BAB 19


Faris Ifwat menarik nafas tercungap-cungap.Ariyana yang berada tidak jauh dipandangnya dengan perasaan lega.Syukurlah gadis itu masih menunggu di situ.Tanpa berlengah dia menuju ke arah mereka.

Tiga orang makhluk tuhan di situ memerhatikan langkahnya dengan reaksi muka yang berlainan.Dewi memandangnya dengan pandangan sinis.Azree pula,sudah bersandar di kereta dengan muka bosan.Ariyana?Melarikan pandangan bila mata mereka bertemu.

Faris Ifwat berdiri berhadapan dengan Ariyana.Dia menggaru kepala.Tidak tahu bagaimana untuk memulakan.Tambahan pula Ariyana langsung tidak memandangnya.

“Angah,jomlah.”Azree dengan muka letih bersuara.

“Encik Faris,saya pun nak balik.Parents saya dah banyak kali call.”Dewi turut menggesa.Sebenarnya pada saat itu dia mula rasa meluat dengan lelaki itu.Tanggapan baiknya selama ini pada Faris Ifwat adalah meleset.Disangkanya lelaki itu benar-benar suka pada Ariyana.Tapi bila melihat peristiwa yang berlaku tadi,tanggapannya berubah seratus peratus.Berlaga pipi,berpelukan mesra antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim,budaya apa itu?Dasar lelaki.Huh!

“Hurm..baiklah.”Faris Ifwat membuka pintu kereta dengan lemah.Dia sendiri tidak dapat meneka perasaan Ariyana pada ketika itu.Marah atau tiada apa-apa perasaan?Dia sendiri tidak tahu.

Sepanjang perjalanan semuanya senyap.Faris Ifwat mencuri pandang ke arah Ariyana.Gadis itu memeluk teddy bear katak sambil membuang pandang ke luar.Pandangannya beralih pada Dewi.Kebetulan gadis itu sedang menjeling tajam padanya.Gulp!Faris Ifwat menelan air liur.

Sampai di depan rumah Dewi,Faris Ifwat memberhentikan keretanya.

“Yana,be careful,”bisik Dewi perlahan ke telinga gadis itu.Ariyana yang sedikit terpinga mendengar pesanan itu hanya mengangguk seperti burung belatuk.

“Encik Faris,terima kasih.Azree,bye.”Dengan ucapan ringkas itu,Dewi cepat-cepat keluar dari kereta.Malas dia mahu menghadap muka lelaki kasanova itu.

“Sama-sama.Dewi,don’t worry.Tomorrow I’ll make sure your bicycle is there,in front of your house.”

Dewi mengangguk.Tapi selepas kereta Faris Ifwat berlalu pergi,baru dia terfikir tentang kata-kata lelaki itu.Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal.”Basikal?Depan rumah?Tapi macammana?”

Selepas itu,selang beberapa rumah Faris Ifwat sekali lagi memberhentikan kereta.Kali ini di hadapan rumah Ariyana.Fuhh..Ariyana menarik nafas lega.Kereta abah tiada di halaman rumah.Bermakna abahnya belum balik lagi.

Faris Ifwat memandang Ariyana.Sayang mata gadis itu tetap tidak mahu memandangnya.Baru disedari teddy bear berbentuk katak itu masih dipeluk dari tadi.Ariyana cepat-cepat meletakkan teddy bear itu untuk di tempat duduk sebelah.Dia mengambil beg tangannya.

“Encik Faris,terima kasih.Azree,bye,”ucap Ariyana tanpa memandang Faris Ifwat,hanya memandang Azree.

Azree mengukir senyuman nipis.Tanpa sebarang kata-kata.Ariyana menutup pintu kereta.

“Ariyana!Tunggu sekejap.”Faris Ifwat juga keluar dari dalam kereta.Ariyana mendengus kasar.Apa lagi mamat ni nak?Dia mematikan langkah,berdiri tegak menanti lelaki itu.Faris Ifwat menghulurkan sesuatu.”Ambillah.I know you like it.”

Ariyana menggeleng,memandang teddy bear bentuk katak yang dihulurkan kepadanya.Memang dia sudah suka pada teddy bear itu sejak melihat teddy bear yang hampir sama di mall tadi.Tapi untuk menerima pemberian dari lelaki itu tidak mungkin baginya.

Ariyana mahu masuk ke rumah bila Puan Aminah tiba-tiba keluar.

