Singapore - Universal Studio singapore

Trip : Singapore - Universal Studio Singapore
29 Aug 2015 - 31 Aug 2015


Tune Hotel = rm85
Tiket USS(include bus) = rm208

Cuti merdeka aku dengan Milah plan untuk ke USS Singapore. Ni first time aku ke luar negara.Cewahh.excited.hehe

First aku kena la buat passport. Aku buat passport di UTC Pudu. Sekejap je siap. Bayaran RM200 untuk 5 tahun. Lepas dah settle buat passport aku book tiket dengan kawan UMP, Dayah. Kebetulan dayah ni keje dengan travel agency di Johor. So tiket USS aku beli dengan harga RM208 termasuk bus dari Johor ke Singapore.

So bertolak lah kiteorang ke JB. Sampai sana stay dekat Tune Hotel. Semalam je, sorang dalam RM85. Memang plan stay dekat JB sebab nak save budget. Sampai sana terus mati kutu.Tak tau nak pegi mana. Aku pun mesej dayah..dan dayah cakap lepas habis kerja dia amek kiteorang.Wow gembiranya. Sebab aku ada 2 wishlist..nak makan murtabak cheese dan abc macam dalam blog cik epal.

Then dayah datang bawak kiteorang jalan2 sekitar JB.Dan bawak pergi makan murtabak cheese dan abc.Thanks dayah.Pastu dayah bawak kiteorang pergi mall, aku dengan Milah pun beli la roti untuk dibawa pada keesokan harinya.

USS Singapore.

Sampai je sana terus bergambar dekat globe. Time tu ramai orang.Lepas dah bergambar kiteorang masuk ke dalam.Tengok map yang diberi, kiteorang pun mengatur strategi nak mula dari mana.haha.Sebab ada baca dalam blog..kita kena bijak pilih supaya dapat main semua aktiviti.Yela ada yang kena beratur panjang.

Start dari pintu masuk tu ada Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away last sekali Madagascar. Kena pandai pandai bahagi masa supaya sempat naik semua rides dari pagi sampai maghrib dekat situ, okay?