Cinta Tetap Milikmu



Cinta Tetap Milikmu

"Tina..cepat turun makan,"jerit Tengku Balqis.

Hisy..budak bertuah ni..bibik,tolong panggilan Tina.Tanya dia,tak nak pergi kerja ke hari ni.. "bebel Tengku Balqis lagi.

"Kejap la mama..nak turun la ni.."Tina menuju ke rak yang menempatkan koleksi begnya.Matanya melilau kiri kanan.Tangannya menunjuk satu persatu.'Yang ni..oh,bukan..yang ni..emm..ha,jumpa pun!'Tangannya mencapai beg jenama Guess .Kasut!Dia melangkah ke rak kasut yang terletak di sebelah rak begnya."Hemm..warna ape eh?Ha..hitam!Hitam itu menawan.."

Tiba-tiba dia meraba telinganya.Kosong!Alamak,anting-anting.Terlupa pulak.Dia menuju ke arah meja solek.Mencapai kotak yang berisi koleksi anting-anting.Kemudian kotak yang berisi koleksi jam.Dan juga kotak yang berisi koleksi rantai.Dia memandang cermin.Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Yeah..almost perfect!

"Tina!!!!"
"Ye mama..I'm coming!"Tina berlari-lari anak menuruni tangga.Sampai di anak tangga yang terakhir..
"Opocot!!"
"Bibik!Mana pulak datang kain buruk ni??Nasib baik saya tak tersembam jatuh macam nangka busuk,"jerit Tina lantang.

Bibik datang dengan tergocoh-gocoh."Maaf bu Tina.Bibik tertinggal tadi kain buruknya di atas tangga.Bibik terlupa.."ujar bibik dengan takut-takut.

"Hisy bibik ni.Lain kali kain buruk tempatnya di dapur..bukan di atas tangga.Mengerti?"
Bibik mengangguk.Tina pula menggeleng.Pantas dia berlalu ke ruang makan.Dilihatnya Tengku Badrul, Tengku Balqis dan Tengku Aidil sudah menanti di situ.

"Morning papa,mama,abang Aidil "ucapnya sambil menarik kerusi.

"Amboi..lamanya tuan puteri ni bersiap..macam pengantin.Ni nak pergi office ke nak pergi majlis tari menari ni?"usik Tengku Badrul.

"Dia practice tu papa..kan next month nak jadi pengantin dah."Giliran abangnya,Tengku Aidil pula menyambung.

"Ma..tengok papa dengan abang ni.."Tina memuncungkan mulut.Faham sangat dengan perangai papa dan abangnya yang suka mengusik.Tengku Badrul dan Tengku Aidil ketawa.

"Dah nak jadi isteri orang pun kuat merajuk lagi ke tuan puteri oii."Tengku Aidil masih tidak puas lagi menyakat adiknya.

"Hisy..dah-dah.Pagi-pagi pun nak bertekak..papanya pun sama jugak.Cepat breakfast,kang lambat pulak masuk office,"ujar Tengku Balqis menamatkan pertelingkahan.Tina tersenyum kemenangan.Dia memandang makanan di atas meja.

"Bibik!!"
Seperti biasa bibik tergocoh-gocoh lari."Ada apa ibu Tina?"

"Mane saya punya cornflakes?Kan saya dah bagitau bibik,saya tak makan nasi goreng pagi-pagi ni..Hisy..bibik ni pelupa laa,"bebel Tina.
Bibik menggaru kepala."Iya..bibik ambilkan sekarang."Serentak dengan itu dia berlari ke dapur.

"Laaa..makan jela.Tina ni cerewet betul.."ujar Tengku Aidil.

"Tina mana boleh telan nasi pagi-pagi ni.Nanti muntah...mama,Tina tak suka la bibik baru ni.Asyik lupa je.Baru cakap semalam dah lupa dah.Tak sama macam Mak Jah."

Tengku Balkis menggeleng."Semua orang gaji yang kita ada Tina bandingkan dengan Mak Jah.Semuanya Tina tak suka.Semuanya Tina complain..Susahlah macam ni.Janganlah cerewet sangat.Nanti diorang semua lari,kita jugak yang susah."

"Habis tu,Mak Jah sorang yang faham Tina.."

"Tapi dia dah takde Tina.."Tengku Balqis mengingatkan sekali lagi.Dia tahu Tina amat menyayangi Mak Jah.Tapi orang tua itu telah meninggal setahun yang lepas.Dan masuk kali ini,sudah lebih enam kali mereka menukar pembantu rumah.Semuanya gara-gara sikap Tina yang begitu cerewet dan pembersih.

"Bibik!!!"jerit Tina tiba-tiba.
"Ya ibu Tina..bibik datang ni.".'Ya Allah,bisa gugur jantung aku dibuat dek perempuan ini.Terpekik-terlolong..'

"Bibik,kenapa kasi saya sudu yang ada ukiran ni?Kan saya dah cakap awal-awal,saya tak suka sudu yang ada ukiran.Bibik ni..memang menguji kesabaran saya betulla.."

"Laaa..sudu pun bermasalah jugak?ape pulak masalahnya dengan sudu tu?"soal Tengku Aidil .Pening betul dia melihat kerenah adiknya itu.

"Abang,Tina tak boleh makan la guna sudu macam ni."

"Apasal pulak?"soal Tengku Aidil.

"Abang tau tak,Tina bayangkan dalam ukiran kat tangkai sudu tu ada kuman-kuman,bakteria..eiiii.."ucap Tina dengan mimik muka seperti kegelian.

"Hisy..merepek la Tina ni.Dah bibik,pergi ambik sudu biasa macam dia mintak tu.Lepas ni bibik pergi tidur.Kalau Tina panggil lagi,bibik buat-buat tak dengar je."



*****************************


"Zain,papa serahkan Tina kepada kamu.Papa harap kamu dapat jaga dan bimbing Tina sebaiknya supaya menjadi isteri solehah.Terimalah dia seadanya.Papa tau Tina mempunyai banyak kelemahan dan papa percaya kamu mampu bimbing dia.Banyak dugaan yang akan kamu tempuhi dalam menempuhi alam rumahtangga ni.Perkahwinan ni tak semudah masa kamu berdua bercinta dulu.Bila dah tinggal sebumbung,baru kamu akan tahu kelebihan dan kekurangan pasangan kamu.Paling penting,gunakan akal fikiran yang rasional.Papa tau Tina tu kadang-kadang emosional sikit,cerewet pulak tu.Sampai kami pun pening nak melayan kerenah dia.Tapi papa tau dia anak yang baik.Papa harap dia juga boleh menjadi isteri yang baik untuk kamu."Begitulah pesanan panjang lebar dari Tengku Badrul.

Zain mengangguk."Insyaallah papa,Zain akan cuba untuk jadi suami yang terbaik.Bila Zain ambil keputusan untuk kahwin dengan Tina,Zain dah bersedia untuk menerima dia seadanya.Biar apapun yang terjadi,Zain janji..hanya Tina yang akan jadi teman hidup Zain untuk selama-lamanya."


*****************************

"Abang,cantik kan bulan tu."
"Hemm..apa dia?"soal Zain sekali lagi.Kurang jelas.
Tina menarik muka."Beranganla tu..Tina cakap..bulan tu cantik kan.."
Zain mengelus rambut isterinya."Ooo..emm..cantik.Tapi sayang..lagi cantik dari bulan tu."
Tina menampar lembut bahu suaminya."Abang ni.."
"Betulla..bulan tu memang cantik..kalau tengok dari jauh.Tapi kalau dekat kan buruk..berkawah-kawah.Tapi Tina..jauh ke..dekat ke..still cantik pada abang."

Tina tersenyum.Kembang kucup hatinya menerima pujian dari suami tersayang."Do you know why I love you so much?Abang ni memang pandai bodek Tina .Abang tau kan Tina ni degil,keras kepala,panas baran...Tapi dengan abang,senang je hati Tina ni cair tau."

Zain ketawa."Tapi sekarang ni Tina dah jadi isteri abang..so,kurangkanlah sikit perangai budak-budak yang Tina selalu buat masa kita bercinta dulu tu k.."

Perangai budak-budak?Tina mencebik bibir."Abang dah penat layan karenah Tina eh?Huh..abang jugak yang cakap..always be yourself..dah perangai Tina macam ni,nak ubah macammana lagi?"

"Ala yang,biar berpada-pada la..lagipun,papa dah serahkan Tina kat abang.Kalau Tina degil jugak,abang rotan!"
Tina menjegilkan mata."Abang!"Satu cubitan terus singgah di peha suaminya."Aduh!Ok2..Tina ni ganas betul..eh,haritu abang pesan sebelum kahwin,belajar masak dengan bibik..Tina ada buat tak?"soal Zain tiba-tiba.

"Err..ada..."Tina mengangguk cepat."Tapi kan bang,bibik tu pun bukan reti masak sangat.Dia ajar Tina masak makanan Indon je tau.."ujar Tina bersungguh-sungguh.

"Ye ke?Ala..kira ok la tu..at least Tina dah ada basic memasak sikit-sikit kan.Hemm..sempena meraikan perpindahan kita ke rumah baru ni,apakata esok Tina masak untuk lunch?Lagipun esok Tina cuti lagi kan?Abang teringin sangat nak rasa masakan isteri abang yang sedap ni.Boleh kan yang?."

"Esok??"
"Yer..esok la..Tina tau kan makanan favourite abang?"
"Err..tomyam?"soal Tina meminta kepastian.Zain mengangguk.
Alamak,habis la aku..macammana pulak aku nak masak tomyam ni?
"Yang..ooo..yang!"

"Err..boleh-boleh.No problem."Tina berkata dengan penuh yakin.Dia mengangkat ibu jarinya.Dalam hati hanya tuhan yang tahu.Hendak berterus terang yang dia masih tidak dapat menguasai walaupun asas memasak,dia malu.Dia tidak mahu Zain memandang rendah terhadap kebolehan memasaknya.Dia tahu Zain paling lemah dengan wanita yang pandai memasak.Lagi-lagi yang pandai masak makanan kegemarannya.

Zain tersenyum senang."Jom tidur yang..penat la kemas barang siang tadi.."


******************************************

"Ala,mana pulak mama ni..time orang perlukan dia la susah sangat nak cari.."Tina merengus.Dicubanya sekali lagi menelefon Tengku Balkis.Tetapi gagal lagi.