“Ma..”Ariyana serba salah.

Faris Ifwat terus menghampiri Puan Aminah lalu bersalam dengan wanita itu.Kelihatan cukup bersopan sekali.Ariyana mencebik bibir.Hipokrit!

“Kalau tak silap ni bos Yana yang datang hari tu kan?”soal Puan Aminah.Faris Ifwat mengangguk sambil tersenyum.

Puan Aminah mengalih pandangan kepada Ariyana pula.“Ha..kamu Yana,kenapa balik lambat ni?Basikal kamu mana?”

“Err..”

“Maafkan saya mak cik.Sebenarnya saya bawa Ariyana dan Dewi pergi makan.Temankan adik saya yang tiba-tiba sakit perut tadi.”

Puan Aminah mengangguk-anggukkan kepala mendengar penjelasan dari Faris Ifwat.Pelik,emaknya tidak pula banyak soal atau membebel.

“Oh ya,Ariyana..esok saya akan hantar orang untuk ambil basikal awak.”Faris Ifwat menujukan kata-kata pada Ariyana pula.Ariyana mengerut dahi.Tapi dia malas mahu menjawab.

“Ma..Yana masuk dalam dululah.”Dan selepas itu dengan langkah longlai dia masuk ke dalam rumah.

Faris Ifwat memerhatikan gadis itu sehingga hilang dari pandangan.

“Ehem..”Puan Aminah berdehem kecil.

Faris Ifwat tersipu.”Erm..tak apalah.Kalau macam tu saya balik dulu.Assalamualaikum mak cik.”

“Waalaikumussalam.”Selepas lelaki itu pergi,Puan Aminah masuk ke dalam.”Yana,sini kejap.Mama ada hal sikit nak tanya.”

Ariyana mengerut dahi.Nampak macam serius je.Dengan memegang tuala di tangan,dia duduk di sisi mamanya.

“Kenapa ma?”soal Ariyana.Dia melentokkan kepala di bahu Puan Aminah.Manja.

“Kerja macammana?Okey?”

“Hurm..okey kot,”balas Ariyana pendek.Kedengaran antara yakin dan tidak.

“Aik,macam tak confident je.Ok ke tak ni?”

Ariyana mengeluh.”Okey tu okey..cuma penat sikit.Customer ramai sangat kat situ.Sakit-sakit badan Yana ni ma.Adoi..”Ariyana menepuk-nepuk lengannya sendiri.

Puan Aminah tersenyum.”Macam tulah kerja.Dulu mama suruh duduk kat rumah je tak nak.Nak sangat kerja.”

“Tapi Yana happy ma..sebab tak lama lagi Yana boleh beli apa yang Yana nak tu.Biar penat sekarang takpe.”

Puan Aminah menggeleng.Degil anaknya itu sama seperti bapanya juga.Tapi dia tahu,Ariyana pandai menjaga diri.Cuma ada sesuatu yang membimbangkannya sejak Ariyana bekerja di Wisma Beta Siber.

“Yana,mama harap Yana jangan terlalu rapat dengan Encik Faris tu.”

Ariyana sedikit tersentak mendengar kata-kata Puan Aminah.Dia mengangkat kepala.”Ma,Yana tak pernah rapat dengan dia pun.He’s only my boss.”

“Hurm..dah dua kali dia datang sini.Nasib baik abah tak ada.Sebenarnya hari tu abah benarkan dia bawa Yana keluar sebab Encik Faris cakap ada family day untuk Wisma Beta Siber.Tapi bila Yana cakap Yana keluar main bowling,tengok wayang..abah dan mama terkejut.Tapi kami berdua senyap je.Cuma abah pesan,suruh mama sampaikan pada Yana.Dia tak suka kalau Encik Faris datang lagi.”

Ariyana membulatkan mata.Seperti tidak percaya dengan kata-kata Puan Aminah.Terjawab sudah pertanyaan yang membelenggu otaknya.Patutlah Encik Hashim membenarkannya keluar bersama Faris Ifwat tempohari.Pasti lelaki itu memutarbelitkan kata-kata.

Hati yang sedang hangat menjadi semakin membara.Nampaknya dia mempunyai satu lagi sebab untuk menjauhi lelaki kasanova itu!

**********

“Yana!Yana!”

“Kejaplah.”Ariyana keluar dari rumah dengan tergesa-gesa.Rambutnya yang tidak sempat diikat cepat-cepat ditocang satu.

