BAB 3


BAB TIGA


Hisy Yana..kau ni dah fikir masak-masak ke?Takde tempat lain ke kau nak kerja?Buruk betul mama tengok bila kau pakai macam ni."

"Ala ma,nak buat macammana..kan Yana dah cakap..Yana dah sign surat perjanjian tu.Mana boleh berhenti kerja sebelum tiga bulan.Nanti kena saman ma.."ujar Ariyana perlahan.Dia juga serba salah sebenarnya.Direnung baju pink ala-ala kebaya + kameja dan skirt paras lutut berwarna biru yang dipakainya.Dia juga tidak selesa dengan pakaian ini.Sebelum ini biarpun tidak bertudung,dia tidak pernah memakai skirt seperti itu.Dia selalunya hanya memakai seluar jeans dan juga t-shirt.Rambutnya yang paras bahu hanya ditocang kuda ataupun dilepas bebas.Tapi hari ini dia mengenakan sanggul.

"Hmm..tu la,cakap mama tak nak dengar.Dahlah,sukati Yana la nak buat apa-apapun.Yana dah besar kan.."

"Ala ma..Yana mintak maaf banyak-banyak.Mama ni macam marah Yana lagi je..sorry la ma.."Ariyana memandang Puan Aminah,meraih simpati.

"Yelah-yelah,suka betul buat muka kesian macam tu.Ni macammana ni,takkan nak naik basikal pakai skirt macam ni.Kang tak pasal-pasal je..ish budak ni.."bebel Puan Aminah.

Ariyana terdiam.Betul jugak tu."Hmm..biar Yana tukar seluar jeans dulu la.Dah sampai sana nanti baru Yana pakai skirt ni balik."

"Ha,pergi tukar cepat.Dah pukul berapa dah ni.Kamu jugak cakap Wisma BS tu sistematik. "

"Yana..Yana..dah siap ke belum?Cepatlah,kita dah lambat ni."Terdengar jeritan Dewi dari luar rumah.Ariyana berlari menuju ke pintu."Kejap-kejap,aku nak tukar seluar kejap."

"Eh Yana,berhenti kejap!"jerit Dewi tiba-tiba.

Ariyana yang ingin berlari semula masuk ke bilik terus terhenti."Kenapa?"

Dewi memandangnya dari atas ke bawah.Agak lama.Kemudian dia tersengih."Tak ada apa-apa la."

"Hisy kau nih!"rengus Ariyana.Dahlah moodnya hari ni kurang baik.Sejak malam tadi mendengar mamanya membebel.Sakit telinganya.Keseronokan dan rasa teruja untuk bekerja di Wisma Beta Siber terasa hilang.Semuanya kerana department yang dia dapat dan uniform yang terpaksa dipakainya.Huh!Siapalah yang pilih uniform macam ni..

"Kau nampak lain la Yana,bila pakai uniform ni..dengan sanggul,make up lagi.Hisy..macam..macam.."

"Macam apa?Tau la nampak pelik kan?Mama aku cakap aku nampak buruk pakai baju ni.Kau ingat aku suka ke pakai baju macam ni?"

"Takla..tapi serius..lain betul muka kau bila make-up.Mengingatkan aku pada seseorang.Siapa eh?Ha..Lisa Surihani.Ada iras-iras sikit la.Betul.."ucap Dewi bersungguh-sungguh.
Ariyana tergelak besar."Banyak la kau..Dah,jangan nak mengarut.Eh,diorang semua dah berkumpul tu.Jom!"

Masing-masing berkumpul menghadap wanita berkarisma yang tidak diketahui nama itu.Ariyana melihat tag nama yang dipakainya.Oh,namanya Nur Dania...

Pekerja-pekerja lama sudahpun dibenarkan masuk ke dalam.Seorang demi seorang melepasi pengawal keselamatan.Sebelum itu,kandungan di dalam beg diperiksa untuk memastikan pekerja tidak membawa apa-apa barang yang tidak dibenarkan.Begitu juga ketika hendak pulang.Walaupun Ariyana tidak merasakan perlunya semua itu,namun akhirnya dia akur dengan tindakan itu.Pihak syarikat mahu bertindak adil dan bagi mengelakkan berlakunya tuduh-menuduh jika sesuatu yang buruk terjadi seperti kehilangan barang.Tambahan pula,semua barangan di dalam wisma itu amat bernilai dan ada yang harganya mencecah puluhan ribu ringgit.