Hisy,apa aku nak buat ni..Dia memandang barangan mentah yang dibeli suaminya di pasar.Brokoli,carrot,putik jagung,bawang..dipegangnya satu persatu tanpa tujuan.Sumpah,tidak pernah seumur hidupnya dia memasak menggunakan semua ini.Selama hidupnya,Mak Jah yang menguruskan makan minumnya sehinggalah orang tua itu meninggal dunia.Dia dimanjakan oleh Mak Jah sehingga dia tidak berpeluang menyentuh langsung perkakas dapur.Masakan apa yang dia tahu?Masak nasi pun belum tentu lulus lagi.Rasanya,kali terakhir dia memasak,sewaktu tingkatan tiga.Itupun kerana disuruh guru matapelajaran Ekonomi Rumah Tangga untuk memasak pancake.

Telefon berdering."Ha,mama..mama pergi mana tadi?Tina call tak dapat pun.."bisik Tina perlahan.Takut Zain yang sedang menonton tv di ruang tamu mendengarnya.

"Mama ada meeting la dengan Datin-Datin ni.Tina tau tak,semua dah sepakat tau nak pilih mama jadi pengerusi Kelab Datin Semalaysia ni.Tina tau..mama.."

"Mama...mama kena tolong Tina.Tina ada masalah besar ni..mama kena ajar Tina masak.Abang Zain suruh Tina masak tomyam,tapi Tina tak tau.Mama cepat kasi resepi.Tina betul-betul dah buntu ni.."

"Tomyam?"soal Tengku Balqis.

"Yela..Tina mana reti masak,lagi-lagi masak tomyam.Tomyam pun Tina tak pernah makan selama ni.Cepatla ma..kasi step by step."

"Err..ok2.barang-barang dah beli?"

"Dah.Abang Zain beli kat pasar tadi,"jawab Tina pantas.

"Err..Tina basuh la dulu sayur-sayur tu."

"Basuh..oh,kejap eh mama.Hmm..ok,dah.Lepastu?"

"Lepastu..err..lepastu..Tina,sebenarnya mama pun tak berapa tau la nak masak tomyam,"akhirnya Tengku Balqis terpaksa mengaku.

"Hah?Takkan la mama tak tau.Cepatla ma,Tina tak tau nak tanya siapa dah ni.."

"Betulla..err..Tina pun tau kan,mama bukannya rajin masak sangat.Tapi masak makanan yang lain mama terror tau..Papa Tina pun selalu puji.Contohnya chicken chop,spaghetti,lasagna..maggi kari..Tomyam ni,dia susah sikit.Kena ada skill Tina.."

"Ala ma..mama cakap jelah apa yang mama tau.Tina betul-betul terdesak ni."

"Hmm..oklah.Tapi kalau tak jadi jangan salahkan mama!"


******************************************

"Yang..kenapa nasi ni macam lembik semacam je ek?"

"Lembik?Ish..mana ada..Tina dah masak secukup rasa tadi tau.Ala abang,nasi tu tak penting.Ni ha,Tina ada masak lauk tomyam special untuk abang.Macam yang abang pesan malam tadi.Emm..rasa la,"ujar Tina penuh keyakinan.Dia menyenduk tomyam itu ke dalam mangkuk kecil lalu disuakan kepada suaminya.

"Wah..nampak macam sedap je.Tina tak makan sekali?"soal Zain sambil menghidu aroma tomyam di dalam mangkuk.

"Takpela,abang makan dulu.Isteri yang baik patutnya layan suami makan kan.."ucap Tina dengan lembut dan manja.

"Ya Allah,bagusnya isteri abang ni..kalau abang tau Tina macam ni,10 tahun dulu abang dah datang pinang Tina buat bini tau!"

Tina mencebik bibir."Ala abang ni..main-main pulak.Cepat la rasa tomyam tuh.."

"Okey-okey."Zain menghirup sedikit tomyam di dalam mangkuk.Dia termenung seketika,menghalusi segala rasa dalam masakan itu.

"Ha,macammana?Sedap?"soal Tina penuh pengharapan.Dia menopang dagu memandang suaminya.Siapla kalau cakap tak sedap.Berpeluh-peluh aku masak tadi.Ingat senang ke nak suruh Tengku Qistina masak?

"Err..tomyam ni bukan tak sedap yang..tapi.."Zain masih gagal memberi komennya.

"Tapi apa bang.."soal Tina lembut,tapi penuh makna.

Tapi memang tak sedap pun!Sedap lagi tomyam kat kedai mek kelantan+Thailand yang aku selalu makan sebelum kahwin dengan Tengku Qistina ni.Aduh..Teruknya rasa tomyam nih.Macam rasa kuah kari dicampur asam jeruk dicampur pulak dengan budu..haha.Nasib baik la aku sayang giler kat wife aku ni.Ish-ish,inilah nasib kalau kahwin dengan anak manja..

"....err..sedap,cuma rasa dia pelik sikit la yang.Eh Tina,abang nak pergi toilet kejap eh.Sakit perut la.."Cepat-cepat Zain berlalu sebelum Tina dapat menghidu suara-suara nakal yang bersuara dalam hatinya.Dan sebelum dia dipaksa menghabiskan tomyam yang rasanya amat pelik itu.Entah apa ramuan yang diletakkan isterinya,dia sendiri tidak tahu.

Tina memerhatikan suaminya berlalu dengan perasaan geram.Dia mengambil sudu lalu mengambil sedikit kuah tomyam.Dia sendiri tidak tahu bagaimana rasanya tomyam.Untuk pertama kalinya dia merasa makanan itu."Uwekkk!!"

"Arghh..takpe..jangan cepat give up Tina.Kau memang takde bakat memasak,tapi aku tau kau tu kreatif.Kau boleh fikirkan idea-idea lain untuk ambil hati suami kau.Kau kena buktikan pada Zain yang kau macam perempuan normal lain yang boleh memasak.Yeah!Tengku Qistina mesti sentiasa berusaha!"


***********************************

"Abang,hari ni Tina masak special tau.."
"Special?Err..Tina masak apa?"
"Ha..harini Tina masak tomyam special lagi,memang special untuk abang.Sekejap eh,Tina nak hidangkan makan malam untuk kita.."Tina berlalu ke dapur dengan senyuman kecil.

"Eh..tak payahlah yang..abang puasa hari ni!"ujar Zain pantas.Tapi sayang Tina tidak mendengarnya.Zain menggaru kepala.Hisy..masalah besar ni.Entah apa lagi rasa tomyam yang dimasak oleh wanita itu.Bukan apa,dia sebenarnya sudah serik dengan masakan Tengku Qistina.Sudah tiga hari berturut-turut Tina memasak tomyam untuknya.

Hari pertama,dia masih boleh memaafkannya dan memberi alasan untuk menolak tomyam yang rasanya amat pelik itu.Hari kedua pula dia berharap Tina dapat memperbaiki masakannya.Tetapi akhirnya dia terpaksa menutup hidung,dan menjamah tomyam yang tetap tidak sedap itu untuk menjaga hati isteri kesayangannya itu.Sampaikan dia cirit birit seharian.Entah apa yang diletak oleh Tina dia sendiri tidak tahu.Tapi untuk hari ni,dia sudah kehabisan idea untuk menolak.Dia juga betul-betul tidak sanggup untuk menyedekahkan perutnya untuk dijadikan bahan eksperimen Tina.Tina,isterinya..memang tidak boleh memasak!Itu kenyataan..

"Abang,jom makan.."

"Err..yang,abang nak tengok tv dulu ni.Kejap lagi la eh,"pintas Zain cepat.Matanya melekat memandang kaca tv untuk menunjukkan yang dia betul-betul serius berminat dengan cerita yang ditayangkan.

"Ala abang..jomla makan sekarang.Penat Tina masak ni.."ucap Tina,masih lagi lembut.Dia menuju ke arah suaminya lalu mengurut manja bahu suaminya.

"Hisy..kejap la yang.Kan abang tengah tengok movie ni.Tina pergi makan dulu la."
"Abang..jomla.."
Zain tidak menjawab.Matanya difokuskan ke arah tv.
"Abang!!!"Tina menjerit geram.

"Eh,apasal jerit-jerit ni?"soal Zain.Matanya dikalihkan ke arah Tina.
"Abang tu la.Nak ajak makan pun susah sangat.Bukannya Tina suruh abang masak pun.Abang ni memang tak berperasaan.Dahlah Tina penat baru balik kerja,lepastu terus masak untuk abang.Abang pulak boleh sedap-sedap je tengok tv.Abang ingat Tina orang gaji ke kat rumah ni?"Tina menjerit melepaskan perasaan geram.Dia membeliakkan mata memandang Zain.

"Yang Tina terjerit-jerit,meninggi suara kat abang ni kenapa?Berdosa tau tak?Kalau Tina nak tau,masakan Tina memang tak sedap langsung.Tomyam yang Tina masak tu pun ntah apa-apa rasanya.Mak abang masak tomyam sepuluh kali lagi sedap dari Tina.Mek Thailand kat kedai tu pun dua belas kali ganda masak lagi bagus dari Tina.Itulah,abang suruh Tina belajar masak dari dulu tak nak,manja sangat.Lepastu nak paksa-paksa abang makan tomyam Tina yang pelik tu pulak."Zain juga sudah mula meninggikan suara dan berdiri menghadap isterinya.

Tina terkedu.Air mata yang spontan bergenang di mata cepat-cepat diseka.Tidak mahu Zain melihatnya.Dia memang manja,tetapi dia paling benci menangis di hadapan orang.Tina betul-betul tersentap dengan kata-kata Zain.Memang dia tidak pandai masak,tetapi kata-kata yang dilemparkan Zain dirasakan amat melampau.Membandingkan dirinya dengan mek yang bekerja di gerai makanan seafood itu?Ahhh..betul-betul satu penghinaan!

Zain juga terus terdiam bila menyedari ada air jernih di tubir mata isterinya.Kasar sangat ke aku cakap tadi??

"Err..Tina.."Zain cuba menyentuh bahu isterinya.