“Eh,mana kau jumpa basikal ni?”soal Ariyana pelik.Dibelek-belek basikal yang dibawa temannya itu.Serupa dengan basikal yang hilang semalam.

Dewi mengangkat bahu.”Itu yang aku pelik tu.Keluar rumah je tengok basikal aku ni dah ada kat depan pagar.”

Ariyana tidak sempat menjawab kata-kata Dewi bila dilihatnya basikalnya juga ada di depan pagar.

“Eh,basikal kau pun ada Yana?”

Ariyana mencebik.”Aku rasa aku tahu ni kerja siapa.”

“Siapa?”soal Dewi lurus.

“Siapa lagi.Lelaki kasanova tu la.”Ariyana menjawab geram.

“Erkk..maksud kau Encik Faris?”

Ariyana tidak menjawab soalan itu.Dia memandang Dewi.”Dewi,kenapa kau tak cakap pasal time square tu,Encik Faris tipu abah aku.Kalau mama aku tak bagitahu semalam,sampai mati pun aku tak tahu agaknya korang semua berkomplot dengan dia.”

Dewi menggaru kepala.”Err..Yana.Sorry.Sorry sangat-sangat.Aku tak bermaksud nak rahsiakan dari kau.Aku..aku ingatkan Encik Faris tu betul-betul suka kau.”

“Dewi..kenapa kau selalu anggap macam tu.Aku dah cakap kan,aku tak suka dia.Aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan dia pun.I am too young for all this things..”ujar Ariyana sedikit emosi.Entah kenapa dia berasa tertekan dengan hal ini.Sudah banyak kali dijelaskan pada Dewi,tapi gadis itu tetap menganggap Faris Ifwat menyimpan perasaan kepadanya.Semua itu tidak mungkin akan terjadi.Mustahil.

Dewi memegang tangan Ariyana,dengan muka betul-betul bersalah.”Yana,aku nak mintak maaf.Kalau aku tahu Encik Faris tu macamni,sumpah potong jari pun aku takkan tolong dia.Aku ingat dia ikhlas.Tapi lepas aku tengok perangai dia semalam,baru aku tahu dia bukan lelaki yang baik untuk kau.Yana..maafkan la aku,lepas ni aku janji takkan buat lagi.”Suara Dewi seperti hendak menangis.

Ariyana mengalihkan pandangan ke arah Dewi.Melihat mata gadis itu yang mula merah,bibir pula sudah mula mencebik seperti hendak menangis,Ariyana menggaru kepala.Dia pula yang over touching dari aku ni.

“Dahlah,aku tak salahkan kau.Aku tau niat kau baik.Tapi lepas ni tak payah la nak buat apa-apa untuk rapatkan aku dengan Encik Faris tu okey.”

Dewi mengangguk.“Yana!!”Dan tubuh langsing Ariyana terus dipeluknya.Teresak-esak dia menangis di bahu temannya itu.Ariyana kehilangan kata-kata.Adoi..lupa pula dengan perangai Dewi yang sedikit sensitif itu.Kalau rasa bersalah mula menguasai diri,pasti gadis itu akan menangis.

“Syhhh..dahlah tu Dewi.Aku bukannya salahkan kau.Err..dah ye.Kita dah lambat nak pergi kerja ni.”Ariyana menepuk-nepuk belakang badan Dewi.

“Betul ni kau tak marah dah?”soal Dewi dalam sedu-sedan.

“Betul.Aku tak marah kau pun.Aku tak pernah marah kawan-kawan aku.Dah eh,buruk la rupa kau kalau menangis.”

Dewi senyum mendengar kata-kata itu.Ariyana juga.Segera dia mengelap air mata di pipi Dewi.

“Ha..macamtulah.Dah jom..kita dah lambat ni.”

Ariyana naik ke atas basikalnya.Begitu juga Dewi.Masing-masing mengayuh basikal menuju ke Wisma Beta Siber.


