada Ariyana dengan senyuman.”Thanks.”

“Thanks pretty,”ujar Hisham pula.Dengan kenyitan di mata.Ariyana tersenyum kelat.

Faris Ifwat,Shima dan Hisham meninggalkan Ariyana dan Daniel di situ.Bila hilang saja mereka dari pandangan,Ariyana mengeluh kecil,sebelum mengalihkan pandangan memandang budak lelaki yang sangat comel itu.Nampak bijak dan mendengar kata.Daniel juga memandang Ariyana.

“Nasib baik comel.”Tapi belum sempat Ariyana mahu mencubit pipi Daniel,budak lelaki itu sudah berlari laju di dalam kawasan Foto Siber yang sesak dengan orang ramai itu.Mulut Ariyana ternganga.

1 comment:

Anonymous said...

eit there~
cerita kamu sangat serupa mcm kisah hdp kite laa..
kite br nk buat cerita tu kat penulisan2u..
anyway,yg laennye kite x msk mrsm,kite msk teknik..
pastu bdk laki tu kat ump,kite kat poli kuantan~
n kami xprnh brckp n mmbr2 slalu gosipkn kite ngan dia sbb till now study at the same place(kuantan)..
anyway,cerita kamu sangat best..cara olahkan jalan cerita pon baik..i hope to hear the ending soon.better b gud k??!!