"Dont touch me!!!Tina tau memang Tina tak pandai masak.Tina tak pernah masuk dapur selama ni.Tapi Tina dah berazam untuk berubah lepas Tina kahwin dengan abang.Sebab tu Tina cuba jugak masak walaupun Tina tau abang memang tak suka dengan masakan Tina.Abang ingat Tina tak tau,abang pergi makan setiap malam kat gerai seafood tu.Abang ingat Tina tak nampak macammana mesranya mek Thailand tu layan abang kat kedai tu?Sampai hati abang.. kalau abang ada affair dengan mek Thailand tu pun bukannya Tina tau kan..Tina tau,Tina ni panas baran,degil.Dahlah,Tina nak balik rumah mama!"

"Tina!Tunggu.Abang.."Zain cuba memegang tangan Tina namun wanita itu cepat-cepat merentapnya.Dia mencapai handbag dan kunci kereta lalu menuju ke arah pintu.

"Tina,jangan macam ni.Jangan tinggalkan abang,"pujuk Zain.Dia berlari anak mendapatkan isterinya di muka pintu.
"Abang pergilah kat mek tu.Tina ni tak guna.Tina.."Tina tiba-tiba pengsan.Nasib baik Zain bertindak cepat, memaut tubuhnya.

*****************************

"Tahniah..isteri encik disahkan mengandung tiga minggu."

"Hah?Betul ke doktor?Terima kasih doktor..terima kasih banyak-banyak."Zain menggoncang tangan doktor itu berkali-kali.Dia seperti tidak percaya dengan kata-kata itu.Selepas doktor itu berlalu pergi,dia terus duduk di sisi Tina.
"Tina,dengar tak apa doktor cakap tadi?Abang bakal jadi ayah,Tina pulak bakal jadi ibu.Tina dengar tak?"soal Zain berkali-kali.Tangan Tina digenggam erat.Tidak habis-habis dia memanjatkan perasaan syukur ke hadrat Ilahi.

Tina tersenyum melihat kegembiraan suaminya.Dia juga begitu terkejut mendengar berita itu.Hilang terus kemarahan yang disimpan terhadap Zain.

"Tina,abang mintak maaf pasal tadi.Sorry sayang..abang yang salah.Abang tak tepati janji.Abang patutnya terima Tina seadanya.Abang patut hargai apa yang Tina buat.Tina dah cuba bersungguh-sunguh untuk jadi isteri yang baik.Maafkan abang sayang.."ucap Zain sambil merenung wajah isterinya penuh kasih.

Tina diam tanpa reaksi.Zain mengelus-elus rambut isterinya."Tina..please forgive me.."

"Hmm..baiklah."akhirnya Tina bersuara."Tapi janji lepas ni jangan pergi kedai mek tu lagi."

Zain tersenyum lebar."Abang janji!!"


Dua minggu selepas itu,Tina telah memasuki kelas memasak yang bertauliah dan diajar oleh tukang masak terkenal.Bersamanya,kelihatan Tengku Balqis turut bersama-sama dengan anaknya belajar memasak.Khas untuk suami tercinta!

Cinta Pertama





Cinta Pertama

"Belajar rajin-rajin,jangan tinggal sembahyang,jaga diri elok-elok,jangan cari pasal dengan orang,jangan bergaduh.Ingat pesan ibu ni."

Aku mengangguk.Itu kata-kata wajib dari ibu apabila saja mahu melepaskan aku."Yelah ibu.Jangan la risau,Diyah kan dah besar.Dah 20 tahun pun.Pandai la Diyah jaga diri.."aku meleretkan ayat sambil memeluk bahu ibuku. Itulah cara untuk menghentikan bebelannya.Aku pandang kak Nabila yang tersenyum-senyum memandangku.

"Haah la ibu.Dia dah besar.Dah boleh kahwin dah pun,kan naila?"soal kak Nabila sambil memandang kak Naila,seorang lagi kakakku.Naila mengangguk sambil ketawa.

Aku mencebik bibir."Ibu,tengokla akak ni.."aku tidak jadi menghabiskan ayat bila menyedari seorang lelaki yang sedang merenung tepat ke arahku.Aku memandang sekali lagi,untuk memastikan.Alangkah peliknya bila aku lihat dia masih memerhatikan perlakuanku.Sejak bila aku pun tak tau.Aku sedikit cuak.Pantas aku mengalihkan pandangan ke arah ibu semula."Ok la .Bas dah nak gerak ni.Diyah balik dulu eh.Ibu pun jaga diri tau."aku mencium tangan dan kedua-dua belah pipi ibuku.Begitu juga dengan kak Nabila dan kak Naila.Aku mengangkat beg lalu menuju ke arah bas.

"Diyah!!!"
Aku sedikit tersentak mendengar jeritan kecil ibuku.Aku menoleh belakang.Kelihatan ibu memegang beg laptopku.Aduh..terlupa pulak..Kakiku yang baru sebelah memijak tangga bas kuturunkan semula.Namun nasib tidak menyebelahiku.Entah macammana kakiku tergelecek lalu..Adoii!!

Terasa ada tangan yang menyambar badanku.Huh!Nasib baik tak menyembam ke tanah.Aku memejam mata rapat-rapat.Sesaat kemudian apabila aku membuka mata,kulihat seraut wajah yang begitu hampir denganku.Aku terpana seketika sebelum mataku tiba-tiba terfokus pada sejemput janggut pada wajah itu.Ehhh!!Spontan aku menolak badannya dan terus berdiri.

Lelaki itu juga nampak terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu."Err..."suaraku tidak terkeluar untuk mengucapkan sebarang kata-kata.Aku memandang penumpang lain yang turut menyaksikan adegan itu.Aduh..tanpa berlengah aku menebalkan muka menuju ke arah ibu.Aku terus mengambil beg laptop dari tangan ibu.Memandang wajah ibu yang juga seakan terkejut,aku menunjukkan isyarat ibu jari sebagai tanda aku okey.

Aku masuk ke dalam bas dengan wajah selamba.Mencari tempat dudukku.Hah,itupun dia.Tapi..alamak..mamat janggut sejemput tu lagi.Aku buat-buat tidak nampak,dan terus duduk di sebelahnya.Kenapalah aku boleh dapat tempat duduk ni...Aku tahu dia sedang memandangku.Pasti dia sedang mentertawakan aku kerana kejadian memalukan tadi.Hah,ketawalah puas-puas.Aku tak kisah la.Arghh..geramnya.Aku memberanikan diri memandangannya.Sayangnya,tiada segaris senyuman pun di bibir lelaki itu,cuma pandangan matanya yang redup menikam mataku.Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan,melambai tangan pada ibu dan kakak di luar.

Selepas bas bergerak meninggalkan terminal,aku masih tidak berani memandangnya.Aku diam.Sediam-diamnya.Suasana gelap di dalam bas dan penumpang-penumpang lain mula senyap.Pemuda disebelahku juga senyap.Aku tidak tahu apa yang sedang dilakukannya.Hmm..patutkah aku berterima kasih kepadanya kerana menyelamatkan aku?

"Err.."Dalam kelam malam aku lihat matanya terpejam.Aku tidak jadi bersuara.Aku memasang headphone,dan memasang lagu dari mp4 ku dengan volume yang perlahan.Seketika bayangan pemuda berjanggut sejemput itu menerjah fikiranku.Kalau tak salah aku,dialah yang memerhatikan aku ketika menunggu bas tadi.Ya,rasanya aku pasti..

"Err..saudari nak balik mana ?"
Aku terkelu bila mendengar pertanyaanya.Suaranya perlahan tetapi garau.Aku pura-pura tidak dengar.Sangkaku dia akan bertanya sekali lagi.Aku menunggu tapi hampeh..dia hanya senyap.Aku menutup mata,malas mahu memikirkan apa-apa lagi.

Aku tersedar bila terasa sesuatu yang berat di bahuku.Bila aku pandang kiri,aku lihat kepalanya sedang elok melentok di bahuku.Rambutnya yang dibuat spike mencucuk mukaku.Ish..aku menggerakkan bahu sedikit.Dia masih lena,siap berdengkur lagi.Bahuku terasa sengal.Aku pandang mukanya.Terleka seketika.Dalam keadaan gelap,aku masih mampu melihat wajahnya.Handsome jugak mamat nih.Hidung terletak elok,kening pulak agak tebal.Sesuai la untuk lelaki macam dia.Kulit agak cerah,tapi tak la cerah sangat.Mata pulak...Matanya tiba-tiba terbukak.

Hah!Aku menolak kepalanya.Fuh,hilang semangat aku!!Terkejut!!!
Toing!!kepalanya terhantuk di dinding tingkap.Agak kuat juga bunyinya.
"Aduh!!"
"Eh,sorry2!!Awak ok?"soalku gelabah.
Lelaki itu diam.1 saat.. 2 saat... 3 saat..
"Hahaha!"Tiba-tiba dia ketawa.Aku terkejut.Hisy..mamat ni giler ke ape?Ketawa tiba-tiba.Takkan terhantuk sikit dah jadi gila kot?
"Kenapa gelak?"soalku pelik bercampur geram.
Dia menggeleng."Saje suka-suka,"ujarnya dalam tawa yang masih bersisa.Aku rasa dipermainkan.Mungkin dia berpura-pura tidur tadi.Huh!!
"Hmm..awak tak jawab lagi soalan saya tadi.Nak balik mana eh?"
Aku menjeling geram."Kuantan,"jawabku sepatah.
"Oh.Study lagi kan?"
Aku membisu.
"Hmm..study kat mana?"soalnya lagi.Tiba-tiba jadi peramah denganku.Pelik bin ajaib betul.
"UMP."
"Oh..UMP tu apa ek?"
Hisy..mamat ni..memang nak kena la.Aku menjelingnya geram."Universiti Malaysia Pahang..a.k.a UMP.Tau?"
Aku lihat dia mengangguk-angguk."Tau..Saya pun study kat situ jugak.Tak sangka betul kan."
Huh!memang menguji kesabaran betul laaa..dia kenakan aku rupanya.
"Diyah ambik course ape kat UMP?"
"Eh,mana tau nama saya Diyah?"soalku spontan.
"Tadi tu,saya terdengar mak awak jerit.Diyah..Diyah..hemm..cantik nama tu.Macam tuan dia jugak."
Aku mendengus geram."Panggil Nad je."
"Err..Nad?Bukan Diyah ke?"
Alamak..banyak tanya pulak."Tu panggilan dalam family.."
"Full name ape?"
"Nur Nadiah Binti Nazim."Aku menjawab dengan perasaan geram.
Lelaki yang tak diketahui nama itu mengangguk.Selepas itu aku lihat dia diam.Bagus-bagus,dah penat kot bercakap.Aku memeluk tubuh.Semakin lama semakin terasa kesejukan menggigit tulang.Suasana dingin di tengah malam ditambah pula dengan suhu air-cond yang agak kuat.Aku menggosok-gosok tangan.Rasa macam nak demam pulak.Sweater yang kupakai tidak mampu menampung kesejukan yang semakin menjadi-jadi.Menyesal pulak kerana mengenakan selipar biasa.Tapak kakiku terasa amat sejuk.