"Selamat pagi.Baiklah,ini hari pertama anda semua bekerja di sini.Saya ingin mengucapkan Selamat datang ke Wisma Beta Siber.Saya harap anda semua dapat bekerja dalam satu pasukan dan saling bantu-membantu untuk menaikkan nama syarikat.Saya tahu tentu hari ini agak sukar bagi anda semua kerana ini adalah hari pertama anda bekerja di sini,namun saya percaya anda semua dapat menyesuaikan diri dengan baik.Anda semua akan diberi tunjuk ajar oleh mereka yang sudah berpengalaman di sini.Dan untuk makluman semua,setiap hari sebelum syarikat beroperasi..setiap department akan membuat satu sesi yang dipanggil briefing session untuk memaklumkan pada staff setiap produk yang baru sampai dan akan dijual.Selain itu,pengurus besar akan memberitahu info terbaru tentang dunia IT di dalam dan di luar negara.Saya percaya anda semua tentu tidak mahu melepaskan peluang ini untuk belajar perkara baru kan.."

Masing-masing mengangguk.Ariyana turut teruja mendengar kata-kata itu.Namun rasa teruja itu hanya sebentar bila memikirkan yang dia akan berada dalam department Foto Siber dan bukannya Thundermatch Siber.Alangkah bagusnya jika dia berada dalam department Thundermatch Siber.Tentu dia boleh belajar banyak perkara tentang dunia IT.Paling penting,tentu dia boleh selalu memandang laptop idamannya itu.
Ariyana tersedar bila terasa tangannya dicuit."Eh..Miss Dania panggil kau tu."Dewi berbisik perlahan.

"Err..ye Miss Dania."

"Kamu Ariyana kan?"

Ariyana mengangguk.Pelik bagaimana Miss Dania boleh mengetahui namanya.Sesaat kemudian dia melihat tag namanya yang dilekatkan di baju.Owh..patutlah..

"Kenapa tak pakai uniform yang lengkap?Kamu dari department Foto Siber kan?"

Ariyana menggaru kepala yang tidak gatal.Dia kemudiannya mengangguk."Err..saya naik basikal tadi Miss.."

Kelihatan Jesnita,gadis yang menyindirnya tempohari ketawa sinis.Ariyana memandang geram.Miss Dania tidak berkata apa-apa."Baiklah,anda semua dibenarkan masuk.Sila ke department masing-masing."

"Dewi,nak break karang tunggu aku tau."Sempat Ariyana berbisik sebelum melangkahkan kaki ke dalam bangunan itu.

Ariyana memandang wajah lelaki di hadapannya dengan perasaan berbulu.Sejak diberitahu Dewi yang dia nampak Faris Ifwat berbisik dengan Nabil Ifwat sambil menunjuk ke arahnya dan Jesnita semasa training class tempohari,Ariyana sudah membuat kesimpulan sendiri.Pasti lelaki itu yang memilih dirinya untuk berada di department ini.Motif?Pastinya mahu membalas dendam.Kalau tidak,sebab apa lagi.

"Hari ini kita ada dua orang staff baru.Okey,sila kenalkan diri anda berdua."ujar Faris Ifwat.
Jesnita dengan gaya kedegikannya pantas tampil ke depan."Hi everybody..my name is Jesnita Bt Ahmad.You all can call me Nita.I'm 20 years old.My ambition is to become a model and actress."

"Jesnita,kalau boleh saya nak awak cakap melayu je.Semua staff kat sini orang melayu,jadi kita kat sini lebih utamakan bahasa melayu.Kalau orang kat Jepun boleh berjaya dengan menggunakan bahasa mereka,kenapa kita tak boleh banggakan bahasa kita sendiri?"

Dush!Terkena sebijik.Ariyana tidak dapat menahan diri untuk tersenyum..dan apabila dia memandang wanita yang mengungkapkan kata-kata itu,wanita itu turut tersenyum memandangnya.Tapi cepat-cepat dipadam senyuman dari bibirnya bila ternampak Faris Ifwat yang sedang memandangnya.