BAB 18

Seorang pelayan datang membawa troli berisi makanan.Ariyana dan Dewi terlopong.Mak aihh..banyaknya makanan.Ada ayam bakar,ikan masak sweet sour,tomyam campur,sayur kailan dengan ikan masin.Masing-masing menelan air liur melihat satu persatu lauk pauk itu diletakkan di atas meja.
"Kenapa tengok je?Jemput makan Ariyana,Dewi."Faris Ifwat mempelawa.Memandang kedua-dua gadis itu.Ariyana dan Dewi berpandangan sesama sendiri.Perut yang kenyang tadi automatik menjadi lapar semula bila melihat makanan yang enak-enak.
"Macammana basikal tu boleh hilang?"soal Faris Ifwat.
Dewi mengangkat bahu.“Saya pun tak tahu.Keluar dari mall,tengok basikal dah tak ada.Basikal macam tu pun nak curi.Huh!Harap-harap hamba Allah yang ambil basikal tu tak kahwin sampai tua.”
Azree tersedak tiba-tiba.Semua mata memandangnya.
“Ish,kau ni kenapa?”Ariyana yang berhadapan dengan Azree menghulur segelas air kepada lelaki itu.
“Ish,Ayie..cuba makan elok-elok.”
Azree menjeling Faris Ifwat.Terus lelaki itu diam,sambil tersengih.
“Hurm..macam nilah.Apa kata lepas makan ni kita pergi balik mall tu.Mana lah tahu kalau-kalau pencuri tu pulangkan balik basikal Dewi.Mungkin dia hanya pinjam basikal tu.We don’t know right?”cadang Faris Ifwat.
Ariyana mengerut dahi.Boleh pulak macam tu.Ada ke pencuri yang begitu baik hati sekarang ini?
Dewi mengangguk lemah.Begitu sedih dengan kehilangan basikal kesayangan yang diperolehi kerana keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan PMR yang lalu.Sayangnya basikal itu telah hilang.
Sambil memandang lauk di hadapannya,fikiran Ariyana menerawang jauh.Berfikir,bagaimana basikal Dewi boleh hilang.Kenapa dalam banyak-banyak kenderaan di situ,basikal Dewi juga yang menjadi pilihan.Sungguh pelik.
Faris Ifwat memandang Ariyana.Bergetar hatinya melihat kecantikan asli gadis itu,dan sikapnya yang natural.Dia mengambil seketul ayam bakar,lalu meletakkan di dalam pinggan gadis itu.
Ariyana sedikit terkejut.Faris Ifwat tersenyum memandangnya.”Sorry..KFC tak ada malam ni..saya cuma dapat belanja awak ayam bakar ni.”
“Wah,Encik Faris tahu Yana suka makan KFC?”soal Dewi,agak teruja.Matanya bulat memandang lelaki itu.
Faris Ifwat mengangkat bahu.Tersenyum kecil.
“Lagi apa yang Encik Faris tahu pasal kawan saya ni?”
“Dewi!”Ariyana menyiku lengan Dewi.Apa pulak tanya soalan macam tu..
“Hurm..suka makan mee goreng,takut lipas,best student kat sekolah..dan..erm..sedikit garang,”ucap Faris Ifwat satu persatu.Perkataan garang diperlahankan sedikit.
Wajah Ariyana sudah berubah bila mendengar kata-kata itu.Seboleh mungkin dia cuba mengawal mukanya yang sudah kemerah-merahan.Dewi bertepuk tangan.”Wow.hebatlah.Encik Faris buat research pasal semua staff kat Foto Siber ke?”
Faris Ifwat tidak terus menjawab soalan itu.Dibiarkan agak lama tanpa sebarang jawapan.Dia memandang Ariyana.”Mungkin hanya pada gadis yang istimewa..”
Ariyana mendongak sejurus mendengar kata-kata itu,dan matanya bertemu dengan pandangan redup dari lelaki itu.Lama mata mereka bertentangan.
“Ehem!”Dewi sudah tersengih-sengih.Ariyana dan Faris Ifwat membetulkan kedudukan duduk mereka,buat-buat selamba.
Azree bangun dari kerusi,terus menuju ke sinki.Selepas dari tadi hanya memerhatikan drama sebabak itu.Dewi turut bangun dari kerusinya.
“Eh,kau nak pergi mana?”soal Ariyana cepat.
“Aku nak pergi toilet kejap.”Sempat Dewi mengenyitkan mata kepada Ariyana.