"Sejuk sangat ke?"soal lelaki itu.
Aku tidak menjawab,hanya menggeleng.

"Tu menggigil tu,boleh tahan tak ni?Err.."Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam beg lalu menghulurkan kepadaku.Aku sedikit pelik.Apa nih?Stokin?

"Err..pakailah.Maybe boleh kurangkan sikit rasa sejuk tu.Jangan risau,ni stokin baru.Saya tak pakai lagi..."ujarnya bila melihat muka aku yang was-was untuk mengambilnya.Aku ingin menolak,tapi tidak sampai hati.Entah kenapa aku sendiri tidak tahu.Sejujurnya,aku tiba-tiba rasa terharu.Hilang sebentar perasaan geram dan bengang tadi.

"Thanks."ucapku pendek.Aku mengenakan stokin bola itu ke kakiku.Dia tersenyum."Emm..cuba letakkan tangan kat bawah peha.Mungkin boleh panaskan sikit tangan awak tu."

"Owh..ok."aku dengan mudah mengikut saranannnya .hmm..entahlah..



*****************************

"Nad,jom keluar bandar.Boringla duduk dalam bilik je weekend macam ni,"ajak Syazlin,salah seorang dari roomate ku.Aku berfikir sebentar.Hmm..betul jugak!

"Orait.Ada kereta sewa tak?"soalku.Sememangnya untuk keluar ke bandar Kuantan,kami menggunakan khidmat kereta sewa yang dilakukan oleh student-student UMP yang mempunyai kereta .Dan untuk student macam aku yang tidak mempunyai kenderaan sendiri,itulah alternatif terbaik daripada menaiki bas yang tidak tetap waktunya.

"Tak carik lagi.Emm..cuba kau sms nombor ni.Tanya abang tu,ada kereta kosong tak hari ni.."ujar Syazlin sambil memgunjukkan cebisan kertas kepadaku.Aku memandang Sarah,seorang lagi roomateku yang sedang leka membaca novel cinta."Sarah,nak join kiteorang tak keluar bandar hari ni?"Sarah mengangguk tanpa kata.

Aku mencapai handphone.

'Salam.Abg,ade kete sewa tak skrg?Sy nak sewa separuh hari..'

5 minit kemudian aku menerima balasan sms dari nombor itu.

'Ade.Kasi full name dgn no.matrik.Ambik kunci kereta kat kafe lagi 10 minit,ok.'

Aku memandang jam tangan."Syaz,mane abang ni,tak sampai-sampai pun.Eh,kau kenal dia kan?"soalku kepada Syazlin.Hampir 10 minit juga kami bertiga menunggu di kafe.

"Entah,sekali je aku sewa kereta dia.Tapi rasanya aku boleh cam kot muka dia.Emm..hah,kalau tak silap itu dia.."Syazlin menunjuk ke suatu sudut di kafe.Aku memandang ke arah yang ditunjukkan.

Aku menggosok mata beberapa kali.Alamak!Mamat janggut sejemput tu la..Serius,aku tidak menyangka akan bertemu lagi dengannya hari ini.Aku hanya memandang apabila Syazlin melambai tangan kepada lelaki itu.Jantungku berdegup kencang bila melihat lelaki itu menghampiri kami.

"Nadiah kan?Ini kunci..kereta Iswara warna hitam..saya park kat pagar depan eh."ujarnya selamba.Daripada riak wajahnya,seolah-olah dia tidak pernah bertemu denganku.Aku menyambut kunci dari tangannya dengan seribu perasaan."Err..thanks."Dia mengangguk.Tetap selamba.

Malam itu aku menerima satu sms dari lelaki itu.Kebetulan nombor telefonnya aku save di dalam handphoneku untuk memudahkan aku sekiranya mahu menyewa kereta di lain waktu.

'Salam.Happy jumpa awak hari ni.Also happy can get your phone number.Rasanya doa saya dah dimakbulkan Allah..:)'

Aku menggigit bibir.Teringat sewaktu dia meminta no telefonku,aku menolak dengan pelbagai alasan.Entahlah,walaupun hati aku sedikit terusik dengan sifat caringnya,aku tetap berdegil untuk tidak menyambut salam perkenalan yang dihulurkan.Aku merenung handphone.Hatiku menyuruh untuk membalas sms itu,tetapi akalku membantah keras.Akhirnya aku membiarkan saja.Satu lagi sms kuterima.

'Dah tido ke?takpelah.Gud nite.Sweet dream..:)'


********************************

Aku berjumpa lagi dengannya.Pertemuan kali ketiga.Secara kebetulan ketika aku jogging di kawasan U.Aku ingin mengelak tapi dia terlebih dulu mendekatiku."Sorang je?"soalnya.

"Kenapa?awak nampak saya jalan berdua ke?"ucapku selamba,cuba menutup kegusaran di hati.

Dia ketawa,menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi."Cik Nadiah,kenapa tak reply sms saya hari tu eh?"

Agak terkejut mendengar soalannya.Aku mengangkat bahu.

"Emm..takut boyfriend marah?"

Aku menggeleng kepala.

"Dah ada boyfriend?"soalnya lagi.

"Saya kena jawab ke soalan tu?"

Dia mengangkat bahu."Up to you.."ujarnya selamba."Tapi orang macam awak..mustahil tak de kan.."sambungnya lagi.

Aku pantas menggeleng."Tak de pun.."

"Tak de?Kenapa?"

"Ntah,tak ada orang nak kot.."ucapku selamba yang mungkin.Namun debaran di hati hanya Allah yang tahu.Serius,aku memang tidak biasa dengan situasi begini.Entah kenapa hatiku rasa berdebar bila memandangnya.

"Ye ke?"soalnya dengan senyuman di bibir."Tak de orang nak ke atau terlalu memilih?Nad tunggu Syeikh Muszaphar kot.."

Aku ketawa.Betul-betul tidak menyangka itu yang akan diucapkannya"Hah?Mane ade la..tak pernah terfikir pun.."

Dia turut sama ketawa.Aku mula rasa selesa dengan sikapnya yang selamba dan ada sense of humor itu.Gayanya juga amat cool.Tidak dapat dinafikan,gayanya bercakap membuat aku rasa tertarik untuk berbual dengannya.Dari agak dingin dan jual mahal tadi,aku mula berbual dengannya.Dia berjaya membuat aku selesa dengan kata-kata dan wajah yang amat bersahaja.Barulah aku tahu serba sedikit mengenainya.Namanya Adam,student Kejuruteraan Kimia tahun 3.Kebetulan satu course dengan aku.Cuma aku adalah juniornya.

"Bagus jugak kereta saya rosak kan.At least saya boleh jumpa Nad dalam bas hari tu,"ujarnya tiba-tiba.

Entah kenapa kata-katanya membuatkan aku tiba-tiba rasa malu.

"Nad,Nad tak kisah kan kalau kita jadi kawan?"soalnya lagi.Aku terdiam.Seketika kemudian aku mengangguk.Sejujurnya,aku suka berbual dengannya.Hatiku rasa senang.Lebih-lebih lagi bila melihat wajahnya yang kacak pada pandangan aku.Hmm..

*********************************************

"Wah,cantiknya!"Aku terpegun sebaik saja rombongan bas kami tiba di Cameron Highland.Adam di sebelahku hanya tersenyum-senyum.Dia sebagai pengarah program bagi program Wawasan Desa IPT untuk ahli-ahli rakan muda mengarahkan kami berkumpul di sekolah sebelum diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing.

Keluarga angkat aku merupakan penjual sayur dan bunga-bungaan segar.Pagi itu kami dibawa berjalan-jalan di sekitar Cameron Highland.Sejak dari dalam bas semalam aku duduk di sebelah Adam.Diam tak diam hampir tiga bulan aku mengenalinya.Dia memang aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Universiti.Aku semakin mengenali perwatakannya.Dan apa yang paling aku dapat kesan,dia memang kaki bola.Tiba-tiba aku teringat stokin bola yang diberikan padaku di awal pertemuan kami.Aku tersenyum sendiri.

"Ni kenapa senyum sorang-sorang nih?Berangan ek?"soalnya tiba-tiba.Aku sedikit terkejut lantas menggeleng."Tak la..mane ade orang berangan.."

"Ye ke?"duganya lagi.

"Betullllaaaa.."aku meleretkan ayat dengan mimik muka yang bersungguh-sungguh.

Adam ketawa."Nad ni manja kan.."

Aku sedikit terkejut.Tidak menyangka itu yang dikatakannya."Mana ade la."

"Yer..patutla pun,anak bongsu kan..First impression bile Adam tengok Nad kat terminal bas hari tu pun,Adam dah boleh agak..yang Nad ni manja.Bila dah kenal,memang betul pun."

Aku menjelingnya tanpa kata-kata.Mataku memandang pemandangan yang amat indah dari dalam bas.

"Adam pelik la.Kenapa Nad tak pernah bercinta sebelum ni ?"

Tidak habis lagi mamat ni rupanya.Aku mengangkat bahu."Entah!"Aku sendiri tidak mempunyai jawapan untuk pertanyaan itu.Mungkin kerana selama ini pergaulanku dengan lelaki agak terbatas.Aku tidak punya ramai kawan lelaki.Ketika sekolah menengah,aku bersekolah di sekolah perempuan.Mungkin juga kerana aku tidak mempercayai cinta monyet.Paling penting,aku takut untuk kecewa.Aku takut disakiti.Aku mahu nanti cinta pertamaku kekal selamanya.

Aku lihat dia masih memandangku.Mungkin tidak percaya dengan jawapan seringkas itu."Hmm..entahlah..mungkin tak jumpa dengan lelaki yang sesuai lagi kot..Nad pun tak tau.Ha,adam pulak.Hari tu bagitau tak de girlfriend.Kenapa?"