Wajah Jesnita berubah.Perlahan-lahan dia mengangguk.”Saya rasa itu saja.Terima kasih.”
Seketika pandangan semua staff beralih kepada Ariyana.Ariyana menjadi sedikit berdebar.Senyuman diukir di bibir untuk menghilangkan rasa gementar.

"Saya Ariyana Bt Hashim.Umur 18 tahun."Ariyana memperkenalkan diri secara ringkas.

“Tu je?”Tiba-tiba terdengar Faris Ifwat bersuara.Staff-staff yang lain senyum-senyum kecil.Faris Ifwat menghampiri Ariyana.

“Huh?”

“Kenapa awak nak kerja kat sini?”Faris Ifwat sudah berada betul-betul di hadapannya.

Ariyana senyap seketika.”Nak cari pengalaman.”

“Lagi?”

“Cari duit poket sementara tunggu result SPM.”

“Lagi?”Faris Ifwat mengangkat kening.Senyum sinis diukir.

Ariyana senyap seketika.Dapat rasa yang lelaki itu sedang mengujinya.”Emm..saya nak beli sesuatu.”

“Beli sesuatu?”

Ariyana mengangguk dan buat muka selamba.

“Apa dia?”Faris Ifwat pantas bertanya.

Ariyana mengerut dahi sedikit.

Faris Ifwat menyedari dia terlebih excited bertanya.Dia berdehem kecil.”Baiklah,thanks.Sekali lagi,selamat datang ke Foto Siber.Semoga semuanya dapat bekerjasama dengan baik ”

"Okey.Saya kenalkan.Ini Miss Dania,supervisor kat sini dan ini pulak Miss Izzah,assistant supervisor.Kalau awak berdua ada apa-apa problem,bolehlah jumpa mereka.Ataupun jumpa saya..”Faris Ifwat meleretkan ayat..

"Okey,back to the topic.Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda semua.Sales harian Foto Siber meningkat untuk hari semalam.Teruskan usaha anda dan buat yang terbaik lagi.Ini ada list terbaru untuk harga-harga kamera digital sempena promosi hujung tahun.Pastikan baca dengan teliti.Jangan sampai ada yang silap bagitahu customer harga kamera digital tu,"tegas Faris Ifwat.

Faris Ifwat menghulurkan sehelai kertas kepada semua staff di situ."Pastikan anda semua promote kamera digital bersungguh-sungguh dan pastikan customer turut membeli aksesori tambahan seperti tripod dan charger battery.Seperti yang anda sedia maklum,setiap kamera yang anda berjaya jual,anda akan menerima komisyen dari pihak syarikat.Bonus juga akan diberi kepada staff yang berjaya menjual paling banyak kamera digital."

"...dan satu lagi,memandangkan permintaan terhadap kamera analog semakin berkurangan,pihak syarikat telah berbincang.Setiap kali customer print gambar di sini,mereka akan menerima satu kodak free.Itu saja promosi untuk bulan ini.Sebarang info terbaru saya akan beritahu anda semua dari masa ke semasa.Okey,selamat bekerja.Semua boleh bersurai. "
Sebaik saja Faris Ifwat habis berkata-berkata,mereka semua bersurai ke posisi masing-masing."Dania,you train Jesnita..Izzah,you pulak train Ariyana..tunjukkan kepada mereka berdua apa tugas mereka di sini."

Dania dan Izzah mengangguk.

"Ariyana..selamat bekerja.Gud luck!"ucap Faris Ifwat ketika dia hendak berlalu.Perlahan saja suaranya.Mungkin tidak mahu yang lain mendengar ucapan peribadinya itu.Ariyana diam tanpa kata.Faris Ifwat senyum senang.Di matanya,dia nampak Ariyana seolah-olah sedang mencabarnya.

"Ariyana.."

Erk.Ariyana memandang Izzah yang sudah berada di belakangnya.

"Boleh saya panggil awak Yana?"

Ariyana mengangguk.