Ariyana mendengus geram.Kesunyian melanda mereka setelah ditinggalkan berdua di situ.Ariyana buat-buat selamba.Walaupun di dalam hati resah melihat pandangan lelaki itu terhadapnya.Dia melilau memandang sekitar restoran,cuba melarikan diri dari memandang wajah kacak milik lelaki itu.
Faris Ifwat senyum dalam hati.Dia tidak tahu kenapa hatinya terasa terusik sejak kehadiran gadis itu di Wisma Beta Siber.Malah melihat senyuman gadis itu sudah cukup untuk membuatnya gembira walaupun Ariyana selalu bersikap dingin dengannya.Bukan itu sahaja,semenjak dua menjak ini dia sentiasa berusaha membuat sesuatu untuk menarik perhatian gadis itu.Aneh.Pelik.Apakah sebenarnya perasaan yang melanda hatinya sekarang?
“Encik Faris.Encik Faris!”
Faris Ifwat mengerdipkan matanya beberapa kali.”Ya?”Hilang terus lamunan mengenai gadis itu.
Ariyana menggeleng.Tersenyum sikit.Walaupun dalam hati menyumpah seranah.Hisy..pandang macam nak makan orang je.Dia tidak tahu kenapa lelaki itu bersikap begitu.Dia tidak kenal sangat dengan Faris Ifwat.Dia cuma tahu lelaki itu anak Tan Sri Baharudin dan pengurus Foto Siber.Tapi dia takut dengan layanan Faris Ifwat.Dia takut akan tewas dengan lelaki itu.Lelaki itu pandai bermain kata-kata.Sikap Faris Ifwat pula, Ariyana akui agak menggugat perasaannya.
“Ariyana..”panggil Faris Ifwat lembut.Ariyana mengangkat muka,memandang lelaki itu.”Awak tahu tak apa yang kurang dengan awak ni?”
Ariyana mengerut dahi,tidak faham dengan maksud pertanyaan lelaki itu.Faris Ifwat tersenyum sinis.
“Awak tahu tak..awak ni perasan.Perasan yang awak tu cantik.”
“Hah?”Ariyana membulatkan matanya.Eh!Sedapnya mulut cakap!Wajahnya berubah menjadi merah serta-merta.Bengang,malu bercampur menjadi satu.”Apasal pulak?Saya tak pernah anggap diri saya macam tu pun.Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang saya ada.Encik jangan nak tuduh saya bukan-bukan.”Ariyana bersuara tegas.
Faris Ifwat gelak kecil.Ariyana mencebik bibir.Terasa gelak itu sangat menjengkelkan.Tidak pernah seumur hidup ada orang bercakap begitu dengannya.
“..dan garang.Perasan garang.Awak ingat dengan cara ni awak dapat tarik perhatian saya?”
Apa??Darah Ariyana naik menyerbu ke muka.Tambah menyirap bila Faris Ifwat tersenyum-senyum.Pantas dia bangun dari situ.
“Eh,awak nak pergi mana?”
“Saya nak balik.”Ariyana menjawab tanpa memandang wajah lelaki itu.
Pantas tangannya dicapai oleh Faris Ifwat.
“Eh,apa ni?Lepaslah.”Ariyana menarik tangannya tapi tidak berjaya.
“Saya tak habis cakap lagi.Duduk dulu..”
“Eh,Encik tak ada hak la nak halang saya.Apa,encik ingat encik bos,encik boleh buat sesuka hati ke?Sesuka hati nak kutuk saya.Lepaslah,saya jerit nanti.”Ariyana bersuara kuat.Lelaki ini memang dah melampau.Huh!
“Okey-okey.I’m sorry.Tak habis cakap lagi.Duduklah dulu..”Faris Ifwat merendahkan nada suaranya.Tangan Ariyana dilepaskan.
“Tak nak!”
Faris Ifwat menggaru kepala yang tidak gatal.Itulah,seperti kata orang tua-tua,sarang tebuan jangan dijolok.Ha..kan dah kena.
“Kalau nak berjaya tak boleh cepat melenting.Saya cuma test awak tadi Ariyana.”
Ariyana tidak menjawab.Banyak lah kau punya test.Itu dah kira memfitnah tu.
“Please have a seat.Sebenarnya ada benda yang lebih penting dari itu saya nak cakap.Itupun kalau awak nak dengar cerita saya.”
Ariyana masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri tadi.Dia menunggu kata-kata seterusnya dari lelaki itu.Tapi Faris Ifwat hanya senyap.Perlahan-lahan dia mengalihkan pandangan ke arah lelaki itu.Dia nampak Faris Ifwat memejamkan mata.Eh mamat ni..Ariyana ingin pergi dari situ,tapi hatinya menolak.Akhirnya dia duduk.