Adam terdiam seketika.Dia kemudiannya menggeleng."Entah..sebab tak jumpa Nad kot.."

"Ehhh..ade pulak macamtu.."Aku ketawa kecil.Dia turut sama ketawa.

"Betul la.Nad tak percaya?"

Aku menggeleng setelah tawaku reda."Dahlah,jom turun.Dah sampai la..."Aku percaya kata-katanya hanya gurauan.

"Emm..kalau Adam cakap Adam suka kat Nad,Nad percaya tak?"bisiknya perlahan.Aku yang mahu melangkah kaki turun dari bas hampir tersungkur jatuh.Nasib baik Adam bertindak cepat menarik lenganku.

"Ish..apa Adam cakap ni."aku mengawal rasa malu dengan kejadian yang tidak diduga.Nampaknya sekali lagi dia menyelamatkan aku dari terjatuh ke atas tanah.Merah padam mukaku menahan malu.Aku berjalan mendahuluinya.Dia mengikuti di belakangku.

"I think I'm fall in love with you.."Tiba-tiba dia berada di sebelahku mengucapkan kata-kata itu.Spontan aku memandangnya.

"Apa?"soalku sekali lagi.Aku takut aku tersilap dengar.Aku lihat wajah Adam yang agak cerah juga mula merah seperti malu."Err..jadi special girlfriend Adam,Nad sudi tak?".

Aku memandangnya seperti tidak percaya.Adam menggaru kepalanya sambil ketawa kecil.Tidak percaya dia boleh berterus terang seperti itu."It's ok.No need to give the answer now.Fikir dulu.Bila dah ready nanti bagitau eh."

***************************************
Pagi itu selepas bersarapan dengan keluarga angkatku,aku mengambil angin di luar rumah.Suasana pagi di kampung itu amat nyaman.Kebetulan Adam yang tinggal bertentangan dengan rumah keluarga angkatku juga keluar rumah.Dia tersenyum memandangku.Adik angkatku,Farah tiba-tiba datang menghampiriku.Di tangannya terdapat sekuntum bunga ros segar berwarna merah dan sebungkus gula-gula lollipop berbentuk strawberry.Kedua-duanya diserahkan kepadaku.

"Kak Nad,ni abang Adam kasi."
"Terima kasih Farah."Aku mengambil bunga dan gula-gula itu dengan perasaan berbunga.Untuk pertama kalinya seorang lelaki menghadiahkan bunga padaku.Aku membalas senyuman Adam dengan perasaan malu.Tidak dapat kugambarkan perasaan yang aku alami ketika ini.Aku rasa sangat bahagia.

Kami sekumpulan kemudiannya dibawa ke dewan berhampiran untuk melakukan kerja-kerja amal membersihkan dewan yang sudah agak lama tidak digunakan itu.Adam datang menghampiriku ketika aku sedang mengelap tingkap.

"Hai.."
"Err..hai."Aku cepat-cepat mengelap peluh yang mengalir di dahi.Dia menghulurkan segelas air kepadaku.
"Nad..penat tak?"
"Bolehlah..penat jugak.Tapi best,keluar jugak peluh kan.."jawabku.
Adam mengangguk."Nad.."Dia tidak jadi meneruskan kata-kata bila seorang dari ahli rombongan kami memanggilnya."Kejap eh Nad."Dia meminta diri.

Aku meneruskan kerja.Di hati berbunga rasa-rasa cinta.Aku juga tidak tahu sejak bila aku sukakannya.Mungkinkah ini yang dinamakan cinta?Aku sendiri tidak pasti.Handphoneku berdering.Aku membuka mesej yang masuk.

Nad,stuju x jadi girlfriend Adam?

Aku mengetap bibir.Jawapan apa yang harus kuberikan padanya?Jari perlahan-lahan menaip mesej.

Nad tak tau la..Nad tak pasti btul ke Adam sukakan Nad..

10 minit berlalu.Dia masih tidak membalas mesejku.Aku kecewa.Aku hanya ingin dia meyakinkanku yang dia benar-benar sukakan aku.

Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra diriku

Banyak kata yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu..

Aku ingin engkau selalu..
Hadir dan temani aku..
Di setiap langkah..
Yang meyakiniku..
Kau tercipta untukku...
Sepanjang hidupku...

Tepukan bergema seisi dewan selepas Adam habis menyanyikan lagu itu.Hampir seluruh penduduk kampung menyaksikan Malam Kebudayaan yang diadakan sebagai acara penutup setelah tiga hari kami berada di Cameron Highland. Adam masih berdiri tegak.Pandangannya ditujukan kepadaku.Riak wajahnya begitu mengharap.Perlahan-lahan aku mengangguk.Mata kami bertaut lalu kami sama-sama tersenyum bahagia.

***************************************

Namun kebahagiaanku tidak bertahan lama.Suatu malam aku menerima satu mesej di friendsterku.

Please give me ur phone number.I want to ask u something.About Adam...

Hatiku berdebar.Bila kubuka page orang yang menghantar mesej kepadaku,kulihat dia seorang gadis.Aku melihat gambar-gambarnya.Cantik..nampaknya gadis itu bukan berada di Malaysia.Aku terkejut melihat sekeping gambar yang diletakkan.Gambarnya bersama Adam.Nampak mesra sekali.Hatiku rasa sebak tiba-tiba.

"Saya special girlfriend Adam.Kami dah kenal dari kecil lagi.Walaupun saya jauh,saya tetap ikuti perkembangan dia.Saya tak peduli siapa pun awak,saya cuma mahu awak putuskan hubungan dengan dia.Percayalah,Adam hanya main-mainkan awak.Dia tak mungkin sukakan awak."

Selepas telefon diletakkan,air mataku mengalir deras.Kata-kata gadis itu betul-betul menyakitkan hatiku.Aku betul-betul tak sangka Adam telah menipuku.Rupa-rupanya selama ini dia hanya mempermainkanku.Menabur kata-kata indah hanya untuk melepaskan sunyi kerana teman wanitanya berada jauh di luar negara.Kenapa aku begitu bodoh untuk mempercayainya?

Aku ketawa hambar.Terasa begitu bodoh.Untuk pertama kalinya aku ditipu oleh seorang lelaki.Dan aku tidak tahu kenapa aku begitu mudah memberi cintaku padanya.Sedangkan selama ini aku begitu berhati-hati.Aku sangka dia cinta pertamaku dan semuanya akan berakhir dengan kebahagiaan.Tapi semuanya bukan seindah yang aku sangka.Dia telah merosakkan keindahan cinta pertamaku.Benci!Aku bencikan dia!!

**************************************

"Nad,kenapa ni?Kenapa jauhkan diri dari Adam?"

Aku tidak menjawab.Aku mempercepatkan langkahku.Adam masih mengejar."Adam ada buat salah ke?Jangan macam ni..kita boleh berbincang."

Aku terus-terusan membisu.Tiada apa yang perlu dibincangkan lagi.

"Tunggu!"Adam berdiri di hadapanku.Langkahku terhenti.Dia memandangku."Adam tak puas hati.Apa salah Adam?Kalau Nad dah ada orang lain,bagitau.Tak guna larikan diri macam pengecut."

"Hah?"Nampaknya dia menguji kesabaranku.Aku ketawa sinis."Siapa pengecut?At least Nad tak hipokrit macam Adam.Nad tak pernah tipu Adam.Nad tak macam Adam,mengaku single walaupun dah ada awek.Nad tak main-mainkan perasaan orang macam yang Adam buat."

Adam terdiam."Apa maksud Nad?"
Buat bodoh konon!"Siapa Dania?"
Sekali lagi Adam terkedu."Err..macammana Nad kenal Dania?"
Aku ketawa kecil.Menutup kelukaan di hati.Melihat reaksinya saja aku sudah betul-betul terluka.Sudah jelas lagi nyata,dia telah menipuku selama ini."Tak payahlah Adam tau,tu semua tak penting.Nad cuma nak ucapkan terima kasih.Terima kasih sebab bagi Nad satu pengajaran yang cukup berharga.Dan ajar Nad tentang cinta.Nad memang bodoh,sebab cepat sangat perasan.Nad ingatkan Adam sukakan Nad.Maaf kalau Nad ada buat salah sepanjang kita kenal."

Adam terdiam lagi.Tanpa menunggu apa-apa jawapan darinya,aku terus melangkah.Aku tahu tidak ada apa-apa alasan lagi yang boleh dikatakannya.Tidak guna untuk aku terus mengharap.Teman wanitanya sepuluh kali lebih sempurna dariku.

*********************************************

2 hari selepas itu aku menerima emel darinya.

Maaf kalau menganggu.Adam harap Nad boleh baca coretan ni sampai habis.Adam tak pernah berniat langsung untuk menipu,apatah lagi untuk menyakitkan hati Nad.Sejujurnya,Adam memang dah jatuh cinta sejak pertama kali kita bertemu.Adam tak pernah rasa perasaan tu sebelum bertemu dengan Nad.Sebab tu Adam cuba rapatkan diri dengan Nad.

Ya,memang Adam dah lama kenal Dania.Dia kawan Adam sejak kecil lagi.Adam dah cuba untuk terima dia,tapi Adam tak boleh.Adam hanya anggap dia macam kawan.Adam tak pernah rasa bahagia bila bersama Dania macam Adam rasa bila bersama Nad.

Dania tu dah cukup sempurna.Dia tak perlukan Adam sebenarnya.Bila dengan dia,Adam rasa kecik sangat.Tapi bila bersama Nad,Adam rasa diperlukan.Adam rasa boleh cerita everything bila bersama Nad.Sorry kalau selama ni Adam tak bagitau perkara sebenar.Adam tak nak kehilangan Nad.Serius,Adam betul-betul sayangkan Nad.Semua ciri-ciri yang Adam nak ada pada Nad.

Terima kasih sebab sayangkan Adam dengan ikhlas.Adam nak Nad tau,Adam tak pernah main-mainkan Nad.Percaya pada gerak hati sendiri,Adam tau Nad pun rasa apa yang Adam rasa selama ni.Percayalah,Adam akan tetap sayang Nad sampai bila-bila.Kalau sekarang Nad masih belum sedia untuk terima Adam,Adam akan tunggu.Tunggu sampai hati Nad terbuka semula..