Izzah menghulurkan sebatang penyapu kepada Ariyana."First thing yang kita perlu lakukan setiap pagi adalah menyapu.Sebelum kedai dibuka pada pukul 10,kita mesti pastikan keadaan kedai bersih.Ini dipanggil opening session.Selepas sapu sampah,mop lantai.Lepas tu bersihkan habuk.Tapi department ni besar,awak tak payah buat semua.Awak cuma bersihkan kawasan awak je.Dan untuk hari ni,awak akan sapu kawasan dalam studio.Boleh?"
Ariyana mengangguk cepat tanpa suara.Izzah tersenyum kecil."Yana,saya ni nampak serius sangat ke?Saya tengok awak macam takut-takut je.."

Ariyana memandang wanita itu.Melihat Izzah tersenyum,dia turut membalas senyuman itu.Bukan dia takut,tapi dia memang begitu dengan orang yang baru dikenali.Dia lebih suka memerhati dulu dan selepas memahami sedikit sikap seseorang,barulah dia akan mula mesra dan menjadi Ariyana yang sebenarnya.

"Saya faham..Yana baru pertama kali kerja,mesti rasa kekok sikit.Jangan risau,kerja kat sini pasti jadi menyeronokkan bila Yana dah dapat menyesuaikan diri nanti.Jumpa customer yang ramai setiap hari,sedikit sebanyak pasti boleh tingkatkan skill komunikasi Yana.Tapi satu je,Yana tak boleh malu-malu tau,kena confident.Kalau malu nanti tak boleh la jual produk..komisyen pun tak dapat."

Ariyana ketawa kecil.Dia membetul-betulkan sedikit skirt yang dipakainya.Hisy..rimas betul!Nak jalan pun kena slow-slow.

"Yana tak selesa pakai skirt tu?"

Ariyana mengangguk."Tak biasalah miss,biasanya saya pakai seluar je."

Izzah ketawa.Lama dia memerhatikan gaya gadis itu."Yana tau kenapa Yana dipilih masuk ke department Foto Siber ni?"

Ariyana menggeleng.Dia memang tidak tahu tapi dia benar-benar ingin tahu.Dia pelik kerana dalam lebih kurang dua puluh orang yang pergi ke kelas training itu,hanya dia dan Jesnita yang dipilih untuk masuk ke department ini.Kenapa Dewi tidak dipilih,sedangkan dia dan Dewi sama-sama tidak menghadiri interview dan pastinya pihak pengurusan tidak tahu tentang keupayaan dan minatnya.Lagipun Ariyana tidak berminat dengan Foto Siber.Rasanya kerja di department ini tidak mencabar langsung.

"Foto Siber adalah department yang paling popular dan merupakan aset penting bagi Wisma BS.Department ni sentiasa berjaya mencatat nilai jualan tertinggi setiap tahun.Ariyana pun boleh nampak nanti betapa ramainya customer yang datang ke Foto Siber.Semua ni sebab Encik Faris.Sejak Encik Faris pegang Foto Siber ni,keuntungan syarikat melonjak naik.Dia yang tentukan semua berkenaan pengurusan Foto Siber.Dari cara kerja sampai la tentang uniform staff.Tan Sri Baharudin pun sayang sangat pada Encik Faris,sebab tu dia serahkan Foto Siber sepenuhnya kepada Encik Faris. "

Ariyana mencebik.Sebetulnya dia mula rasa tidak suka pada lelaki itu.Pandangan dan renungan lelaki itu,benar-benar merimaskan.

"Owh,sebab tu la semua staff kat sini semuanya perempuan,miss Izzah?"soal Ariyana.
Izzah ketawa kecil."Bukan tu je,semua staff yang kerja kat sini semua dipilih sendiri oleh Encik Faris.Semua mesti ada kriteria yang ditetapkan."

"Kriteria?"

"Yeah..mesti cantik,kurus..sebab tu Yana boleh tengok,dalam ramai-ramai yang pergi training,tak sampai dua orang pun yang dia pilih.Kadang-kadang tak de sorang pun yang terpilih masuk ke department ni."

Barulah Ariyana mengerti.Cara pengurusan apa ntah macam tu..

"Mana adil macam tu miss,dia nilai orang dari luaran je.Habis tu kalau cantik pun tapi tak boleh buat kerja macammana?"soal Ariyana tidak puas hati.