Faris Ifwat membuka matanya perlahan-lahan.Serius,tidak dapat digambarkan perasaannya bila melihat Ariyana masih di situ.Sangkanya gadis itu akan terus pergi.Dia merenung gadis itu.Ariyana membalas dengan pandangan redup.Faris Ifwat rasa tenang.Diam-diam,Ariyana juga rasa begitu.Sungguh aneh.Perasaan marah tadi tiba-tiba hilang begitu sahaja.
Tiada kata yang terucap.Hanya bahasa mata menjelaskan segala-galanya.Seakan menghantar isyarat terus ke dalam hati.Faris Ifwat terasa satu getaran yang aneh melanda hatinya.
Ariyana mengerdipkan mata.Seolah-olah baru tersedar dari tidur.Faris Ifwat juga begitu.
“Encik Faris nak cakap apa dengan saya tadi?”soal Ariyana berpura-pura selamba seperti tiada apa yang berlaku.
“Saya..err..hurm..saya pun dah lupa apa saya nak cakap sebenarnya.”Faris Ifwat juga berlagak cool.Memang dia sudah lupa apa sebenarnya yang dia ingin sampaikan tadi.Hilang,hilang semuanya.
Ariyana mengangguk.”Kalau macam tu boleh kita balik sekarang?”
“Err..awak nak balik dengan saya?”soal Faris Ifwat lurus.
Ariyana mengangguk malu.Alamak,tadi marah sangat.Dia pun tidak tahu,rasa marah terus hilang.Lagipun,dah malam-malam ni..macammana nak balik sorang-sorang.Jadi disimpan egonya untuk sementara waktu.Keselamatan mesti diutamakan.
“Tapi boleh kita singgah mall dulu tak?Mana lah tahu kalau basikal Dewi ada kat situ lagi.”
“Sure-sure.Why not?Jom.”Faris Ifwat menjawab pantas.Demi mu Ariyana,lautan api sanggup kurenangi.Haha.
“Eh encik Faris.Dewi dengan Azree?”soal Ariyana.Lupa pula dengan kehadiran kawan-kawannya.Di mana mereka?
Tidak sempat Faris Ifwat menjawab,Dewi sudah pun muncul.Dengan Azree di belakangnya.
“Eh?”Ariyana buat muka pelik.Baru sebut nama dah sampai?Wah..hebat!
Dewi tersengih.”Jom.Aku tak sabar nak cari basikal aku ni.”
Azree di belakang hanya senyap.Ariyana menggeleng kepala.Bahu Dewi dirangkul lalu menuju ke luar restoran.Faris Ifwat dan Azree mengikut dari belakang.
“Thanks bro.Jasa kau aku ingat sampai mati.”Faris Ifwat menepuk bahu adiknya.
Azree mengangguk lemah.
Sampai di pintu keluar restoran,mereka bertembung dengan tiga orang wanita.Dan salah seorang daripada mereka menghampiri Faris Ifwat.
“Oh my god!I can’t believe this.Faris,what are you doing here?Honey,I really miss you.”Tiba-tiba Faris Ifwat dipeluk.Dan wanita itu melagakan pipinya kiri dan kanan.Faris Ifwat nampat agak kaget.Gadis itu bertanya itu ini dan Faris Ifwat membalas dengan sengihan.Faris Ifwat memandang Ariyana.Jelas nampak muka bersalah ketika itu.
Ariyana buat-buat tak nampak.Di dalam hati hanya tuhan yang tahu.Dia memandang Dewi yang sedikit ternganga mulutnya menyaksikan aksi itu.Tangan Dewi ditarik.
“Eh,nak pergi mana?Err..Yana,kau okey kan?”soal Dewi serba-salah.
Ariyana mengangguk lemah”Jom tunggu kat luar.”.
Faris Ifwat mengalih pandangan sekali lagi.Ariyana dan Dewi sudah hilang dari pandangan.Dia menepuk dahi.
“”Honey,whats wrong with you?I dah lama tak jumpa dengan you.Can we spend time together tonight?I betul-betul rindu you.You join dengan member-member I okey honey?”pujuk gadis itu dengan gaya menggoda.
Faris Ifwat menggeleng pantas.Mata masih dihalakan ke luar.”Sorry Maria.I can’t.”Dan selepas itu dia terus berlari keluar.Satu lagi masalah.Apapun,gadis itu mesti dicari untuk diterangkan segalanya.