Air mataku mengalir selepas habis membaca emel itu.Aku tidak sangka itu sebenarnya yang berlaku.Aku tidak tahu samaada mahu mempercayai kata-katanya atau tidak.Percaya pada gerak hati sendiri..ya..Hatiku mengatakan apa yang dikatakannya itu benar.Aku percaya pada hatiku dan aku percaya pada cintanya.Hmm..aku tidak mahu memikirkan apa-apa sekarang.Biarlah masa yang menentukan.Paling penting,aku sedar..cinta itu amat indah.Cinta pertamaku juga indah.Apa saja yang berlaku,tentu ada hikmah disebaliknya.

Aku juga amat menyayangimu Adam....

Unggulnya Cinta


"Mimie!Mimie!"Mimie menoleh belakang.Kelihatan Anis berlari-lari anak mendapatkannya.

"Cepatnya jalan...tak tunggu pun.."

"Sorry Anis..Mimie ingat Anis dah balik tadi.Jom!"Mimie menarik tangan Anis.Mereka berdua berjalan seiring.

"Nampak macam nak cepat je.Ha,ade date eh..."usik Anis.Mimie senyum malu."Mana ade la...Mimie ade hal sikit hari ni.Tu yang jalan cepat sikit."

"Hai..lajunya jalan.Tak pandang kiri kanan langsung.."Langkah Mimie dan Anis terhenti bila dihalang oleh tiga orang gadis.Anis menjeling geram.

"Rilek la.Apasal nampak macam kelam kabut sangat ni?Anis,you tak kesian ke tengok Mimie ni?Jalan la slow-slow sikit..I tau la you memang slim..tapi kawan you..haha.Kesian dia termengah-mengah jalan tau.Kan Mimie?You mesti penat kan.."Salah seorang dari gadis itu menghampiri Mimie,memandangnya dari atas ke bawah.

"Hey,yang korang sibuk sangat ni kenapa ha?Kiteorang nak jalan laju ke,slow ke..suka hati la..Ade kiteorang guna jalan mak bapak korang buat?Fetty,kau kalau sehari tak kacau Mimie tak boleh ke?"soal Anis sambil menjeling tajam.

Gadis yang dipanggil Fetty itu ketawa sinis."Ntah lah,rasa tak lengkap pulak hidup I.."

Mimie memberi isyarat kepada Anis,supaya tidak memanjangkan pergaduhan.Telefon bimbitnya berbunyi.Dia memandang Anis."Anis,Mimie kena balik dulu la.Esok kita jumpa kat kelas eh."

Anis mengangguk.Setelah Mimie berlalu,dia memandang Fetty tajam.Fetty ketawa lagi."Rilek la Anis..yang you nak marah sangat ni kenapa?I tengok Mimie pun rileks je..you pulak yang lebih-lebih.Biasalah tu,orang gemuk macam Mimie tu kena usik sikit-sikit.Saja nak enjoy..kan gurlz?"

Dua orang temannya mengangguk lalu turut sama ketawa.

"Kalau dah memang jenis busuk hati..macam tu la.."sindir Anis.

"Hey!Control your mouth okey!Alaa..bukan I tak tau,you baik sangat dengan Mimie tu pun bersebab kan..Mentang-mentangla Mimie tu anak orang kaya.Senang la you..makan free,shopping pun ada member yang belanja.Yelah,kalau nak harap duit you,mana mampu kan..Jangan nak berlakon baik sangat la.."

"Shut up!Dah,malas aku nak bertekak dengan korang."Anis berlalu meninggalkan mereka dengan muka merah padam.


*****************************************

"Laa..kenapa ni?Abang tengok Mimie macam sedih je..anything happen kat kolej tadi?" Haziq yang sedang memandu mengerling gadis di sebelahnya.
"Err..tak de ape-ape.Mimie ok."Mimie menghulurkan senyuman manis.Kata-kata ejekan Fetty cepat-cepat dilupuskan dari ingatan.Dia tidak mahu lelaki itu mengesan kesedihannya.
"Betul ni?"
"Iyer..abang jangan la risau.Emm..kenapa dah lama tak datang rumah?Mama rindu sangat dengan abang."
"Mama je?Mimie?Rindu tak dengan abang?"usik Haziq.
Pipi Mimie yang gebu tiba-tiba menjadi merah.Mimie tertunduk malu.Haziq ketawa."Ha,ambik hadiah kat kerusi belakang tu..Happy belated birthday.Ni hadiah yang abang dah janji nak kasi.Satu untuk birthday Mimie,satu lagi sebagai denda sebab lambat wish birthday.Sorry,abang busy sikit sekarang.Banyak kerja kat office."

"Thanks abang Haziq."


Mimie melompat sebaik saja sampai di biliknya.Dia bernyanyi riang.Comel,kucing kesayangannya diambil lalu didukung.Dicium kucing itu berulang kali.

"Comel,happynya hari ni..nak tau tak,Mimie dapat hadiah apa dari abang Haziq?Tengok ni,cantik tak?"Mimie menunjukkan teddy bear dan beg tangan kepada Comel.

"Miow..miow!"Comel mengiau.Mimie ketawa.Hatinya terhibur.Hanya Comel yang memahaminya.Dia mencium kucing itu."Comel tau kan,Mimie sayang sangat kat abang Haziq.Mimie nak bagitau abang Haziq,Mimie sayang sangat kat dia..sejak dari kecil lagi..tapi Mimie malu.Mimie takut abang Haziq tak suka Mimie."

Mimie merenung jauh.Kasihnya pada Haziq terlalu mendalam.Dia tidak pernah sayangkan lelaki lain selain dari Haziq.Haziq baik.Haziq tidak seperti lelaki-lelaki lain yang selalu mengejeknya.

"Mimie.."
Mimie tersedar dari lamunan."Oh,mama.Masuklah."
Datin Rokiah tersenyum memandang anaknya."Ni kenapa ni?Jauh je berangan mama tengok."
"Tak de la mama.Penat sikit tadi kat kolej.Papa mane ma?"
"Papa ade tu,kat luar..eh,siapa kasi teddy bear dengan handbag ni?"soal Datin Rokiah sambil membelek-belek teddy bear berwarna coklat itu.

Mimie senyum malu."Ha,ni mesti Haziq yang kasi kan?"Datin Rokiah memandang muka anaknya.Begitulah sifat Mimie,agak pemalu.Mimie mengangguk.Datin Rokiah mengelus rambut anak tunggalnya itu.

"Mimie dah bagitau Haziq,perasaan Mimie pada dia selama ni?"soal Datin Rokiah lembut.
Mimie menggeleng.

"Hmm..bila Mimie nak cakap?Susah tau sebenarnya..nak sembunyikan perasaan sayang ni.Mesti rasa terseksa.Lagipun mama tau dah lama sangat Mimie simpan perasaan tu,"ujar Datin Rokiah.Berdiplomasi.
Mimie diam seketika."Entahlah mama.Mimie tak bersedia nak bagitau sekarang.Kalau abang Haziq tak suka Mimie macammana?Lagipun,Mimie nak kejar impian dulu.Mimie nak jadi chef terkenal.Hemm..bila Mimie dah jadi chef nanti,bolehla Mimie masakkan makanan sedap-sedap untuk abang Haziq.Kan ma?"soal Mimie manja.

Datin Rokiah menggeleng."Sukati Mimie la..apa-apapun,mama doakan yang terbaik untuk satu-satunya anak mama ni..."

********************************


"Best betul jadi macam Anis kan.."ucap Mimie ketika mereka bersama-sama keluar membeli-belah.
"Ha,kenapa pulak?"soal Anis pelik.
"Yelah..Anis kan kurus,cantik pulak tu.Nak cari baju pun senang ,"puji Mimie.
Anis tergelak."Kalau senang nak cari baju pun,tapi duit takde..nak buat ape Mimie..kadang-kadang,Anis jealous tengok Mimie.Lagi best jadi anak orang kaya.."

"Takdelah,sama je.Lagipun tu semua harta ayah dengan mama Mimie la..Eh,baju ni lawa.Sesuai untuk Anis,"ujar Mimie sambil memandang baju di tangan Anis.Anis membelek tanda harga di baju itu."Hemm..takpelah,lain kali jela Anis beli.Mimie,Mimie nak cari kerja apa lepas kita habis belajar ni?Kenapa Mimie ambik course ni ek?"

Mimie terdiam seketika.Memikirkan jawapan yang paling sesuai untuk dinyatakan kepada Anis."Minat kot.Mimie suka masak dari kecik lagi.Impian Mimie nak jadi chef terkenal,macam chef Wan tu."Namun alasan selebihnya hanya disimpan di dalam hati.Takkan hendak dinyatakan impian utamanya adalah untuk menjadi isteri yang baik untuk Haziq dan memasak makanan yang enak-enak untuk lelaki itu.Pasti Anis mentertawakannya.

"Anis pulak?Apa impian Anis?"
"Anis?Kalau Anis cakap Mimie jangan gelak pulak.Hemm..impian Anis nak cari lelaki kaya."
"Lelaki kaya?Kenapa?"
"Senang la.Boleh beli baju cantik-cantik macam baju ni."Anis dan Mimie gelak hampir serentak.
"Mimie,cantik beg ni.Mimie beli kat mane?Mesti mahal kan?"Sebenarnya sejak tadi dia sudah menyedari beg tangan yang dipakai Mimie.

"Owh..beg ni.Emm..beg ni bukan Mimie beli.Tak tau la Anis ingat ke tak.Rasanya Mimie pernah bagitau Mimie ada sorang kawan rapat.Dia la yang kasi beg ni.."

Anis terdiam sebentar.Memikirkan siapa yang dimaksudkan.Apapun,dia memang cemburu dengan Mimie.Teman rapat Mimie pastinya juga kaya.Walaupun gadis itu gemuk,ramai orang sayangkannya.Sedangkan dia,punya ramai kawan lelaki,tapi satu pun tidak boleh diharap.Semuanya cakap lebih,tapi...poket kosong!!