Izzah ketawa lagi.Dia tahu Ariyana sedikit berbeza dari gadis remaja yang lain.Walaupun muda,gadis ini nampak berani.Dia nampak Ariyana tidak sukakan Faris Ifwat.Sedangkan staff-staff perempuan lain di Foto Siber semuanya tergila-gilakan lelaki itu.

"Hmm..ntah la Yana..tak ada siapapun berani pertikaikan cara pengurusan Encik Faris.Lagipun idea-idea dia yang banyak bantu wisma ni.."

Ariyana terdiam.

Izzah menepuk bahu gadis itu."Kenapa,Yana nak menentang cara dia?"

Ariyana mengangkat bahu."Bukan sekarang,tapi mungkin satu hari nanti.."

Dia memandang Izzah.Izzah menguntum senyuman sebelum menghamburkan ketawa.Ariyana turut sama ketawa."Tapi Yana patut happy masuk department ni.Gaji kat sini lebih banyak dari department lain.Komisyen pun lebih banyak tau."

Mata Ariyana terus bersinar mendengar kata-kata itu.Gambaran laptop idamannya bermain-main di bayangan mata.Kalau gaji dan komisyen banyak,maknanya impian aku akan lebih mudah tercapai.Aku mesti kerja bersungguh-sungguh.Dia berazam di dalam hati.

"Dahlah tu,panjang betul kita berborak.Saya nak pergi office kejap.Teruskan menyapu eh."
Ariyana mengangguk sambil memerhatikan wanita itu berlalu.Mengikut perkiraan Yana,wanita itu masih muda.Umurnya mungkin dalam lingkungan 24 atau 25 tahun.Mungkin sebaya dengan Faris Ifwat.Tetapi wanita itu berkarisma,sama seperti Miss Dania.Gaya percakapannya penuh keyakinan.

"Happy nampak kerja kat sini?"Jesnita tiba-tiba muncul di depannya.Ariyana mengangkat mukanya..huh..minah ni lagi.

"Biasa je..kenapa?"

Jesnita ketawa sinis."Saudara Tan Sri naik basikal je pergi kerja?"

Ariyana tidak menjawab.Dia tahu gadis itu saja mahu mencari pasal dengannya.

"Hey,dengar ni.Kau tu budak-budak lagi.Baru 18 tahun..so jangan nak berlagak sangat.Dan jangan cuba nak tunjuk baik."

Eleh,tua dua tahun dari aku pun nak berlagak."Nita,aku kerja kat sini sebab nak cari duit.Aku rasa kau pun sama kan.So lebih baik kita buat kerja kita elok-elok je.Mungkin aku budak-budak lagi,tapi aku pandai nak hormat orang.Mama aku cakap,kalau orang tak kacau kita,kita jangan kacau orang tu."

"Hey..kau ni memang biadap la!"

"Apa bising-bising ni?"Muncul pula Dania di hadapan mereka.

"Err..tak de miss,Yana ni..dia menyapu lambat sangat.Saya cuma nak tolong dia je.Tapi dia cakap saya penyibuk pulak"

Eh,bila masa pulak aku cakap macam tu??

"Kerja awak dah siap Nita?"

"Dah miss..saya dah siapkan dari tadi.."ujar Jesnita dengan gaya sedikit berlagak.

"Kalau macam tu ikut saya.Saya nak ajar awak tatacara melayan customer.Ariyana,awak tolong lap gifts kat bahagian depan tu.Boleh?"soal Dania memandang Ariyana.

"Baik miss."Ariyana mengangguk.Dan Jesnita meninggalkannya dengan pandangan penuh makna,bagai memberi amaran yang peristiwa itu takkan habis di situ saja.Ariyana menggeleng.Kenapa di mana-mana saja dia pergi,ada saja yang akan berlaku.Tak boleh ke dunia ni aman sebentar dan tiada sesiapa yang mengganggunya.Dia tidak suka mencari pasal dengan orang tapi kenapa masih ada makhluk tuhan yang tidak senang dengannya.

Ariyana mengambil kain lap di dalam stor dan pergi ke bahagian depan,tempat di mana letaknya gifts seperti kristal.Ariyana mengambil kristal berbentuk hati dan di tengah-tengahnya ada replika seorang lelaki dan perempuan.

"Hmm..cantiknya."Dia mengelap kristal itu dengan berhati-hati.