"Siapa ek?Haziq?"
Mimie mengangguk.Perasaannya bergetar bila mendengar nama itu.
"Owh.Beg ni cantik la,bagus betul taste dia kan?"
"Thanks."Mimie tersenyum simpul.
"Mimie...Mimie kenal Haziq tu dah lama ke?"soal Anis.Entah kenapa persoalan mengenai lelaki itu menarik perhatiannya.
"Emm..sejak kecil lagi.Ayah Mimie dengan ayah dia kawan baik.Lepastu diorang bukak bisnes sama-sama."
"Owh.Dia dah kerja eh?"soal Anis lagi.
"Dah."Anis mengangguk.Tiba-tiba dia memeluk bahu Mimie."Ha,Mimie dengan dia takkan takde ape-ape hubungan?Kan dah kenal lama.."usik Anis.Wajah Mimie yang gebu nampak kemerah-merahan mendengar kata-kata itu."Err..mana ade apa-apa la Anis..".

Anis ketawa."Ok2..Eh,bila nak kenalkan dengan Anis?Teringin jugak nak tengok kawan kesayangan Mimie tu.."
Mimie senyum malu."Nanti Mimie kenalkan eh."


***********************************

"Abang tak busy ke hari ni?"soal Mimie sebaik saja masuk dalam kereta.

"Tak la.Abang baru balik jumpa klien.Kebetulan lalu kat kolej Mimie.Emm..semalam abang telefon auntie,dia bagitau Mimie menangis.Kenapa?"

Menangis?Alamak mama ni...tu pun nak bagitau Haziq.."Takla..semalam ada exam praktikal..Mimie kena masak chicken chop."

"Lepastu?"
"Terlupa nak letak garam la..mesti lecturer tu potong markah nanti.Dahlah muka dia berkerut-kerut masa rasa chicken chop tu."

Haziq ketawa."Takpela..jangan sedih-sedih.Lain kali buat betul-betul k.Mimie,lama dah abang tak makan chocolate cake Mimie yang sedap tu.Bila nak buat lagi?".

Senyuman kegembiraan segera terukir di bibir Mimie bila mendengar pujian itu."Nanti Mimie buat untuk abang eh,"janjinya.Tiba-tiba Mimie ternampak Anis yang sedang berjalan kaki.Dia menoleh kebelakang untuk memastikan.

"Kenapa?"
"Tak..itu kawan Mimie.Kenapa dia jalan kaki pulak?"soal Mimie hairan.
"Nak stop kereta ke?"soal Haziq.Mimie mengangguk.
"Anis,kenapa jalan kaki ni?"soal Mimie sebaik saja cermin kereta dibuka.
"Bas lambat.Malas nak tunggu..."ujar Anis sambil mengesat peluh di dahi.
"Laa..ye ke?Emm..jomla naik sekali.Boleh kan abang?"
Haziq mengangguk.

"Err..takpelah Mimie..susahkan kau dengan..emm.."Anis tidak jadi menghabiskan ayat bila matanya bersabung pandang dengan Haziq.Lama matanya tertancap di situ.

"Saya Haziq.Jomla,takde susah apa-apa pun.Lagipun jalan tengahari macamni,nanti gelap kulit tu,"ujar Haziq berlawak.Dia mengukir senyuman.
"Err..thanks."


*****************************************

"Eh.."Mimie terpinga-pinga bila mendapati kereta Haziq menderu laju melepasinya.Bertambah pelik bila melihat Anis juga berada di dalam kereta itu.Mimie menggosok matanya beberapa kali.Ish..tak mungkin la..kenapa pulak Anis dan Haziq naik kereta bersama??

"Thanks En.Haziq,sebab sudi tumpangkan saya."
Haziq senyum."It's ok.Perkara kecik je.Ha,dah baik ke sakit perut tu?Kalau tak elok lagi saya hantar awak pergi klinik.Nak tak?"

"Takpelah,dah okey sikit.Saya memang selalu sakit perut macam ni."Sekilas Anis memandang wajah kacak milik Haziq.Sejak pertemuan pertama dengan lelaki itu,hatinya telah terpaut.Haziqlah putera idaman yang ditunggu-tunggu selama ini.Puas dia menanti peluang untuk bertemu dengan lelaki itu,dan hari ini impiannya menjadi kenyataan.'Hemm..inilah satu-satunya peluang aku'.Anis merencana rancangan jahat yang kedua.Tadi secara spontan dia telah menipu lelaki itu.Mengatakan yang Mimie berjumpa lecturer,dan tiba-tiba pula dia mengadu sakit perut.Maafkan aku Mimie!!ini saja peluang untuk aku mencapai impian aku..

"Aduh!!"Muka Anis berkerut menahan kesakitan.
"Eh,awak ok ke?"Haziq bertanya cemas.Dia cepat-cepat memberhentikan kereta di tepi jalan.
Anis menggeleng.Perlahan-lahan air matanya mengalir."Sakit sangat ni.."
Haziq menggaru kepala."Err...nah minyak cap kapak ni.Awak sapu kat perut tu.Saya bawa awak pergi klinik sekarang k."
Anis mencapai tangan Haziq yang baru hendak menarik brek tangan."Tak payahlah.Saya...saya takde duit."

"Awak tak payah fikirkan hal tu.Yang penting,awak kena buat pemeriksaan doktor.Nanti melarat pulak sakit tu,"ucap Haziq.

Anis menggeleng.Dia menunduk,memegang perutnya seketika.Tiba-tiba dia menangis teresak-esak."Terima kasih sebab ambil berat pasal saya.Selama ni takde orang yang pedulikan saya.Saya sakit perut ke,pening kepala ke,semuanya saya yang tanggung sendiri.En.Haziq memang baik..terima kasih,"ucapnya sayu.

"Err..keluarga awak?"soal Haziq.

"Dah bercerai.."

"Owh.I'm sorry,"ujar Haziq dengan nada simpati."Takpela,jangan sedih.Awak masih ada ramai kawan-kawan yang baik.Emm..Mimie pun ada.Saya percaya dia takkan biarkan awak berseorangan."

Anis mengangkat mukanya.Tanpa diduga,dia memeluk Haziq erat."Terima kasih abang Haziq.Anis rasa gembira sangat dapat kenal dengan abang.Lepas ni kita boleh jumpa lagi kan?Anis rasa tenang bila berbual dengan abang..tenang sangat.."

"Err..boleh-boleh.."Haziq serba salah dengan perlakuan Anis.Sementara gadis itu ketawa keriangan di dalam hati.Lelaki...semua sama!!

***************************

"Anis..tunggu!!"Mimie mengejar Anis yang berjalan agak laju.Sebaik saja berjaya mengatasi Anis,dia memegang tangan gadis itu.Nafasnya turun naik,tercungap-cungap.Setelah penatnya agak reda,barulah Mimie membuka mulut."Anis,kenapa Mimie tengok seminggu dua ni Anis macam menjauhkan diri dari Mimie?"

Anis membisu.
"Anis dah tak nak kawan dengan Mimie lagi ke?Fetty bagitau,Anis malu nak kawan dengan Mimie.Betul ke?"soal Mimie,meminta kepastian.Dia sebenarnya tidak pernah mempercayai Fetty,tetapi dia sedih kerana Anis tiba-tiba menjauhkan diri daripadanya.
"Eh,bukanlah.Mimie,Anis sebenarnya keliru sekarang ni.."ucap Anis teragak-agak.
"Kenapa?Bagitau la Mimie.."
Anis terdiam seketika."Mimie,Anis terkejut bila tiba-tiba dapat tahu abang Haziq sukakan Anis.Anis tak tau nak buat apa.Dia telefon hari-hari.Dia cakap dia dah jatuh hati sejak kali pertama jumpa Anis.Dia cakap dia tak pernah jumpa perempuan secantik Anis.Anis keliru,Anis tak tau nak balas cinta dia atau tak..Anis bukan nak jauhkan diri dari Mimie,tapi Anis tak tau nak bagitau Mimie macammana..sorry Mimie."

Bagaikan sembilu,kata-kata itu menerobos masuk ke telinga lalu menikam ke dasar hati.Mencucuk-cucuk.Pedihnya hati Mimie hanya tuhan yang tahu.Tangannya pantas berpaut pada tiang di tepi,menahan tubuh agar tidak jatuh.Kata-kata itu betul-betul satu kejutan besar.

"Mimie..Mimie!!"
Mimie mengawal diri."Err..Anis pun sukakan dia?"
Anis tersipu-sipu malu."Abang Haziq tu baik sangat.Anis rasa dihargai dengan sifat caring dia.Dah seminggu ni dia ambik Anis dari kolej,bawak pergi jalan-jalan.Tapi dia pesan rahsiakan hal ni dari Mimie.Anis pun tak tau kenapa.Mimie..Anis rasa Anis pun dah jatuh cinta dengan abang Haziq.."

Sampai saja di rumah,Mimie berlari masuk ke bilik.Comel mengikut dari belakang.
Miow!Miow!
Mimie mendukung Comel.Dia menangis teresak-esak."Comel,harapan Mimie dah musnah.Abang Haziq tak suka Mimie.Abang Haziq tak suka Mimie sebab Mimie tak cantik.Mimie gemuk..Abang Haziq sukakan Anis.Mimie sedih sangat.Sampai hati abang Haziq buat Mimie macam ni..."
Miow!Miow!


*****************************

"Macammana boleh jadi macam ni auntie?"soal Haziq.Dia tergesa-gesa ke hospital setelah menerima panggilan telefon dari Datin Rokiah yang mengatakan Mimie sakit.

Datin Rokiah menangis teresak-esak."Entah,auntie pun tak tau.Doktor cakap Mimie pengsan sebab tak makan dan telan pil pelangsing badan melebihi had.Auntie jumpa ubat ni dalam bilik dia.Auntie pun tak tau kenapa dia buat macam ni tiba-tiba."

"Mimie rasa apa yang Mimie buat ni betul ke?Ni semua kerja bodoh tau tak.Makan ubat diet,lepastu ikat perut tak makan,apa ni?.Mimie ingat boleh kurus senang-senang je ke macamtu?Abang ingatkan Mimie ada self confident.Berapa kali abang cakap,jangan pedulikan apa yang orang cakap.Apa yang kawan-kawan ejek .Abang betul-betul kecewa dengan Mimie."

Mimie diam.Sedar-sedar dari pengsan,dia terus dimarahi tanpa diberi sebarang peluang untuk bersuara.Mimie memejam mata.Terlalu kecewa.Dan sampai Haziq pulang,dia tidak menegur langsung lelaki itu.

****************************************

Seminggu kemudian...
"Mimie,Haziq datang tu.Turunlah..kesian dia.Hari-hari dia datang..janganla marah lama-lama sangat.Turun ye sayang.."pujuk Datin Rokiah lembut.

Mimie menggeleng.Dia memejam mata.Datin Rokiah mengeluh.Dia menutup pintu bilik Mimie kembali.Perlahan-lahan Mimie membuka mata.Dia turun dari katil.Keluar dari bilik lalu menjenguk dari tingkat atas.Air matanya mengalir bila melihat Haziq.Perasaannya tetap tidak berubah terhadap lelaki itu.Dia juga menyesali tindakan bodohnya.Selama ini dia yakin pada diri sendiri.Tapi kerana lelaki itu,keyakinannya goyah.Dia cuma mahu menjadi cantik seperti Anis.Sudah tentu Haziq akan suka padanya.

Miow!Miow!
Comel mengiau di sebelahnya.Mimie mengesat air mata lalu mendukung comel."Comel,Mimie sedih sangat.."
Comel tiba-tiba melompat turun lalu turun ke tingkat bawah.Comel menghampiri Haziq.Haziq yang baru hendak mendukung Comel terkejut bila kucing itu tiba-tiba mencakarnya.

Abang!!!!!Namun suara Mimie tersekat di kerongkong.Dia memandang Haziq yang mengaduh kesakitan dengan pandangan sayu.Dia tidak mampu untuk turun ke bawah berjumpa lelaki itu.Dia berlari masuk ke bilik.

"Comel,kenapa buat abang Haziq macam tu?Mimie benci Comel.Mama,Mimie tak nak bela Comel lagi.Mama,mama kasi jela Comel kat Mak Jah."

Datin Rokiah menggeleng kesal.Dia tahu Mimie amat sayangkan Comel."Tapi.."
"Ma,please.."
"Hmm..baiklah"

"Puan,ada orang datang nak jumpa Mimie.Katanya,namanya Anis,"ujar Mak Jah,pembantu rumah mereka.

"Mak Jah,suruh Anis masuk eh."

"Mimie,Anis nak mintak maaf.."
"Kenapa?"soal Mimie hairan.Anis tunduk memandang lantai.Teragak-agak untuk bercakap."Sssebenarnya,apa yang Anis cakap hari tu semuanya rekaan semata-mata.Abang Haziq tak pernah suka Anis."
"Apa?"

************************************

"Abang Haziq,Anis sebenarnya suka abang.Sejak kali pertama kita jumpa lagi.."
"Hah?Apa Anis cakap ni?"
Anis cuba memeluk Haziq,tapi lelaki itu cepat-cepat menolak."Jangan merepek la.Abang tak pernah simpan apa-apa perasaan pun pada Anis.Abang anggap Anis macam adik je."
Anis menangis."Kenapa?Anis tak cukup cantik ke abang?"
"Takde kaitan dengan cantik atau tak..abang tak tengok semua tu."
"Habistu,abang suka orang lain?Abang suka Mimie?"
"Dah,abang rasa itu hal peribadi abang.Anis tak payahlah nak ambik tahu.."


"Anis bersalah Mimie.Anis sakit hati sebab abang Haziq tolak Anis.Sebab tu Anis reka cerita.Anis nak Mimie cemburu.Anis dapat rasa yang Mimie memang sayangkan abang Haziq.Maafkan Anis.."

Mimie betul-betul terkejut.Tidak sangka Anis sanggup melakukan semua itu."Entahlah Anis,Mimie bingung..tak sangka."

"Mimie,Anis betul-betul mintak maaf.Anis dah menyesal.Tolong maafkan Anis,"Anis melutut,memegang tangan Mimie erat.

"Mimie,maafkanlah Anis.Mama tak ajar anak mama jadi pendendam kan,"ujar Datin Rokiah yang sejak tadi menjadi pemerhati.

Mimie terdiam seketika."Baiklah"
Datin Rokiah tersenyum.Semuanya sudah berakhir.Kini tiada halangan antara Mimie dan Haziq lagi.Dia juga percaya Haziq amat menyayangi Mimie.


**********************************

"Betul ni Mimie tak nak ikut mama dengan papa?"soal Datin Rokiah.Dia agak berat hati untuk meninggalkan anak gadis tunggalnya di rumah.Dia dan suami akan ke Sarawak atas urusan perniagaan.

"Betullll...ala,mama janganla risau.Mama pergi 2 hari je kan..lagipun..Mimie dah besar la ma.."

"Are you sure?"

Mimie mengeluh."Mimie tak boleh pergi ma..Mimie nak sambut birthday abang Haziq esok."

"Hmm..baiklah.Kirim salam mama pada Haziq.Gud luck sayang!"

Mimie menabur chocolate rice di atas keknya.Siap sudah kek coklat kegemaran abang Haziq..dan kek itu akan diberikan esok.

Malam itu sebelum tidur,Mimie melihat kek coklat di dalam peti ais sekali lagi.Dia berasa puas dengan hasil kerjanya.'Abang,Mimie tak marah dah.Esok Mimie akan kasi kek coklat ni dan kita akan berbaik semula..Mimie sayang abang!'

*********************************

Haziq menggeliat kemalasan.Dia meraba-raba mencari telefon yang berdering nyaring.Siapala yang telefon pagi-pagi buta ni?Dia senyum tiba-tiba..teringat hari ini hari jadinya.Pasti itu Mimie.Kerana,setiap tahun gadis itu akan mengucapkan selamat hari lahir tepat pukul 8 pagi.Dia melihat jam di dinding.8.20 pagi.

"Mimie..lambat 20 minit.Abang tak nak terima wish ni laa.."
"Haziq,tolong datang rumah uncle sekarang jugak.Tengok Mimie.Uncle dengan auntie on the way balik kl.Please!
"Uncle,kenapa ni uncle?Kenapa dengan Mimie?"
Talian tiba-tiba terputus.Haziq yang mamai terus segar bila mendengar suara cemas Dato' Khairuddin,papa Mimie.Dia terus keluar dari bilik.Mendail nombor Mimie tapi tidak diangkat.Haziq bergegas mandi.Kunci kereta dicapai.

'Berkenaan kes tanah runtuh yang berlaku di Bukit Nasional,pihak polis berjaya menemui mangsa ketiga.Jalan utama telah ditutup dan orang ramai yang menduduki kawasan berhampiran diarahkan berpindah.'

"Ape???"jerit Haziq agak kuat.Radio dikuatkan lagi.Pemanduannya menjadi kelam kabut sebentar.Mimie!!


*************************************

"Sabarlah Kiah.Ini semua takdir.Kita sebagai manusia tak boleh menolaknya,"pujuk Dato' Khairuddin untuk sekelian kalinya.Datin Rokiah masih lagi menangis teresak-esak.Tadi dia hampir diserang histeria bila mengetahui rumah banglonya adalah antara rumah yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh itu.

"Anak kita bang..saya menyesal.Patutnya saya paksa dia ikut kita semalam.Tapi.."

"Dah la..jangan salahkan diri sendiri.Kan abang dah cakap,ini semua takdir tuhan.Kita doa banyak-banyak,mintak supaya anak kita selamat."Dato' Khairuddin juga cuba menyedapkan hatinya sendiri.Sudah 7 jam operasi mencari dilakukan.Dia bertambah risau bila sebentar tadi mayat orang gajinya,Mak Jah berjaya ditemui pihak polis dalam keadaan cedera parah.Tetapi Mimie masih lagi belum dijumpai.

Haziq meraup mukanya.Ya Allah!Dia tidak sangka semua ini akan terjadi.Perasaan bersalah semakin mencengkam bila dia mengetahui segala-galanya dari Datin Rokiah.Tentang Mimie yang menyimpan perasaan terhadapnya sejak kecil lagi.Tentang Mimie yang sentiasa berusaha untuk membuatnya gembira.Dan tentang Mimie yang tidak pernah mencintai lelaki lain selain dirinya.

Ya Allah!Selamatkan Mimie Ya Allah.Aku bernazar,akan kujadikan dia teman hidupku untuk selama-lamanya jika kau selamatkan dia..

"Bang,anak kita bang!"Jeritan Datin Rokiah mematikan lamunan Haziq.Gadis itu disorong menuju ke ambulan.Gadis itu nampak tenang.Amat tenang..


****************************

"Haziq,kamu dah fikir masak-masak ke?Jangan buat semua ni hanya kerana perasaan bersalah.Auntie tak nak kamu menyesal,berkahwin dengan orang yang kamu tak cintai,"ujar Datin Rokiah.

Haziq menggeleng.Dia memandang Mimie yang terlantar kaku di atas katil.Entah bila gadis itu akan sedar,dia sendiri tidak tahu.Sudah 6 bulan gadis itu koma sejak kejadian tanah runtuh itu berlaku.Dan sejak itu juga dia setia melawat gadis itu setiap hari.Dia yakin Mimie mendengar apa yang dikatakannya,cuma gadis itu belum berkemampuan untuk membalas kata-katanya.

"Tak auntie..siapa kata saya tak cintakan dia?Saya yakin tak akan ada orang lain yang boleh cintakan saya seperti Mimie.Kalau Mimie mampu memberikan cinta yang seunggul itu kepada saya,kenapa saya tak boleh lakukan sama seperti itu kepada dia.Saya yang bodoh sebab tak sedar cinta Mimie selama ni.Saya rasa belum terlewat lagi untuk saya menghargai cintanya sekarang."

Haziq terdiam seketika."Saya akan hantar rombongan meminang hujung minggu ni.Saya harap auntie dengan uncle boleh benarkan saya bertunang dengan Mimie.Saya akan tunggu dia sampai dia sedar,tak kira sampai bila sekalipun.Insyaallah,saya tetap yakin..Mimie akan sedar suatu hari nanti.Dan pada masa itu,dia akan menjadi isteri saya yang sah."

Datin Rokiah dan Datuk Khairuddin terdiam mendengar kata-kata itu.Mereka berdua kagum dengan keunggulan cinta Haziq dan Mimie.Mereka percaya cinta yang tulus ikhlas itu akan kekal selamanya.Biarlah masa yang menentukan.Adakah cinta Haziq dan Mimie akan bersatu di dunia..ataupun di akhirat nanti....